RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Khamis, 13 November 2008

Bus stand; destinasi cinta kita 14

BAB 14

“Sebut pasal Firdaus, semalam dia datang bilik aku tanya pasal kau.” Aku terkejut.

“Tanya pasal aku? Pasal apa!??”

“Pasal yang dia tanya kat kau dulu. Dah sebulan dia tunggu. Aku malas la nak ambil tahu hal apa yang korang bincangkan.” jelas Fazrul. Eh budak ni…malas nak ambil tahu ke pura-pura tak nak tahu?

“Habis, apa kau jawab?” soal aku balik.

“Jawapan aku? Senang je… aku suruh la dia tanya kau sendiri. Habis cerita. Aku tak nak la masuk campur urusan korang berdua. Lagipun soal cinta ni aku malas nak fikir sangat. Buat pening kepala je.” Fazrul berlalu meninggalkan aku. Ermm… apa yang perlu aku lakukan?

“Eh, Fazrul! Tunggu aku….” Fazrul berjalan jauh ke depan. Aku segera berlari-lari anak mengejarnya…. Aku mesti berterus-terang…

***************

“I’m so sorry…” itulah jawapan aku ketika kami berjumpa semasa rehat. Firdaus hanya diam membisu. Alamak! Dia ok ke tak, ni?

“Awak tak nak bagi saya peluang, ke?” dia tanya aku kembali. Aku mengeluh…

“Bukan tak nak, Fir… tapi aku dah anggap kau macam kawan baik aku sendiri.”

“Kau suka seseorang, ke?” tanya dia lagi. Aku terkejut. Suka? Siapa? Buat masa ni aku tak rasa yang aku suka sesiapa, pun.

“Tak!” pendek je jawapan aku. Aku rasa dah cukup bagi dia faham. Kalau ikutkan hati, aku boleh terima dia… siapa yang tak nak couple dengan mamat yang terhangat di pasaran ni. Tapi… maybe sebab Mimi? Or… maybe juga aku memang tak boleh paksa diri aku terima dia, kot?

“Adakah sebab Mimi?” kali ni aku betul-betul terkejut. Mimi? What the he….???

“Mimi? Kenapa pula sebab dia??”

“Sebab dia pernah sukakan saya, oleh itu awak tolak saya?” mulut aku ternganga… direct beb! Jadi dia dah tahu???

“Macam mana kau tahu yang dia pernah sukakan kau?” tiba-tiba je aku teringat mimpi aku tiga hari yang lepas. Siot! Adakah mimipi itu benar-benar berlaku? Ahh sudahhh!!

“Sebab dia pernah berterus-terang dengan saya hari tu!”

“Whattttt!!!!!???????????”

******************
Fazrul ketawa gila-gila bila aku ceritakan semuanya pada dia. Aku memandang tajam ke arah dia. Kurang asam gelugur betul budak nih! Patutnya dia tolong aku selesaikan masalah yang memeningkan aku ni!! Ini tidak… dibantainya gelak??? Eeee…. Geramnyaaa…….

Fazrul masih lagi ketawa. Kali ini aku dah setkan jam. Tengok berapa lama dia ketawakan aku. Erm… hampir 5 minit. Tu pun tak habis-habis lagi. Ingat cerita aku ni boleh buat cerita lawak, ke? Angin je aku!!

“Sudah la tu. Lama benar kau gelakkan aku. Nanti jadi bengong pulak!” tegur aku. Fazrul mengesat air matanya yang dah penuh kat kelopak mata tu.

“Sorry… aku tak dapat tahan la bila dengar cerita kau, tu. It is so funny!!” Funny??? Haram jadah betul!

“Apa yang lawaknya?” tanya aku serius.

“Macam mana kau boleh terfikir yang mimpi kau tu dah jadi kenyataan? Come, girl! Itu cuma mimpi ok! Mainan tidur je!”

“Tapi tak mustahil mimpi tu boleh jadi kenyataan, kan? Pokok ceritanya sekarang Mimi dah explain kat Firdaus pasal perasaan dia. On the same day aku mimpi tau tak!”

“So, hanya kerana itu kau rasa yang Mimi tu nak bunuh kau? Itu kerja gila namanya. Jangan la sebab cinta sampai nak bunuh kawan baik sendiri!”

“Dia tak fikir aku ni kawan baik dia, Rul…”

“How do you know?”

“I know laa….”

“Look… kau try tanya Mimi pasal hal ni… Mana tahu dari situ kau dapat selesaikan masalah ni?”

