RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Selasa, 4 November 2008

Bus stand; destinasi cinta kita 4

BAB 4

Aku pergi ke sekolah dengan berselipar. Walaupun papa telah menghantar aku ke klinik berhampiran semalam dan aku mendapat mc satu hari namun aku tetap berkeras untuk ke sekolah. Lagipun duduk di rumah besar tu bosan sangat. Papa dan mama sibuk dengan kerja. Abang Johari dan Kak Maria pula ke kampus mereka. Tinggallah aku sorang-sorang kat rumah. Daripada duduk takde buat apa di rumah baik aku pergi ke sekolah. Ada juga faedahnya.

“Kaki awak sakit lagi, ke?” tanya Mimi semasa kami menunggu kedatangan Puan Rohani ke kelas.

“Tak. Dah sihat dah. Cuma jalan tu kena perlahan-lahan. Terima kasih ye, Mimi pasal semalam.” ucap aku kepada Mimi. Mimi hanya tersenyum.

“Tak payah berterima kasih dengan saya, Wani. Awak kena berterima kasih dengan dia!” ujar Mimi sambil memuncungkan bibirnya ke arah Fazrul yang sedang berangan memandang pensel di tangannya. “Masa dalam perjalanan ke sekolah tadi saya terserempak dengan dia dalam bas. Dia asyik tanya pasal awak.” Kata-kata Mimi kali ini mengejutkan aku. Concernnya dia! Aku tersenyum sendirian.

“Terima kasih!” itu ajelah yang mampu aku ucapkan kepada budak tiga suku ni. Hilang segala rasa ego apabila berdepan dengannya. Lebih-lebih lagi bila mendengar dari Mimi yang mamat ni betul-betul concern mengenai diriku.

“Kaki kau macam mana sekarang?” tanya dia. Aku hanya tersenyum.

“Oklah! Sakit sikit je. Esok sihat lah!” jawab aku. Fazrul tersenyum sinis memandang kaki aku. Apa lagi la yang dia tidak puas hati lagi? Dia bangun lantas mengambil bola keranjang nya. “Kau nak ke mana?” tanya aku apabila melihat dia menjinjing bola keluar dari kelas.

“Nak pergi tuuuuuuttttttt... nak ikut, ke?” Fazrul ketawa lantas keluar dari kelas. Tidak ku faham maksudnya. Dia bergurau ke? Apesal aku tak gelak, ek?

Masa sesi pembelajaran bermula, aku lihat Fazrul tiada di tempat duduknya. Sempat aku menyiku Mimi. “Apesal!?” tanya Mimi berbisik sambil menyapu tangannya yang sakit disiku aku.

“Mana Fazrul?” tanya aku perlahan. Cikgu Rohani sibuk mengajar di hadapan, kami sibuk berbual di belakang.

“Entah? Rasanya dia pergi tempat biasa, kot?”

“Tempat biasa? Kemana?”

*****************

Aku mencari Fazrul di dewan court bola keranjang. Kelihatan dia sibuk bermain bola bersama pemain-pemain yang lain. Ketangkasannya merebut dan menjaringkan bola betul-betul nampak seperti profesional. Melihat dari baju sukan bola keranjang yang dipakainya dapat aku rasakan bahawa dia ni merupakan atlit sekolah. Patutlah Cikgu Rohani tidak hairan dengan ketiadaannya masa kelas tengahari tadi.
Selesai bermain, aku memanggilnya. Fazrul agak terkejut melihat aku. Dia segera mengambil tuala dan menyapu kawasan badannya yang berpeluh lantas mendekatiku.

“Kau tak balik lagi? Kau buat apa kat sini?” tanya dia. Aku hanya mampu tersengih melihat dia.

“Aku cari kau lah!” ringkas jawapanku. Aku sendiri pun tak faham sebab apa aku rasa nak sangat berjumpa dengannya hari ini. Sedangkan esok pun boleh aku jumpa dia.

