RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Ahad, 9 November 2008

Bus stand; destinasi cinta kita 9

BAB 9

Kelas riuh dengan suara pelajar-pelajar. Aku memalingkan kepala ke arah tempat duduk Fazrul. Dah dua hari dia tidak hadir ke sekolah. Aku tak faham sebenarnya dengan mamat tiga suku ni. Ikut suka hati dia je nak datang sekolah ke tak nak. Dia ingat mak bapak dia bayar free ke yuran sekolah.

Tiba-tiba suasana kelas kembali diam. Kelihatan Fazrul tercegat di hadapan kelas sambil menjinjit beg gitar. Aku hairan kali ini. Dah buang tebiat ke mamat tiga suku ni bawa gitar ke hulur ke hilir? Fazrul tersenyum sinis memandang satu kelas lantas segera ke tempat duduknya. Aku memandang je gerak langkah Fazrul dengan ekor mataku. Mamat ni nak buat apa dengan gitar dia tu? Tahu ke dia main? Hehehehe...

Belum sampai 2 minit dia berada di dalam kelas, Fazrul kembali keluar dari kelas sambil menjinjit beg gitarnya. Beg sekolahnya di biarkan sahaja tersangkut di kerusi tempat duduknya. Aku memaling ke arah Mimi. ”Budak tu nak pergi mana?” tanya aku. Mimi hanya menjungkit bahu tanda tidak tahu. Firdaus pula masih belum masuk ke kelas. Sebagai selaku ketua pengawas, kemungkinan Firdaus busy dengan tugasnya. Aku mengeluh. Abang baik macam malaikat, adik nakal macam setan. Huhuhu..

Seperti biasa kelas bermula. Namun aku tetap tak boleh menumpukan perhatian dengan pembelajaran. Secara spontan aku bangun dan satu kelas memandang aku. Cikgu Rohana, guru sejarah aku terkejut dengan tindakan aku. ”Kenapa, Wani?” tanya dia hairan.

”Saya nak ke tandas sebentar, cikgu” ujarku. Cikgu Rohana hanya mengangguk dan menyambung semula pengajarannya. Aku segera ke luar kelas. Sebenarnya aku tak pun berniat untuk ke tandas. Aku Cuma nak mencari Fazrul. Aku tak tahu kenapa tiba-tiba aku rasa aku perlu cari mamat tiga suku tu. Aku dah mula sukakan dia, ke? Ish! Tak kot!!! Simpang malaikat 44 aku dah mula berminat dengan budak sewel tu.

Sedang aku berjalan tanpa arah tujuan aku terdengar bunyi petikkan gitar yang sungguh merdu bunyinya di belakang dewan. Alunan lagu yang agak slow dan sedikit jiwang menarik perhatian dan langkahku untuk ke arah bunyi tersebut. Selepas itu, kedengaran pula suara seseorang menyanyikan lagu tersebut.

Bertahun sudah ku menunggu dirimu
Akhirnya kau menjadi milikku
Bukannya untuk ku melupakanmu
Kerna kau kucintai selalu

Tapi sayang kehadiran kekasih lamamu
Datang kembali mengenang cinta dahulu

Mengapa ini semua harus berlaku
Apakah ini semua kerna diriku
Sedangkan aku cuma watak dalam percintaan
Tak sanggup aku melepaskanmu

Kau ibarat terperangkap di tengah lautan
Tak tahu mana arah untuk kau menuju

Andai kau pinta untuk melepaskanmu
Terpaksa aku turutkan
Mungkinkah ini suatu pengajaran
Di dalam percintaan

Setiap bait ayat yang aku dengari betul-betul membuatkan aku rasa tidak kena. Sungguh syahdu alunan lagu itu. Betul-betul menusuk hati dan perasaan. Suara itu pun sedap. Bila didengari suara itu aku dapat rasakan penyanyi itu di dalam keadaan yang amat kecewa. Kecewa? Aku menggelengkan kepalaku. Gile apa aku ni. Jangan la berangan waktu-waktu macam ni. Better aku gi ngintai siapa yang mainkan lagu itu.