“Giler!!! Tak nak la aku. Tak pasal-pasal angin dia naik. Mau ditikamnya aku kat situ karang…”

“Wes…. Rileks la… Try la dulu… Lupakan je la mimpi kau tu… mainan tidur je tu! MAINAN TIDUR… Nak aku eja sekali ke bagi kau faham!!???”

“Tak payah! Malas aku nak layan lawak bodoh kau tu” aku segera mengangkat kaki pulang…

“Weih… kau nak ke mana??” jerit Fazrul apabila aku meninggalkannya…

“Balik!” ringkas dan padat jawapan aku.

“Tunggu aku laa….” Aku malas nak ambil port. Bengang campur marah. Kaki ni dah tak boleh nak berhenti dah. Kau balik sendiri je la! Panggilan Fazrul dalam dewan tidak aku peduli. Kakiku segera menapak laju.

*******************

“Aku minta maaf, ok?” Aku masih buat bodoh je bila Fazrul call aku malam itu. Entah mana dia rembat nombor rumah aku, aku pun tak tahu. “Look… aku tahu aku over-acting petang tadi… but I just want you to know… I’m still take care of you….” Kali ini aku terkejut dengan jawapan Fazrul.

Take care aku? Dengan cara macam tu? Oh tidak….

“Ok la… aku tolong kau selesaikan masalah ni… aku janji!” Kali ni mata aku dah bersinar. Wawawawa…. Menjadi juga lakonan merajuk aku. Hahaha…

“Really!!???” aku memulakan perbualan…

“Baru aku dapat dengar suara kau. Ingat merajuk sampai tak nak kawan dengan aku dah!” Kedengaran Fazrul ketawa di corong telefon. Aku mencebik…kang aku merajuk balik, menangis tak berlagu kang.

“Betul ke kau take care pasal aku?”

“Ye, aku take care….”

“So besok kau temankan aku pergi jumpa Mimi, ok?”

“Yes, bos!” Aku senyum bila mendengar ayat Fazrul. Erm… akhirnya nak juga budak tiga suku ni tolong aku. Nampaknya lepas ni kena selalu merajuk dengan dia la baru dia buka mata sikit. Hahahaha…

**************
“Apa hal korang berdua ni nak jumpa aku?” tanya Mimi setelah kelas tamat.

“Err…” aku tak tahu nak tanya apa. Mataku hanya memandang Fazrul yang sedang bersandar di dinding. Aku cuba main-main mata dengan dia. Nak ambil clue. Tapi Fazrul hanya tersenyum dan membuat muka menyuruh aku berterus-terang.

“Apa dia, ni??” tanya Mimi sekali lagi bila melihat gelagat kami.

“Err… tak… macam ni… Kau dah berterus-terang dengan Firdaus ke pasal perasaan kau, tu?” Aku melihat Mimi terkejut dengan pertanyaan aku. Ambil masa juga dia nak memberi jawapan.

“Kenapa kau tanya?” dia masih main tarik tali dengan aku.

“Err… takdelah… aku cuma.. aku cuma…”

“Wani cuma nak bagitau kau, yang dia memang takde apa-apa perasaan pada Firdaus. Dan dia nak tahu samada kau dah beritahu Firdaus perasaan kau, tu atau tak!” sambung Fazrul lancar apabila melihat aku tergagap-gagap menjawab pertanyaan Mimi. Mimi memandangnya tajam sekilas kemudian dia memandang aku semula. Seolah-olah tidak berpuas hati.

“Kalau aku dah beritahu… apa masalah kau pula? Kau jealous??”

“Aku tak jealous. Tapi aku rasa seronok la kalau kau dah berterus-terang dengan dia. As long dia dah tahu perasaan kau pada dia...kau boleh ambil jalan lain nak pikat dia lepas ni” aku cuba memberinya harapan. Walaupun aku sendiri tak tahu apa yang patut aku buat lepas ni.

“Tak payah la, Wani. Aku dah putus harapan dengan dia.” Mimi mengeluh. Dia membuka cermin matanya lantas dikesat dengan kain baju sekolahnya. Aku dan Fazrul terpaku sebentar. Mimi mempunyai mata yang sungguh lawa apabila dia tidak memakai cermin mata yang tiga inci tebalnya.
Mimi hairan bila kitorang memandangnya.

“What???” soal dia serba salah lantas memakai cermin matanya semula.

“Lawa…” itu yang dijawab oleh Fazrul. Aku terkejut… Mamat ni dah tangkap cintan ke???

“Apa yang lawa???” tanya Mimi semula.

“Ehem…” aku segera berdehem bila Fazrul hanya memandang Mimi lama. Fazrul kembali ke alam nyata. Dia tersenyum sipu-sipu. Gatal!!

