RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Khamis, 1 Januari 2009

Benci Bilang Cinta 3

BAB 3

Amsyar masuk ke dalam ofis dengan wajah yang membahang. Semua staf terkejut dengan kedatangannya. Jangankan nak senyum.. tegur pun tidak. Berdesuupp masuk ke dalam biliknya. Zaidi yang perasan dengan kelakuan Amsyar segera ke bilinya.

Amsyar melemparkan ‘briefcase’nya di atas meja. Sekilas dia duduk dan bersandar. Dia melepaskan keluhan. Teringat kembali babak ketika Anisah mencium tangannya sewaktu dia keluar dari rumah. ‘Kenapa aku rasa lain?’ desis hatinya. Dia meletakkan tangannya ke dada. Degupan jantung Amsyar kembali kencang. ‘Ah! Perasaan aku, je. Tak mungkin aku dah mula sukakan dia! Dia.. dugong!! Tak mungkin aku suka dugong macam dia! Aku suka seseorang persis duyung bukan dugong!! Arrggghhh!!!’

“Hai, mengelamun nampak, Sya?” tanya Zaidi lantas menutup pintu biliknya.

“Kau ni Eddy, masuk tu cuba ketuk pintu dulu!” tegur Amsyar. Tangannya segera menekan punat ‘on’ pada laptopnya. Zaidi menghampiri mejanya lantas menarik kerusi untuk duduk tanpa dipelawa.

“Aku dah ketuk pintu kau berkali-kali. Kau tak dengar ke? Tu la.. berangan je kau, ni!” perli Zaidi. Amsyar hanya diam sahaja. Dia leka memandang kea rah skrin laptopnya. “So, how’s your first night? Ke.. tidur berasingan???” tanya Zaidi lagi.

“Kenapa? Penting ke aku nak cerita kat kau pasal first night aku??” kali ini Amsyar pula membalas paku buah keras.

“Yelah.. kau kan tak suka dengan perkahwinan kau, ni. So sebab tu aku tanya”

“Aku tak ingin la dengan budak Nisa Dugong, tu. Kalau dia tu cantik macam duyung.. boleh lah! Kalau aku tak cinta pun aku tetap boleh ngap! Hahahaha..” gurau Amsyar kasar. Zaidi hanya ketawa sahaja.

“Dia lawa what? Comey lagik!” Zaidi tersengih macam kerang busuk depan Amsyar.

“Lawa!? Tolonglah! Dah la.. malas aku nak cerita pasal dia. Buat sakit hati aku, je! Rasa macam tak nak balik rumah. Tak sanggup aku tengok muka dia hari-hari..” rungut Amsyar. Zaidi hanya mengangkat bahu. “So, hari ini kita ada meeting dekat mana?”

*******************

Sebulan berlalu.. namun kehidupan Amsyar dan Anisah tetap macam biasa. Tiada apa yang berlaku. Perasaan Amsyar pada Anisah tetap sama seperti dulu. Benci.. dan terus membenci. Cuma Anisah pula semakin lama semakin periang dan kadang-kadang pandai pula loya buruk. Dia juga tekad takkan melalui hidupnya dengan penuh kesedihan. Walaubagaimanapun hidup mesti diteruskan. Selagi dia masih digelar isteri, tanggungjawab dia tidak sesekali diabaikan meskipun Amsyar tidak pernah menghargainya.

“Ada apa papa dan mama suruh kitorang berkumpul, ni?” tanya Amsyar malam itu selepas makan. Datuk Azhari dan Datin Faridah saling berpandangan sambil tersenyum. Amsyar dan Anisah mengerut dahi.

“Pa, ada perkara baik, ke?” tanya Anisah membuang rasa ingin tahunya. Amsyar memandang tajam ke arah Anisah. Sibuk pula perempuan ni! Gadis itu kembali tunduk diam. Takut pula melihat wajah Amsyar yang selalu sahaja masam dan macam nak makan orang tu. Datuk Azhari dan Datin Faridah masih lagi tersenyum..

“Papa dan mama nak beritahu wasiat arwah atuk kamu yang kedua” kata-kata Datuk Azhari betul-betul membuatkan Amsyar dan Anisah ternganga. Wasiat apa pulak kali ni????

“Apa ni pa.. Atuk ni biar benar. Sesuka hati buat wasiat yang bukan-bukan macam ni!!” rungut Amsyar. Anisah hanya mengangguk setuju.

“Sya, tak baik kamu cakap arwah atuk kamu macam tu. Atuk kamu buat wasiat ni untuk kebaikan kamu juga!” tegur Datin Faridah.

