RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Jumaat, 14 November 2008

Bus stand; destinasi cinta kita 15

BAB 15

Aku memandang cermin di hadapanku. Hmm.. betul kata Fazrul. Mimpi tu mainan tidur je. Aku je yang rasa takut semacam. Tapi tak salahkan kalau kita always be aware… hehehe… Hmm… masalah Mimi dah selesai… so lepas ni boleh la kitorang hidup dengan happy. Tiba-tiba…

“Wani… telefon…!! Mama dah intercom ke bilik kamu!!” jerit mama dari bawah… aku segera berlari ke telefon bilikku.

“Hello…”

**************
Lima minit berjalan akhirnya aku sampai ke taman. Aku mendekati Fazrul yang sedang duduk memandang budak-budak di situ bermain bola keranjang.

“Hai…” aku menyapa. Fazrul memandang aku.

“Duduk la!” ajak dia lalu berganjak sedikit ke tepi untuk memberi ruang padaku duduk. Aku segera duduk di sebelahnya. Kami masih mendiamkan diri memandang ke arah court bola keranjang.

“Kau tak join diorang, ke?” tanya aku.

“Malas la! Hari ini aku nak relaks kejap” jawab dia lantas mengeluh.

“Apa prob yang kau nak beritahu aku, tu?”

Fazrul memandang aku lantas dihulurkan sekeping kertas kepadaku.

“Surat apa, ni?”

“Kau bacalah!”

Aku membuka surat tersebut perlahan. Tulisan yang sungguh cantik… hehehe… Aku membaca satu persatu ayat yang ditulis..


Dear Arul yang diingati,

Arul masih ingat dengan Rini lagi, tak? I hope so you do. Rini nak minta maaf pasal kejadian yang dulu. Rini betul-betul tak tahu apa yang perlu Rini lakukan. I’m stuck! But now I realize that I’m still loving you.

Rini masih lagi terkenangkan saat memori indah kita bersama. Saat Arul cuba pikat Rini dan… ahhh… masih tak dapat Rini lupakan. For your information, Rini terseksa kat sini. Rini selalu kena maki hamun dengan Farid. Baran dia datang kembali. Rini rasa menyesal sebab pilih dia. Dulu dia pujuk Rini balik. Dia janji macam-macam dengan Rini. Sebab Rini masih sayangkan dia… Rini terima dia kembali. Rini mainkan perasaan Arul. Dan kini baru Rini tahu, Arul la jodoh Rini yang sebenar.

Maafkan Rini, Arul. Rini nak kita berhubung kembali… Rini masih sayangkan Arul. Masih lagi, Arul. Rini tahu Arul dah tak boleh nak terima Rini lagi. Hati Arul dah betul-betul remuk sejak Rini tinggalkan Arul. Dan sekarang Rini nak tebus kesalahan Rini semula. Pleasee sayang… I am waiting for you. Rini tunggu Arul kat tempat biasa esok lepas sekolah.
Ikhlas
Harlini Ishak

Aku melipat semula surat itu sesudah selesai membaca. Lantas kuberikan kepada Fazrul.

“Apa pendapat kau?” tanya dia.

“Kau masih sayangkan dia lagi, ke?”

Fazrul diam. Dia mengeluh. “Kau tahukan betapa seksanya aku lepas dia tinggalkan aku. Aku rindukan dia setiap saat. Aku kecewa sangat-sangat. Pelajaran aku abaikan… dua bulan aku merana, Wani. Dan sekarang, di saat aku dah boleh lupakan dia, dia datang semula pada aku.”

“Budak laki bernama Farid tu… budak laki yang belasah kau dulu, ke?”

Fazrul mengangguk. “Dia la boy Rini.”

“Kau masih sayangkan dia?” Kenapa tiba-tiba aku rasa tak seronok kali ni? Ah! Perasaan je kot… Fazrul diam. “Fazrul???” aku masih menunggu jawapan darinya.

