RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Khamis, 1 Januari 2009

Benci Bilang Cinta 2

BAB 2

“Allahuakbar Allahuakbar…” kedengaran suara azan berkumandang dari Masjid berdekatan.

Anisah terjaga dari tidur. Dia melihat jam loceng di meja sisi. Sudah pukul 6.00 pagi. Dia menoleh ke sisi katil.. kosong. Mana Amsyar? Semalam sesudah habis menyikat rambut, dia segera ke katil untuk merehatkan diri. Amsyar masih lagi dalam bilik air, mandi. Bunyi deburan air kedengaran. Anisah setia menunggu sehingga Amsyar keluar namun, matanya agak berat malam itu. Dia terlalu letih dan mengantuk dan setelah itu dia terlena.

Anisah bangun dari katil. Dia mencari kelibat suami yang baru dikahwininya. Mana dia? Tiba-tiba dia melihat pergerakan seseorang disebalik kegelapan bilik itu. Anisah mendekati tubuh itu. Amsyar baring di atas sofa kesejukkan. Dia berpeluk tubuh menahan sejuk. Anisah merasa kasihan melihat lelaki itu. Segera dia mengambil comforter di katil lantas diselimutnya lelaki itu.

‘Kesian awak, Amsyar.. Kenapa perlu menyeksa diri?’, rintih Anisah dalam hati.

Kemudian Anisah segera ke bilik air untuk mandi dan mengambil wuduk. Suara azan sudahpun berkumandang menandakan subuh telah menjelma. Setelah selesai mandi, dia menunaikan solat subuh. Satu kewajipan yang wajib dilakukan oleh seorang hamba Allah. Anisah menunaikannya dengan penuh khusyuk dan tawaduk. Anisah menadah tangan memohon keampunan dan berdoa semoga dilembutkan hati Amsyar untuk menerimanya satu hari nanti. Dia tidak menginginkan perkahwinan ini untuk sementara. Biar lah ia kekal selama-lamanya..

Anisah segera melipat telekungnya lantas disidai di palang penyidai. Matanya tertumpu ke arah Amsyar yang masih lena diulik mimpi. Dia tersenyum. Dia segera mendekati Amsyar untuk mengejutkan lelaki itu.

“Abang.. bangun bang..” kejut Anisah lembut. Dari semalam lagi dia tekad untuk memulakan panggilan itu kepada Amsyar. Amsyar suami dia. Takkan masih nak ber’kau-aku’. Amsyar tersentak. Dia membuka matanya.

“Apaa ni, Nisa?? Kan aku tengah tidur, ni!!” marah Amsyar dengan nada perlahan. Badan dia masih lagi berselubung dengan comforter yang diberikan oleh Anisah tadi.

“Dah Subuh, bang.. Bangun la.. Nanti terlajak pula.. Abang kan nak pergi ofis?” tegur Anisah. Tangannya masih memegang lengan Amsyar. Amsyar spontan bangun dari pembaringan. Matanya tajam memandang Anisah. Dia menarik tangannnya dari terus disentuh oleh Anisah. Gadis itu terkejut.

“Hish!! Kau ni tak boleh tengok aku senang!!” Amsyar segera berdiri dan menolak Anisah ke tepi. Mulutnya terkumat-kamit membebelkan sesuatu. Dia segera mencapai tuala untuk mandi. Anisah menggelengkan kepala. Dia mendekati suis lampu. Bilik itu kembali terang.

Anisah mengambil comforter yang terjatuh ke lantai tadi ke katil. Dia mengemas katil dan bantal dengan penuh teratur. Sempat pula dia bernyanyi-nyanyi kecil menghiburkan hati. Kemudian, dia segera ke almari pakaian untuk mengambil pakaian kerja Amsyar. Walaupun semalam hari perkahwinan mereka, namun Amsyar sibuk untuk memulakan tugasnya hari ni setelah mengambil cuti selama tiga hari bagi menjalani majlis pernikahan dan perkahwinan mereka. Alasannya banyak kerja di pejabat yang masih belum diselesaikan.

‘Hmm.. baju yang mana ye nak aku sediakan?’ teka Anisah dalam hati. Matanya berpinar-pinar memandang helaian baju yang tergantung di depan mata. Bermacam-macam jenis warna yang ada. Dia mengeluarkan baju kemeja berwarna biru laut dan seluar linen berwarna hitam. Kemudian dia memilih pula ‘tie’ berwarna biru gelap. Sesuai dikenakan dengan baju biru lautnya. Baju itu segera diseterika dan diletakkan di atas katil.

