RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Sabtu, 15 November 2008

Bus stand; destinasi cinta kita 16

BAB 16

Petang tu aku lepak di taman seorang diri. Aku hanya memandang sahaja kanak-kanak bermain buaian dan jongkang-jongket dengan riang.

“Hai…” aku terkejut apabila mendengar seseorang menyapaku. Aku menoleh dan melihat Fazrul tersenyum ke arahku.

“Fazrul? Thank god!! Kau kemana petang tadi? Puas aku cari kau!” soal aku melepaskan tidak puas hati.

“Cari aku??” tanya dia. Pura-pura tak faham pula! “Kau cari aku pasal apa?”

“Kau jumpa budak perempuan tu, ke?” soal aku lagi.

Fazrul tersenyum… “Takdelah”

“Habis tu kau kemana!!!!?” Kali ni Fazrul betul-betul terkejut apabila aku meninggikan suara padanya.

“Aku ke Gurney Plaza la. Jumpa kawan aku kat sana.” jelas dia.

“Kau jumpa perempuan tu, kan?”

“Kan aku cakap takde. Aku pergi baiki jam ni, ha!” Fazrul menghulurkan jam tangannya kepada aku. Aku mencebik. Dia tersenyum gatal. Menyampah pula bila tengok memek muka dia macam tu. Geram betul!! “Kenapa kau marah sangat ni, Wani? Kau cemburu, ke?” tanya dia kembali.
Aku terkejut. Cemburu? Aku ke? Tak kot… eh, yeke ha???
“Takde lah! Buat apa aku nak cemburu. Bukan apa… aku cumaa…”

“Cuma apa?”

Aku masih lagi terdiam.. apa aku nak sambung ye supaya dia tak fikir lain?

“Dah la! Aku nak balik!” Aku segera angkat kaki. Malas nak melayan perangai mamat sebelah aku ni. Fazrul mengikut jejak langkahku..

“Kau ni… aku baru gurau sikit kau nak emosional kenapa?” tegur Fazrul. Kakiku berhenti melangkah.

“So what? Kalau aku emo, apa kau peduli? Kau balik la! Jangan ikut aku!!” kakiku kembali melangkah meninggalkan Fazrul yang masih tercengang. Ya Allah! Kenapa dengan aku, ni? Kenapa aku terlampau emosional kali ini??? Adakah aku dah mula sukakan Fazrul? Atau kasihku padanya hanya sebagai seorang sahabat?

*******************

Esoknya aku hanya mendiamkan diri je. Takde niat di hati nak bercakap dengan sesiapa pun. Aku sendiri tak tahu kenapa aku terlampau emosional sangat dengan Fazrul semalam. Bukan sekali dia buat macam tu dengan aku malah banyak kali. Tapi kenapa semalam aku seperti tidak boleh menerima gurauan dia? Adakah kerana gadis bernama Harlini itu? Ah! Kenapa dengan aku, ni? Itu hak dia nak pilih siapa. Aku bukan awek dia. Aku takde kena-mengena dengan dia, pun. Aku hanya kawan. Ingat Wani… kau hanya kawan dengan Fazrul. Tak lebih dari itu.

“Wani, petang ni aku dengan Fir nak keluar jalan-jalan. Kita ronda-ronda Padang Kota nak, tak? Ajak la Arul sekali.” Ujar Mimi. Aku hanya tersenyum mengangguk.

Masa rehat, kami berempat makan bersama. Mee goring di depan aku ni langsung tak ku jamah. Takde selera. Lagi sakit hati bila tengok Fazrul gembira bebenar je hari ni. Langsung takde perasaan bersalah dengan kejadian semalam. Kadang-kadang tu sempat pula dia main-main mata dengan aku. Huh! Tahu la gembira jumpa awek dia semalam! Ooppps!!! Bukan awek, tapi bekas awek!

“Awak kenapa, Wani? Diam je hari ni? Kenapa tak makan mee, tu?” tanya Firdaus setelah menyedari kelakuan ku yang agak ganjil. Aku menggeleng. Mee di hadapan ku kuis-kuis perlahan dengan sudu.

“Dia tengah datang bulan tu, bang! Tu yang mood dia agak tak menentu sikit tu.” perli Fazrul. Aku terkejut lantas menjeling. Kurang asam gelugur betul. Aku tengah tensen ni boleh pula dia nak bergurau kat sini. Dasar tak makan saman betul!

“Awak period ke, Wani?” tanya Mimi pula. Aiseh! Minah ni.. cover-cover la sikit soalan tu. Memalukan aku betul la!

