RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Isnin, 17 November 2008

Bus stand; destinasi cinta kita 18

BAB 18

Petang tu aku duduk kat taman dengan harapan dapat berjumpa dengan Fazrul. Satu hari tak berjumpa dengannya rasa macam ….. macam gelisah… macam nak mati! Eh? Yeke? Aku hanya memandang sahaja ke court bola keranjang. Masih teringat saat Fazrul bermain di court tu… saat dia menegur baik dengan aku…. Aku tersenyum sendirian. Dari mula kami bergaduh sampailah menjadi kawan baik sehingga sekarang. Tapi… aku dapat rasakan aku bakal kehilangan dia.

“Wani….” satu suara menyapaku. Aku menoleh. Yakin di hati Fazrul la orangnya tapi….

Abang Johar tersenyum ke arahku. Punah harapan saat itu. “Adik buat apa kat sini?” tanya dia.

“Tak buat apa-apa. Just ambil angin petang-petang ni.” jawab aku sugul.

“Dah lewat petang ni. Asar pun dah nak habis. Jom balik! Tak elok anak dara balik rumah maghrib-maghrib macam ni.” tegur Abang Johar. Betul juga cakap dia. Jam di tangan dah menunjukkan pukul 6.45 petang. Tak berjumpa juga la aku dengan Fazrul… Huhuhu… kenapa aku rasa rindu dengan dia? Aku segera bangun dan berjalan bersama abang pulang.

**********
Di sekolah aku masih berharap agar Fazrul datang ke sekolah. Kami berhimpun di luar kelas untuk menyanyikan lagu negaraku seperti biasa. Itulah rutin kami setiap pagi. Namun setelah habis perhimpunan, batang hidung Fazrul tetap tak nampak. Bila ditanya Firdaus, dia masih dengan jawapan seperti semalam. Aduss… mana pula budak tiga suku, ni?
Sesi pembelajaran bermula… sedang aku sibuk mencari buku di dalam beg, Fazrul tercegat di pintu kelas.

“Ha! Kamu lambat lagi, Arul!” tegur Cikgu Rosnah, guru kelas kami.

“Maaf, cikgu. Saya ada hal tadi” jawab Fazrul. Cikgu Rosnah mengangguk lantas menyuruh Fazrul ke tempatnya. Aku memandang Fazrul. Lelaki itu hanya tersenyum ke arahku. Aku membalas senyumannya. Akhirnya rinduku terubat.

*********
Masa rehat kami berempat macam biasa makan bersama. Aku tengok si budak Fazrul ni gelojoh betul makan. Sampai tak ingat orang sekeliling.

“Semalam kau ke mana Arul sampai tak datang sekolah?” tanya Firdaus. Nasib baik si Fir dah start tanya, so tak payah la aku nak bertanya lagi. Fazrul berhenti menyuap nasi lemak ke mulutnya.

“Aku ada hal.” jawab dia selamba. Kemudian dia kembali menyuap.

“Si Wani ni dah naik risau tak jumpa kau satu hari sampai sanggup datang rumah nak jumpa kau,” perli Firdaus berjela. Tiba-tiba aku rasa malu pula bila Firdaus berkata sedemikian. Fazrul memandang aku. Kemudian dia tersenyum. Aku kaget. Mataku memandang ke arah lain. Tak berani bertentang mata dengannya.

“Kau rindu kat aku ye, Wani?” gurau dia. Aku diam. Malas nak layan dia. Baik diam dari berperang mulut dengan dia. Mereka ketawa. Mimi pula mengerut dahi memandang aku. Dia langsung tak faham maksud mereka.

“Bukan rindu… risau!” balas Mimi pula. Bagus Mimi! Tau-tau je kau apa yang nak aku cakapkan tadi. “Dah la kau tak beritahu kitorang kau ke mana semalam. Hilang macam tu, je. Kau ingat kitorang tak risau, ke? Lebih-lebih si Wani ni ha! Panas punggung dia semalam tunggu kau datang.” Kali ni berjela-jela Mimi memarahi Fazrul. Tapi bab ayat terakhir tu aku tak berapa nak berkenan la. Mana ada punggung aku panas tunggu budak sewel ni. Haish…

“Ok… ok… sorry sebab buat korang semua risau. Aku ada hal semalam. On the way nak pergi sekolah, ada orang call. So terpaksa la cancel nak pergi sekolah” jawab dia dengan jujur.

“Kau pergi jumpa siapa semalam? Rini, ke?” kali ni baru aku bersedia untuk bertanya. Aku perlu tahu tahap hubungan mereka berdua. Adakah mereka dah kembali baik semula macam dulu? Kalau ya… mungkin aku bakal dilupakan nanti. Ah! Tak syok la macam ni!

