RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Sabtu, 2 Ogos 2008

Alamak! Arziril ke Ariel!? 11

BAB 11

“Gila la!! Aku betul-betul dah jatuh cinta dengan Arziril Ryan! Oh Mommy!!” ngomel Lily dengan aksi manjanya setelah konsert tamat.

“Eee… tolonglah! Jangan buat aksi terlampau kat sini boleh, tak!?” marah Yasmin apabila Lily memeluknya dengan penuh teruja. Mereka ketawa.

“Err… korang, aku nak ke tandas kejap, la!” pinta Dania sambil terkinja-kinja menahan. Sebenarnya sejak dari konsert bermula lagi, dia ingin membuang air kecil tetapi oleh kerana tidak mahu terlepas setiap lagu dan tarian Arziril Ryan menyebabkan dia melupakan niatnya untuk ke tandas.

“Ha, cepatlah! Kitorang tunggu dekat carpark, ok?” jelas Yasmin pula. Dania mengangguk. Dari masa konsert berlangsung lagi Yasmin dah mempelawa untuk menghantar mereka anak beranak pulang ke rumah. Walaupun pada mulanya Dania menolak tetapi atas paksaan gadis itu akhirnya dia bersetuju. Dania segera berlari menuju ke tandas.

Dania sudah pening kepala… Dia terkincit-kincit menahan. Dalam hati dah mula menyumpah! ‘Mana pulak tandas ni? Sepuluh minit cari!! Mahu terkucil aku kat sini!’ rungutnya dalam hati. Dia tak keruan. Kalau 5 minit lagi dia tak jumpa, alamat memang bawak dajal la tempat ni.

Sedang asyik mencari tiba-tiba Dania terlihat satu bilik yang masih menyala… dia segera berlari kea rah bilik tersebut untuk mendapatkan pertolongan. Pintu dibuka…

“Esok kau……” percakapan Marzuki terhenti seketika apabila melihat seorang gadis masuk ke dalam bilik mereka. Arziril Ryan yang ketika itu sedang leka merehatkan diri juga tersentak.

“Err… maaf, encik. Saya… saya… “ Dania betul-betul tak percaya yang dia masuk ke dalam bilik yang salah. Ingatkan bilik security, rupa-rupanya bilik… ARZIRIL RYAN?

“Cik cari siapa?” tanya Marzuki apabila melihat gadis itu tidak keruan. Arziril terkejut. Dania… gadis ini yang paling dia rindu. ‘Apa Dania buat dekat sini?’, tanya dia dalam hati.

“Err… saya cari tandas! Tandas dekat mana!?” tanya Dania setelah menjawab pertanyaan Marzuki. Matanya melilau cari tempat yang dituju. Marzuki tersenyum…

“Cik salah masuk. Tandas dekat luar bukan dekat sini…” ujar Marzuki lantas segera menunjukkan kedudukan tandas kepada Dania. Dania mengangguk berkali-kali lantas segera berlari untuk membuang hajatnya itu. Marzuki menggelengkan kepala lantas masuk ke dalam bilik semula.

Arziril yang masih tercegat di sofa, bangun. “Mana budak perempuan, tu?” tanya dia.

“Aku dah hantar dia ke tandas! Macam-macam hal! Entah ya entah tak dia nak ke tandas, tu?” perli Marzuki. Arziril tersenyum. Pelik! Macam mana Dania boleh pergi jauh ke dalam hanya kerana hendak ke tandas? Marzuki menghulurkan nota kecil kepada Arziril…

“Ini jadual untuk esok. Kau kena check balik. Maybe ada meeting yang kena batal. Takut tak sempat” kata Marzuki panjang lebar. Arziril hanya mengangguk. Setiap bait kata di dalam note itu dibaca satu persatu. Begitu banyak aktivitinya esok. Penat untuk hari ini pun tak hilang lagi…

“Aku penat la, Ki! Nanti kalau van dah sampai, kejut aku!” keluh Arziril lantas baring di atas sofa untuk menghilangkan penatnya. Dia melelapkan matanya. Marzuki hanya mengangguk. Dia kembali menghadap laptop untuk menyambung kerjanya semula.

