RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Sabtu, 22 November 2008

Bus stand; destinasi cinta kita 22

BAB 22

Aku memandang sepi tanah merah di kuburan. Selesai sahaja membaca yasin, aku segera bangun untuk menyiram air mawar. Rasa sedih yang teramat sangat… pemergian mama Fazrul dan segala apa yang terjadi kepada Fazrul betul-betul menginsafkan aku untuk selalu mengabdikan diri kepada-Nya. Dulu, aku leka sangat mengejar keduniaan sampaikan aku tak sedar, kita hidup di dunia ini hanya untuk sementara. Kalau dah tersurat masa kita telah sampai, bila-bila masa sahaja Izrail datang menjemput kita. Tak kiralah tua ataupun masih muda.

“Wani…” aku menoleh. Melihat Fazrul yang tersenyum ke arahku… “Jom balik. Hari nak hujan!” ajak dia. Entah kenapa hari ini aku beria-ia sangat nak ikut dia menziarahi pusara arwah mamanya.

Syukur alhamdulillah Fazrul dah selamat. Petang itu betul-betul membuatkan jantungku luruh. Sewaktu aku sampai ke hospital, masing-masing menunggu dengan cemas di hadapan bilik kecemasan. Kami berdoa agar Fazrul selamat. Menurut mama Firdaus, doktor mengatakan aplikasi sistem saraf tunjang yang masih cedera akibat hentakan kuat dulu telah mengganggu sistem badan yang lain berfungsi dengan baik dan menyebabkan denyutan jantung Fazrul berhenti secara tiba-tiba. Dia perlu dibedah untuk kali kedua secepat mungkin agar nyawanya tidak berada dalam kondusi yang merbahaya.

Di saat aku menerima khabar itu, aku berasa terkejut dan sedih. Dalam hati ini tak putus-putus berdoa agar Fazrul dapat diselamatkan. Air mata tak henti-henti mengalir. Waktu itu, aku betul-betul dapat rasakan yang aku belum bersedia untuk menerima kehilangannya lagi. Masih banyak benda yang perlu aku lalui bersamanya. Namun, berkat doa kami, pembedahan berjaya dan jantungnya kembali berfungsi seperti biasa. Walaupun harapan untuk sedar masih di tahap 50:50… tapi aku yakin Fazrul takkan tinggalkan kami.

Keajaiban berlaku apabila dua hari selepas itu, Fazrul sedar dari koma. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa gembiranya hati ini. Dulu, ramai yang beranggapan orang yang koma jarang dapat diselamatkan. Mungkin semangat Fazrul untuk terus hidup membuatkan dirinya mampu bertahan melawan segalanya. Walau bagaimanapun, doktor masih mengharapkan agar Fazrul menerima rawatan berterusan bagi memastikan cedera di otaknya dapat dipulihkan sedikit demi sedikit.

Aku tersenyum memandangnya. Sudah sebulan berlalu, wajah inilah yang paling aku rindu. Aku takkan sia-siakan hidupnya selepas ini. Peperiksaan SPM pun semakin dekat dan kami bertungkus-lumus mengulangkaji pelajaran. Walaupun Fazrul banyak ketinggalan pelajaran, tapi dia tekad untuk lulus dengan cemerlang. Kami meninggalkan pusara ibunya dengan satu niat bahawa hidup ini perlu dinikmati sebaik-baiknya.

****************

“Sampai bila kau nak rahsiakan isi hati kau pada dia, Wani?” tanya Mimi petang itu di perpustakaan. Firdaus ke tandas manakala Fazrul sibuk mencari buku rujukan di rak buku.

“Entahlah! Dia pun tak cakap apa-apa pada aku, takkan aku nak lebih-lebih pula?” jawab aku. Mimi menjeling ke arahku.

“Kalau macam ni la sikap korang berdua. Sampai bila-bila la korang tak tahu yang korang ni saling suka.” perli Mimi padaku. Aku mengeluh.

“Bukan macam tu Mimi. Fazrul tu baru je sihat. Otak dia pun masih gelong lagi. Takkan tiba-tiba aku nak beritahu yang aku sayangkan dia. Kang payah pula dia nak concentrate pada pelajaran. SPM kan nak dekat.” jelas aku.

“Lantak kau la, Wani! Aku malas nak paksa kau, dah!” balas Mimi geram. Aku tahu dia tak puas hati dengan jawapan aku. Takpelah, Mimi. Aku tahu kau nak aku berterus-terang tapi aku perlukan masa. Dulu aku bukan macam ni. Aku jenis yang berterus-terang tapi dengan Fazrul… Ah! Kenapa aku rasa macam susah sangat?

***************

Tamat sekolah, Fazrul hilang dari tempat duduknya.

“Mana Fazrul?” tanya aku kepada Firdaus.

“Katanya nak ke dewan…” jawab Firdaus. Aku segera berlari ke arah dewan.

Sampai sahaja di dewan, aku melihat Fazrul bermain bola keranjang dengan memakai jersinya…

“Fazrul!” panggil aku. Fazrul menoleh lantas tersenyum. Dia segera menjaringkan bola... aku melihat sahaja bola itu masuk ke dalam jaring…

“Yes!” jerit Fazrul lantas mengambil bola itu semula. Budak tiga suku ni memang tak makan saman betul. Dia baru je sihat, dah bermain bola keranjang semula.