“Ada laa…” Fazrul langsung tak memandang aku bila menjawab. Dia seolah-olah merahsiakan sesuatu. Kalau kau rahsia pun aku dah tahu, Fazrul. Aku dah dapat agak siapa yang kau jumpa….

******************

Rasanya dah hampir dua minggu aku tak keluar bersama Fazrul. Mimi dan Firdaus pun selalu juga mengajak aku ronda-ronda Penang. Tapi takkan aku seorang je yang join diorang. Fazrul pula semakin lama semakin jauh dengan aku. Dia nampak dah tak mesra dengan aku sejak kebelakangan ini. Rasa bosan menyelubungi diri. Lepas sekolah, aku menghabiskan masaku di perpustakaan. Malas betul nak pulang awal. Bukan ada orang pun kat rumah.

Tengah leka mentelaah, aku melihat jam. Sudah pukul 5.00 petang. Sehari suntuk aku kat perpustakaan… aku segera menutup buku dan bergerak ke surau. Baik solat Asar dulu sebelum pulang. Koman-koman dapat juga tenangkan fikiran aku yang berserabut ni.

Selesai solat, aku segera ke loker untuk mengambil beg. Kaki ini melangkah menuju ke stesen bas. Tempat kenangan kami berdua bergaduh, bergurau-senda dan bergelak ketawa. Semuanya dalam kenangan. Lepas ni segala kenangan tu bakal luput satu persatu. Sedang aku leka melayan perasaan, seseorang menegur aku….

“Awak ni Wani, kan?” tanya seseorang. Aku menoleh dan terkejut. Rini?

“Err… ya!” jawab aku. Gadis itu hanya tersenyum lantas duduk di sebelahku tanpa dipelawa.

“Saya Harlini. Panggil je, Rini!” ujar dia memperkenalkan diri. Tangannya dihulurkan untuk bersalaman sebagai tanda perkenalan. Aku membalas huluran tangannya.

“Saya selalu dengar cerita pasal awak dari Arul” kata dia. Aku tercengang. Apa yang dah Fazrul ceritakan pasal aku kat budak ni? “Dia kata awak kawan baik dia”.

So? That is the problem? “Ya. Kami memang berkawan baik. Kenapa?” tanya aku tak puas hati. Gadis tu seolah-olah tersenyum sinis dengan aku.

“Takde apa-apa. Awak tahu kan saya dan Arul dah baik?” Aku memandangnya. Tak terkejut. Baik je… so apa kena-mengena dengan aku pula? “Maksud saya bukan baik aje… kami dah couple balik!” jawapan yang diberikan betul-betul mengejutkan aku. Patutlah sejak kebelakangan ni Fazrul jarang ajak aku keluar. Jarang lepak-lepak dengan aku. Rupa-rupanya…

“Oh, ye? Tahniah!” balas aku. Rasa nak menangis pun ada. Sedih yang teramat sangat. Dulu dia juga yang cakap dia dah mula lupakan minah ni. Huh! Dasar lelaki. Bukan boleh percaya sangat.

“Thanks! But…” but what? Aku masih lagi menunggu ayat seterusnya…. “Kalau boleh, saya tak nak awak selalu jumpa dengan dia… Well… awak tahu, kan? Saya ni kuat cemburu. Saya tak suka tengok ada perempuan lain selain saya yang rapat dengan dia.” jawab dia jujur.
Oh my God! Kau nak aku dengan Fazrul berpisah, ke? No…. no…. no… It’s impossible. It can’t be happen! Aku tersenyum sinis.

“Awak baru je couple dengan dia. Awak takde hak nak paksa dia untuk lupakan kawan-kawannya. Lagipun saya dengan dia memang dah berkawan baik… sejak awak tinggalkan dia. Dan sekarang, awak datang nak menghancurkan persahabatan kami berdua pula?” marah aku. Rini mengerut dahi memandang aku. Nampak reaksi tak puas hati.

“Walau apa pun, saya tak nak awak baik dengan dia lagi, faham!? Dia dah tak perlukan awak lagi. So better awak lupakan dia, je!” balas dia pula. Aku tersenyum sinis. Kalau tak kerana kami sekarang berada di depan sekolah, dah lama aku tumbuk muka budak perempuan ni. Sabar Wani… sabar… dugaan je ni!

“Rini!” kami berdua memandang ke arah suara itu. Kelihatan Fazrul melambai-lambai tangannya ke arah kami. Aku melihat Rini bangun dan segera berlari ke arahnya. Dia mengatakan sesuatu. Tiba-tiba aku lihat Rini menangis. Huh! Apa kes pula menangis??? Fazrul memandang aku. Dahinya berkerut.

