RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Khamis, 1 Januari 2009

Benci Bilang Cinta 1


BAB 1

“Apa!!? Kahwin??” jerit Amsyar terkejut apabila mamanya tiba-tiba memberikan pendapatnya pada petang itu. Mamanya hanya mengangguk. Selama ini mamanya tidak pernah mengambil kisah mengenai dirinya. Yelah, dia lelaki… masih jauh lagi masa depannya. Banyak lagi yang perlu dikejar olehnya sebelum memegang status ‘SUAMI’. Aahh!! Tidakkk..

“Kenapa tiba-tiba mama menyuruh Sya kahwin?” tanya dia kembali tidak berpuas hati.

“Ini wasiat arwah atuk kamu, Sya. Sekiranya kamu masih belum berkahwin setelah genap usia 28 tahun, kamu mesti berkahwin dengan calon pilihan arwah” jelas Datin Farida, mamanya. Papanya hanya mengangguk.

“Wasiat? Kenapa baru sekarang mama mengatakan hal ini pada Sya? Kenapa tidak dulu? Masih terlalu awal untuk Sya berkahwin, ma” rungut Amsyar tegas. Kalau arwah atuknya sudah ada calon, siapa orangnya? Kenal kah aku? Tapi, kalau aku bertegas.. siapa pula yang ingin aku jadikan calon? Melisa? Fifi? Ataupun Jamy? Ahhh… mereka tu tak layak digelar isteri. Kaki ampu, kaki goda dan kaki kikis. Mungkin gelaran itu sesuai untuk diorang. Kalaulah aku kahwin dengan diorang, tak sampai setahun papa kedana aku! Huhuhuhu…

“Arwah menyuruh kami rahsiakan perkara ini, Sya. Kami kena ikut wasiat. Lagipun usia Sya makin meningkat, sampai bila Sya nak hidup membujang? Apa Sya dah ada calon?!” tanya Datin Farida. Amsyar menggelengkan kepalanya.

“Kalau macam tu, Sya kenal la dulu calon arwah atuk kamu, ni..”

“Siapa?”

“Esok mama suruh dia datang. Mama yakin kamu mesti suka!” Datin Farida bermain teka-teki dengannya. Amsyar ternganga. Lawakah gadis itu? ‘Mama ni.. Jawab ajelah siapa dia? Hmm.. mampu ke aku nak jaga anak orang dalam usia yang muda macam ni? Oh, tidakk!!’ rungut Amsyar dalam hati.

*****************

“Tahniah la kalau macam tu..” ucap Zaidi kepada Amsyar sewaktu mereka lunch bersama.

“Tahniah!? Kau perli aku ke, Zaidi?” balas Amsyar tak puas hati. Patutnya sahabat baiknya yang dikenali sejak zaman sekolah ni menyokong dia, ini tidak!

“Perli apanya? Baguslah kalau dah sampai seru kau untuk berkahwin. Sampai bila nak hidup membujang? Aku ni dah 3 tahun kahwin” tegas Zaidi tersengih menayangkan giginya.

“Aku masih muda lagi, la!” jawab Amsyar.

“Muda? Umur dah 28 tahun kau kata muda!? Heloo.. kawan, patutnya umur macam kau ni, anak dah tiga tau tak!” perli Zaidi. Amsyar mendengus. Bagi perempuan memang la tua, akukan lelaki.. 28 tahun tu masih awal lagi..

“So, macam mana dengan gadis tu? Lawa, ke?” tanya Zaidi setelah lama dia melihat Amsyar berkhayal seorang diri. Makanan di hadapan langsung tidak dijamah. Hai.. takkan dengar pasal kahwin tak lalu makan, kot?

“Entah la! Malam ni mama aku nak bawa dia datang dinner kat rumah kitorang. Tunggu dan lihat ajelah..”

“Hmm.. bagi aku lawa atau tak itu tak penting. Asalkan dia gadis yang baik, jaga aurat dan hormat orang tua cukuplah!” ujar Zaidi memberi idea.

“Maksud kau?” Amsyar tidak memahami maksud tersirat sahabat baiknya itu.

“Aku tengok kawan-kawan perempuan yang selalu kepit dengan kau semuanya tak semenggah. Kalau pakai baju tu, macam tak cukup kain. Dah la tu, bila bercakap gedik bukan main. I hope that is not your taste actually?”

Sekali lagi Amsyar mengeluh. “Diorang tu spare part aku, je! Takkan aku nak jadikan diorang tu isteri aku. Aku ni masih waras lagi la, bro!” jawab Amsyar bersungguh. Kalau untuk enjoy, memang diorang layak. Tapi kalau untuk sehidup semati, diorang tu list terakhir akan aku pilih.