“Cari aku buat apa?” soal dia lagi lantas segera ke beg sekolahnya. Dia membuka baju sukannya di hadapan aku. Ya Allah! Segera aku berpaling ke belakang. Rasa degupan jantung berdegup pantas. Kedengaran dia ketawa kecil melihat gelagat aku. “Aku dah pakai baju, dah! Tak payah malu-malu!” Kurang asam gelugur betul mamat tiga suku ni. Sempat lagi dia perli aku. Ingat badan dia tu cantik sangat ke sampai nak tayang depan aku.

“Jom!” Fazrul segera menjinjing bola keranjang dan beg sekolahnya ke pintu dewan. Kakiku secara spontan mengikut sahaja arahannya. Selesai berjabat tangan dengan rakan-rakannya, Fazrul pulang.

Aku? Sedaya upaya aku mengejarnya dengan kakiku yang sakit tahap cipan tu. Hampeh betul mamat tiga suku ni. Bukannya dia nak tunggu aku, malah langkah kakinya bergerak dengan laju. Kalau diikutkan jaraknya, lebih kurang 3-4 meter aku ketinggalan ke belakang.

“Wei! Tunggulah!” jerit aku tetapi langsung tidak dilayan oleh mamat tiga suku tu. Kali ini aku tersungkur kerana memaksa sangat kakiku yang sakit itu bergerak laju. Aku duduk membisu di situ sambil memegang kakiku yang sakit. Dapat kulihat Fazrul menghentikan langkahnya dan kembali semula ke arahku. Aku memandang tajam sebaik sahaja dia menghampiriku. Mataku berair. Rasa nak meraung pun ada. Walaupun aku ni ego, tetapi bab keluarkan air mata senang sangat.
“Kau ni menyusahkanlah!” rungut Fazrul lantas melutut di hadapanku.

“Kalau menyusahkan buat apa kau datang sini!!??? Pergilah balik!!” marah aku kepadanya. Apabila mamat tiga suku tu cuba untuk memegang kakiku, aku segera menepis tangannya. ”Tak payah susah-susah nak tolong aku!!! Pergilah!” sedaya upaya aku cuba untuk bangun tetapi tidak berdaya.

“Degil betul kau ni! Marilah aku tolong papah!! Takkan kau nak duduk kat tengah-tengah panas macam ni?” kali ini suara Fazrul agak tinggi sedikit. Dia segera memegang lengan baju sekolahku lantas diletakkan di atas bahunya. Aku yang pada mulanya agak membantah tetapi bila memikirkan siapa nak bantu aku tengah-tengah panas macam ni akhirnya aku setuju. Kalau diikutkan rasa degil ku.. mahu hangus aku jadinya duduk macam orang gila kat tengah-tengah panas macam tu.

Fazrul memapah aku ke stesen bas. “Kau balik dengan siapa?” tanya dia tegas. Aku hanya mendiamkan diri seolah-olah merajuk. Malas aku nak layan dia. Walaupun dia menolongku namun aku langsung tidak berterima kasih kepadanya. Rasa menyesal pula mencari dia sampai ke dewan tadi. Kalau la aku balik dengan Mimi tadi rasa-rasanya aku dah tidur dekat rumah sekarang ni.

Fazrul bergerak meninggalkan aku. Rasa sakit hati pun ada. Begitu mudah dia meninggalkan aku yang sakit macam ni sorang-sorang di sini. Jantan dayus! Aku segera menyeluk poket baju kurungku untuk mengeluarkan handphone.

Sebaik sahaja aku masuk ke dalam kereta, dapat kulihat Fazrul kembali ke stesen sambil menjinjing sebungkus plastik. Kereta bergerak dan meninggalkan stesen bas. Ketara kulihat dia mengeluh memandang ke keretaku yang berlalu pergi. Timbul pula rasa simpati kepadanya. Entah-entah dia membelikan sesuatu untukku tadi. Kali ini timbul pula rasa serba salah. Kereta bergerak laju sehinggalah bayang-bayang Fazrul hilang dari pandangan.

*******************

Kakiku beransur pulih. Aku berjalan perlahan mendekati kelas. “Wani!” panggilan Mimi tidak kulayan. Tiada mood untuk aku berborak dengan sesiapa pagi itu. Mimi menyapa bahuku. “Aku panggil kau ni. Tak dengar, ke?” tanya Mimi.

