RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Isnin, 4 Ogos 2008

Alamak! Arziril ke Ariel!? 18

BAB 18

"Dania!!" jerit Lily ketika mereka mencari Dania di cafe. Dania melambai ke arah mereka. Lily dan Yasmin berlari-lari anak mendekati meja yang diduduki oleh Dania.
Lily dan Yasmin menarik kerusi masing-masing lantas duduk.

"Ada cerita best, ke?" tanya Dania. Lily dan Yasmin saling berpandangan. Mereka tersengih. Konon-konon hal mereka ini bermakna sangat. Dania hairan. "Kenapa korang, ni? Sengih-sengih macam kerang busuk, ni? Ada berita best, ke?" tanya Dania lagi.

"Guest what?" Lily bermain tarik tali dengan Dania. Dania mengeluh.

"Apa bendanya? Aku malas la nak teka.." ujar Dania mendengus.

"Ada contest untuk penjelajahan Arziril Ryan! Siapa yang menang boleh pergi melancong bersama-sama dia. Berdua-duaan.. Best gileeerr" jawab Yasmin dengan nada yang teruja. Dania membuntangkan matanya. Terkejut dengan berita yang baru didengarinya.

"Contest pasal apa?"

"Kau tengok kat surat khabar Harian Metro, ni!" Lily menghulurkan surat khabar tersebut kepada Dania. Dania membelek dan membaca dengan penuh khusyuk. Sesekali dia tersenyum dan tersengih seorang diri membaca. "Kau nak masuk, tak?" tanya Lily kembali setelah lama menunggu Dania membaca surat khabar tersebut.

"Soalan tu akan ditanya oleh DJ Hot FM, la! Maybe Fafau (Farah Fauzana) atau FBI (Faizal Ismail) yang akan tanya masa program Hot FM Am Krew berlangsung. Soalan tentang apa, ye?" tanya Dania tanpa menjawab pertanyaan Lily sebentar tadi.

"Entah la. Kau tahu ke Min?" Mata masing-masing memandang ke arah Yasmin. Yasmin hanya mengangkat bahu tidak tahu.

"Diorang merahsiakan soalan mengenai apa. Cuma bila kita call diorang, terus diorang bagi soalan maut kat kita" jawab Yasmin. Masing-masing hanya mengeluh.

"Kalau dia tanya mengenai aktiviti Arziril macam mana? Jenuh la nak cari information tentang tu" keluh Lily. "Kau nak masuk ke, Dania?"

"Of course la! Demi Arziril aku sanggup buat apa sahaja!" jawab Dania dengan penuh bangga. Dia mesti menang contest itu. Sudah lama dia menyimpan keinginan melancong bersama artis pujaan. Lebih-lebih lagi bila Arziril Ryan tidak mempunyai teman istimewa dan masa inilah dia dapat merapatkan diri dengan Arziril. Hohoho..

**************************

"Hello! I ni kawan Arziril, tau!! Kenapa susah sangat you all nak lepaskan I, ni!?" bentak Farisya apabila dia dihalang oleh dua orang personal bodyguard Arziril ketika dia datang ke Akademi Tarian untuk bertemu dengan 'kekasih' hatinya itu.

"Maaf Cik Farisya.. Cik tak boleh jumpa dengan Encik Arziril kalau tak buat apa-apa appointment. Lagipun Encik Arziril agak busy. Dia tak mahu diganggu" tegah Encik Azmi, salah seorang bodyguard tersebut dengan lembut. Farisya menahan marah. Dia menolak keras mereka berdua. Kalau nak dibandingkan badannya dengan mereka berdua jauh langit dari bumi. Dia macam ikan bilis manakala diorang berdua macam ikan jerung. Of course la dia yang kalah. Akhirnya terpaksa Fariya mengalah. Dia keluar dari bilik tersebut dengan rasa marah yang teramat sangat.

