RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Selasa, 25 November 2008

Bus stand; destinasi cinta kita 25 (final)

BAB 25

Mac, 2009..
Aku memandang ke luar tingkat flight… tak sabar rasanya untuk aku bertemu dengan Mimi dan Firdaus… dan yang paling penting sekali dengan Fazrul. Walaupun telah banyak sms kuberikan kepada Fazrul selama ini namun satu pun tidak dibalas. Aku tahu dia masih belum boleh maafkan aku.

Rasa jantung ini berdebar-debar untuk ke dewan peperiksaan mengambil result. Entah cemerlang atau tak aku pun tak tahu. Kakiku bergerak perlahan melangkah memasuki dewan peperiksaan. Begitu ramai pelajar berbaris mengambil slip keputusan. Ada yang menangis, berpelukan, gembira dan macam-macam lagi. Tiba-tiba… handphoneku berbunyi…

“Helo…”

“Wani… aku kat sini!!” jerit Mimi. Aku memandang ke sekeliling dan melihat Mimi sedang melambaikan tangannya ke arah aku… Firdaus pula masih setia disampingnya sambil tersenyum. Aku berlari ke arah mereka dan kami berpelukkan.

“Lama tak jumpa kau. Rindu sangat!” kata Mimi. Aku tersenyum… Mimi nampak anggun sekarang. Memakai baju kurung berwarna pink. Comel sekali. Firdaus pula….

“Wah… wah!!! Dah berkumis kau, ye! Macam ni la nampak macho!” puji aku. Firdaus hanya ketawa. Mimi mencebik.

“Yelah! Memang la macho… lepas tu ramai sangat anak dara kat tempat kerja dia yang nak kenal dengan dia. Jeles aku!” balas Mimi menjeling ke arah Firdaus. Aku ketawa. Tak hairan la bagi aku kalau Firdaus ni digilai perempuan. Ada kumis ke takde kumis, ke… dia tetap romeo sekolah. Hahahah…

“Kau dah ambil result, ke?” tanya Firdaus.

“Err… belum… Korang?” tanya aku kepada mereka pula.

“Kami dah ambil dah. Tapi… tak boleh beritahu sekarang. Kau kena ambil dulu result kau, baru kitorang beritahu.” balas Mimi pula. Aku mengangguk.

“Oklah! Korang tunggu sini aku pergi berbaris, ye?” aku segera berlari ke barisan untuk mengambil result. Walaupun hati aku gembira bertemu Mimi dan Firdaus tapi aku kecewa sebab tidak bertemu dengan Fazrul. Dah la kali terakhir aku tak jumpa dia dan sekarang bila aku kembali, aku tetap tak bertemu dengannya.

*****************
Selepas mengambil result dan bertemu dengan bekas-bekas cikgu kami serta kawan-kawan yang lain, kami berjalan menuju ke stesen bas. Tempat yang paling aku rindu. Teringat kembali saat aku bergaduh dengannya. Ah! Memori lama… Tak sangka, kami bertiga mendapat keputusan yang cukup cemerlang. Lebih dari apa yang kitorang jangkakan. Mungkin berkat kitorang study bersama-sama selama ni. Mimi mendapat 9A1 1A2, dapat la dia apply doktor lepas ni. Firdaus pula mendapat 8A1 2A2, boleh jadi engineer dan aku pula… aku memandang ke slip keputusan, hmm… aku mendapat 7A1 3A2. Bawah sikit dari mereka berdua. Takpelah… asalkan result aku dikira cemerlang… aku pula bercita-cita nak jadi akauntan yang bertauliah. Hehehehe… Fazrul? Hmm… kata diorang, dia mendapat 8A1 2A2. Sama macam Firdaus… berpeluang juga la dia untuk jadi engineer…

Kami duduk di kerusi sementara menunggu bas datang…

“So, kita nak ke mana sekarang? Lama tak enjoy bersama-sama, kan?” tanya Mimi.

“Yups! Rindu sangat…” jawab aku.

“Malam nanti boleh la kita borak-borak panjang kan, Wani? Kau tinggal la kat rumah aku seminggu… boleh kita enjoy lama sikit…” ujar Mimi…

“Tak boleh la, Mimi. Nanti siapa nak uruskan akaun pejabat papa aku kat sana? Ni aku minta 3 hari cuti pun dia ambil masa nak approve.” jawab aku. Mimi mengeluh… “Mana Arul?” tanya aku sebab dari tadi aku tak nampak dia.

“Hmm… sejak kau pergi, Arul dah tak join kitorang lepak lagi, tau!” kata Firdaus… Aku terkejut. Sampai macam tu sekali?

“Dia kat mana, sekarang? Kenapa aku tak nampak dia ambil result?” tanya aku.

