RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Khamis, 20 November 2008

Bus stand; destinasi cinta kita 20

BAB 20

“Wani……”

“Fazrul…” Fazrul memandangku sambil tersenyum. Dia memakai pakaian serba putih. Ah… aku di mana?

“Wani janji ye jangan lupakan aku…” Fazrul menghulurkan tangannya kepadaku. Aku segera mendapatkan tangannya…tapi….

“Fazrul, kau nak ke mana? Jangan tinggalkan aku, Fazrul!!” aku sedaya upaya mengejar Fazrul tapi lelaki itu hilang dari pandanganku sedikit demi sedikit… Fazrul…

**************

“Fazrul! Fazrul….!”

“Wani?” aku terjaga dari tidur. Mimi di sebelahku mengesat matanya.

“Aku kat mana ni?” tanya aku lantas memandang sekeliling. Bau ubat menusuk hidung.

“Kita kat hospital. Kau pengsan tadi.” jawab Mimi.

“Fazrul mana?”

Mimi mengeluh. “Dia masih di bilik pembedahan.” Aku segera bangun.

“Kau nak ke mana, Wani?” Mimi menghalangku dari bangun.

“Aku nak jumpa Fazrul!” Suntikan air glukosa di lenganku inginku cabut namun Mimi tetap menghalang.

“Kau jangan buat hal, Wani. Doktor masih belum keluar lagi. Sabarlah!” marah Mimi.

Aku tak dapat menahan rasa sedihku. “Aku risaukan dia, Mimi.” jawab aku lantas mengesat air mata yang mengalir.

“Aku pun risau… semua orang risau. Sekarang ni semua orang tunggu dia dekat luar. Family diorang, family kau semua ada.”

“Family aku pun ada?” tanya aku. Mimi mengangguk.

“Berehatlah. Kau masih lemah dan masih terkejut lagi. Kita berdoa je agar Arul selamat.”

Aku mengangguk… tiba-tiba aku teringatkan seseorang. “Mana Rini?”

**************

Muka Rini kulihat pucat. Dia nampak lemah. Sama dengan aku. Tak sangka katil Rini di sebelah aku sahaja. Rini masih tidak sedarkan diri. Doktor kata dia masih trauma dengan apa yang telah berlaku. Aku mengeluh. Syukur pada Tuhan segalanya selamat… cuma Fazrul… Apakah mimpiku menceritakan segalanya? Tidak… aku tak nak mimpi tu menjadi kenyataan….

“Adik…” sapa mamaku. Dia tersenyum sambil membawa buah tangan.

“Mama…” Mama meletakkan buah tangan di meja sisi lantas mencium pipiku. Dia duduk di kerusi sebelah katilku.

“Anak mama dah nampak sihat.” ujar dia. Aku tersenyum…

“Adik!” kelihatan Abang Johar dan Kak Chik tersenyum mendekati katilku. Begitu juga papa. Mereka bertiga mencium pipiku juga. Aku rasa gembira sangat bila semua ahli keluargaku berkumpul.

“Adik ni betul-betul buat papa dan mama risau! Kalau dulu adik dengar cakap papa, tentu benda ni takkan jadi!” marah papa padaku.

“Papanya… kan adik tak sihat ni. Yang penting dia selamat.”tegur mama.

“Yelah, papa. Yang penting adik selamat. Benda nak berlaku, kita tak boleh nak halang.” ujar abang Johar pula. Kak Chik Cuma mengangguk setuju.

“Lepas ni papa nak adik balik sekolah dengan Pak Selamat. Takde bantahan. Ini arahan papa!” kata papaku tegas. Aku hanya diam. Aku faham papa terlalu risaukan aku. Nak buat macam mana, terima aje la….

“Maafkan saya…” tiba-tiba seorang anggota polis berdiri di hadapan kami… “Boleh saya tahu siapa Cik Zarith Azwani?”