“Ye…” jawapan yang terungkap dari bibir Fazrul betul-betul buat hati aku rasa sedih. Ah! Perasaan apakah ini? Kenapa aku rasa seolah-olah hatiku telah remuk bila mendengarkan jawapan darinya? “Tapi itu dulu… sekarang hati aku dah hancur…”

“Kau perlu berterus-terang…”

“Nak terus-terang apa lagi, Wani? Aku tak boleh jumpa dia. Nanti perasaan sayang aku datang kembali” Fazrul mengeluh sekali lagi. Dia membongkok lantas memegang kepalanya seolah-olah dia dalam keadaan runsing yang teramat. Aku? Aku pula rasa macam… ah! Rasa macam jealous je… Kenapa perasaan ni tiba-tiba datang? Aku dengan dia kawan je…

****************
Lepas sekolah… aku mengemas buku dan memasukkan ke dalam beg sekolah.

“Arul… kau nak kemana tergesa-gesa, ni?” tanya Firdaus. Aku segera menoleh dan melihat Fazrul segera menyandang begnya ke bahu. Fazrul memandang aku.

“Aku ada hal.” Fazrul menolak kerusinya ke dalam meja. Dia bergegas keluar dari kelas. Panggilan Firdaus langsung tidak diendahkan. Firdaus mendekati aku dan Mimi.

“Bi… kenapa dengan Fazrul?” tanya Mimi kepada Firdaus.

“Entahla, sayang… Bi pun tak tahu.” jawab Firdaus. Sejak mereka couple, itulah panggilan mereka berdua. Masih teringat saat pertama kali Mimi datang ke sekolah dengan penampilan berbeza.. ramai pula yang nak pikat Mimi lepas itu. Riuh satu sekolah apabila Firdaus mengishtiharkan Mimi la kekasih dia kini. Hahaha… bila difikirkan betul-betul boleh buat drama kisah cinta… macam Romeo dengan Juliet… Macam Laila dengan Majnun… Hohohoho…

“Korang berdua bergaduh, ke?” soal Mimi padaku. Aku hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu. Aku yakin, dia mesti pergi berjumpa dengan Rini. Tapi di mana?

*********
Aku berlari mencari kelibat Fazrul. Aku tak tahu dimana port perjumpaan mereka berdua tapi aku harus juga mencari. Dalam masa yang sama aku dapat rasakan yang hati aku seolah-olah remuk dan berkecai. Adakah aku sukakan dia? Tidaakk… maybe aku jealous sebab kalau Fazrul berhubung dengan perempuan itu, dia akan lupakan aku. Diakan kawan baik aku?

Kakiku bergerak laju. Ah! Di mana mereka berdua? Setengah jam mencari akhirnya aku mengalah. Ke dewan sudah, ke kantin sudah… ke tandas pun sudah. Namun masih belum nampak dia. Mungkin bukan dalam sekolah… mungkin di luar. Aku mengeluh… mula berputus asa. Kakiku bergerak lesu menuju ke stesen bas.

Sampai sahaja di stesen bas, aku melihat kelibat Mimi dan Firdaus yang berbual sesama sendiri. Aku berjalan mendekati mereka. Mimi menoleh ke arahku.

“Aku ingat kau dah balik?” tanya Mimi padaku. Aku hanya tersenyum…

“Takde la!” jawabku lantas duduk melepaskan penat.

“Awak pi mana, Wani? Macam baru lepas berlari je?” soal Firdaus pula. Aku hanya diam sahaja. Mereka hairan dengan tingkah laku ku… Dalam fikiran aku hanyalah Fazrul. Dimana Fazrul berjumpa dengan budak perempuan, tu?

3 orang beri kritikan::

Tanpa Nama berkata...

maaf klu terkasar bhs,
tp gelinya aku(syg,bi).
kotnya pasal aku sekolah ngan bdk pompuan je kot.

Tanpa Nama berkata...

aku rase mcm nek menyampah dgn si firdaus tuh .
asal tgok je mimi cun tros on jepp. perghhh, materialistic !

Tanpa Nama berkata...

memang geli pn bc novel ni.
bdk skul tp gatal gler.
ee,xtau la.myb penulis kne byk wt research sblm mnulis.
sory..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...