RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Rabu, 5 November 2008

Bus stand; destinasi cinta kita 5

BAB 5

“Fir nak ajak Wani keluar petang ni. Only both of us. Without anyone.” Kali ini Firdaus merayu-rayu mengajak aku keluar dating. Memang pelik dia hari ini. Lebih menghairankan, bukan si dia baru sahaja couple dengan junior kami?

“Hah? Nak ajak aku? Err...” Alahai.. malas betul aku nak pergi mana-mana petang ni. Lagipun, aku tak mahu la keluar dengan dia. Walaupun mat romeo sekolah depan aku ni hensem dan macho tapi aku sendiri tidak tahu kenapa aku kurang meminatinya berbanding budak-budak perempuan yang lain. “Aku malas la nak keluar hari ni.”

“Erm… kalau bukan hari ni. Kita keluar hujung minggu ni macam mana?” Mamat romeo ni memang tak kenal erti mengalah betul! Aku pula yang jadi tension bila dia asyik memaksa.

“Kenapa tak ajak Mimi aje?” tanya aku untuk mengelak dari menjawab soalan darinya. Firdaus seakan-akan terkejut dengan soalan aku.

“Mimi? Kenapa nak ajak dia pula? Topik kita sekarang ialah Fir yang nak ajak Wani keluar. Bukan Mimi!” ujar Firdaus mengerut dahi. Aku mengeluh. Perlu ke aku beritahu yang Mimi meminati dia selama ini?

’Jangan! Kalau kau beritahu dia sumpah aku tak mahu cakap dengan kau lagi!’ Masih aku teringat kata-kata Mimi satu hari tu. Mati-mati dia menyumpah aku sekiranya aku bocorkan rahsia surat cinta tu.

”Wani, macam mana?” tanya Firdaus lagi. Aku mengetap bibir. Macam mana ni? Kalau aku tolak nanti, dia ingat aku jual mahal. Kalau aku terima pula, apa kata Mimi nanti?

Tiba-tiba timbul pula idea lain “Ko kan ada awek? Tak takut dia cemburu?” aku masih lagi main tarik tali dengannya. Kali ini firdaus mengerutkan dahi. Maybe dia terkejut.

“Awek? Mana Wani dapat tahu, ni? Sejak bila pula Fir ada awek baru?” tanya dia. Alahai... kura-kura dalam perahu, pura-pura tak tahu pula!

“Adalah! Setahu aku dia junior kita. Nama tu aku tak berapa pasti la!” kali ini aku lihat si mamat romeo sekolah tu tersengih. Betul la tu. Pecah tembelang kau selama ni. Kesian kau Mimi.

“Dia adik angkat Fir la! Bukan awek. Wani ingat senang-senang ke Fir nak couple dengan orang?” jelas Firdaus. Mulutku melopong. Biar benar mamat ni? Adik angkat? Habis adik angkat tak boleh jadi awek ke? “Budak tu nak jadi adik angkat Fir. Fir terima aje la. Betul... Fir tak tipu Wani. Fir sekarang ni hanya minat dekat Wani, je!” begitu jelas dan ’complete’nya jawapan yang diberikan.

************
Aku masih lagi teringatkan kata-kata Firdaus itu. Betul ke dia sukakan aku? ’Sejak Wani datang lagi Fir dah mula minat dekat Wani. Selama ni Fir tak pernah rasa macam tu. Sebab itu Fir cuba rapat dengan Wani.’ ’Wani comel, cute...’ ‘Fir suka tengok Wani senyum’ dan macam-macam lagi lah jawapan dia sampaikan aku terdiam membisu. Tidak tahu apa yang aku nak cakapkan.

“Hai, kingkong!” Eeee… geram aku dengan perkataan itu. Aku memandang tajam ke arah mamat tiga suku ni. Dia tersengih memandang aku. Kali ini sengihan dia buat aku rasa lega. Hilang sudah kecamuk yang menyeksakan kepala otak aku ni. “Tunggu drebar lagi, ke? Balik lah sendiri. Tak baik susahkan orang tua.” perli dia. Hai... sejak bila pula dia concern dengan Pak Selamat aku, ni? Selama ni takde pula dia ambil tahu hal aku. Kali ini terlebih peramah la pula! Aku hanya sempat menjeling ke arah dia. Malas nak melawan tekak dengan dia.

Kami diam agak lama. Si budak tiga suku tu dah mula bersiul. Dia ni kadang-kadang aku tengok macam sewel sikit. Tak pun gila. Ish! Gila tu dah teruk sikit, sewel elok lagi. Kira sewel la budak sebelah aku ni. Kadang-kadang malas pula nak bergaduh dengan dia. Dalam kelas dia ni macam jenis tak bergaul dengan orang. Bila aku pandang arah dia langsung dia buat dono. Macam tak kenal aku je. Then buat pula memek muka selamba. Betul-betul muka orang tiada perasaan. Tetapi bila jumpa di luar, only both of us... suka dia mengenakan aku. Macam dah kenal rapat je. Selagi aku tak sakit hati, selagi itu la dia akan cuba. Kiranya aku mangsa buli dia la! Adusss... aku memandang mamat tiga suku disebelah aku ni. Dia masih lagi melayan perasaannya. Macam ada sesuatu yang menggembirakan dia. Di kelas muka masam macam cuka. Nak tengok dia senyum pun payah. Lebih-lebih lagi masa Firdaus mendekati aku. Sempat juga aku terpandangkan dia masa nak mengelakkan diri dari menjawab soalan Firdaus. Pandang aku tajam macam nak telan orang je. Aku senyum pun dia tak balas.