“Err… saya…” jawab aku. Ah! Mesti kena bagi keterangan…

“Maaf, cik. Saya ASP Hakim dari Balai Polis Sg Dua, Butterworth. Kami diberi tugas untuk mendapatkan keterangan dari cik mengenai kes pergaduhan yang melibatkan Encik Farid Hamzah serta kawan-kawannya dengan Cik Harlini dan Encik Mohd Fazrul Hafizi di Rumah Lama, Kampung Nelayan semalam. Kami dapat maklumat mengatakan cik adalah salah seorang saksi bagi kejadian tersebut.”

“Ya, memang saya saksi untuk kejadian semalam.” Aku hanya mengangguk.

“Erm… kalau tak keberatan, boleh saya dapatkan keterangan dari cik sekarang?” ujar anggota bernama Hakim itu meminta kebenaran. Demi Fazrul aku sanggup lakukan apa sahaja. Lelaki bernama Farid itu mesti diberi hukuman yang setimpal dengan kelakuannya.

*****************

Dua minggu berlalu, kejadian yang telah berlaku masih menghantui diriku. Farid dan kawan-kawannya telahpun disabitkan kesalahan dan dihukum penjara selama 15 tahun atas cubaan membunuh dengan niat. Fazrul… walaupun dia telah selamat dibedah… namun sehingga sekarang keadaannya semakin membimbangkan. Fazrul koma. Walaupun darah beku dalam otaknya telah dibuang, namun Fazrul masih belum menunjukkan tanda-tanda positif yang dia akan sedar.

Pak Selamat telah lama menunggu aku di luar sekolah… tiba-tiba…
“Wani!” aku menoleh apabila mendengar seseorang memanggilku… Mimi dan Firdaus melambai-lambaikan tangan dan berlari ke arahku. Aku tersenyum… Bila kupandangkan Firdaus, aku teringatkan Fazrul… aku rindukan dia. Aku rindu nak gaduh dengan dia…

“Kau nak balik, ke?” tanya Mimi. Aku mengangguk…

“Kitorang nak pergi hospital jenguk Arul. Awak nak ikut?” ajak Firdaus pula. Aku memandang mereka… aku rindukan dia.

“Baiklah! Jom… naik kereta aku.” Aku mengajak mereka. Kami bergegas ke hospital.

*************

Di hospital, aku hanya melihat sahaja Fazrul yang terbaring kaku. Lengannya penuh dengan suntikan jarum dan plaster. Kepalanya berbalut. Dia diberi alat bantuan pernafasan. Kalau ikutkan hati, nak aje aku keluar dari bilik itu. Tak sanggup aku melihat keadaan Fazrul yang menyayat hati.

“Wani… mari kita duduk…” ajak Mimi. Aku dan Mimi segera ke sisi katil. Kedudukan ku betul-betul di paras kepalanya. Tanpa dapat dikawal, air mataku mengalir… aku rindukan Fazrul yang dulu… yang suka buat aku sakit hati… yang suka kacau aku. Tapi Fazrul itu kini di hadapanku. Terbaring kaku tidak sedarkan diri.

“Eh, bila kamu bertiga sampai?” tanya mama mereka sewaktu beliau masuk ke dalam bilik. Firdaus mencium tangan ibunya. Kemudian Mimi dan akhirnya aku.

Semasa aku bersalam dengan mama mereka, dia tersenyum…
“Kamu Wani, bukan?” tanya dia. Aku mengangguk… Walaupun telah dua minggu berlalu aku menjenguk Fazrul di hospital tetapi kami tak berkesempatan untuk berbual.

“Ye, makcik” jawab aku lantas membalas senyumannya.

“Ikut makcik, kejap. Ada benda yang makcik nak bagi kamu” Ibunya menarik tanganku keluar dari bilik. Aku hairan. Apa halnya?