“Ok.. wait a minute! Nak tak nak, Sya and Anis kena ikut! Do not complain, ok?” balas pula Datuk Azhari. Dia mengeluarkan sekeping fail dari sisi mereka dan mula membaca.

“Dengar ni.. dah sebulan korang duduk di rumah ini, kan?.. So.. mulai minggu depan korang berdua akan duduk berasingan dengan kami..” Amsyar dan Anisah terkejut dengan kata-kata yang disampaikan oleh Datuk Azhari. Apa yang dimaksudkan oleh mereka?

“Maksud pa?” Amsyar tetap tidak puas hati.

“Atuk kamu dah belikan sebuah banglo berdekatan dengan Bukit Damansara. Banglo tu memang dibina khas untuk kau, Amsyar. Maybe this is the great news for both of you” Amsyar tidak terkata apa-apa. Dia betul-betul terkejut. What? Tinggal di banglo tu? Berdua?? Antara aku dengan budak ni, ke? Oh, tidaakkk!! No way..!!

************************

“Wah.. cantiknya!!!” jerit Anisah apabila melihat keindahan banglo di depan mata. Rumah banglo dua tingkat yang lengkap dengan perabut itu betul-betul memukau pandangan. Anisah begitu gembira sekali. Dia melihat sahaja gelagat Anisah yang macam orang jumpa emas. Jakun sangat. Dia tergedik-gedik berlari ke sana ke mari kegembiraan. Amsyar menarik beg pakaian ke dalam.

“Woi.. woi.. sudah sudah la tu! Angkat beg ni!!” arah Amsyar kepada Anisah. Gadis itu terkaku. Dia hanya tersengih lantas segera membantu Amsyar mengambil beg mereka. Dia betul-betul gembira. Begitu bertuah dia dapat tinggal di dalam rumah sebesar ini.

********************

Paapp!! Amsyar melemparkan fail nipis di atas meja makan. Anisah hanya duduk kaku sahaja memandang fail di hadapannya itu.

“Apa ni?” tanya Anisah. Amsyar duduk di hadapannya. Dia memandang tepat ke arah mata Anisah. Gadis itu mengerut dahi.

“Ini kontrak! Aku dah siapkan segala syarat-syarat sepanjang kita berada di dalam rumah ni..” jawab Amsyar kasar.

“Kontrak apa? Abang pun nak jadi macam arwah atuk juga, ke? Hehehe..” gurau Anisah.

“Diamlah! Kontrak ni aku gelarkan ‘Do and Don’ts Contract’! Segala apa yang aku senaraikan dalam ni adalah muktamad! Ambil ni dan baca kuat-kuat! Aku nak dengar..” Amsyar menolak kontrak itu kepada Anisah. Dia mengambil lantas dibuka.

“Ha! Apa lagi? Bacalah!! Apesal diam?” bentak Amsyar. Anisah hanya menjeling sahaja. Geram pula melayan kerenah suaminya ini.

Satu: Sekiranya si suami keluar rumah, isteri tak berhak untuk mengambil tahu apa yang dilakukan oleh suami. Tapi sekiranya isteri ingin keluar rumah, dia harus meminta keizinan suaminya terlebih dahulu.

“Ini tak adil!” tegah Anisah.

“Kenapa pulak? Kan dalam Al-Quran sendiri dah cakap, seorang isteri wajib meminta keizinan suami untuk melakukan sesuatu. Kalau tidak, itu dah dikira menderhaka! Masa kita pergi kursus kahwin pun ustaz cakap macam tu, kan?” balas Amsyar. Anisah menggigit bibir. Geram betul dia.

“Habis, kalau abang keluar tanpa beritahu Nisa.. boleh pula! Itu bukan tak adil namanya?” Anisah masih tidak puas hati.

“Apa pulak tak adil? Seorang suami hanya diharuskan sahaja. Lagipun, tak mati la kalau aku buat sesuatu perkara tanpa pengetahuan kau. Kau tu je yang patut jaga batas-batas sebagai seorang isteri. Hah! Apa lagik.. teruskan baca syarat yang kedua..” arah Amsyar lagi. Anisah mendengus.

Dua: Sekiranya ingin mengambil atau menyimpan sesuatu di dalam peti sejuk, harus disenaraikan nama barang, tarikh, masa dan nama si pelaku. Ini adalah untuk mendisiplinkan diri agar si pelaku tidak mengambil makanan berlebihan dalam satu hari dan perbelanjaan makanan di dalam rumah dapat dilimitkan.

“Abang perli saya, ye?” Mata Anisah tajam memandang Amsyar. Amsyar hanya tersenyum sinis.

“Aku nak ajar kau cara nak jadi kurus la bengong! Kalau kau ikut syarat ni.. dapat la kau kurangkan sikap makan banyak kau, tu!” perli Amsyar pula.