Lima belas minit berlalu. Jam di dinding menunjukkan sudah pukul 6.50 pagi. Amsyar masih lagi berada di dalam bilik air. Hmm.. tak habis mandi lagi, ke? Subuh dah nak habis.. Anisah mendekati tandas lantas diketuk pintu.

“Apaa??” jerit dia di dalam bilik air.

“Dah nak dekat pukul 7, bang. Subuh nak habis dah..” ujar Anisah.

“Yelah, nanti aku keluarlah!!” jawab Amsyar.

“Nisa dah iron baju abang. Nisa letak baju kat atas katil. Nanti abang pakai la, ye? Nisa nak turun ke bawah sediakan makanan..” kata Anisah. Namun tiada balasan dari dalam. Bunyi deburan air pula kedengaran. Anisah hanya tersenyum pahit. Dia segera keluar dari bilik dan menuju ke dapur.

************

Sebaik kaki melangkah ke dapur, bau nasi goreng sudah menusuk hidung. Orang gaji mama dan papa Amsyar sibuk memasak dan menyiapkan sarapan untuk mereka sekeluarga.

“Hm.. sedapnya bau. Masak apa?” tanya Anisah kepada dua orang gajian mereka.

“Eh, Cik Puan Anis.. kami masak nasi goreng, je.. Cik puan duduk la dekat ruang makan, nanti Ida sediakan makanan” ujar Shahida, salah seorang orang gaji mereka. Yang seorang hanya tersenyum sahaja sambil sibuk menggoreng nasi.

“Takpelah.. saya pun takde benda nak buat, boleh saya tolong sikit” kata Anisah mempelawakan diri. Dia segera mengambil pinggan mangkuk lantas disusun di meja makan. Walaupun ditegah namun Anisah tetap berdegil untuk membantu.

Sedang dia sibuk menyusun, Dato’ dan Datin turun dari tangga.

“Eh? Anis.. kenapa buat kerja-kerja ni??” tanya Datin Faridah. Dia segera mengambil kerusi untuk duduk. Dato’ Azhari hanya tersenyum sebelum mencapai surat khabar di atas meja makan.

“Takpelah, ma.. Anis saja je tolong Kak Mah dan Ida sediakan makanan.. Bosan takde buat apa-apa..” jawab Anisah. Dia segera menuangkan air teh ke dalam cawan bapa dan ibu mertuanya.

“Dato’, Datin dan Cik Puan Anis makan la.. saya masuk ke dalam dulu, ye” Mak Mah, orang gajian mereka yang paling setia berkhidmat ketika Amsyar masih kecil lagi meminta diri. Mereka mengangguk. Dato’ Azhari sibuk membaca surat khabar sebelum beliau bersarapan..

“Mana Amsyar, Anis?” tanya Datin Faridah apabila sejak dari tadi dia tidak nampak kelibat anak tunggal kesayangannya itu.

“Ada dekat atas, ma. Tengah bersiap” jawab Anisah sambil mengunyah nasi goreng perlahan.

“Emm.. budak ni memang degil. Papa dah suruh ambil cuti tak nak. Sibuk nak kerja. Korang pun belum pergi honeymoon lagi, kan? Macam la takde orang yang boleh tolong dia handlekan kerja dia, tu. Zaidi tu pun boleh bantu..!” ngomel Dato’ Azhari.

“Hmm.. degil dia tu ikut awak papanya..” perli Datin Faridah.

“Eh, saya pula awak salahkan. Awak pun apa kurangnya..” Dato’ Azhari membalas kembali. Anisah hanya tersenyum.

“Takpelah, pa.. ma.. Anis pun tak kisah. Abang Am tu banyak tanggungjawab sejak dia pegang CEO syarikat.. lagipun honeymoon tu bila-bila boleh pergi, kan?” jawab Anisah. Walaupun dia agak makan hati dengan sikap Amsyar padanya namun dia kena banyak bersabar.

“Hmm.. untung Amsyar dapat isteri macam kamu ni, Anis..” puji Dato’ Azhari. Datin Faridah hanya mengangguk setuju. Anisah tersenyum.

