RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Khamis, 1 Januari 2009

Benci Bilang Cinta 4

BAB 4

Krriiiiinnngggg...!!!!~

Secara spontan Amsyar terjaga dari tidur.. dia mencapai jam loceng di meja sisi. Aiseh man!! Dah pukul 8.30 pagi!! Gila! Macam mana boleh tak jaga, ni? Amsyar kelam kabut bangun dan segera berlari ke bilik mandi. Dia perlu cepat. Mesyuarat akan berlangsung pukul 9.30 pagi. Dia tak boleh lambat. And one more thing.. hari ini dia terlepas solat subuh. Aduyai.. Teruk betul kau ni, Amsyar. Macam mana nak jadi suami yang baik kalau perkara wajib macam tu sering kau abaikan???

Amsyar segera memakai kot. Penampilannya pagi itu agak tidak kemas. Semuanya kucar-kacir. Nasib baik dia sempat iron bajunya semalam. Sudah diduga dia pasti akan lambat lagi. Kalau dulu, Anisah selalu juga kejutkan dia. Tapi mulai hari ini gadis itu buat hal sendiri pula. Semuanya kerana kontrak yang dia buat. Huh!? Seorang isteri tak boleh mengambil tahu apa yang dilakukan oleh suami konon.. hah! Padan dengan muka kau! Betul-betul dugong tu tak ambil tahu pasal aku! Dah la semalam aku lepak kat club dengan Shahril dan Remy sampai tengah malam. Bila balik, dugong tu pula dah berdengkur dalam bilik. Kalau di rumah mama dulu, selalu juga dia tunggu aku pulang kat ruang tamu. Aduyai.. Memang hancur hidup aku start hari ini.

Amsyar berlari ke dapur. Jenguk apa-apa yang patut yang boleh dimakan. Lambat-lambat juga.. sarapan kena ambil. Amsyar membuka tudung saji di atas meja. Nasi goreng dan kopi o panas yang agak-agak dah sejuk buatan Anisah sudah tersedia. Bagus juga si dugong ni. Sebenci-benci aku pada dia, tak pernah dia abaikan tanggungjawabnya. Hai.. apesal baik sangat aku memuji dia, ni? Arrgghh.. Perut terasa lapar pula. Segera dia mengambil pinggan di para untuk melantak.

Sedang dia mengunyah nasi goreng, tiba-tiba dia ternampak sekeping kertas terselit di bawah teko. Amsyar segera menarik kertas itu dan membaca.

‘Sori, bang.. Pagi tadi Nisa ketuk pintu bilik abang tapi abang tak jawab. Nisa tak berani nak bukak.. nanti langgar kontrak pulak. So sebagai tanda minta maaf.. Nisa masak nasi goreng spesel untuk abang. Jangan lupa sarapan dulu, tau! Nisa pergi kerja dulu..’

Hampeh betul minah ni. Boleh pulak dia kata tak berani nak bukak? Bukan dalam kontrak tu aku tulis jangan masuk ke dalam bilik je, ke? Takde pulak aku cakap jangan bukak pintu. Aduyai dugong sorang ni.. nama je pensyarah tapi dungu yang amat!

Selesai makan, Amsyar berlari mendapatkan keretanya. Pintu pagar dikunci. Jam dibelek. Hampir 9.20 minit. Hanya tinggal 10minit lagi. Nasib baik ofis tu bapak aku yang punya. And nasib baik juga meeting tu meeting dalaman. Kalau meeting dengan client.. maunya hilang projek berjuta-juta aku nanti disebabkan hanya terlewat walau satu minit sekalipun. Kereta BMW 7 series kepunyaan Amsyar memecut laju meninggalkan banglo..

******************

“Ok, if nothing to say.. our meeting adjourned. Please take note all the issues that I highlight before this” ujar Amsyar mengakhiri mesyuarat mereka pagi itu.

Semua staf mereka keluar dan memulakan tugas masing-masing seperti biasa. Amsyar melepaskan penat sambil bersandar di kerusi yang empuk itu. Dia menutup matanya sebentar. Rasa pening kepala mula terjah. Mungkin disebabkan keadaan kelam kabut pagi tadi membuatkan otaknya berpusing.

“Kau ok ke, Sya?” tanya Zaidi apabila melihat Amsyar memicit-micit kepalanya.

“Ha? Err.. ok!” jawab Amsyar pendek. Zaidi duduk menghampirinya. Hanya mereka berdua di dalam bilik mesyuarat tersebut.