'Dah la aku call dia tak angkat, then bila aku datang sini.. dia tak mahu jumpa aku pulak!! Sial!' rungut hatinya. Matanya masih lagi tertancap ke arah handphonenya. Sekali lagi dia mendial nombor handphone Arziril. Masih lagi tidak berjawab. 'Tahu la dia tu orang ternama. Jangan la dengan aku pun nak tunjuk bagus! Lelaki tak guna! Geram betul!!!' sumpah Farisya lagi.

Farisya mengomel sendirian. Tiba-tiba..
"Eisya!" jerit seseorang memanggil namanya. Farisya menoleh. Arziril berlari sambil melambaikan tangan ke arahnya. Farisya segera membuang perasaan amarahnya tadi lantas cuba memaniskan mukanya.

Arziril mendekatinya dengan termengah-mengah. "Sorry.. sorry.." itu aje yang mampu dikeluarkan dari mulutnya. Arziril masih lagi menahan rasa penatnya.

"It's ok, Arziril. I kenal siapa diri I.." kata Farisya dengan gaya merajuk.

"I baru habis training tadi. Tak sangka bila tengok handphone banyak misscalled dari you. Bila I tanya dekat pekerja I tadi, diorang kata you baru keluar dari Akademi ni tadi" jelas Arziril panjang berjela. Farisya hanya tersenyum sinis.

'Mesti si bodyguard yang bodoh, tu! Konon-konon la kata aku baru keluar. Cakap ajelah kau yang halau aku!!' rungut hati Farisya.

"You nak ke mana?" tanya Arziril apabila melihat Farisya hanya memakai t-shirt dan seluar jeans sahaja tengahari itu. Lain benar penampilannya hari ini. Agak simple. Mukanya pun hanya make-up ala kadar. "You tak kerja ke hari, ni?" tanya dia lagi.

"I cuti hari ni. Sebab tu I datang sini nak tengok you berlatih. Alih-alih I yang kena halau. Macam kucing kurap je I rasa. Tapi takpela.. you sibuk I tak nak la kacau.." kata Farisya lantas pura-pura buat muka biasa. Namun di hatinya penuh dengan rasa marah dan kecewa.

"Err.. you kena halau? Dengan siapa?" tanya Arziril apabila terkejut dengan kenyataan Farisya sebentar tadi.

"Halau?" dia berpura-pura lagi. Seolah-olah terlepas cakap. Namun memang itu niatnya. Mengadu kepada Arziril dalam keadaan tak sedar. "Err.. takde apa, la. I tak ambil hati sebenarnya. Maybe bodyguard you tu menjalankan tanggungjawabnya, kot?" balasnya lagi dengan lebih lanjut. Dalam hati dah tersenyum riang.

"Bodyguard I halau you macam kucing kurap!?" kali ini Arziril terkejut. Tidak disangka bodyguardnya sanggup menghalau rakan baiknya itu. "Mari..!!" Arziril menarik tangan Farisya masuk ke dalam Akademi semula.

"Kita nak kemana?" tanya Farisya.

"Kita jumpa bodyguard I. I nak diorang minta maaf dengan you..!" jawab Arziril dengan keras. Pantang baginya sekiranya kawan-kawannya dilayan sebegitu. Sebenarnya bodyguardnya tidaklah menghalau tetapi mengelakkan Farisya dari terus mengganggu lelaki itu. Itupun atas arahan Arziril malah mereka menjalankan tanggungjawab mereka dengan cara yang baik. Bukan menghalau macam kucing kurap.

*************************

"Saya nak korang berdua minta maaf dengan dia!" arah Arziril kepada pekerjanya. Mereka berdua termangu-mangu memandang Arziril dan Farisya. Gadis itu pula hanya tersenyum sinis.

"Err.. takpe la, Arziril. I tak ambil hati pun.." ujar Farisya lemah-lembut.

"Mana boleh macam tu, Eisya. I kalau boleh tak mahu kawan baik I dilayan sebegitu. You tu manusia bukannya kucing kurap! Kucing kurap pun I tak suka kalau dia dikasari!" bentak Arziril kepada Farisya.