“Dia dah balik awal. Dia pun dah tak mesra macam dulu. Masing-masing buat hal sendiri” kelas Firdaus lantas mengeluh.

“Dia masih marahkan aku lagi ke, Fir?”

“Entah lah… Aku pun tak tahu. Masa aku bagi hadiah kau tu pada dia dulu. Dia berang dan buang hadiah kau tu! Aku tak tahu kenapa dia marah sangat! Masa dia clash dengan Rini dulu, takde pula dia berang macam tu sekali.”

Aku terdiam… Besar sangat ke dosa aku pada kau, Fazrul? Petang tu kami bertiga pergi ke Komtar. Lama sangat aku tak jejak Komtar. Rindu betul! Seperti biasa aktiviti kami menonton wayang dan bermain boling… kami betul-betul enjoy hari itu…

Aku melihat jam di tangan… Sudah pukul 5.30 petang. Aku memandang ke luar tingkap bas. Perjalanan pulang ke rumah… rindu pula aku pada rumah lama aku. Entah siapa la yang menyewa rumah tu sekarang, kan?? Aku membelek-belek jam tangan pemberian Fazrul… Aku hargai pemberian kau, Fazrul tapi kenapa kau tak hargai pemberian ku? Aku mengeluh…

Kami turun dari bas sebaik sahaja bas berhenti di bus stand. Bus stand inilah kenangan aku di saat aku dan Fazrul berborak untuk kali terakhir… Saat aku terlepas ayat ‘budak tiga suku’ dan saat Fazrul mula ingat dia pernah ejek aku ‘kingkong’. Semuanya kenangan… tapi kenangan tu dah takde… hilang disebabkan kemarahan dan rajuk Fazrul pada aku.

Kami berjalan sehingga ke rumah Firdaus.
“Hmm… pagar terkunci, rasanya Arul belum balik lagi…” jawab Firdaus lantas mengambil kunci di dalam begnya.

“Mama kamu ke mana, Fir?” tanya aku.

“Dia ke rumah Mak Siti, kot? Jaga anak tiri… hehehe…” gurau Firdaus. Aku ketawa. “Masuklah! Jangan malu-malu…” pelawa Firdaus.

“Eleh… macam tak biasa je masuk rumah dia!” perli Mimi… Sekali lagi kami ketawa apabila Mimi memerli Firdaus. Tiba-tiba aku teringat sesuatu… aku yakin dia ada kat sana.

“Err… korang, aku nak ke taman kejap…” ujar aku meminta izin…

“Kenapa?” tanya Mimi hairan.

“Erm… takpelah! Kau pergilah! Mungkin dia ada dekat sana…” jawab Firdaus seolah-olah memahami maksud aku. Mimi masih lagi terpinga-pinga tak memahami…
Aku tersenyum lantas berlari keluar menuju ke taman…

Sampai sahaja di taman… seperti yang dijangka, Fazrul sedang leka bermain bola keranjang berseorangan di situ… Aku mendekati court bola keranjang… Mukanya masam. Dia langsung tak menyedari kehadiranku. Tapi yang paling aku terharu apabila melihat wrist band pemberianku dipakai di tangan kirinya… Fazrul menjaringkan bola… Bagiku, Fazrul memang shooter yang terbaik.

“Tahniah Fazrul…” ucap aku. Fazrul yang ingin menjaringkan bola untuk kali ke berapa ketika itu memandangku. Dia mengeluh lantas meneruskan permainannya tanpa melayanku. Aku kecewa… tapi aku tak boleh putus asa. Aku mendekatinya… “Akhirnya tercapai juga impian kau untuk peroleh result yang cemerlang, kan? Boleh aku join sekali?”

Fazrul tak jadi meneruskan permainannya lantas bergerak ke kerusi di mana beg sandangnya diletakkan di situ. Dia melepaskan penat di kerusi tersebut. Aku mengikut jejaknya…

“Kau masih marahkan aku?” tanya aku pada dia. Fazrul masih buat bodo dengan aku… “Fazrul, aku…”

“Please!” Fazrul memotong ayatku. “Kau buat apa kat sini?!!” tanya dia dengan nada tinggi. Aku terkejut. Kenapa dia begitu marah dengan aku?

“Aku kan datang nak ambil result SPM. Aku…”

“So, kenapa tak balik je ke Sabah??” sekali lagi dia memotong percakapan aku. Huh! Bengkek sungguh aku. Kesabaran aku ada hadnya…

“Kenapa? Kau suka aku balik Sabah? Kau suka aku tak jumpa kau sampai bila-bila?” uji aku.

“Kalau kau tak jumpa aku pun, tak penting… Kau kan suka buat satu perkara tanpa beritahu aku!” perli dia. Angin betul aku dengan ayat dia tu!