“Tak payah la malu-malu dengan kitorang, Wani. Biasa je benda-benda tu semua.” ujar Firdaus pula. Dia tersenyum kepadaku. Bila dipandang dua tiga kali, hensem gila Firdaus ni. Menyesal pula aku tolak dia hari tu. Kalau nak dibandingkan dengan mamat sewel sebelah dia ni… Mohd Fazrul Hafizi bin Fauzi, jauh panggang dari api. Hahaha…

“Betul tu, Wani. Kami dah biasa dengan benda-benda, ni. Masa kecil dulu pun mak kami berdua selalu soh pi beli ‘menatang’ tu kat kedai….” balas Fazrul pula lantas mengambil sedikit mee goring di pinggan aku. Aku terkejut lantas mengerut dahi tak puas hati. Belum sempat aku bersuara… “Ambil sikit naa… aku lapaq gila ni! Dari tadi aku tengok kau kuis-kuis, tak baik buat rezeki macam tu. Baik bagi aku ambil sikit. Hehehe…” kata dia sambil tersengih kerang. Aku menjeling. Malas nak cakap apa-apa.

Aku segera bangun. “Wani nak ke mana?” tanya Mimi.

“Aku nak ke tandas kejap. Masa rehat nak habis dah. Kita jumpa dekat kelas je la, ye?” aku segera mengangkat pinggan yang masih bersisa.

“Kau nak bawa ke mana mee, tu? Daripada kau buang, baik bagi aku habiskan!” ujar Fazrul.

“Nah lah!!” jawab aku lantas meletakkan pinggan ke meja semula dengan kasar.

“Mak oiii… kot iya pun tak nak bagi jangan la hempas pinggan tu. Karang pecah pinggan ni kesian kat makcik kantin kena beli yang baru.” perli dia. Aku malas betul nak melayan.
Segera meninggalkan mereka.

***************
Aku melemparkan air jernih paip ke muka. Lantas ku pandang ke cermin. Melihat riak muka yang agak menakutkan. Kenapa la aku macam ni? Takkan kerana semalam aku nak tensen macam ni? Apa yang Fazrul dah buat dengan aku? Hish!! Betul juga cakap dia… aku terlampau emosional sangat. Dia langsung tak bercerita pasal perempuan tu… tapi aku pula yang lebih-lebih fikir yang bukan-bukan!! Wani… Wani… kenapa dengan kau ni???

Selesai mengelap muka dengan tisu, aku segera keluar menuju ke kelas. Dalam perjalanan, aku ternampak Fazrul di telefon awam sekolah. Siapa pula yang dia telefon pagi-pagi macam ni? Kelihatan gembira sungguh dia berborak di talian. Adakah dia telefon gadis itu? Ah! Mustahil… tapi… maybe juga tak mustahil. Aku tak pernah Nampak Fazrul bergayut kat telefon tu semasa rehat. Tapi kali ni… Ah! Peduli! Itu hal dia. Apa kena-mengena dengan aku?? Aku segera melangkah… namun kenapa hati aku rasa berat untuk meninggalkan tempat itu? Kenapa hati aku rasa yang aku perlu tahu siapa orang yang bercakap dengan Fazrul itu??... Oh Tuhan… adakah ini cemburu namanya?

**************
Keadaan kelas yang agak bising tidak menjejaskan lamunan ku. Pemikiranku masih lagi berlegar-legar di tempat aku bertemu dengan Fazrul. Aku rasa macam tak puas hati. Tiba-tiba…
“Yo! Geng!!!” jerit Fazrul di pintu kelas lantas bergerak dengan bangga ke meja kawan-kawannya. Mereka menyahut dan berbual-bual apabila Fazrul menarik kerusi sebelah aku ke meja belakang.

“Kau ke mana??” tanya Arif, salah seorang kawan sekelas kami.

“Aku gi gayut sat!” jawab Fazrul.

“Mesti awek, kan?” tanya Fauzi pula meneka.

“Awek??? Hahahha… korang rasa?” Fazrul memberi tekaan… Masing-masing riuh. Lelaki… kalau borak bab awek.. laju je. Kalau borak pasal pelajaran. Masing-masing pakat tidur kat belakang. Hampeh betul! Si Firdaus pun join sekali. Abang dengan adik sama je gatal!

*****************
Macam biasa, kami berempat pulang bersama. Mimi dan Firdaus dah jauh ke depan. Tinggal la aku dengan Fazrul kat belakang. Menyampah pula aku berjalan dengan budak tiga suku ni! Kedengaran Fazrul bersiul-siul gembira.

“Boleh tak jangan bersiul-siul kat sini!? Datang ular patuk kau baru padan muka!” tegur aku. Fazrul berhenti bersiul. Dia ketawa. Aku mengerling ke arahnya. Ketawa pulak!

“Baru aku dapat dengar suara emas kau tu, Wani!” ujar dia. Aku diam kembali. “Kau masih marah lagi ke pasal malam tadi?”