Mereka berdua berjalan ke arahku. “Apa yang kau cakap kat dia?” tanya Fazrul padaku. Aku kehairanan. Cakap apa?

“Apa yang aku dah cakap kat dia?” tanya aku tak faham. Yelah… tiba-tiba datang nak sound-sound aku, apa kes?

“Kau suruh dia jauhkan diri dari aku! Kenapa??” kali ini aku memang bengang yang teramat sangat. Wawawa… perempuan ni dah putar-belitkan cerita sebenar. Siapa yang minta siapa jauhkan diri dari budak sewel ni?

“Bila masa aku cakap pula?” tanya aku.

“Ya! Kau suruh aku lupakan Arul. Tadi masa aku tengah tunggu dia, kau nampak aku dan tegur aku. Kau kata kau jealous dengan aku sebab aku dah baik dengan Arul. Kau paksa aku tinggalkan dia. Betul tak!?” balas Rini. Aku terkejut. What the hell is going on?

“Betul ke, Wani?” tanya Fazrul. Dia memandang aku. Ya Allah! Kenapa Fazrul memilih perempuan ini?

“Kau dah kenal aku lama, Fazrul. Kau tahu siapa aku, kan?” jawab aku.

“Tapi….” Dia serba salah.

“Arul… Rini tak kisah apa dia nak cakap. Tapi Rini tetap takkan tinggalkan Arul sebab Rini sayang sangat dengan Arul. Nak jadi apa pun jadilah!” balas Rini memotong kata-kata Fazrul. Aku langsung tak pandang muka mereka berdua. Tanpa disengaja, air mata ini mengalir perlahan. Cukuplah dengan pemergian Fazrul dalam hidup aku, tapi aku tak sanggup dijadikan hamba fitnah. Muka boleh tahan tapi mulut macam ……. Hanya Tuhan je yang tahu.

Aku segera meninggalkan mereka berdua. Panggilan Fazrul tidak kulayan. Biarlah apa yang dia nak fikir. Dalam hati ni sakit yang teramat sangat. Makin lama aku duduk kat situ makin sakit hati. So better aku blah! Semoga kau bahagia, Fazrul.

**********
Malam tu Fazrul call aku, tapi aku malas nak menjawab. Telefon di bilik kedengaran. Tak cukup dengan telefon rumah, handphone aku pun dia call juga. Tapi aku buat bodo je. Sakit hati dengan mulut kurang ajar perempuan tu betul-betul buat aku hilang sabar. Lagi sedih bila melihat kawan baik sendiri tidak mempercayai aku. Yelah! Mestilah dia sayang awek dia lebih. Mestilah dia percaya perempuan tu dari aku. Siapa la aku! Takpelah… satu hari nanti Tuhan akan balas juga.
***************
Di sekolah, aku bergerak ke tandas semasa rehat. Aku malas nak rehat bersama mereka bertiga. Mimi dan Firdaus dah bergerak ke kantin. Fazrul… entah la. Dia pergi aku tak tahu ke mana.

“Wani!!” kedengaran suara Fazrul memanggil namaku. Aku menjeling dan segera melajukan langkahku. Fazrul mengejarku lantas ditariknya lenganku agar aku berhenti.

“Kau nak apa lagi, Fazrul!!” marah aku lantas menarik tanganku kasar. Fazrul memandang aku.

“Kenapa semalam aku call kau tak jawab?” tanya dia dengan reaksi marah.

“Perlu ke aku jawab?” perli aku.

“Kenapa dengan kau, Wani? Kau marah pasal semalam, ke?” kali ni suara dia kembali kendur. Aku hanya mendiamkan diri sahaja. “Aku tahu kau bukan macam tu”

“So? Kalau dah tahu kenapa tak backing aku semalam?!”

“Aku… aku tak berkesempatan…” ujar dia tergagap-gagap.

“Sudahlah, Fazrul! Lepas ni tak payah la kita berjumpa. Kau dah ada Rini, kan? Kau pergi la pada perempuan tu. Pasal aku kau tak payah la risau. Aku boleh hidup!” balas aku lantas meninggalkannya. Tapi… dalam hati bukan itu yang aku mahu. Aku masih sayangkan persahabatan ini. Hanya kerana seorang perempuan, persahabatan kitorang retak menanti belah. Aku tak mahu kehilangan dia. Namun… terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata tanggung la sendiri. Huhuhu…

0 orang beri kritikan::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...