***************

“Jemputlah, masuk!” ujar Datin Faridah dan Datuk Azhari mengajak tetamu masuk ke dalam rumah. Mereka bersalaman.

“Wah, besar sungguh rumah kamu ni ye, Idah?” puji perempuan yang agak usia dari Datin Faridah itu apabila melihat keadaan rumah mereka. Matanya tidak berkelip memandang. Seolah-olah terpegun dengan keindahan rumah yang direka sendiri oleh suaminya.

“Takdelah, Maznah. Biasa-biasa, je..” sangkal Datin Faridah.

“Mana Anis?” tanya Datuk Azhari.

“Saya kat sini, pakcik!” jerit Anisah yang sibuk mengambil sesuatu dari dalam kereta mereka. Kemudian pintu kereta ditutup dan Anisah menjinjing plastik berisi buah strawbery.

Anisah berjalan mendekati mereka lantas disalamnya. Plastic bertukar tangan. “Strawbery ni Anis beli dari Cameron Highland. Khas untuk pakcik dan makcik” ujar Anisah tersenyum. Datuk Azhari ketawa lantas menjemput mereka duduk.

Amsyar tidak langsung mengendahkan riuhan itu. Dia leka menatap komputernya sejak dari tadi. Dengar suara pun dah tahu gadis itu jenis periang orangnya.

“Sya, apa buat kat bilik komputer, ni? Mari ikut mama ke ruang tamu. Kenal dengan keluarga bakal isteri kamu tu” tegur Datin Faridah ketika dia dalam perjalanan ke dapur untuk membantu orang gajinya menyediakan makan malam. Bilik komputer yang diduduki oleh Amsyar hanya terletak di antara dapur dan ruang tamu mereka sahaja.

Amsyar mengeluh lantas dia segera menutup komputernya. Dia bergerak ke ruang tamu dalam keadaan terpaksa. Kalau ikutkan hati, malas betul dia nak lepak kat rumah malam-malam macam ni semata-mata untuk bertemu dengan keluarga bakal isteri bukan pilihan hatinya.

“Haa… itu mesti Amsyar!” ujar Puan Maznah, ibu kepada Anisah.

Amsyar hanya tersenyum pahit mendekati mereka. Dia bersalam dengan kedua ibu bapa Anisah. Anisah yang sedang leka menonton tv mengalih perhatiannya ke arah Amsyar. Mereka berdua terkejut. Satu pertemuan yang tidak dijangkakan.

“Kau!!?” tanya mereka serentak.

**************

“Nisa Dugong!?” tanya Zaidi mengingati sesuatu.

“A’ah! Takkan kau tak ingat budak perempuan yang badan dia macam dugong dalam kelas kita dulu!?” tanya Amsyar berharap.

“Maksud kau, Anisah? Budak yang selalu kau ejek sebab badan dia gemuk tu, ke?” tanya Zaidi balik mendapatkan kepastian.

“Ye lah! Dia la budaknya!” jawab Amsyar. Zaidi ketawa. “Kenapa kau ketawa?”

“Tak sangka dunia ni memang kecik. Pergi sejauh mana sekalipun pasti akan berjumpa kembali. Dah la tu, jodoh kau pula!” gurau Zaidi.

“Ini bukan masanya nak bergurau Eddy! Aku serius ni! Tak kan aku nak terima budak tu sebagai isteri aku. Kau bukan tak tahu taste aku macam mana?”

“Ok apa si Nisa, tu? Comel.. cute.. manis, je!” jawab Zaidi.

“Comel? Cute? Manis?? Uwek!!.. Kau je yang rasa macam tu. But not me!”

“Badan dia still gemuk macam dulu, ke?”

“Takdelah gemuk macam dulu. Agak kurus la sikit dari dulu. Dah jadi kategori berisi la pulak!”

“So, apa masalahnya? Nampak sangat dia tu ada inisiatif nak turunkan berat badan dia. Aku rasa dia tentu dah lawa sekarang”

“No! Masih macam dulu. Dia tu macam tak layak digelar lawa rasanya. Benci lagi adalah!!”

“Jangan benci-benci, Sya.. Nanti lama-lama jadi sayang..” ujar Zaidi menguji. Keningnya diangkat dan bibirnya tersenyum. Amsyar mendengus tidak puas hati. Sakit hati pulak kalau bercerita dengan Zaidi. Lelaki itu tidak pernah menyokong segala apa yang dilakukannya.

*****************

“Jadi kau bersetuju ke nak kahwin dengan lelaki itu, Nisa?” tanya Fatin ketika mereka membuat research di library UIA. Tugas mereka sebagai pensyarah memerlukan pengetahuan yang tinggi untuk memberi pendidikan yang sewajarnya kepada pelajar mereka.