“Kami nak tolong ubah penampilan kau!”

“What??? Tolong??” kali ni Fazrul dan Mimi yang membalas serentak.

“Siapa kami, tu?” soal Fazrul tak puas hati.

“Siapa kami?? Kau dengan aku, la!”

“Ha!!????” Fazrul tercengang… “Tapi….”

“Takde tapi-tapi. Kau kan dah janji dengan aku??” aku menarik tangan Fazrul dan Mimi bergerak ke stesen bas. Petang itu kami segera ke Komtar. Tekad aku untuk mengubah penampilan Mimi.

***************
Kami berdua menunggu di luar fitting room. Otak aku berfikir ligat apa yang perlu kitorang buat lepas ni. Fazrul mendekati aku.

“Wani, nak pergi mana lepas, ni??” tanya dia.
“Pergi mana? Kita dah ke mana tadi?”

“Hm… mula-mula pergi potong rambut, lepas tu pergi beli contact lens, lepas tu beli barang make-up korang… erm… kali ni beli baju pula. Lepas ni aku tak tahu….” Jelas Fazrul mengingatkan aku kembali.

“Hmm… kita pergi makan la” jelas aku. Pintu fitting room terbuka. Jelas kelihatan Mimi yang berpenampilan anggun keluar mendekati kami sambil tersenyum. Kali ini kami betul-betul terpaku sebentar. Gadis ini benar-benar lawa rupanya… dengan memakai blouse berwarna coklat cair dan berseluar jeans… tanpa cermin mata dan rambut dilepaskan aras bahu… dia betul-betul menarik perhatian kami.

“Kenapa korang pandang macam tu?” Tanya dia serba salah.

Aku memandang Fazrul. Tak berkelip mata dia. Aku melambai-lambai tanganku di hadapan dia. Sah! Budak ni dah kemaruk. Aku cuba mencubit dia. Fazrul menjerit…

“Sakitlah!!!” marah dia. Aku mengejeknya. Mimi hanya ketawa.

“Kau lawa sangat…” aku berterus-terang.

“Betul…betul…betul…! Lagi lawa dari budak tembam ni!” ejek Fazrul. Aku memandang tajam ke arahnya. Buat muka bodoh je dia!

“Fazrul… kau pernah rasa penumbuk aku, tak??” ugut aku lantas menunjukkan segenggam penumbuk ke mukanya.

“Belum lagi. Tapi mesti kau tak boleh challenge dengan saiz penumbuk aku, kan?” ujar Fazrul lantas mengeluarkan penumbuknya menghampiri tanganku. Aku geram. Mamat ni sengaja nak malukan aku!

“Sudah lah! Korang ni asyik bergaduh, je!” balas Mimi mengeruhkan keadaan.

“Kau memang lawa, Mimi. Lepas ni mesti satu sekolah terkejut dengan penampilan kau.”
Jawab aku. Mimi hanya ketawa.

“Thanks! Tapi kalau lawa aje, tak semestinya Firdaus sukakan aku!”

“Siapa kata tak suka??” kami bertiga menoleh. Aku dan Mimi terkejut. Fazrul tersenyum…

“Sorry, friends… aku yang ajak Fir ikut kita tadi” jawab dia dengan selamba. Firdaus mendekati kami sambil tersenyum. Mimi gugup… aku hanya terdiam…

“Saya tak sangka awak betul-betul comel.” terang Firdaus. Mimi masih lagi gugup. Langsung tidak dipandangnya muka Firdaus yang tercegat di hadapannya. Aku dan Fazrul hanya memandang gelagat mereka berdua. Macam cerita romance pula! Hehehhe…

“Saya… saya…” Mimi masih gugup. Aku pula yang rasa tak sabar-sabar nak dengar jawapan dia.

“Jadi awek saya?” kami bertiga terkejut. Wah! Impian telah menjadi kenyataan… Mimi memandang Firdaus. Matanya bersinar. Entah apa kuasa yang datang bila Firdaus mengemukakan soalan itu. Lantas dia segera mengangguk setuju. Aku dan Fazrul tersenyum… Yes! Selesai sudah satu masalah!

2 orang beri kritikan::

hey! si gadis; berkata...

eeeiiiuuu
npk sgt cinta x ikhlas
fir tu hanya nk tgk yg lawa ja
geram plak bila baca cita neh
perlu kah kena ada kecantikkan fizikal bawu laki nk suka?

Tanpa Nama berkata...

i dun like that kind of guy... benci... asal muka cantik baru suke... yg kureng 2 lgsung x layan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...