“Semalam kau gaduh dengan bini kau, ke?” teka Zaidi. Takkan bergaduh sampai pening kepala, kot? Setahu aku.. Anisah tu bukan jenis kaki gaduh. Malah gadis tu begitu taat mengikut segala yang diperintahkan oleh Amsyar. Pernah dia datang ke rumah family mereka malam itu bersama isterinya. Perwatakan Anisah masih seperti dulu. Periang dan lemah-lembut. Tidak pernah gadis itu meninggikan suara dengan suaminya. Malah sekiranya ada rasa tidak puas hati, dia hanya membuat muka sahaja. Tak faham aku kenapa Amsyar begitu anti dengan gadis itu. Nak kata tak lawa, lawa la juga bagi aku. Badan? Hmm.. agak kurus dari waktu sekolah dulu. Tapi Amsyar masih belum boleh menerima Anisah sepenuhnya.

“Takde la.. aku pening kepala je sebab bangun lewat pagi tadi. So, agak kelam kabut la” jawab Amsyar.

“Laa.. kenapa pulak? Nisa tak kejutkan kau ke tadi? Ke Nisa pun sama bangun lewat?” teka Zaidi.

“Takdelah. Dia seperti biasa la bangun awal. Tapi kitorang dah tak duduk satu bilik macam dulu” jelas Amsyar lagi. Zaidi mengerut dahi. Tak duduk satu bilik? Hish! Habis mamat ni tidur dekat mana semalam? Tak takut ke diorang sekiranya mama dan papanya dapat tahu?

“Kau tidur dekat mana?”

Amsyar membuka matanya. “Dalam bilik aku la. Kenapa kau tanya?”

“Rumah kau ada bilik kosong, ke? Kau tak takut kalau papa dan mama kau dapat tahu rahsia korang, ni?” Zaidi masih tidak memahami.

“Kan aku dah pindah rumah, Eddy. Semalam kami dah start tidur bilik berasingan” jelas Amsyar lagi.

“Oh I see. Tapi kalau tidur berasingan pun kenapa la si Nisa tak kejutkan kau. Ni sah solat subuh pun lebur. Betul, tak?”

“Sebab kontrak!”

“Kontrak?” Zaidi agak terkejut apabila Amsyar mengatakan mengenai kontrak. Kontrak apa pulak kali ni? Amsyar tahu sahabatnya itu tidak memahami apa yang dimaksudkannya. Dia segera bangun. Otaknya rasa macam nak pecah.

“Nanti kau tahu la…” jawab Amsyar lantas meninggalkan Zaidi yang terpinga-pinga. Hmm.. macam-macam hal pula kali ini..

*************************

Amsyar terpaksa mengambil cuti setengah hari pada hari itu. Semua meeting terpaksa dibatalkan. Pening kepalanya masih lagi terasa. Alahai.. baru sehari dia duduk kat rumah itu dah jadi macam ni. Belum lagi duduk selama-lamanya. Hmm.. Amsyar baring di atas sofa. Televisyen dibuka dan matanya hanya memandang siaran tanpa ada apa-apa perasaan. ‘Baik aku tidur’ desis hati Amsyar. Matanya dilelapkan untuk menghilangkan rasa sakit di kepala. Dua minit kemudian dia terlena.

***

Pintu utama dikuak. Anisah masuk ke dalam. ‘Eh? Kenapa gelap je, ni? Amsyar tak pulang lagi, ke?’ tanya Anisah dalam hati. Tangannya segera menekan punat suis untuk menyalakan lampu. Keadaan ruang tamu kembali terang. Hari ini dia agak lewat pulang ke rumah. Disebabkan kerana exam semakin dekat, dia leka menyiapkan soalan untuk pelajarnya. Selesai menunaikan solat maghrib dan makan di CafĂ© berhampiran, dia segera pulang ke rumah.

Anisah menapak ke tangga untuk ke bilik. Dia perlu membersihkan diri terlebih dahulu. Dalam fikirannya, Amsyar mungkin juga pulang lewat malam itu.

Selesai mandi dan solat isyak, Anisah turun ke bawah untuk menonton televisyen. Rambutnya yang panjang aras bahu diikat sanggul. Dia bergerak ke dapur untuk mencari makanan ringan. Coklat cadburry kegemarannya dicapai di dalam peti ais. Kemudian dia mengambil kertas yang terlekat di peti ais itu untuk mencatat seperti mana yang termaktub dalam kontrak mereka.