Tuk!tuk!tuk!... Pintu diketuk…
“Masuk!” arah Marzuki. Pintu dikuak dan gadis yang sama datang memunculkan diri kembali. Dia tersengih memandang Marzuki. Matanya melilau mencari Arziril pula.

“Ada apa lagi, cik? Kali ini nak cari pintu keluar, ke?” gurau Marzuki pula.

“Err… bukan. Saya, saya nak minta signature Arziril!” pinta gadis itu jujur. Marzuki tersenyum sinis. Pandai betul gadis ini membuat rancangan untuk mendekati Arziril.

“Maaf, cik! Encik Arziril penat. Dia tak mahu diganggu” jawab Marzuki. Arziril tersedar dari lenanya apabila terdengar suara seseorang. Suara yang dirinduinya. Dia segera bangun dari sofa dan memandang gadis itu.

“Erm… Kalau macam tu, takpelah! Kirimkan salam saya pada Arziril, ye?” ujar Dania kecewa. Belum sempat dia keluar tiba-tiba namanya dipanggil…

“Dania…!” Dania menoleh. Siapa yang panggil namanya? Tiba-tiba dia melihat Arziril tersenyum ke arahnya. Dia hairan.
“Err… macam mana encik tahu nama saya?” tanya dia meluahkan persoalan di hati. Arziril tersentak! Alamak! Kantoi la pulak! Marzuki hanya memandang sahaja… dia juga hairan.

“Err…tak, saya cakap tahniah! Tahniah sebab saya sudi bagi awak tandatangan saya. Hehehe…Nama cik ni ‘Tahniah’ ke?” seloroh Arziril menyembunyikan kesalahannya. Dania tersenyum menggeleng. Syukur! Nasib tak kantoi.

“Awak nak saya sign dekat mana?” tanya Arziril sambil mata mencari sesuatu di tangan Dania. Pen di tangan dah bersiap sedia. Marzuki hairan dengan perangai Arziril kali ini. Dia pula yang agak excited melayan gadis ini. Sebelum ni takde la pula!

Dania mengeluarkan sekeping kertas di dalam poket seluarnya lantas dihulurkan kepada Arziril. “Saya ada ini, je! Maaflah, Arziril… saya tak sangka dapat jumpa awak face to face macam ni. So memang tak bawa apa-apa. Hehehe” Dania hanya tersengih memandang Arziril. Kalau dia tahu rezeki dia dapat jumpa Arziril, tentu dia dah bersiap sedia dengan satu buku untuk dapatkan tandatangan lelaki itu. And yang paling penting diari kesayangannya.

Arziril ketawa. “Kejap, ye…” Arziril segera menghampiri Marzuki.

“Apa?” tanya Marzuki hairan.

“Bagi aku kertas. Aku nak sign…” pinta Arziril Ryan. Marzuki menggelengkan kepala lantas dikoyakkan sehelai dari note booknya. Arziril menulis sesuatu dan melipat kertas itu sebelum diberikan kepada Dania. Dia kembali menghampiri Dania yang berdiri tercongok dengan pintu.

“Nah… tapi awak jangan baca sekarang, ye! Baca kat rumah nanti…!” ujar Arziril tersenyum. Dania betul-betul gembira. Kalau ikutkan hati rasa nak peluk dan cium si Arziril tu. Muka dia hensem giler bila dipandang dari arah dekat. Dah la tu, baik hati dan pandai melayan peminat walaupun masa tu ketara wajahnya yang agak penat.

“Thanks Arziril! Saya akan simpan kertas ni baik-baik macam nyawa saya!” Dania mengambil kertas tersebut lantas disimpan rapi di dalam poket. Kemudian tangan dihulurkan untuk bersalam. Sebelum dia keluar dari bilik, sempat juga mereka menangkap gambar bersama menggunakan kamera telefon bimbitnya.

0 orang beri kritikan::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...