Aku berjalan selangkah demi selangkah ke arah suara itu. Terkejut beruk aku bila melihat Fazrul seorang diri bersandar di tepi dinding sambil asyik bermain gitar. Bila melihat reaksi wajahnya timbul rasa kasihan dalam hatiku. Dia kecewa dengan siapa? Sepanjang aku kenal dia, tak pernah aku melihat dia bersama sesiapa pun. Tanpa aku sedari, aku terpijak ranting. Praaakkk... aku menutup mulutku. Alamak! Petikkan gitar diam.

”Siapa tu?” tanya mamat tu. Aku hanya diam membisu. ”Sahutlah pertanyaan saya, ni!!!” kali ini suara dia agak meninggi sedikit. Aku tetap diam. Nak jawab ke nak lari aje? Belum sempat aku melarikan diri tali kasutku terbuka. Aku segera membetulkan tali kasutku. Entah macam mana aku dapat rasakan degupan jantungku berhenti berdenyut. Ku lihat bayang-bayang Fazrul di hadapanku. Aku semakin takut. Namun aku beranikan diri memandang wajahnya.

”Err... hai, Fazrul.” sapa aku sambil tersenyum kambing. Wajah Fazrul masam mencuka melihatku.

”Kau buat apa kat sini? Curi-curi dengar aku menyanyi, ke?” tanya Fazrul. Aku segera bangun dan memandang wajahnya. Kelihatan ada sedikit titisan air mata di kelopak matanya. Dia menangis, ke?

”Err... aku nak pergi ke tandas tadi. Tiba-tiba aku dengar ada orang menyanyi kat sini. Tu yang aku nak tahu siapa orangnya. Tak sangka kau.” jelas aku. Fazrul tersenyum sinis.

”Jauhnya kau cari tandas.” perli Fazrul lantas duduk semula di tempatnya. Dia kembali memetik gitarnya. Lagu yang dimainkan betul-betul syahdu. Aku melangkah ke arahnya.

”Pandai kau main gitar?” puji aku. Namun Fazrul hanya diam dan meneruskan nyanyiannya. ”Lagu ni kau buat, ke? Sedap lah. Tak pernah aku dengar lagu ni.” aku masih cuba untuk beramah mesra walaupun aku tahu mamat ni takkan ambil port.

Aku duduk di sebelahnya. Tiba-tiba dia berhenti memetik gitarnya. ”Kau tak nak balik kelas, ke?” tanya dia serius.

Aku hanya tersenyum. ”Aku nak dengar kau menyanyi. Suara kau sedap sangat. Kau tengah praktis untuk masuk ujibakat AF6 ke?” gurau aku.

”Jangan nak merepeklah! Pergi la balik. Nanti Cikgu Rohana marah pula!”
“Kau tak nak balik sekali, ke? Kau dah lama tak masuk kelas” ajak aku.

”Aku ada ke takde ke, tak siapa pun hairan” suara dia agak perlahan bila menjawab.

”Kau kecewa dengan siapa?” aku masih cuba untuk peramah dengannya.

”Boleh tak kau balik! Aku nak tenangkan perasaan aku kat sini. Leave me alone!!!” bentak dia. Kali ini aku terkejut. Aku mencebik. Kita cakap baik-baik dia nak tengking-tengking pula.

“Yelah…yelah aku balik. Tapi tak payahlah nak tengking! Walau apapun kau fikir, kau harus ingat… ada orang yang ambil berat tentang diri kau!” jawab aku lantas meninggalkannya.

Belum sempat aku keluar dari dewan itu, petikan gitar yang tadinya berbunyi kembali sunyi. Aku menoleh semula. Kelihatan Fazrul bersandar sambil memandang jauh ke hadapan. Aku tahu dia dalam keadaan yang amat sedih. Tapi aku tak boleh teruskan niatku untuk kembali semula ke arahnya. Dia dah halau aku. Takkan aku nak bermuka tebal nak pergi ke arahnya semula. Biarlah dia tenangkan perasaannya. Langkahku kembali bergerak meninggalkannya. Tapi hati ku benar-benar ingin tahu apakah tajuk lagu yang betul-betul menyayat hati bila mendengarnya. Dia cipta lagu itu ke??? Bait-bait lirik itu betul-betul penuh dengan ketulusan.

0 orang beri kritikan::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...