“Fazrul, tolong jangan ungkit benda yang lepas boleh, tak!? Aku datang dengan cara baik!” tegur aku. Fazrul tersenyum sinis.

“Baliklah! Aku nak berseorangan di sini…” ujar dia. Balik? No way, man! Aku takkan balik selagi masalah kita tak selesai…. Aku nak buat perhitungan hari ini juga! Nak jadi apa pun jadi lah! Dah 4 bulan aku memendam rasa… dan aku mesti dapatkan kata putus dari kau…!

“Besar sangat ke dosa aku pada kau? Sampai kau benci aku begitu sekali?” tanya aku mendapatkan kepastian.

“Aku tak pernah membenci kau…”

“Habis, kenapa setiap sms aku kau tak pernah reply? Kenapa kau buang aku jauh, Fazrul? Kau dah tak anggap aku kawan baik kau, ke?” Fazrul memandang ke arahku…

“Kawan baik? Kerana aku anggap kau kawan baik aku la, kau tinggalkan aku. Tapi kalau aku anggap kau…” tiba-tiba ayat Fazrul mati di situ. Aku terpinga-pinga…

“Kau anggap aku apa?” tanya aku sekali lagi… Tolonglah Fazrul, aku nak jawapan itu!

“Takde apa-apa la.” jawab Fazrul spontan. “Pergi la balik! Aku malas nak berborak dengan sesiapa pun hari ni.” Fazrul bangun lantas segera menyambung permainannya. Huh! Kau tak nak berterus-terang, ye? Takpe…

“Kau pernah beritahu aku andai kata aku tinggalkan kau, kau nak kejar aku sampai ke lubang cacing… Mana janji kau?” uji aku sekali lagi. Fazrul berhenti seketika. Dia memandangku… Dia tersenyum sinis…
“Kau perli aku, ke?”

“Tak perli… tapi menguji. Kenapa? Kau terasa ke?” Kali ni aku betul-betul perli dia. Baru kau rasakan buku bertemu ruas. Fazrul ketawa… Tiba-tiba aku rasa gembira bila melihat dia ketawa.

“Sudah la, Wani… Pergilah balik!” halau dia. Aku tidak peduli. Kakiku masih tercegat lagi di situ.

“Aku takkan pergi selagi aku belum tahu jawapan kau!” tegas aku.

“Apa maksud kau?” tanya dia seolah-olah tidak memahami maksudku.

“Kau tahu maksud aku, kan?”

“Huh! Sudahlah, Wani. Aku malas nak layan kau…” Fazrul masih bermain tarik tali dengan aku. Takpelah… kalau kau tak nak mengaku biar aku je yang berterus terang…

“Ok la! Aku akan pergi. Tapi ada satu perkara yang aku nak beritahu kau… Mungkin kedatangan aku kali ini adalah yang terakhir. Dan aku takkan kembali lagi. Kalau boleh, aku nak sangat bersama dengan kau, sebelum aku balik ke Sabah dalam dua hari lagi.” jelas aku. Fazrul mendiamkan diri. Aku tahu dia kecewa dengan ayat aku. “Dan ini adalah perkara yang paling penting dalam hidup aku yang perlu aku beritahu kau…” ayatku mati di situ. Aku perlukan keyakinan untuk melafazkannya… biarlah orang kata perigi cari timba ke apa. Zaman sekarang perempuan dah moden… Ungkapan tu dah lapuk ditelan zaman.

“I love you!” Aku sendiri tak tahu kenapa tiba-tiba keyakinanku begitu menebal. Itulah ayat yang ingin aku sampaikan 4 bulan yang lalu… Fazrul terkejut apabila mendengar ungkapan itu dari mulutku. Aku tiba-tiba rasa malu. Ah! Baik aku blah… aku segera mengangkat kaki tapi…

“Wani…” Aku menoleh apabila namaku dipanggil. Fazrul berjalan mendekatiku. Semakin lama semakin dekat dan aku semakin cuak. Aduhai… bodoh betul aku… Fazrul berhenti betul-betul dua inci jaraknya dari aku. Huhuhu… Aku melihat wajahnya yang tersenyum… Rindunya aku pada wajah ini. Cute macam Ryo Nishikido.

Fazrul memegang kedua-dua tanganku erat. “Betul kata Rini… kau seorang yang berani!” ujar Fazrul. Aku tercengang. Rini??