*****************

“Makcik tak tahu nak cakap macam mana tapi makcik rasa benda ni untuk kamu.” ujar mama mereka lantas menghulurkan sebekas kotak kepadaku. “Semalam masa makcik kemas bilik Fazrul, makcik jumpa kotak ni bawah bantal dia”

“Apa ni, makcik?” tanya aku.

“Kamu tengoklah!” kata mama mereka. Aku segera mengambil kotak tersebut dan membukanya. Aku terkejut. Jam tangan… di talinya terukir namaku dan Fazrul…

Waniey & Fazrul “Friend Forever”

Tiba-tiba terimbas kembali saat aku merajuk dengan Fazrul suatu ketika dulu…

“Hai…” aku terkejut apabila mendengar seseorang menyapaku. Aku menoleh dan melihat Fazrul tersenyum ke arahku.

“Fazrul? Thank god!! Kau kemana petang tadi? Puas aku cari kau!” soal aku melepaskan tidak puas hati.

“Cari aku??” tanya dia. Pura-pura tak faham pula! “Kau cari aku pasal apa?”

“Kau jumpa budak perempuan tu, ke?” soal aku lagi.

Fazrul tersenyum… “Takdelah”

“Habis tu kau kemana!!!!?” Kali ni Fazrul betul-betul terkejut apabila aku meninggikan suara padanya.

“Aku ke Gurney Plaza la. Jumpa kawan aku kat sana.” jelas dia.

“Kau jumpa perempuan tu, kan?”

“Kan aku cakap takde. Aku pergi baiki jam ni, ha!” Fazrul menghulurkan jam tangannya kepada aku.

Jam tangan? Masih aku teringat jam tangan tersebut. Sebiji dengan jam tangan di dalam kotak ini. Adakah dia membeli sepasang? Oh Tuhan! Aku dah terlampau jauh berfikir yang bukan-bukan. Patutlah dia agak lain, rupa-rupanya ada sesuatu yang dia rahsiakan dari aku.

“Wani…”

“Makcik… Wani tak sangka Fazrul begitu baik dengan Wani… Wani rasa bersalah yang amat sangat… Wani menyesal, makcik…” aku mengesat air mataku yang mengalir deras. Sumpah! Kalau aku tahu dia belikan jam ini untuk aku, aku takkan layan dia sebegitu.

“Sabar la, Wani. Kamu tak bersalah… Ini dah takdir.” Ibunya memelukku. Aku masih lagi menangis. Ya Allah… apa yang harus aku lakukan?

*************

Aku memandang sahaja wajah Fazrul yang pucat. Mimi dan Firdaus telah lama pulang. Begitu juga mama mereka. Walaupun itu adalah ibu tirinya, tetapi kasih sayangnya kepada Fazrul tak ubah seperti kasih sayang seorang ibu kandung. Aku mengambil kain basahan lantas ku lapkan tangan dan wajahnya lembut.

Selesai mengelap, aku kembali meletakkan baldi berisi air bersih itu ke meja sisi. Aku menyentuh wajahnya… aku yakin… aku dah mula sayangkan lelaki ini.

“Fazrul… thanks, ye? Aku sukakan jam tangan ni. Kau tahu betapa seronoknya aku bila mama kau bagi jam ni pada aku. Terus aje aku pakai…” aku cuba untuk berkata-kata… walaupun tiada balasan darinya tapi aku yakin dia dapat mendengarinya.

“Maafkan aku, ye… aku banyak buat salah dengan kau… Ak…aku selalu buat kau sedih! Aku memang jahat Fazrul! Aku tak layak jadi kawan baik kau!” suaraku tersekat-sekat… air mata tak henti-henti mengalir.

“Bangun la Fazrul… Aku tak mahu kehilangan kau. Aku janji lepas ni aku akan ikut cakap kau. Aku takkan lari lagi dari kau. Pleasee…… aku rindukan kau, Fazrul! Rindu sangat…!” aku memegang tangannya lantas kucium… aku berharap sangat agar Fazrul akan sedar tak lama lagi.

0 orang beri kritikan::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...