RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Ahad, 16 November 2008

Bus stand; destinasi cinta kita 17

BAB 17

Di rumah aku jadi tak keruan. Pusing ke kanan salah… pusing ke kiri pun salah. Fikiran aku menerawang je memikirkan seseorang. Hish!! Takkan lah aku dah mula suka budak tiga suku, tu? Ah! Tak mungkinlah! Aku dengan dia bukan ada apa-apa pun. Sekadar kawan baik aje. Hish! Apa ni?

Aku segera bangun dari katil dan mendekati meja solek. Mataku memandang ke cermin. Hmm… kalau nak dibandingkan aku dengan si Rini tu, lawa lagi Rini. Orangnya kecil dan kulit putih. Aku? Huhuhu… kalau diberi peluang buat pilihan, tentu Fazrul pilih Rini dari aku! Eh!? Apa yang aku melalut, ni? Oh my God! Apa yang aku fikirkan ni??

Tiba-tiba telefon bilikku berbunyi. Aku segera mengangkat gagang telefon. Siapa pula yang telefon aku petang-petang buta macam ni? Eh? Ada ke petang-petang buta? Ah! Gasaklah!!

“Helo?” sapa aku. Tiada kedengaran suara di corong telefon.

“Helo, ni Wani. Siapa, ni?” tanya aku lagi namun masih belum berjawab. “Jangan lah main-main!!” marah aku setelah beberapa minit menunggu namun panggilan itu tetap tidak berjawab. Last-last talian diputuskan. Aku sumpah seranah dengan pemanggil yang main-mainkan aku itu. Kalau tak nak cakap tak payah la call! Membazir duit je. Gagang diletakkan dan aku segera ke katil. Masa untuk tidur…. Aku menggeliat lantas meletakkan kepalaku di atas bantal yang empuk dan lembut. Selepas itu aku langsung tidak sedarkan diri. Punya la penat hari itu. Bukan penat kerja pun… penat fikirkan benda yang bukan-bukan. Huhuhuhu…

***********
Esoknya macam biasa pergi ke sekolah. Kalau ikutkan hati malas betul aku nak jejakkan kaki ku ke sekolah. Lebih-lebih lagi bila bertemu dengan mamat tiga suku tu. Tapi hairan, pagi tu mamat tu tak hadirkan diri ke sekolah.

“Fir, Fazrul mana?” tanya aku setelah melihat jam di dinding kelas. Masa telah menunjukkan pukul 7.40 pagi.

“Entah! Semalam pun dia balik lambat. Tak sempat nak jumpa dia. Pagi tadi masa aku nak pergi sekolah, dia tak keluar bilik lagi.” jawab Firdaus. Hairan. Kenapa Firdaus tak pergi ke sekolah bersama Fazrul? Lagipun… mereka kan duduk satu rumah.

“Kau tak ketuk pintu bilik dia, ke?”

“Dah! Dia dah bangun. Tapi dia suruh aku pergi dulu.”

Aku mengangguk. Sekarang dah pukul 7.45 pagi tapi batang hidung mamat tu pun aku tak nampak. Hai… takkan dia nak kembali dengan perangai lama dia, kot? Ke penat sangat sebab dating sampai tak ingat dunia semalam.

*********
Sah! Satu hari budak ni tak datang sekolah. Dah mula la tu nak ponteng kelas macam dulu. Aku berjalan bersama Mimi dan Firdaus. Pasangan sejoli ni pula macam takde perasaan je. Takkan diorang tak risau pasal Fazrul? Ke aku yang lebih-lebih risaukan budak tiga suku, tu?

“Err… Fir, aku nak pergi rumah kau boleh, tak?” tanya aku. Firdaus pada mulanya agak terkejut dengan plan aku itu. Kemudian dia mengangguk seolah-olah dia faham maksudku. Mimi pula hanya mendiamkan diri.

***********
Aku dan Firdaus berdiri di hadapan pintu pagar rumahnya. Kami memandang sesama sendiri.

“Kau betul-betul ke nak jumpa dengan Arul?” tanya Firdaus serba salah.

“Yelah! Kenapa? Tak boleh?” balas aku. Pelik pula tengok reaksi mamat ni. Macam sembunyikan sesuatu dari aku.

“Takdelah! Aku tak sure dia ada ke tak kat rumah”

“Tadi bukan kau cakap dia belum keluar bilik masa kau nak pergi sekolah?”

Kali ni Firdaus terdiam. “Kejap, aku panggil dia. Masuklah!” Firdaus mempelawa aku masuk. Kalau tak dipelawa pun aku tetap nak masuk. Aku peduli apa. Yang penting aku jumpa mamat tiga suku ni. Boleh aku brain wash dia sikit!

Aku duduk di sofa sementara Firdaus naik ke atas. Aku mengambil remote control lantas aku menekan punat on. Sementara menunggu diorang baik aku layan cerita kejap. Kedengaran bunyi tapak kaki menuju ke bawah.

“Wani… Arul takde kat bilik lah! Aku rasa dia dah keluar!” kata Firdaus. Aku terdiam. Ke mana pula budak ni pergi? Takkan jumpa minah tu pula? Hish! Kenapa aku rasa macam…….

*********
Petang tu aku duduk kat taman dengan harapan dapat berjumpa dengan Fazrul. Satu hari tak berjumpa dengannya rasa macam ….. macam gelisah… macam nak mati! Eh? Yeke? Aku hanya memandang sahaja ke court bola keranjang. Masih teringat saat Fazrul bermain di court tu… saat dia menegur baik dengan aku…. Aku tersenyum sendirian. Dari mula kami bergaduh sampailah menjadi kawan baik sehingga sekarang. Tapi… aku dapat rasakan aku bakal kehilangan dia.

“Wani….” satu suara menyapaku. Aku menoleh. Yakin di hati Fazrul la orangnya tapi….

0 orang beri kritikan::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...