RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Rabu, 19 November 2008

Bus stand; destinasi cinta kita 19

BAB 19

Hubungan aku dengan Fazrul semakin lama semakin jauh. Sejak dari hari itu, hampir sebulan kami tak bertegur sapa. Malah kalau bertembung pun, buat-buat tidak kenal. Bukan dia, tapi aku yang malas nak menegurnya. Mimi dan Firdaus cuba untuk merapatkan kami kembali. Begitu juga Fazrul. Banyak sms darinya kuterima meminta maaf namun sekalipun tidak kubalas. Bukan kerana tawar hati tapi kerana aku tak mahu mengganggu hubungan Fazrul dengan Rini retak kembali. Rini cinta pertama Fazrul. Rini pernah membahagiakan Fazrul. Dan aku tak mahu kerana aku, Fazrul kehilangan Rini. Maafkan aku, Fazrul… demi kebahagiaan kau, aku sanggup berkorban. Apalah sangat persahabatan yang setahun jagung ni kalau nak dibandingkan dengan cinta kau pada Rini sebelum ini.

“Bodoh la kau ni, Wani!” marah Mimi padaku semasa kami pulang bersama. Firdaus tidak join kami kerana dia ada mesyuarat pengawas petang itu. Aku mengerutkan dahi apabila Mimi menggelarkan aku sebegitu.

“Kenapa kau cakap aku macam tu?” tanya aku tak puas hati.

“Kenapa aku cakap kau macam tu!? Hei, Wani… kau sedar tak yang kau ni dah buat satu kesalahan yang paling besar!!?” Mimi masih lagi marah dengan aku. Aku tak faham maksud dia. Kesalahan besar? Salahkah aku sekiranya merapatkan kembali cinta Fazrul? Salahkah aku kalau aku berkorban hanya untuk kebahagiaan kawan baik aku sendiri? Adakah itu kesalahan besar yang Mimi katakan?

“Kau tahu, tak? Memang Rini pernah membahagiakan Arul… Tapi Rini juga pernah memusnahkan kebahagiaan Arul. Kau… kau la penyembuhnya. Sejak kehadiran kau ke sekolah ni… Fazrul dah banyak berubah. Dia dah buang segala kenangan pahit dia sejak kau datang dalam hidup dia. Dan sekarang ni, kau pula nak musnahkan hidup dia di saat-saat dia perlukan kau. Apa jenis kawan la kau, ni!”

“Aku buat ni untuk kebahagiaan dia! Rini kan cinta pertama dia! Sekarang dia dah bahagia!” ujar aku membela diri. Aku yakin aku dah buat satu tindakan yang bijak.

“Kebahagiaan dia? Kau rasa dia bahagia, ke? Kau nampak dia gembira!? Kau pernah tanya samada dia bahagia ke tak?” tanya Mimi mengujiku. Aku terdiam. Aku tak tahu dia gembira atau tak. Tapi aku yakin, dia gembira.

“Kalau dia gembira… dia takkan call kau setiap hari. Kalau dia gembira, wajahnya tak sugul selama ni. Kalau dia gembira, dia… kau dan kitorang lepak sama-sama macam dulu… Kau tak rasa ke perubahan yang dia alami?” tanya Mimi lagi. Aku masih terdiam. Belum sempat aku menjawab tiba-tiba Fazrul berlari melepasi kami. Aku dan Mimi terkejut. Dia seolah-olah mengejar sesuatu…

“Arul!!!” panggil Mimi. Fazrul menghentikan langkahnya. Dia menoleh ke arah kami.

“Korang!” jawab Fazrul termengah-mengah.

“Kau nak kemana? Jom join kami balik” ajak Mimi. Aku membuntangkan mataku ke arah Mimi. Minah ni!

“Sorry, aku kejar masa. Rini… rini dalam kesusahan sekarang…” jawab Fazrul lantas segera membuka langkah seribu. Kesusahan!!? Aku dan Mimi saling berpandangan. Bayangan Fazrul semakin hilang dari pandangan.

“Jom kejar dia!” ajak Mimi lantas menarik tanganku. Kami segera mengejar Fazrul…. Dalam hati aku berdoa… Ya Allah… apa yang telah terjadi?

