RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Sabtu, 2 Ogos 2008

Alamak! Arziril ke Ariel!? 9

BAB 9

Sudah hampir tiga minggu Dania tidak berjumpa dengan Ariel. Kalau dulu, walaupun mereka jarang melepak bersama, kadang-kadang dia jumpa juga dengan Ariel. Tetapi sekarang, jangankan berjumpa… call dia pun tak dapat. Dania mengeluh. Dia rasa macam timbul perasaan rindu dengan Ariel. Yelah, dulu semasa lelaki itu ada di depan mata… dia benci tapi bila dah lama tidak bersua muka, baru la dia tahu bahawa Ariel itu la pelengkap hidupnya. Dia dan Ariel membesar bersama. Suka duka mereka tempuhi bersama namun baru kini dia menyedari Ariel penting dalam hidup dia.

“Dania!” jerit Lily. Dania memandang rakan baiknya itu.

“Hmm… ada apa?” tanya dia. Lily menarik kerusi lantas duduk di hadapan gadis itu.

“Tengok la, ni!!!” Lily melambai-lambaikan sekeping kertas kepada Dania. “Yasmin dah belikan tiket untuk aku. Tiket VIP, seh! Bahagian depan sekali!!” kata dia bangga. Dania menjeling. Itu pun nak tunjuk ke?, bisik Dania dalam hati. Semalam, Dania tekad untuk tidak jadi mengikuti Yasmin dan Lily menyaksikan konsert Arziril. Tiba-tiba dia rasa dia perlukan duit itu untuk membeli buku rujukan. Dia tidak mahu menyusahkan ibunya. Wanita itu telah banyak berkorban demi dia dan adik-adiknya. Bila difikirkan, apalah sangat konsert Arziril kalau nak dibandingkan kesusahan yang dialami mereka sekeluarga. Dia bukan anak orang berada seperti Yasmin dan Lily. Minta aje, for sure diorang boleh dapat.

“Kau betul-betul tekad ke tak nak pergi?” tanya Lily. Dania mengeluh. Tangannya yang dari tadi sibuk menulis berhenti tiba-tiba.

“Kalau aku tak tekad, aku dah suruh si Yasmin tu belikan untuk aku!” ujar dia.

“Alaa… tak best la kau tak pergi. Bukan senang nak join konsert macam ni. Kau kan peminat fanatic Arziril Ryan. Takkan kau nak lepaskan peluang ni.” bebel Lily.

“Habis, kau nak aku buat apa? Kau nak support aku ke konsert tu, ke?” tanya Dania meminta penjelasan. Lily hanya tersengih menayangkan giginya.

“Kalau aku ada duit, aku akan support kau. Tapi… tiket mahal la, Dania. Aku ni pun pinjam sikit duit dari Yasmin,” luah Lily. Dania menjeling lantas menyambung semula penulisannya yang tergendala tadi.

“Kau lambat lagi ke kat library, ni?” tanya Lily kembali setelah lama mereka berdiam diri.

“Kenapa?” Dania masih sibuk mengulangkaji pelajaran.

“Ingat nak ajak kau pergi makan… laparlah!” jawab Lily lantas menggosok perutnya yang kelaparan. Dania mengeluh.

“Yasmin mana?” Mata Dania melilau-lilau mencari kelibat Yasmin. Dari tadi dia tak nampak batang hidung gadis itu.

“Yasmin dah balik. Katanya ada hal!” jawab Lily mematikan persoalannya. Dania mengangguk. “Jomlah, Dania!!” ajak Lily berharap.

“Yelah… yelah! Tapi bagi aku siapkan ayat terakhir aku ni, dulu!” Dania bersetuju. Nak tak nak dia kena juga temankan minah buntal, ni. Kalau bab makan, memang dia nombor satu. Lily tersenyum…

“Ni yang buat aku sayang sangat dengan kau, ni!” gurau Lily lantas mencuit hidung Dania. Dania mencebik. Geli betul dia mendengar.

****************

‘Ariel, kau kat mana? Aku cari kau kat rumah, kau takde. Aku call, kenapa tak angkat?’

Dania menekan butang send. Masuk kali ini dah lima kali mesej dia hantar namun langsung tiada balasan. Bila dia call, lelaki itu seolah-olah tak mahu melayan panggilannya. Adakah Ariel dah jauh hati? Tapi hari itu dia ok, aje… Entah-entah pasal berita hari tu, tak? Dania mengeluh.

Sampai sahaja dia di hadapan rumah, Dania membuka pagar. Tiba-tiba…
“Akak! Akak! Ni ada surat untuk akak!” jerit Danny, adiknya yang kedua berlari keluar. Walaupun Danny sudah berumur 12 tahun, namun perangainya seperti budak berumur 7 tahun. Dia sendiri pun tak tahu apa masalah budak ini. Lurus bendulnya sama seperti Ariel. Daniel pula walaupun baru berumur 5 tahun, namun dia sudah pandai membaca dan mengira. Danny menghulurkan surat itu kepada Dania.

“Surat apa ni, dik?” tanya Dania.

“Entah?” jawab Danny lantas berlari masuk ke dalam rumah. Dania segera mengekori jejak langkah Danny. Sampai sahaja di ruang tamu, Dania meletakkan begnya di atas sofa. Surat di tangan dikoyakkan. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat isi di dalam surat itu…

“Tiket konsert Arziril!!???” Dania menutup mulutnya. Dia terkejut. Terdapat 4 keping tiket semuanya. Dah la tu, tiket VIP lagi. Dania betul-betul tak menyangka. Siapakah yang baik hati menghadiahkan tiket ini kepadanya? Nak kata dia menang kuiz Era tak pulak. Dia tak pernah telefon atau memasuki apa-apa kuiz pun sebelum ini.

“Surat apa, Dania?” tanya ibunya tiba-tiba. Dania menunjukkan tiket itu kepada ibunya.

“Tak tahu siapa yang bagi tiket konsert Arziril Ryan ni, bu? Baik sungguh orang tu!” ujar Dania semasa ibunya sibuk membelek tiket tersebut. Kemudian ibunya tersenyum. Dania mengerut dahi. “Kenapa ibu senyum?” tanya dia tidak memahami.

“Jangan-jangan ada secret admirer Dania yang bagi, kot?” gurau ibunya. Dania menggeleng tidak percaya.

“Tak mungkin la, bu! Dania mana ada secret admirer… lagipun tiket ni VIP ticket, tau! Kos untuk 4 keping ni lebih kurang seribu lebih harganya! Baiknya orang itu habiskan seribu ringgit duitnya hanya untuk Dania. Mesti silap rumah, ni!” sangkal Dania.

“La, kenapa pulak? Manalah tahu ada anak Dato’ yang minat kat anak ibu yang comel ni, ke? Apalah sangat kalau takat seribu ringgit dia habiskan untuk Dania? Tu menunjukkan orang itu ikhlas!” tambah ibunya lagi. Dania diam. Dia membelek lagi surat tersebut. Kosong! Kiranya orang itu hanya menghantarkan tiket ini kepadanya tanpa apa-apa mesej? Siapa dia? Dania pening memikirkannya.

0 orang beri kritikan::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...