“Good Morning, ma.. pa...“ ucap Amsyar sewaktu dia turun dari tangga. Mata masing-masing memandang ke arahnya. Anisah terkejut apabila melihat Amsyar memakai baju yang bukan dipilih olehnya. Lelaki itu cuma memakai kemeja berwarna coklat terang, ber’tie coklat gelap dan berseluar slack hitam. Hatinya betul-betul terguris. Kenapa Amsyar begitu benci dengannya. Lelaki itu duduk berhadapan dengan mamanya. Dia langsung tidak memandang ke arah Anisah. Anisah diam. Tiba-tiba seleranya mati.

“Kamu betul-betul nak pergi kerja ke, Sya?” tanya Dato’ Azhari.

“Ye, pa. Kat ofis tu banyak kerja yang perlu Sya selesaikan. Tak boleh ambil cuti lama sangat” jawab Amsyar selamba.

“Kamukan baru kawin, Sya. Kesian kat bini kamu ni. Dia ambil cuti panjang kamu pulak ambil cuti pendek. Patutnya sekarang korang dah boleh pergi honeymoon tau!” tegur Datin Faridah pula. Amsyar hanya diam. Nasi goreng yang diberikan oleh Anisah diambil lantas disuap ke mulut.

“Ala, ma.. Nisa pun tak kisah samada nak pergi honeymoon ke tak. Betul tak, Nisa? Lagipun honeymoon tu kan bila-bila boleh pergi. Nanti kalau Sya free, Sya ajak la Nisa bercuti”

Anisah diam sahaja. Dia tak mampu untuk melawan kata-kata Amsyar. Lelaki itu berhak buat keputusan. Dato’ dan Datin hanya menggelengkan kepala.

Selesai makan, Amsyar segera ke ruang tamu. Tangannya menjinjing briefcase sebelum mencapai kasut di rak. Anisah hanya mengekori buntut Amsyar ke pintu utama. Lelaki itu langsung tidak memandang ke arahnya. Dato’ dan Datin pula kembali ke atas untuk menyelesaikan kerja mereka.

“Abang..” panggil Anisah. Amsyar diam. Dia leka memakai stoking. “Err.. abang balik pukul berapa hari, ni?” tanya Anisah kembali setelah lama menunggu balasan dari Amsyar.

“Kenapa?” tanya Amsyar acuh tak acuh.

“”Kalau abang balik awal, boleh Nisa masakkan abang makanan kegemaran abang” jawab Anisah lembut.

Amsyar kembali bangun setelah selesai mengenakan kasutnya. “Tak payahlah kau menyusahkan diri kau tu. Aku pun tak tahu aku boleh balik pukul berapa.” balas dia kasar lantas bergegas ke kereta. Anisah masih mengekorinya ke kereta. Gadis itu mencapai tangan suaminya. Amsyar terkejut. Kelakuan Anisah mencium tangan lelaki itu membuatkan Amsyar terkaku.

“Selamat jalan, bang..” ucap Anisah tersenyum. Amsyar diam. Dia menekan punat kunci kereta lantas dibuka pintu dan memboloskan diri ke dalam. Enjin kereta di’start’ dan kereta bergerak meninggalkan perkarangan rumah. Anisah hanya mengeluh. Lelaki itu langsung tidak melambaikan tangan ke arahnya. Blah macam tu aje. Dia kembali masuk ke dalam rumahnya.

Kaki Anisah melangkah ke bilik. Sebaik sahaja pintu dibuka, matanya tertancap ke arah pakaian yang diseterikanya pagi tadi. Masih elok dan tidak bersentuh. Tidak perasankah Amsyar dengan baju ini? Tapi mustahil dia tidak perasan. Anisah segera mengambil pakaian tersebut lantas digantung dan disimpan kembali ke dalam almari. Dia duduk di atas katil. Tiba-tiba hatinya terasa amat sunyi. Dia rindukan abah dan mak serta adik-beradik yang lain.

‘Mak.. Nisa mahu pulang..’ keluh Anisah dalam hati. Dia masih belum boleh menerima perkahwinan ini namun.. kerana arwah atuk Amsyar pernah berjasa dengan mereka sekeluarga, dia redha dengan kehendak mereka. Takpelah.. mungkin hari ini aku belum menjumpai kebahagiaanku..

****************

2 orang beri kritikan::

bulan bintang capricorn berkata...

kejam gle arr amsyar tuh..
klo ye pown x ske,lyn je arr nisa tuh leklok..kn ke bini dier tuh..
ish9x..

ceritaku MEMORIKU berkata...

amsyar so evil.
darth vader.
agagag.
aku lempang kang.
suke2.
-na`dz

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...