******************
“Rini!! Rini!!” jerit Fazrul memanggil nama Rini. Aku dan Mimi menyembunyikan diri di sebalik semak. Apa yang Fazrul buat dekat tempat macam ni? Di rumah yang buruk seolah-olah macam sarang penagih dadah.

“Apa yang Fazrul buat, tu?” tanya aku perlahan.

“Syhhhh…” Mimi menyuruhku diam. Kami memandang ke arah mereka. Tiba-tiba beberapa orang lelaki yang tidak dikenali keluar dari rumah buruk tersebut. Masing-masing memegang sebatang besi, kayu basebol dan parang. Kami berdua terkejut dan kalut. Ya Allah… kenapa Fazrul berjumpa dengan lelaki-lelaki ini? Adakah mereka ingin memukul Fazrul?? Aku ketakutan… Kali ini seorang lelaki keluar bersama seorang gadis. Gadis itu diikat tangannya dan lehernya dihunus pisau. Aku memanjangkan leherku untuk melihat. Ya Allah, Rini! Lelaki itu? Lelaki yang pernah pukul Fazrul dulu! Ya Allah… mereka berdua betul-betul dalam kesusahan.

“Arul… tolong Rini, Arul…” pinta Rini. Dia ketakutan yang teramat sangat. Dia menangis meminta simpati. Ini adalah kali kedua aku menghadapi situasi ini.

“Lepaskan dia!” jerit Fazrul… Lelaki itu ketawa. Begitu juga rakan-rakannya yang lain.

“Wani… kau bawa handphone?” tanya Mimi. Aku mengangguk lantas ku keluarkan handphone dari kocekku.

“Kau nak buat apa?”

“Telefon polis lah! Takkan nak biarkan. Diorang dalam bahaya.” jawab Mimi. Aku terkedu. Ya Allah! Kenapa aku tak terfikir dari tadi. Mimi segera mendail 999. Dia bercakap dengan seseorang di dalam telefon. Aku… aku melihat Fazrul mengundur ke belakang. Aku risaukan dia…

“Tolong jangan apa-apakan dia. Kalau korang tak puas hati, lawan dengan aku bukan dengan dia!” pinta Fazrul.

“Memang kitorang nak lawan dengan kau. Bukan sahaja lawan malah kitorang tak sabar-sabar nak bunuh kau!” ugut lelaki itu. Aku terkejut. Rini masih lagi di dalam genggamannya.

“Apa yang korang nak, ha?”

“Apa yang kami, nak!? Kau dah rampas Rini dari aku! Dulu aku pernah bagi warning dengan kau. Rupa-rupanya kau ni memang jenis yang tak makan saman! Rasa-rasanya… kau memang tak sabar-sabar nak rasa pisau ni hinggap kat perut kau, kan!?”

“Lepaskan dia!” Fazrul bergerak ke depan… aku kalut. Begitu juga Mimi. Lelaki itu segera mengarahkan kawan-kawannya memukul Fazrul. Fazrul membuka langkah. Bersedia untuk berlawan. Dalam hatiku saat itu hanya Tuhan sahaja yang tahu. Kenapa aku begitu lemah saat ini?

Fazrul berusaha menentang lelaki-lelaki itu. Namun aku dapat lihat tenaganya semakin berkurangan. Memang tak adil… 5 orang berlawan dengan seorang. Aku kuatkan semangatku. Lelaki itu ketawa semakin kuat. Aku dapat lihat Fazrul dipukul sekuat hati. Dia cuba untuk melindungi dirinya dari dipukul. Dapat kulihat tangannya berdarah. Ya Allah…. Tak sanggup aku lihat segalanya. Aku mesti lakukan sesuatu. Aku tak mahu kehilangan Fazryl lagi.

“Iyaaaaaaa!!!!!” lelaki berbaju biru yang memegang sebatang besi memukul kepala Fazrul. Aku ternganga… Mimi menggelengkan kepala. Kenapa polis tidak sampai-sampai lagi!!?? Fazrul jatuh menyembah bumi. Kepalanya berdarah. Tenaganya sudah kehabisan. Matanya kuyu. Dia semakin lemah. Aku… aku tak sanggup berdepan dengan situasi ini.

“Arulll!!!” jerit Rini. Gadis itu menangis dan beriya-iya untuk melepaskan dirinya.