"Err.. apa salah kami, Encik Arziril?" tanya Encik Sidek, bodyguard yang satu lagi. Encik Azmi hanya mengangguk bersetuju.

"Apa salah kamu? Kenapa korang berdua ni halau dia, tadi?!" tanya Arziril dengan perlahan namun tetap keras. Dia tak mahu persengketaan mereka didengari orang ramai di situ.

"Err.. kami tak halau.. Kami cuma halang dia dari mengganggu encik.. Itupun dengan cara baik. Maybe Cik Farisya tersalah sangka.." jawab Encik Azmi dengan profesional.

"Takpela, Arziril. Maybe betul cakap diorang. I salah sangka, kot?" ujar Farisya menyampuk. Dalam hatinya geram dengan kerenah bodyguard lelaki itu.

"Tapi diorang dah sakitkan hati you.." balas Arziril lembut. Matanya kembali memandang ke arah kedua bodyguardnya. "Whatever it is.. minta maaf sekarang!" arah dia. Mereka berdua gugup. Nak buat macam mana? Arziril majikan mereka. Mereka pula hanya kuli. Nak tak nak terpaksa la minta maaf walaupun mereka rasa mereka tidak bersalah.

"Kami minta maaf, Cik Farisya.." ujar mereka. Farisya tersenyum sinis. Jangan harap aku nak maafkan korang! Dasar orang miskin..!!

"It's ok. I maafkan you all berdua.." jawab dia dengan gaya manja. Satu kepuasan terpancar di mukanya. Dia gembira kini.

"Ok.. jom masuk dalam.." ajak Arziril.

"You pergi dulu. Nanti I datang"

"Ok.." Semasa Arziril dah jauh ke depan, Farisya hanya tersenyum sinis ke arah bodyguard lelaki itu. Kedua lelaki itu hanya mengerut dahi. Geram pula melihat muka gadis itu. Harapkan muka je lawa tapi hampeh.

"Padan muka you all! Baru you all tahu siapa I sebenarnya. Sedarlah diri you all tu siapa..! Dasar security jalanan boleh la. Kira bertuah tau si Arziril tu nak ambil you all berdua ni bekerja. Kalau I jadi dia, sekarang juga I pecat you all berdua! Dah miskin tu miskin jugak! Jangan nak berlagak dengan orang macam I!!..." kata Farisya dengan lagaknya. Dia betul-betul puas.. Lelaki berdua itu hanya diam membisu. Farisya bergerak meninggalkan mereka menuju ke arah bilik latihan Arziril. Dia ketawa dengan penuh bangga.

"Macam mana la si Arziril tu boleh sukakan si Farisya, tu?" tanya Encik Azmi kepada rakan seperjuangannya perlahan.

"Entah! Perangai tak serupa orang. Gedik melampau. Nasib baik anak aku tak macam tu.." balas Encik Sidek.

"Kalau anak kau macam tu macam mana, pulak?"

"Aku ikat dia kat pokok. Biar dia kena gigit kerengga. Orang macam tu memang patut diberi hukuman yang macam tu.. hahahah!" gurau Encik Sidek diselikan dengan ketawa. Encik Azmi juga turut ketawa. Nasib baik la mereka mempunyai anak dan isteri yang baik budi pekerti. Kalau seperti Farisya... alamat nak kiamat la dunia, ni..

**********************

"You tak boleh ke keluar jalan-jalan dengan I, Arziril?" tanya Farisya. Dia sengaja buat gaya manja agar lelaki itu menukar fikiran. Penari-penari yang berada di situ jelik melihat gelagat si Farisya. Kenapa la si Arziril tu boleh melayan budak perempuan pra matang macam Farisya tu?