“Aku tak pekak lagi. Tak payah panggil kuat-kuat!” perli aku. Mimi hanya tersenyum sumbing. Sampai sahaja di tempat duduk, aku segera menyangkutkan begku di belakang kerusi.

“Kau dengar cerita, tak?” tanya Mimi sekali lagi. Aku memandangnya.

“Cerita apa?”

“Mengenai Firdaus! Dengar cerita dia dah couple dengan junior kita semalam.” jelas Mimi. Ketara reaksi dia yang agak kecewa. Mana tidaknya, bakal marka dia dah dirampas orang. Kalau aku pun meraung guling-guling. Tetapi pagi tu aku langsung tidak ada mood nak dengar cerita pasal romeo sekolah kami tu. Segala cerita yang keluar dari mulut Mimi macam masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Bosan betul! Seperti biasa aku melihat Fazrul tidak ada di tempat duduknya. Mesti sekarang dia agak sibuk berlatih untuk perlawanan bola keranjang tidak lama lagi.
*********

Aku menunggu Pak Selamat seperti biasa. Bas Mimi dah lama berlalu. Tinggallah aku dengan beberapa pelajar di situ. Rasa penat menunggu pun ada. Aku mengeluh. Sempat lagi aku melayan game sementara menunggu Pak Selamat sampai.

“Hai, main game handphone depan sekolah. Kena rampas baru padan muka!” perli seseorang. Aku mengangkat muka. Si budak tiga suku ni rupanya. Selamba mukanya memandang aku. Dia duduk betul-betul menghampiri aku. Aku sengaja menjarakkan sedikit diriku dari dia. Handphone di tangan segera disembunyikan semula ke dalam poket. Masing-masing mendiamkan diri.

Budak tiga suku sebelah aku ni sempat pula mem“bump” bola keranjangnya. Bingit pula mendengarnya. Perlahan, sabar. Semakin kuat, sabar lagi. Semakin lama bunyi lontaran bola semakin kuat. ”Boleh tak senyap!? Bingit la telinga ni!” marah aku sambil menekup telinga.

Pelajar-pelajar di sekeliling stesen bas memandang aku. Masa tu rasa malu seakan-akan hilang sebab dah dipenuhi dengan rasa marah. Budak tiga suku di sebelah aku ni hanya ketawa kecil. Lucu sangat ke aku menengking dia sebegitu? Ataupun dia ketawakan aku sebab memalukan diri sendiri? Makin aku sakit hati apabila si budak tiga suku tu kembali mem“bump” bolanya ke tanah. Aku mengetap bibir menahan marah. Makin ditengking makin menjadi-jadi perangainya. Better aku diam aje.

Dalam 10 minit menahan perasaan akhirnya Pak Selamat sampai. Aku segera bangun. Timbul pula idea untuk mengenakan budak tiga suku itu. Aku berjalan melaluinya lantas memijak kaki budak itu sekuat hati aku. “Aduh!!!” jerit dia. Kali ini pelajar-pelajar di situ pula memandang ke arah Fazrul. Dia membuka kasutnya dan memegang kaki yang kesakitan. Padan muka! Kenakan aku lagi. Kali ni nasib kau pula! “Badan berat macam king kong!” Kakiku berhenti melangkah apabila mendengar ejekan dari budak tiga suku itu. Aku mengerling ke arahnya.

“Apa kau cakap!!??” tanya aku agar dia mengulangkan kembali kata-katanya. Bukan aku tak tahu apa yang dia katakan sebentar tadi.

“Kenapa? Kau nak aku cakap kuat-kuat ke, KING KONG!??” Aku semakin bengang. Pintu dibuka kasar dan ditutup dengan hempasan. Sampai terkejut la Pak Selamat jadinya. Bila ditanya aku malas nak menjawab. Terus sahaja menyuruhnya jalan. Sakit hati lagi apabila melihat budak tiga suku itu mengetawakan aku. Suka suki dia aje kata aku king kong. Geramnyaaaaaaaa....!!! Niat untuk kenakan mamat tu tak menjadi. At last aku pula yang terkena. Haii.... apa lah malangnya nasib aku ni.

0 orang beri kritikan::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...