“Apesal kau tengok aku macam tu?” soalan dia tu buat aku terkejut. Malu dengan perangai sendiri. “Tahulah kau dah terpikat dengan kehenseman aku!” lagak dia. Eee… tolonglah! Geli aku dengan mamat tiga suku ni. Masuk bakul angkat sendiri. PERASAAANNN gile!

“Jangan nak perasanlah! Muka macam rumah tak siap ada hati cakap hensem!” ejek aku. Mamat tiga suku tu hanya ketawa sahaja. Tetapi memang betul la dia ni sebiji macam Ryo Nishikido. Pelakon jepun yang aku minat sangat-sangat tu. Tang bab perangai dia tu aku agak tidak berkenan sedikit. Macam beruk mak ye! Kalau nak dibandingkan dengan Firdaus, jauh hensem Firdaus dari dia. Firdaus tu dah la hensem, macho pula tu. Kalau aku couple dengan dia memang indah dunia ni. Ish! Apa yang aku merepek ni? Tapi hairanlah! Sepatutnya bila Firdaus propose aku, mestilah aku gembira tapi.... kenapa hati ini seakan-akan tidak sudi? Mungkin sebab tak mahu potong jalan Mimi yang menyebabkan aku jadi begini, kot?

“Firdaus ajak kau keluar, ke?” tanya dia kembali setelah puas gelakkan aku tadi.

“Apa kau peduli!?” balas aku. Menyibuk je nak tahu pasal aku dengan Firdaus. Apa mimpi dia nak jadi busybody?

“Takdelah! Kalau tak sudi katakan tak sudi. Kesian dia gigit jari nanti!” perli dia. Hai... budak tiga suku ni pun ada perasaan simpati juga ke? Oh! Lupa! Si Firdaus tu kan abang tiri dia. Mestilah dia ambil berat. Hello, kawan... kau ingat aku ni jahat sangat ke nak mainkan perasaan orang. Akupun tengah keliru juga tahu! Samada aku betul-betul suka kat abang kau ataupun aku lepaskan saja dia tu ke tangan perempuan lain.

“Hal aku dengan abang kau, tak payah kau ambil peduli. Kau jaga dulu diri kau tu. Perbaiki apa yang patut. Jangan tahu nak nasihat orang. Diri sendiri tak betul dah pandai nak nasihat orang!” balas aku betul-betul tajam. Rasa-rasanya memang dah kena tikaman hati dia tu. Mana tidaknya... ayat yang aku bagi tu betul-betul power. Rasa kejam juga aku cakap macam tu. Kalau dia ada penyakit jantung, dah lama ’kiok’ kat situ gak. Astaghfirullahalazim... apa yang aku melalut ni? Aku sempat mengerling ke arahnya. Mamat tu diam tanpa seribu kata. Dah terasa sangat la tu. Hehehhe.. Padan muka kau!

Belum sempat aku nak berkata-kata semula mamat tiga suku tu bangun. Dia langsung tak pandang muka aku dan berlalu meninggalkan stesen bas. Hati aku girang. Yes! Kali ini aku berjaya. Selama ni aku yang makan hati, hari ini tercipta sejarah aku dapat kalahkan dia! Wah! Bahagianya hidup aku!!

*************
Agaknya sudah 3 hari aku tidak berjumpa dengan mamat tiga suku tu. 3 hari juga lah dia tak hadir ke kelas. Hai, takkan kerana marahkan aku sampai tak nak datang sekolah, kot?

“Firdaus, mana adik kamu, Fazrul?” tanya Cikgu Rosnah satu hari itu. Firdaus hanya diam membisu. Aku agak hairan juga dengan reaksi dia. Apa dah berlaku sebenarnya?

“Entahlah. Sudah 3 hari Arul tak balik ke rumah.” jawab Firdaus semasa aku keluar rehat bersamanya. Mimi pula tidak mahu join. Katanya ingin ke library. Minah tu memang ulat buku. Kanta cermin mata tu dah 2 inci tebalnya. Memang tak mustahil kalau takde buku dalam hidupnya.

“Sebab apa?” tanya aku seolah-olah ingin tahu. Hairan lah juga. Mesti ada sebab kenapa Fazrul tidak pulang ke rumah.

“Dua hari lepas dia bergaduh dengan papa. Terus keluar rumah dan tak balik-balik sampai hari ini. Fir pun dah cuba cari dia sama dengan mama and papa. Tapi tak berjumpa.” jelas Firdaus panjang lebar. Kelihatan dahinya berkerut. Dia cuba menahan perasaannya.

“Diorang gaduh sebab apa?” tanya aku lagi. Tapi kali ini Firdaus hanya mendiamkan diri. Dia tersenyum memandang aku. Senyuman dia itu betul-betul memukau. Nama pun romeo sekolah. Takut juga kalau-kalau aku sendiri boleh terjatuh cinta dengan dia.

“Takde apa-apa lah! Gaduh kecil aje. Eh, makanlah nasi lemak tu. Kali ini Fir belanja Wani, ok?” ujar Firdaus mengubah topik perbualan. Ketara sangat Firdaus menyimpan sesuatu rahsia yang tidak ingin diketahui oleh aku. Diorang ni ada masalah keluarga, ke?

0 orang beri kritikan::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...