“Diammm!!” marah lelaki itu lantas menekan hujung pisau di lehernya.

“Wani… apa kita nak buat, ni?” tanya Mimi. Aku tekad… aku mesti selamatkan mereka berdua sehingga polis sampai.

“Mimi… kalau terjadi pada kami… kau segera tinggalkan tempat ni. Minta pertolongan orang ramai. Janji dengan aku!” pinta aku.

“Kau nak kemana? Kau dah gila!? Jangan bahayakan diri kau! Mereka ada senjata!” kata Mimi kalut. Dia memegang tanganku. Kami dah kesuntukan masa. Kalau aku leka… Fazrul mungkin dalam bahaya. Semangatku semakin kuat.

“Aku mesti selamatkan dia. Aku sayangkan dia. Aku tak mahu kehilangan dia!” jawab aku lantas bangun dari persembunyian…

Mimi memanggilku perlahan namun aku buat tak tahu. Dalam benak fikiranku hanya Fazrul. Kalau nak mati pun biar sama-sama dengan dia! Belum sempat lelaki yang memegang besi itu memukul untuk kali kedua aku menjerit.

“Berhentiii!!!” kakiku langkah mendekati mereka.

“Wah! Wah!... Ada heroin datang nak selamatkan hero….” ejek lelaki itu. Kawan-kawan dia yang lain hanya ketawa. Aku dah tekad. Tak pedulikan keadaan sekeliling…

“Lepaskan mereka…”

“Kau siapa!!??” tanya lelaki itu kasar. Rini di sebelah ditolak ke tepi… gadis itu jatuh menyembah bumi. Fazrul pula semakin lemah. Aku ingin mendekatinya tapi… lelaki-lelaki tersebut cuba menghalang…

“Aku kawan dia!”

“Kawan ke… perempuan simpanan? Ahahahah…” mereka masih lagi ketawa. Bodoh! Muka aku ni muka perempuan simpanan ke?

“Aku merayu dengan korang. Jangan apa-apakan mereka berdua…” pinta aku.

“Kenapa kau beria-ia sangat ha? Kau sayangkan budak laki ni, ke? Kau awek dia, ke?”
“Jangan apa-apa kan dia. Aku merayu dengan korang” hanya ayat itu yang masih kukatakan.

“Sah la tu…” jawab pula kawannya yang memegang parang…

“Korang nak duit? Aku sanggup bayar berapa yang korang mahu… tapi lepaskan mereka…”

Lelaki itu meludah ke tanah. Dia segera bergerak ke arah aku lantas ditariknya rambutku kasar. Aku menjerit kesakitan. Lelaki itu mendekatkan mukanya ke muka ku. Bau arak dari mulutnya ketara. Lelaki ini mabuk.

“Kau ingat dengan duit boleh selesaikan segala-galanya!!??” kata dia dengan muka yang menakutkan. Aku memegang rambutku dari ditarik olehnya. Ya Allah… apa yang perlu aku buat? Fazrul hanya melihat. Dia cuba untuk bangun… tapi…

“Fazrul…” aku mengetap bibir. Apa yang harus aku buat?

“Ja… ja…jangan apa-apa kan… dia! Wani…” suara Fazrul semakin perlahan. Rini menangis di situ. Dia tak mampu berbuat apa-apa selain menangis. Lelaki-lelaki itu ketawa semakin kuat. Tiba-tiba seorang kawannya menendang perut Fazrul sekuat hati. Fazrul mengerang kesakitan. Aku cuba melepaskan diri namun lelaki itu memegang tanganku kuat. Darah keluar dengan banyak dari bibir dan kepalanya. Aku tak sanggup melihat Fazrul dalam keadaan macam tu. Dapat kurasakan kesakitan yang dirasai Fazrul. Ya Allah… selamatkan lah kami…

“Fazrul… aku datang selamatkan kau. Bertahan!” kata aku. Jujur dan ikhlas lahir dari hati aku. Memang aku sayangkan dia. Sayang yang teramat sangat.

“Tak payah kau nak berlagak heroin kat sini… Kawan-kawan… kita bawa dia ke dalam! Buat lauk!!!” arah lelaki itu lantas segera menarikku kasar ke dalam. Aku cuba untuk melapaskan diri tapi kudratku tak terdaya. Aku kaget. Aku tak mahu diapa-apakan… ingin sahaja menjerit tapi lidahku kelu… dalam fikiran hanya berdoa…

Fazrul bangun untuk menghalang tapi dia diterajang oleh kawan-kawan lelaki itu.