Aku mendekatinya lantas kurampas bola itu dari tangannya.

“Wani… kan aku tengah main, ni!” marah dia. Dia cuba untuk merampas kembali tetapi aku melarikan bola itu darinya.

“Kau kan tak sihat! Masih nak main bola lagi?” tegur aku. Fazrul menggaru kepala lantas ke kerusi panjang berdekatan.

“Alaa… rimas lah aku! Aku dah lama tak main bola. Bagilah peluang aku lepaskan hajat!” rengek dia. Macam budak kecil!

“Sudah! Kan doktor dah cakap kau tak pulih sepenuhnya. Otak kau tu masih lagi cedera. Kau kena berehat, Fazrul!” ujar aku. Fazrul memandangku. Kemudian dia tersenyum gatal dengan aku. Aku kaget dengan pandangannya.

“Ke… kenapa kau pandang aku macam tu?”

Fazrul ketawa. “Sayang juga kau dengan aku, ye?” gurau dia. Aku mencebik.

“Wani… andai kata la, kan… Kalau la aku dah takde kat dunia, ni… Kau akan rindukan aku, tak?” teka Fazrul. Aku membuntangkan mataku.

“Kau ni! Merepeklah! Jangan cakap yang bukan-bukan boleh, tak?” marah aku. Cukuplah dengan apa yang dah jadi. Aku tak mahu kehilangan dia lagi.

“Ala… aku cakap, je. Aku ingat lagi masa kau cuba selamatkan aku. Ayat kau macam ni… ‘Fazrul… aku datang selamatkan kau. Bertahan!’… Wah! Rasa terharu giler!” ejek Fazrul dengan gaya bengongnya…

“Fazrul!!!” budak ni betul-betul nak malukan aku. Kami berkejar-kejaran di dalam dewan itu. Fazrul kalau tak menyakat aku satu hari ni memang tak sah! Tapi aku bahagia. Saat inilah yang aku tunggu-tunggu. Fazrul ketawa gile babeng kalau bab kenakan aku. Tak kisah la… aku seronok sangat hari itu.

***********

Aku mengeluarkan surat dari dalam laci. Masih aku ingat lagi amanah Rini sebelum dia menghilangkan diri. Aku mesti bagi surat ni pada dia esok… Tiba-tiba handphoneku berbunyi.. Ku lihat nombor di screen… nombor yang tak dikenali…

“Helo..”

“Hai, sayang!” aku terkejut dengan sapaan itu.

“Siapa ni?” tanya aku.

“Hai… takkan dah lupa aku, kot? Fazrul la!” jawab Fazrul… Aku mengeluh. Macam-macam hal budak tiga suku, ni.

“Ha! Apehal kau call aku malam-malam buta macam ni?” ujar aku ganas lantas segera baring di atas katil.

“Huish! Marah ke? Saja je call kau! Aku rindu la kat kau. Dulu masa aku call, kau tak pernah nak angkat. Baru sekarang dapat dengar suara kau dalam telefon.” Fazrul sengaja mengingatkan aku dengan sejarah lama. Benda dah lepas ok!

“Yelah… sekarang ni kau dah dengar suara aku, kan? K lah! Aku ngantuk, nak tidur!” balas aku.

“Eh, nantilah! Kau ni tak sporting langsung. Bukan senang nak bercakap dengan aku a.k.a orang popular, ni! Lagipun esokkan hari minggu. Rilekslah!”

Aku mengeluh. Macam-macam hal la budak tiga suku ni. “Kau nak apa lagi, Fazrul? Kau nak aku layan kau sampai esok pagi, ke?”

“Absolutely!” jawab dia tegas. Hmm… memang dasar budak sewel betul. Nak tak nak terpaksa la dengar cakap dia. Aku pernah janji nak ikut rentak dia dulu. Lantak kau la, Fazrul. Asalkan kau bahagia.

**************

“Kertas apa, ni?” tanya dia tengahari itu sewaktu kami berempat keluar ke Gurney Plaza.

“Ambil la! Dari Rini.” jawab aku lantas menghulurkan surat itu kepadanya. Fazrul mengerut dahi lalu dia mengambil surat itu. Dia membuka dan membaca. Kemudian dia tersenyum sendirian. Hmm… pelik betul.

“Apa yang dia tulis?” tanya aku tak puas hati.

“Kau ada baca surat, ni?” aku menggelengkan kepala apabila dia bertanya. “Kalau macam tu baguslah!” dia bergerak ke tong sampah lantas dibuangnya surat itu. Aku terkejut.

“Eh, apesal kau buang surat tu?”

Fazrul ketawa. “Takde apa-apa. Masalah dah selesai so tak perlu simpan dah!” Fazrul bergerak meninggalkan aku. Aku tercegat. Apa maksud dia masalah dah selesai?

“Eh, tunggu lah!” panggil aku lantas berlari mengejarnya… Petang itu kami berempat bermain bowling dan berkaraoke bersama-sama. Saat yang paling aku rindu sewaktu bersama dengan Fazrul…

0 orang beri kritikan::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...