“Apa maksud kau?” aku masih lagi tak faham…

“Kau ingat lagi tak surat yang dia berikan pada aku dulu?” aku mengangguk. Tapi apa kena-mengenanya? “Aku memang dah tahu kau sukakan aku, Wani. Lebih meyakinkan bila Rini sendiri beritahu aku pasal isi hati kau. Cuma aku kena uji kau sebab aku tak nak pisang berbuah dua kali. Dan akhirnya aku menemui jawapannya…”

Bodoh! Kali ini aku betul-betul rasa macam bodoh! Kenapa aku yang kena ucap dulu? Bukan dia? Bodoh! …. Aku tersenyum sinis… betul-betul macam perigi cari timba…

“I love you too…” jawab dia ringkas. Lantas dipeluknya aku… Walaupun aku rasa gembira dengan jawapannya, namun disudut hatiku aku rasa kecewa yang teramat sangat…

****************
Aku membetulkan kedudukan begku di atas troli. Dua hari telah berlalu dan tiba masanya untuk aku pulang ke Sabah. Aku memeluk Mimi. Firdaus dan Fazrul hanya tersenyum…

“Take care, ye… Kalau kau rindu kat kami, especially Arul.. beritahu la! Rumah aku tu sentiasa terbuka untuk kau menginap.” gurau Mimi. Aku ketawa.

“Ok… kau pun take care, tau.” Aku mencium pipi Mimi. Mimi tersenyum… aku bergerak ke arah Fazrul… sedih rasanya nak meninggalkannya.

“Thanks! Aku gembira dua hari, ni! Sedih pula nak tinggalkan kau…” ujar aku…

“Takpe… nanti kalau aku rindu sangat dekat kau, aku datang Sabah…Ok?” balas dia. Aku mengangguk senyum.

Kedengaran suara pengumuman menandakan flight ke Sabah bakal berangkat tak lama lagi..

“Aku kena pergi. Kirim salam kat parents korang, ye?” Mereka mengangguk. Belum pun sempat aku melangkah, Fazrul memanggilku… Dia menghulurkan sekeping kad kepadaku.

“Aku nak kau baca kad ni masa dalam flight nanti.” ujar dia. Aku mengangguk. Entah kenapa aku berat hati nak tinggalkan dia. Fazrul seraya memelukku dengan erat. “I love you so much!” bisik dia di telingaku. Aku tersenyum…

“Me too…” balas aku. Pelukan direlaikan dan kakiku melangkah ke escalator… aku melambaikan tangan ke arah mereka. Selamat tinggal…

***************

Di dalam flight, aku membelek kad di tangan lalu kubuka… aku membaca setiap bait ayat dengan teliti…

Dear sayangku, Miss Zarith Azwani bt Zarith Aziman,

At the first time I saw you in class… I am falling in love…
At the first time we argued each other at bus stand… I am falling in love…
At the first time I touched you when you hurt… I am falling in love…
At the first time you mad at me… I am falling in love…
At the first time you saved me… I am falling in love
At the first time you becoming as my best friend… I am falling in love
At the first time you take care of me since I’m in hospital…I am falling in love
At the first time you gave me a present… I am falling in love
And at the first time you told me that you love me… I knew it…
I am truly falling in love!

Hehehe… sorry la aku tak pandai bersajak… tapi ini la isi hati aku yang perlu aku beritahu kau. Aku mula sukakan kau bila kali pertama aku lihat kau… dan masa tu aku cakap dengan diri aku, ‘aku mesti tackle budak ni!’. Dan sekarang, from the bottom of my heart, I wanna tell you that… I LOVE YOU FOREVER AND EVER…until the last breath! Thanks for being my Queen… and thanks for the wrist band with lovely embroidery…Walaupun ada cacat cela sikit, I am very appreciate it… Hehehehe…Take good care, sayang and miss me always… Bye…

p/s: dah sampai Sabah call aku, tau! Mmmuuuaaahhh…

Your lover,
Mohd Fazrul Hafizi Bin Fauzi..


Aku tersenyum membaca kad itu. Memang terharu sangat. Hilang rasa kecewa aku selama ini kerana dia terlebih dahulu menyayangi diriku. Thanks, Fazrul… Kad itu kusimpan di dalam beg tanganku. Ayat-ayat yang ditulis kusemat di dalam hati. Air mata mengalir ke pipi… aku bahagia kini.


TAMAT

7 orang beri kritikan::

LeaQistina berkata...

lea pun turut tumpang bahagia..

Tanpa Nama berkata...

aku pun

Yuurii berkata...

waniey terharu la cter nie...

TerUteruBoZu berkata...

bestnye story ne....
cm nk jadi la watak wanie 2...
huhuhu..
congrates

HaniZul berkata...

sweet =) like your story~..keep it up!

niK@miZaH berkata...

xbaek pluk anak dara org....report kt papa die...hehehe...nice story...menghabeskan mase 3 jam untuk bce full story nie....syok juga wpun citer cinta budak sekolah

Tanpa Nama berkata...

sgt best, cute sgt cite ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...