“Ini semua wasiat Fatin. Takkan aku nak bantah pula?” jawab Anisah.

“Tak sangka kan? Budak lelaki yang pernah kutuk dan hina kau masa sekolah dulu tu, rupa-rupanya jodoh kau” ujar Fatin. Anisah mengeluh.

‘Hm.. kenapa mesti aku bertemu dengan dia!? Sudah lama aku buang dia jauh-jauh. Tapi kenapa mesti bertemu kembali?’ keluh Anisah dalam hati.

*****************

“Mok! Oii Mok! Meh sini sat!” jerit Amsyar memanggil Anisah. Anisah mengerut dahi memandang Amsyar.

“Kau nak apa!?” tanya Anisah tegas.

“Belikan aku burger kat kantin! Aku lapar la…” arah Amsyar kepada Anisah. Perutnya sengaja diusap-usap konon-konon lapar sesangat.

“Belilah sendiri!” marah Anisah. Sejak bila pulak dia jadi hamba abdi mamat ni?

“Ala.. belikan la. Nanti aku bagi la upah. Kau boleh beli berdozen-dozen burger nanti. Aku tahu kau kan suka makan burger. Makin debab la badan kau nanti, kan? Sama macam dugong! Lepas ni boleh la kitorang boleh gelar kau Nisa Dugong! Hahahaha...” ejek Amsyar. Rakan-rakannya yang lain hanya ketawa. Anisah diam. Sakit hati betul dia dengan gelaran itu.

*****************

“Aku terima nikahnya Nur Anisah Syifa’ bt Aminudin dengan mas kahwinnya 80 ringgit tunai” dengan lafaz tersebut, maka termaktublah Anisah menjadi isterinya yang sah. Walaupun berkali-kali ditegah, wasiat tetap wasiat dan dia tidak boleh membantah.

Amsyar mendekati Anisah untuk menyarung cincin di jari manisnya. Setelah disarung, bibirnya mengucup lembut dahi gadis itu. Kelipan lampu flash dari kamera memancar-mancar ke arah mereka. Semua orang gembira dengan pernikahan ini namun masing-masing tidak tahu bagaimana pula dengan perasaan kedua-dua pasangan yang telah sah menjadi suami isteri ini.

****************

Amsyar menutup pintu bilik setelah penat melayan tetamu yang hadir. Anisah yang telah selesai mandi segera ke meja solek untuk menyikat rambutnya. Amsyar duduk di atas katil lantas matanya tak berkelip memandang Anisah.

“Kau ingat lawa sangat ke sikat rambut kau yang kusut tu depan aku?” perli Amsyar. Pergerakan tangan Anisah mati di situ. Dia mengerling ke arah Amsyar yang memandang tajam ke arahnya.

“Aku tak rasa pun yang aku lawa” balas Anisah kembali.

“Dah pandai melawan, ye? Kau harus ingat, aku ni dah sah jadi suami kau, tau! Sedikit kau tinggikan suara dengan aku, dah dikira isteri yang derhaka. Tak bau syurga la kau gamaknya!” tegas Amsyar.

“Ada ke aku meninggikan suara dengan kau?” perli Anisah. Amsyar terdiam. Ada ke?

“Kalau bukan hari ini pun, esok ke.. tulat ke.. kau pasti akan tinggikan suara kau dengan aku! Kau ingat Nisa.. aku sebenarnya tak sudi nak kahwin dengan kau! Orang perempuan macam kau ni aku pandang sebelah mata je. Kalau boleh pandang pun aku tak hingin!”

“Kalau pandang pun tak hingin, kenapa kau kahwin dengan aku?”

“Jangan kau ingat aku suka-suka nak kahwin dengan kau! Kalau tak kerana wasiat arwah atuk aku, dah lama aku tolak kau awal-awal! Dah lah.. dari layan kau baik aku pergi mandi!!” Amsyar bangun lantas mengambil tualanya. Pintu bilik air sengaja dihempas menunjukkan dia memberontak. Anisah terdiam.

‘Ya Allah, mengapakah ini yang kau uji. Tidak cukupkah dengan ujian yang maha hebat yang pernah kau berikan padaku dulu?’ tanpa dapat ditahan, air mata mengalir membasahi pipi.. dugaan ini yang perlu dihadapinya..

***************

2 orang beri kritikan::

comiez berkata...

x baik tul amsyar ni.menghina org chubby.terasa gak aku.huhuhu........xpe jp lg tebalik la hati dia 2.padan muka....kuhik3x

Haha berkata...

cerita orang kahwin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...