RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Jumaat, 7 November 2008

Bus stand; destinasi cinta kita 7

BAB 7

“Tak boleh!” Itulah jawapan yang papa berikan sewaktu aku meminta izin untuk pulang dari sekolah dengan bas. Aku mendekati papa dan memegang lengannya.

“Ala, papa! Boleh lah! Balik aje. Pergi sekolah Pak Selamat hantar. Lagipun malas betul nak menunggu Pak Selamat ambil adik kat sekolah. Kesian la kat Pak Selamat nak ulang-alik dari pejabat papa ke sekolah.” rayu aku. Papa memandang tajam ke arahku.

“Papa kata tak boleh tu tak bolehlah! Noktah! Kenapa degil sangat, ni!?” tegas papaku. Aku terdiam. Tiada lagi ikhtiar untuk merayu lagi. Kalau dah papa kata putih, putih la yang kena ikut. Tiada siapa yang berani menjawab. Aku je yang degil.

Mama menghampiriku. Aku memeluknya. Dia mengusap kepalaku lembut dan mencium dahiku. “Biarlah dia nak balik dengan kawan-kawan papanya. Lagipun takde la susahkan Pak Selamat nak ambil dia.” pujuk mamaku pula. Aku hanya mengangguk. Mama memang rock!

“Ah! Awak tahu cakap aje. Budak ni bukan boleh percaya. Kalau dibiarkan pulang dengan kawan mahunya dia melencong ke tempat lain. Kalau ikut Pak Selamat for sure dia dah ada kat rumah petang tu.”

“Adik janji. Lepas sekolah adik terus balik rumah. Adik takkan melencong ke tempat lain. Kalau adik nak pergi mana-mana, adik call Mak Temah!” kataku bersungguh-sungguh lantas mengangkat tangan sebagai berjanji. Mak Temah orang gaji rumahku. Aku memandang papa dengan harapan. Papa hanya mengeluh lantas mendekatiku.

“Papa bukan apa, adik... Sekarang ni macam-macam kes berlaku kat Malaysia ni. Papa tak mahu anak-anak kesayangan papa jadi salah seorang mangsa. Papa harap adik faham.” pujuk papa. Aku diam. Mataku berair. Kenapa papa tak percayakan aku? “Oklah! Oklah! Papa benarkan. Tapi adik kena janji. Balik sekolah, terus balik rumah. Kalau nak pergi mana-mana bagitau Mak Temah. Janji?” Masa papa bagi keputusannya aku dah tersenyum lebar.

“Ok! Adik janji!” Segera aku memeluk papa. Sayang papa!!
************

Seperti biasa aku keluar rehat dengan Firdaus. Mimi pula semakin lama semakin jarang keluar rehat denganku. Seolah-olah dia ingin mengelakkan diri. Di dalam kelas, jelas ketara dia semakin tidak mesra denganku. Adakah kerana dia cemburu denganku? Aduh! Susah betul kalau dapat kawan yang jenis macam tu.

“Wani nak makan apa?” tanya Firdaus.

“Apa-apa ajelah! Tak kisah pun.” jawab aku lantas mengeluarkan sepuluh ringgit kepadanya. Firdaus tersenyum lantas menolaknya.

“Biar Fir yang bayar.” Dia meninggalkan aku lantas menuju ke kaunter makanan. Masuk kali ini dah 4 kali Firdaus belanja aku. Dia ni kaya sangat ke? Kadang-kadang segan pula aku bila tengok dia aje yang asyik keluarkan duit. Firdaus hilang dari celahan pelajar. Aku duduk termenung sambil menunggu Firdaus membeli makanan.

“Inilah budak yang selalu keluar makan dengan Firdaus tu” “Takdelah lawa mana...” “Nenek aku lagi lawa” “Macam mana la Firdaus boleh suka kat dia” “Blaa..blaa..bla..” Sakit hati juga bila melihat pelajar-pelajar perempuan tu berbisik mengutuk aku. Kalau aku tak lawa takdelah si Firdaus tu nak dekat aku! Aku menjeling ke arah diorang. Lantaklah apa yang diorang nak cakap. Suka hati diorang la! Mulut tempayan boleh ditutup, mulut orang...

“Hai, termenung jauh nampak?” Firdaus menghampiriku lantas membawa dua gelas air sirap dan dua bungkus nasi lemak. Dia mengambil tempat duduk di hadapanku.