"Betul, Eisya. I ada aktiviti lain kejap lagi. Maklum la.. jadual I ketat lepas konsert I hari tu. Minggu depan I kena pergi Brunei untuk memenuhi jemputan peminat I di sana" jawab Arziril lantas mencapai botol mineral di sisinya.

"I nak ikut?" tanya Farisya. Arziril mengerut dahi.

"You tak kerja, ke?" tanya Arziril.

"I free sekarang. Start bulan depan I ada shooting dekat Langkawi. So ada dua minggu lagi.. pleasee..." pinta gadis itu.

"Tak boleh, Eisya.. I pergi sana kerana menjalankan tugas.. Bukan suka-suka" balas Arziril lagi. Gadis itu mencebik. Dia merajuk. Arziril hanya mengeluh. Malas betul dia nak melayan rajuk gadis itu. Kalau Dania.. Dania tak pernah merajuk. Baginya gadis itu tak pernah kenal erti merajuk.. Cuma ketika dia marah.. dia hanya akan memukul atau memarahi orang sahaja. Dania jenis berterus-terang. Kalau putih, putih la dia. Kalau hitam, hitam la dia. Sebab itu Arziril sukakan Dania.

*******************************

"Wes, Dania.. Apa cerita pakwe kau tu, ye?" ejek Lily ketika mereka dalam perjalanan pulang dari kolej.

"Pakwe? Siapa pakwe aku?" tanya Dania.

"Hai.. begitu lama si Lily ni padankan kau dengan si Ariel tu, kau boleh tak ingat?" sampuk si Yasmin pula. Lily hanya tersengih kerang. Dania mendengus.

"Dia bukan pakwe aku, ok!!" bentak Dania.

"Yelah.. apa-apa je la. Sejak dia berhenti dua bulan lalu.. aku tak dengar cerita pun tentang budak tu? Dia hidup lagi, ke?" tanya Lily lagi.

"Kenapa? Kau rindu dekat dia, ke?" perli Dania. Yasmin hanya ketawa.

"Takdelah.. aku saja je tanya. Mana tahu sekarang ni dia dah jadi orang kaya, ke? Hehehe.."

"Kau dah lost contact dengan Ariel ke Dania?" kali ini Yasmin pula bertanya. Lily hanya mengangguk berkali-kali untuk mengetahuinya.

"Takdelah. Kitorang still contact. Baru minggu lepas dia datang ke rumah aku. And kelmarin dia call aku tanya khabar" balas Dania.

"Wah.. wah.. sejak tak berjumpa ni makin rapat aku rasa korang berdua, ni?" gurau Lily. Dania hanya tersenyum.

"Dia dah berubah. Kalau korang jumpa dia.. mesti korang terkejut dengan perangai Ariel sekarang.. Aku rasa aku suka Ariel sekarang.." ujar Dania sambil matanya memandang tepat ke arah rakan-rakannya. Lily dan Yasmin hanya ternganga sahaja mendengar kata-kata dari mulut si Dania. Biar betik..!!

***********************

5 orang beri kritikan::

Miss Boggie berkata...

kak bila nak smbg....

Cik Waniey berkata...

insya'allah waniey akan smbung nnti.. ngah bz la.. idea pun xdtg lagik.. klo dh dtg br akan stat tulis balik..hehehe sabar ek miss bogie

bulan bintang capricorn berkata...

cik waniey..
cpt lo0rr smbg..
part xcited da nie..
at last dania tuh ngaku gak yg dier ske kat ariel..
so sweet lo0rr..
hehe..

Tanpa Nama berkata...

ish! ish ! PANAS ! PANAS ! Kenapa aku bengang sngt dengan Si FARISYA BENGONG tu ! gedik tak bertempat , JELIK ! JELIK ! JELIK ! fuuh ~ saborjelah ! yg si Airel gi layan jugok budok dok matang tu bakpe ! Huh ! pssstttttt !!!!!!!!! =.="

Tanpa Nama berkata...

sakit ati aku dengan si farisya tu.rasa nak pang je muka dia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...