“Fazrul…..!!!” aku menjerit…. Ya Allah! Cukuplah dugaan ini!!

Tiba-tiba…
“Jangan bergerak! Kami polis…” kedengaran beberapa anggota polis berlari mengepungi kawasan rumah itu. Mimi pula berlari mendekati mereka dengan beberapa orang lelaki yang lain. Mimi mengotakan janji untuk mendapatkan bantuan.

“Sial!!” kata lelaki itu lantas melepaskan aku. Dia dan kawan-kawannya cuba untuk melepaskan diri tapi sudah terlambat. Kawasan itu telah dikepung.

“Letakkan senjata!” arah salah seorang polis. Mereka kalut lantas meletakkan senjata masing-masing. Aku segera berlari ke arah Fazrul. Begitu juga Mimi.

“Fazrul., kau ok?” tanya Mimi.

“Fazrul….” Dengan spontan aku menangis. Aku tak pernah menangis lebih-lebih lagi di hadapan lelaki yang aku sayang. Fazrul tersenyum namun aku tahu dia kesakitan… Dia ingin mengatakan sesuatu tapi… “Jangan cakap apa-apa, Fazrul… kau sakit… Jangan risau… kita selamat.” kata aku memberinya semangat.

“Wani… Mimi… te… ter… terima ka… kasih…” ucap Fazrul tersekat-sekat. Aku meletakkan kepala Fazrul di atas pehaku dan memegang tangannya kuat.

“Fazrul…”
“Wa… Wani… Ma…maafkan aku, ye? A.. aku banyak bu.. buat salah dengan kau. Bu..bukan ni..niat aku…” sedaya-upaya dia cuba melafazkan ayat-ayat itu. Tangisku semakin ketara. Pegangan tangannya semakin lemah… tangannya sejuk… Dapatku lihat air mata Fazrul mengalir dari kelopak matanya.

“Fazrul… jangan cakap macam tu. Kau tak pernah buat salah dengan aku. Kejap lagi ambulans datang. Bertahan ye… kau akan selamat!!” jawab aku. Air mata mengalir deras. Ya Allah… selamatkan lah dia…

Dia tersenyum pahit dan menggelengkan kepala.

“Ma… masa aku… da.. dah sam… sampai. A..aku… tak boleh tahan.. lagi! Jan…janji dengan aku, Wani… ja…jangan lu…lupakan aku, ye? Sam… sampai bila-bila… Ak… aku sayangkan per…persahabatan kita… Ak…aku rin…rindukan sa…saat kita bergaduh… entah bila ke…kenangan tu akan da… datang lagi…” suaranya semakin lemah. Matanya semakin… kuyu… tangannya semakin sejuk. Air matanya tak henti-henti mengalir. Begitu juga darahnya…

“Jangan cakap macam tu, Fazrul. Kita akan gaduh lagi lepas ni. Kau akan selamat! Kau akan sihat lepas ni! Aku yakin!” Aku hanya melihat Fazrul memejamkan matanya.

“Jan…janji, ye?” Mulutnya masih mengungkap kata-kata itu.

“Fazrul….?” Aku segera mengoncangkan badannya. Kedengaran bunyi siren ambulans..

“Wani…” Mimi memandangku…

Pegangan tangannya semakin lemah. Dan akhirnya terkulai layu dan jatuh ke tanah. Aku hanya memandang tangan itu… tidak…

“Fazruuuullllllllllllllllllllllllllllllllllll. Jangan tinggalkan aku, Fazrul! Fazruuull..” jerit aku… sedaya-upaya aku menggoncangkan badannya namun lelaki itu diam. Tidak bergerak. Matanya terpejam... Pejam untuk selama-lamanya. Mimi menangis… begitu juga Rini… Aku??? Tidak! Tidak! Dia tak boleh mati!! Fazrul… bangun Fazrul…. Jangan tinggalkan aku… Fazrul….

2 orang beri kritikan::

Tanpa Nama berkata...

aikk...
dah mati k???

Tanpa Nama berkata...

hihi..lawak r citer ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...