“Thanks” ucapku. Firdaus hanya tersenyum memandangku. “Baik betul kau, ye? Lepas ni biar aku pula belanja kau!” kata aku lantas membuka bungkusan nasi lemak di hadapanku. Firdaus hanya ketawa.

“Akhirnya dapat juga Fir merasa Wani belanja!” gurau dia. Aku memandang tajam ke arah dia. Aku tahu dia bergurau. Kemudiannya kami ketawa bersama-sama. Semasa makan, aku sempat bertanya Firdaus pasal Fazrul dan familynya.

“Entahlah. Dah 4 hari dia tak balik rumah. Semalam pun dia tak balik. Papa asyik tanya je. Entah kat manalah dia tinggal” jelas Firdaus mengeluh. Ketara reaksi dia yang bimbang akan adik tirinya. Sedang kami berbual, aku ternampak bayang Fazrul. Dia memandang tajam ke arahku. Kemudian dia segera meninggalkan tempat duduknya. Kemana selepas itu aku sendiri tidak ketahui.
Setibanya bas di Taman Cempaka, aku segera menekan loceng. Aku berjalan dengan Firdaus menuju ke kawasan perumahan kami. Tidak di sangka Firdaus juga tinggal di taman yang sama cuma rumah dia agak ke depan dari rumahku. Hari ini kami pulang lewat kerana kami study bersama di perpustakaan. Mak Temah sudah kuhubungi agar orang tua itu tidak risaukan aku sekiranya aku pulang lewat ke rumah. Sampai sahaja di hadapan rumah Firdaus, dia memandang aku.

“Inilah rumah Fir!” kata Firdaus. Rumahnya agak besar dan cantik. Maklumlah, rumah di Taman Cempaka kebanyakkannya rumah dato’, tan sri, datuk atau ahli perniagaan yang berjaya. Jadi kemungkinan besar papa Firdaus juga salah seorang datuk atau juga berpangkat besar dalam syarikat. “Nak masuk ke dalam dulu?” ajak dia. Aku menggelengkan kepala.

“Dah petang ni. Nanti risau pula orang tua aku.” jawabku menolak.

“Nak Fir hantar ke? Bahaya Wani balik sorang-sorang macam ni.” ujar dia mempelawakan diri. Aku menggelengkan kepala lagi.

“Dekat je rumah aku. Jalan dalam 5 minit sampai lah! Lagipun kat padang tu ramai orang lalu lalang dan bermain. So takdelah risau sangat.” Firdaus melambaikan tangan ketika aku mula melangkahkan kakiku.

Sampai sahaja di kawasan padang, ramai juga ibu bapa yang bawa anak-anak kecil mereka bermain di taman permainan di situ. Aku juga dapat lihat remaja-remaja bermain bola sepak, bola keranjang dan badminton di kawasan padang itu. Sedang aku berjalan-jalan, tiba-tiba sebiji bola keranjang terlontar dan menghampiriku. Aku mengambil bola tersebut dan memandang ke arah lelaki yang berlari ke arah aku. Terkejut beruk aku apabila melihat Fazrul yang menghampiriku.

“Kau!?” tanya kami berdua serentak. Bola bertukar tangan.

“Kau duduk kat sini, ke?” tanya Fazrul tidak percaya. Aku hanya mengangguk. “Tak pernah nampak pun?” soal dia lagi. Pertanyaan dia kali ini agak peramah seolah-olah dia tidak ingat bahawa sebelum ni kami asyik bergaduh. Bola keranjang dilontar ke arah kawannya yang sedang menanti. “Korang main dulu! Nanti aku datang!” jerit dia ke arah kawan-kawannya.

“Aku pun baru tahu korang duduk kat sini.” jawab aku.

“Mana kau tahu?” tanya dia.

“Tadi aku balik dengan abang kau.” Kali ini dia terdiam. “Akhirnya kau balik juga ke rumah” kata aku sambil tersenyum ke arahnya. Dia memandang tajam ke arahku.

“Bila masa aku balik ke rumah!” jawab dia kasar. Aku terkejut melihat perubahannya. Hai, tadi sikit punya baik borak dengan aku kali ini buat hal balik? “Terima kasih sebab tolong kutip bola tu tadi” Fazrul segera menuju ke arah kawan-kawannya dan meninggalkan aku terpinga-pinga. Budak ni memang sewel la! Aku mendengus lantas bergerak meninggalkan padang. Sumpah lepas ni kalau jumpa dia memang aku malas nak layan!

0 orang beri kritikan::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...