“Hmm.. leceh betul la buat benda, ni!! Setiap kali nak makan je kena catit. Gile betul si Amsyar tu buat syarat macam ni..!” bebel Anisah perlahan. Tangannya menari-nari di atas kertas tersebut. “Benci! Benci! Benci!.. Macam mana la aku boleh bersabar dengan dia??” rungut dia lagi.

“Apa yang kau bebelkan, tu?” kedengaran sepasang suara di pintu dapur membuatkan Anisah terkejut beruk. Mukanya pucat memandang kea rah suara itu. Kelihatan Amsyar tercegat di pintu dapur sambil memandang tajam ke arahnya.

“Err.. takde.. Nisa cu-cuma marahkan staf Nisa tadi sebab malas nak-nak buat kerja yang Nisa suruh” tipu Anisah gagap. Dia hanya tersengih kambing ke arah Amsyar. Lelaki itu mendekatinya.

“Kenapa kau balik lambat?” tanya Amsyar tegas.

“Err.. abang tahu Nisa pulang lewat?” Nisa tidak menjawab soalan yang diberikan oleh Amsyar malah diusulkan pula dengan soalannya.

“Habis kau ingat aku tak tahu apa yang kau buat? Aku ambil cuti hari ni! Kenapa tak call? Kau kemana tadi?” bertubi-tubi soalan yang diberikan Amsyar. Pening kepalanya masih lagi terasa. Hmm.. apa tidaknya, dia bukan makan ubat atau panadol pun tadi. Hanya dengan tidur je untuk melegakan peningnya itu. Alih-alih bila bangun, dah hampir maghrib. Nasib baik sebelum tidur tadi dia sempat solat asar.

Amsyar duduk berhadapan dengan Anisah. Matanya masih lagi tajam memandang isterinya itu. Anisah gugup. Tidak tahu untuk memberi alasan yang bagaimana.

“Nisa.. Nisa siapkan kerja Nisa, bang. Leka sangat sampai tak sedar hari dah lewat. Then, Nisa pergi makan dulu sebelum pulang. Tu yang lambat. Err.. abang dah makan?” soal Anisah pula mengalih pertanyaan di kepala Amsyar.

“Kau makan dengan siapa?” tanya Amsyar lagi.

Hish! Banyak pula soalnya. Buat hal sendiri dah la. Lagipun kau bukannya suka dengan aku. Pastu nak ceraikan aku pula lepas tiga tahun. So, kau ada hak ke? Walaupun kontrak tu agak berat sebelah sikit.. tapi aku ikut je. Kadang-kadang malas benar nak buat. Boleh, tak? Kalau aku tak buat kau nak saman aku, ke? Sanggup ke habiskan duit nak saman bini kau ni sebab benda kecik macam tu?

“Aku tanya ni jawablah! Kenapa kau jeling-jeling, plak!?” bentak Amsyar lagi.

“Nisa makan sorang!” jawab Nisa spontan. Pen di tangan terlepas kerana terkejut.

“Ingat Nisa, kau tu isteri aku. Aku tak suka kalau kau buat sesuatu yang tak senonoh di belakang aku. Nanti apa jiran-jiran dan sedara-mara cakap? Kau kena ikut syarat yang dah aku tetapkan. Faham!?” ujar Amsyar memberi amaran. Anisah hanya mengangguk sahaja. Tidak melawan dan tidak langsung memandang muka Amsyar. Coklat yang dikeluarkan di capai.

“Pergi ambilkan aku air. Aku dahaga!” arah Amsyar. Bagai seorang bibik kepada tuannya, Anisah hanya mengikut sahaja arahannya.

Anisah menghulurkan segelas air sejuk kepada Amsyar. Kemudian dia segera menyanyi riang menulis sesuatu di dalam kertas tersebut.

“Kau tulis apa, tu?” tanya Amsyar apabila dia melihat Anisah leka menulis sesuatu.

“Err.. tulis nama abang dengan air tu la” jawab Anisah jujur. Amsyar terkejut beruk.

“Apa ke bengap kau ni, Nisa? Nama aje pensyarah tapi bengap! Ini air kosong je bukannya makanan yang dibeli. Yang kau gatal-gatal tulis tu buat apa!?” marah Amsyar.