Aku mendengus. Kalau aku marah pun takde guna. Bukan kau nak pujuk aku. Menyakitkan hati aku adalah!
“Ok! Aku minta maaf. Aku gurau je… lagipun aku dah lama tak pekenakan kau” kata dia. Aku masih lagi diam. “Aku belanja aiskrim nak, tak?” Aku memandangnya. Tiba-tiba secara spontan bibirku mengukir senyuman. “Haaa… kan best bila tengok kau senyum. Manis je…”

“Aku tak nak aiskrim!” balas aku.

“Habis tuan puteri nak apa? Nak lolipop? Ke chupa chup? Boleh patik belikan…” gurau dia. Rasa marah aku hilang. Rasa nak tergelak pula. Aku menggeleng. Tiba-tiba lenganku ditarik keras ke pangkuannya. Aku terkejut. Kelihatan sebuah basikal bergerak laju menjauhi kami. “Ooii!!! Gila, ke!!?” jerit Fazrul. Budak lelaki yang menunggang basikal itu mengangkat tangan tanda meminta maaf.

“Kau tak apa-apa, ke?” tanya dia. Aku menginjakkan diriku jauh darinya. Risau pula kalau sesiapa nampak. Dah la dalam sekolah! Nahas betul kalau cikgu yang nampak. “Maaf!” ujar dia semula apabila melihat aku tak keruan. Jantungku bergerak laju. Muka pula merona merah. Malu betul! Lepas satu, satu!

“It’s ok! Thanks!” jawab aku lantas bergerak menjauhinya.

“Weh! Tunggu lah!” panggil Fazrul lantas berlari mengejarku. “Kenapa dengan kau, ni? Aku kan dah minta maaf? Budak tu hampir nak langgar kau tadi!” ujar dia.

“Takde apa-apa, la! Aku cuma terkejut, je.” jawab aku meredakan keadaan. Oh Tuhan! Jauhkan la dia dariku.

“Sejak semalam kau dah tunjuk reaksi negatif dengan aku. Kenapa? Aku ada buat salah ke dengan kau?” tanya Fazrul. Kakiku berhenti melangkah.

“Aku… aku…” belum sempat aku berkata apa-apa… tiba-tiba…

“Arul…” panggil seseorang. Mata kami berdua tertaut ke arah seorang gadis comel memakai baju sekolah di hadapan kami. Dia tersenyum. Aku memandang ke lencananya, kelihatan gadis ini seperti dari sekolah lain.

“Rini!...” Aku memandang Fazrul… Kemudian memandang gadis itu semula. Jadi??

Aku hanya memandang Fazrul dan Rini berborak di pintu pagar sekolah. Seolah-olah mereka berborak sesuatu dengan serius. Hai… tadi masa rehat bukan main lagi bergelak ketawa. Depan aku serius pula! Aku mendengus.

“Kenapa budak perempuan tu datang cari Arul?” tanya Mimi yang duduk di sebelahku.

“Entah?” jawab aku pendek. Malas nak ambil tahu.

“Awak tahu tak siapa budak perempuan tu, Wani?” tanya Firdaus pula.

“Entah?” masih lagi jawapan yang sama.

“Budak tu bukan bekas awek Arul dulu ke, Bi?” tanya Mimi kepada Firdaus. Firdaus mengiakan. Mereka berborak mengenai pasangan sejoli itu. Malas pula aku nak melayan. Lantak kaulah Fazrul! Asalkan kau bahagia dengan dia. Orangnya lawa pun lawa…

Fazrul mendekati kami lantas duduk di sebelah aku. Nak juga menyempit kat sini. Geram betul!

“Apa Rini buat kat sini, Arul?” tanya Firdaus.

“Dia nak ajak Arul keluar petang ni…” jawab Fazrul. Aku dan Mimi mendiamkan diri. Biarkan sahaja dua beradik itu berborak.

“Jadi kau setuju, ke?”
“Terpaksa lah! Katanya ada hal nak bincang!” Terpaksa? Huh! Terpaksa konon… cakap ajelah kau memang dah rancang nak keluar dengan dia petang ni. Tak payah selindung-selindung.

“Kau ikut aku, Wani?” ajak dia. Aku terkejut. Ikut? Sorry… tak sanggup aku nak kacau pasangan sejoli bercinta.

“Malaslah! Aku nak duduk rumah je hari ni!” jawab aku.

“Eh? Jadi korang tak nak join kitorang la hari, ni? tanya Mimi. Kami berdua diam. Kelihatan Fazrul mengeluh. Lantak lah… aku tahu niat kau. Saje je nak bagi aku jealous! Lepas tu bangga la bila tengok aku jealous! Jealous? Ah! Takde masa nak jealous! You’re not my type dude!

0 orang beri kritikan::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...