RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Sabtu, 1 November 2008

Bus stand; destinasi cinta kita 1

BAB 1

“Adik, dah sampai ke sekolah!” Aku terjaga dari tidur. Sekilas aku pandang ke luar. Kelihatan ramai pelajar berduyun-duyun memasuki perkarangan sekolah. Rasa keboringan yang terserlah. Hari ini hari pertama aku di sekolah baru. Rasa sedih meninggalkan sekolah dan kawan-kawan lama masih lagi terasa. Masuk kali ini sudah 5 kali keluargaku berpindah-randah. Disebabkan kerana tugasan papa sebagai seorang jurutera berpangkat ’Datuk’, kami terpaksa mengikut kemana sahaja papa ditugaskan.

Lupa pula nak memperkenalkan diri. Namaku Zarith Azwani. Kawan-kawan panggil aku Wani je. Family aku panggil aku adik kerana dalam keluarga, aku yang paling bongsu. Pak Selamat merangkap driver papa aku membukakan pintu kereta. Aku segera keluar dari kereta. Kalau ikutkan hati malas rasanya nak pergi ke sekolah. Sekolah Menengah Sultan Halim Shah merupakan sekolah swasta yang ternama di daerah Pulau Pinang ini.

“Petang nanti tunggu pakcik kat sini. Pakcik ambil adik, ye?” jelas Pak Selamat kepadaku. Aku hanya tersenyum sahaja. Setelah kereta berlalu pergi, aku segera melangkah masuk ke dalam sekolah. Target pertamaku adalah untuk mencari pejabat sekolah.

******
Aku mengikut sahaja langkah guru disiplin di hadapanku ke arah kelas yang diberitahu oleh pengetua. Tidak kutahu namanya. Tetapi setiap kali pelajar yang lalu-lalang di situ memanggilnya Cikgu Rokiah. Yelah kot namanya Cikgu Rokiah. Wajahnya dari tadi aku lihat tidak langsung menunjukkan dia seorang yang ceria. Masam dan macam nak telan orang pun boleh dikatakan. Mungkin sebab title dia sebagai guru disiplin yang menyebabkan dia bermuka garang begitu.

Sampai sahaja di kelas yang dicari, Cikgu Rokiah segera mengetuk pintu lantas dia masuk ke dalam. Aku hanya berdiri di luar dan melihat sahaja gelagat Cikgu Rokiah berkata sesuatu dengan cikgu di dalam kelas itu. Aku memandang ke sekeliling kelas. Kesemua mata tepat memandang ke arahku. Ada yang tersenyum, ada yang menjeling, ada yang berbisik dan ada pula yang buat dono bila aku senyum kepadanya. Cikgu Rokiah dan cikgu kelas itu segera ke arahku.

“Wani, kenalkan… ini guru kelas kamu, Cikgu Rosnah. Tugas saya dah selesai. Semoga kamu seronok belajar di sekolah ini. Cikgu Rosnah, saya pergi dulu!” Cikgu Rokiah meninggalkan kami berdua. Aku memaling semula ke arah Cikgu Rosnah. Kulihat Cikgu Rosnah berbeza dengan Cikgu Rokiah. Cikgu Rosnah mempunyai senyuman yang menawan. Disebalik senyumannya, terselit lesung pipit yang menyerlahkan lagi kemanisan wajahnya.

“Selamat datang, Wani. Mari masuk. Saya nak kenalkan kamu dengan rakan baru kamu di kelas ini.” Cikgu Rosnah menarik tanganku masuk ke dalam kelas. Aku berdiri di hadapan kelas dan disaksikan 29 orang pelajar di dalam kelas itu. 29 orang ke? Memandai je aku ni. Anggaran la kot. Hehehe… “kenalkan diri kamu di depan kelas” arah Cikgu Rosnah lantas duduk di kerusinya.

Aku memandang sekeliling. Semua mata tertumpu ke arahku. Mataku tertancap kepada sepasang mata yang redup. Lelaki berkulit hitam manis itu betul-betul menarik perhatianku. Wajahnya tidaklah sehensem mana tetapi mempunyai tarikan tersendiri. Muka dan stail rambut dia betul-betul macam pelakon jepun, Ryo Nishikido. Mamat itulah yang buat dono pada aku semasa aku melihat dia dari luar.

“Wani?” Aku terkejut lantas secara spontan aku mengeluarkan kata-kata.

“Err… nama saya Zarith Azwani binti Zarith Aziman. Saya tinggal di Taman Bukit Cempaka. Kami berpindah ke sini kerana papa saya ditugaskan ke daerah ini.”

“Dulu awak sekolah kat mana?” tanya salah seorang pelajar perempuan di dalam kelas itu. Pelajar itu memakai cermin mata dan agak comel mukanya tetapi disebabkan dia memakai cermin mata, wajahnya lebih nerd bila kulihat secara dekat.

“Saya bersekolah di Sekolah Convent Bukit Nanas, Kuala Lumpur.” Sebaik sahaja aku memberitahu perihal sekolah ku kepada pelajar di hadapanku, masing-masing berbisik. Manakan tidak, siapa yang tidak kenal sekolah CBN? Sekolah perempuan paling popular di KL.

“Dah ada marka?” kali ini soalan itu benar-benar mengejutkan aku. Marka? Tak silap aku kat Penang ni marka tu maksudnya kekasih? So, dia tanya aku dah ada pakwe ke? Semua mata tertumpu ke arah pelajar lelaki itu. Ada yang ketawa, ada yang tersenyum dan ada juga yang mencebik. Lelaki itu hanya tersenyum ke arahku. Wajahnya hensem sebiji macam muka pelakon Korea Lee Dong Wok. Sekali tengok memang boleh cair lebih-lebih lagi bila terpandangkan hidungnya yang agak mancung itu. Ish! Apa yang aku melalut ni?

“Belum.” Ringkas jawabku. Kelas semakin bising dengan siulan dan suara dari pelajar. Lelaki itu sempat mengenyitkan matanya kepadaku. Degupan jantungku seakan-akan bergerak pantas apabila diperlakukan begitu. Cikgu Rosnah segera bangun dan meredakan suasana kelas yang agak bingit dan riuh. Dia menunjukkan aku ke arah tempat kosong yang berada di sebelah gadis yang memakai cermin mata itu. Gadis itulah yang baru sahaja bertanyakan soalan kepadaku sebentar tadi.

Aku segera mendekati tempat yang kosong itu lantas duduk. Gadis di sebelah ku itu segera menghulurkan tangannya kepadaku. “Mimi Farihah. Panggil Mimi.” Dia tersenyum kepadaku. Aku membalas huluran tangannya.

“Zarith Azwani. Panggil Wani.” Huluran tangannya dibalas. Genggaman kami kemas. Cikgu Rosnah di hadapan segera menyambung semula pengajarannya yang tertunggak sebentar tadi.

1 orang beri kritikan::

Dewi Aja berkata...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...