“Abang yang cakap apa sahaja barang yang dikeluarkan dalam peti ais ni kena tulis. So Nisa tulis, la!” Anisah masih tidak puas hati. Hari itu dia sendiri cakap macam ni. Pastu nak marah-marah pula. Aku ni bukan bengap! Aku buat apa yang dah tercatat dalam kontrak tu je! Gila!!

“Memang.. tapi ni kan air refill. Bukannya beli. Kalau air oren ke, air milo yang instant tu ke kau keluarkan baru la kau tulis! Bodoh betul kau, ni! Dah.. padam balik!” arah Amsyar lantas meneguk air yang diberikan. Anisah mencebik.

‘Yelah! Aku tahu aku salah.. tapi jangan la panggil aku bodoh! Geram betul! Macam la dia tu pandai sangat. Dia yang buat kontrak bukannya aku!’ rungut hati Anisah. Dia segera memotong perkataan yang ditulis. Amsyar bangun meninggalkannya menuju ke ruang tamu. Anisah menyumpah seranah kelakuan Amsyar padanya.

‘Hish! Kenapa la aku boleh kahwin dengan dia, ni? Menyakitkan hati betul!’ Anisah kembali menampal kertas tersebut dan mencapai gelas yang diminum oleh Amsyar untuk dibasuh. Kemudian, dia terus mengambil coklat yang dah cair tu ke ruang tamu. ‘Nasib baik ada coklat.. dapat juga aku lepaskan segala tension aku ni!’.

*******************

Anisah menepuk-nepuk bantal enam kali. Kata orang tua-tua, kalau sebelum tidur kita ketuk bantal.. nescaya kita akan bangun ikut pada berapa kali yang kita ketuk. Kiranya kalau enam kali dia ketuk, dalam pukul enam tepat dia akan bangun. Entah la benda ni betul atau tidak tapi dia selalu juga buat. Lebih kurang dalam pukul enam tu spontan matanya terbuka. So memang betul la petua tu. Hehehe..

Anisah baring lantas menarik comforter ke paras dada. Dia menguap berulang kali. Rasa mengantuk menerjah namun matanya masih juga tidak mahu tidur. Anisah memandang ke arah siling. Dalam fikirannya, dia masih teringatkan Amsyar. Ah! Kenapa aku teringat kat dia pula ni? Syuhh.. syuhh.. Pergi! Pergi!

Sudah sebulan lebih jangka perkahwinan mereka.. dia tahu sudah terbit rasa sayang dia pada Amsyar. Walaupun pada awalnya dia membenci lelaki itu, tapi selama mereka tinggal bersama.. Amsyar bukanlah seperti lelaki yang dia fikirkan selama ini. Amsyar suka buli dan marah-marah namun tidak pernah sekalipun dia menyentuh atau menjentik Anisah. Anisah yakin Amsyar seorang lelaki yang baik. Cuma ego dan sikap keras kepalanya itu yang menutupi segala kebaikan yang ada pada dirinya

*********************

Dddddduuunnnng!!
Anisah terkejut. Bunyi apa tu? Dia bingkas bangun.

“Abang?” tanya dia. Diam. Tiada sahutan. Bulu romanya tiba-tiba naik. Aiseh! Bunyi apa tadi, tu? Anisah turun dari katil lantas bergerak ke pintu dengan perlahan.

“Abang.. abang ke tu? Jangan la main-main..” jerit Anisah lagi. Masih lagi tiada sahutan. Kakinya menggigil namun diberanikan juga diri untuk menghampiri pintu biliknya. Dengan perlahan Anisah membuka dan kepalanya dijenguk keluar. Keadaan yang gelap menyukar pandangannya untuk melihat. Namun dalam samar-samar kelihatan satu susuk tubuh terbaring di atas lantai.

“Abang!!???”...

**********************

5 orang beri kritikan::

LeaQistina berkata...

adoiyai.. bila nak smbg ni cik wannie..

Cik Waniey berkata...

ye cik lea.. sowi ek..
wani bz sgt2.. skg ni pon tgh cari idea disamping study.. huhu..
nnti dah ade idea wani smbung k..

bulan bintang capricorn berkata...

hehe..
pasnie kompom amsyar falling in luv..
;p

ceritaku MEMORIKU berkata...

pasnie fall in love pnye ah.
agagag.

ashfa berkata...

knp xleh bukak yg eps 5 n seterusnya???? nk baca dl br nk beli...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...