RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Ahad, 2 November 2008

Bus stand; destinasi cinta kita 2

BAB 2

Habis sekolah, aku segera mengemas buku-buku ke dalam beg sekolah. Kawan-kawan kelas yang lain semua telah bergerak meninggalkan kelas.

“Wani balik dengan apa?” tanya Mimi.

“Dengan kereta.” Jawab aku. Tiba-tiba lenganku dilanggar seseorang dengan keras. Habis terlepas buku dari peganganku dan jatuh ke lantai. Lelaki itu memandangku tajam. Langsung tiada perkataan maaf yang keluar dari mulutnya. Dia segera menjinjing beg sekolahnya dan bergerak keluar.

‘Bodoh! Bukan nak minta maaf!’ bisik hati aku tidak puas hati. Aku segera melutut untuk mengambil buku di lantai.

“Awak, ok?” aku mengangkat muka untuk melihat siapakah gerangan yang baik hati mengambil berat tentang diriku. Lelaki yang mengenyit mata pada aku pagi tadi. Aku segera bangun. Mimi yang berada di belakangku tadi kelihatan gugup apabila melihat lelaki di hadapanku itu.

Aku hanya mampu tersenyum lantas berkata “It’s ok. Sikit je, ni!” Lelaki itu tersenyum.

“Nama saya Firdaus. Sori sebab perangai adik saya, tu.” Adik? Siapa? Budak lelaki tadi tu, ke? Pelik? Adik-beradik tapi kenapa sebaya? Nak kata diorang ni kembar… ermm…
“dia memang macam tu. Perangai tak serupa orang.” aku hanya tersenyum sahaja. Tapi dalam benak fikiran aku masih lagi tertanya-tanya perihal mereka berdua. Kalau diorang adik-beradik kembar tentu muka diorang serupa tapi... wajah mereka langsung tak seiras malah nak kata muka ada ala-ala tu lagi la takde. Adik-beradik apa namanya... Yang sorang muka macam pelakon Korea, yang sorang pula muka macam pelakon Jepun. Tak sama langsung!

***************

“Diorang tu memang adik-beradik cuma sama ayah lain mak.” jelas Mimi setelah aku bertanya kepadanya sewaktu kami dalam perjalanan bergerak ke stesen bas.

“Ooo.. kiranya diorang tu adik-beradik tirilah, ek? Patutlah tak serupa. Maybe muka diorang lebih ikut wajah ibu mereka.” barulah aku faham sekarang. Tapi perangai si budak yang sorang tu memang pelik. Macam jenis yang tak suka bergaul dengan orang je. Manakan tidak... masa kami menghampiri stesen bas, kami terserempak dengan budak lelaki yang boleh aku katakan tiga suku itu. Dia pandang aku pun macam nak makan orang. Apa lagi, aku balas lah dengan jelingan paling tajam pada dia. Dia ingat dia sorang je ke yang boleh pandang aku macam tu? Ini Wani la. Salah orang nak tunjuk lagak.

Tengah aku borak-borak dengan Mimi, handphone aku berbunyi nyaring. “Helo, pakcik... kat mana?” aku bertanya setelah mengetahui siapakah gerangan yang menghubungi aku petang itu. “Wani tunggu kat depan sekolah, ye? Cepat sikit, pakcik. Wani ada kerja nak habiskan kejap lagi” Sebaik sahaja aku menekan punat merah, Mimi terus bangun. Rupa-rupanya bas yang dinantikan telah tiba.

“Jumpa esok ye, Wani. Bye!” Aku hanya mengangguk dan melihat sahaja Mimi berebut mendapatkan tempat duduk di dalam bas tersebut. Bas berlalu pergi dan tinggallah aku dengan....... eh? Budak tiga suku ni tak balik lagi, ke?

Aku memandang budak lelaki di sebelah ku itu dengan hairan. Pelajar-pelajar lain semuanya dah naik bas tadi tapi kenapa dia sorang yang masih tercegat kat situ? “Awak tak naik ke bas tadi? Awak tunggu siapa?” tanya aku memulakan perbualan. Konon-konon nak tunjukkan la keperamahan aku tu. Tapi jawapan yang diberikan amatlah menyakitkan hati.

“Orang gila je yang sanggup naik bas penuh macam tu!” pendek tapi penuh dengan sinis. Memang aku tidak sangka dapat jumpa orang yang jenis macam tu. Siapa gila? Dia yang gila atau pelajar yang naik bas tadi gila? Kiranya Mimi tu gila la ek? Disebabkan aku malas nak layan kerenah budak tiga suku tu, aku hanya mendiamkan diri je. Sampai Pak Selamat datang aku masih melihat budak lelaki itu duduk tercongok kat stesen bas tersebut. Banyak juga bas yang lalu lalang tapi langsung tidak ditahannya. Entah-entah dia yang gila, kot?

1 orang beri kritikan::

shahieyza berkata...

Salam...
nk komen sket pasal hub 2 beradik tu. Sy rasa penulis dh tekeliru sket dgn istilah adik beradik tiri ni. Dlm kes ni, dorg berdua tu bknnya adik-beradik tiri tp adik-beradik kandung sebapa.

Istilah adik-beradik tiri sebenarnya wjd apb mak bapak dorg lain2. Cthnya bapak si Ahmad kahwin dgn mak si Abu. Ahmad dan Abu pd asalnya xde pertalian darah tp lepas mak n ayah dorg kahwin, dorg jd adik-beradik tiri.

Maaf kiranya komen ni agak pnjg tp prkr yg nmpk remeh ni sebenarnya nlh jd serius sbb kalu ada org salah fhm, dorg xkn anggap adik-beradik sebapa @ seibu dorg sbg adik-beradik kandung dorg sendiri.

Lgpun, adik-beradik sebelah bapa wp berlainan ibu blh menjd wali kpd adik-beradik perempuan mrk sdgkn adik-beradik tiri x blh.

Harapan sy, smg penulis x keliru lg ttg perkara ni dan dpt mengetengahkan fakta yg tepat pd penulisan di lain kali.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...