“Mana boleh.. kalau saya masak untuk abang dan keluarkan barang-barang tu macam mana pulak?”

“Letak la nama aku dan kau sebab kita yang makan. Faham? Baca yang ketiga!” Sempat pula Amsyar menggigit lidi rojak buah yang dibelinya tadi sambil mendengar Anisah membaca syarat yang ketiga.

Tiga: Pastikan rumah sentiasa bersih dan kemas. Setiap hujung minggu, ruang tamu, bilik air, bilik tidur dan dapur hendaklah dimop sentiasa untuk mengekalkan kebersihan di dalam rumah.

“Ha.. ini Nisa setuju” kata Nisa tersenyum.

“Tapi semuanya kau yang buat!”

“Kenapa pulak!?”

“Sebab itukan tugas seorang perempuan?”

“Mana boleh! Penat la kalau Nisa buat seorang. Lagipun dalam kontrak ni tak tulis pun siapa yang kena buat and siapa yang tidak. So, as conclusion buat sama-sama la!”

“Hmm.. ok!” jawab Amsyar selamba.

Nisa tersenyum menang. Setuju juga mamat ni!

Empat: Pasangan suami isteri ini berhak untuk tidur berasingan dan dilarang
untuk masuk ke dalam bilik si pasangan walau apa yang berlaku sekalipun.


“Kalau ketuk pintu?” tanya Nisa untuk mendapatkan kepastian.

“Ketuk pintu boleh la! Kau ni tak faham statement ke? Kan dia tulis jangan masuk, je!” perli Amsyar lagi. Anisah menjeling.

Lima: Pasangan suami isteri itu dilarang sama sekali mengambil atau menyentuh barang peribadi pasangan mereka tanpa kebenaran.

“Maksud abang?”

“Maksudnya, kita tak dibenarkan menyentuh barang peribadi seperti jam tangan ke apa ke tanpa kebenaran la. Based on diri sendiri la apa jenis barang peribadi kita.”

“Kalau Nisa nak basuh seluar kecik and pakaian abang tu macam mana pulak?”

“Kan aku tulis ‘tanpa kebenaran’? Kalau aku benarkan kau boleh sentuh la sayang oii..”

Terakhir: Setelah tiga tahun berkahwin, sekiranya tidak ada keserasian.. pasangan boleh menuntut cerai.

Tangan Anisah menggigil. Tiga tahun? Cerai? Dia memandang Amsyar.

“Kenapa tiga tahun?”

“Kenapa? Kau nak awalkan lagi, ke? Boleh jugak..”

“Tak.. bukan tu maksud Nisa.. tapi.. kenapa perlu cerai?”

“Kan aku tulis, kalau takde keserasian.. boleh minta cerai atau menceraikan. Tiga tahun tu lama.. Takkan kau nak seksa hidup kau berkahwin dengan lelaki yang kau tak cinta?”

“Kenapa abang tak ceraikan saja saya sekarang? Kenapa perlu tunggu tiga tahun?” Mata Anisah kembali berair. Air matanya bergenang di kelopak mata.

“Kau gila, ke? Kita ni kahwin sebab wasiat, tau. Takkan begitu cepat kita bercerai.. Nanti apa kata mama, papa dan family kau? Lagipun tiga tahun tu cukup untuk kita kenal hati budi masing-masing, kan?”

Anisah mengesat air matanya dari terus mengalir. Dia tunduk memandang ke arah kontrak itu. Andai itu yang tersurat.. aku redha.

“Kontrak ni boleh dipinda?”

“Ikut kepada keadaan.. Dan sekarang kau sain kat bawah ni tanda kau setuju dengan segala syarat yang dikenakan!” jelas Amsyar lalu menunjukkan garisan putus-putus di dalam kontrak itu kepada Anisah. Dia menghulurkan pen kepada Anisah. Gadis itu menarik nafas sebelum menandatangan kontrak tersebut.

Setelah selesai, kini giliran Amsyar pula untuk tandatangan. Lelaki itu tersenyum.

“Great! Kontrak ni akan aku simpan di tempat yang selamat” kata Amsyar lalu bangun meninggalkan Anisah. Anisah diam. Cerai? Betul ke apa yang aku buat ni?

******************

2 orang beri kritikan::

bulan bintang capricorn berkata...

waa..
da ala2 tengku syahran ngan zahlia dlm biara hati nie..
hehe..
tp kontrak x adil btol..
sume bg bnefits tok amsyar je..

tyaa berkata...

aah. ala2 bicara hati la plakk. btw, mmg x adil. all the benefits are belong to amsyarr. not deal ! hee.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...