RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Rabu, 12 November 2008

Bus stand; destinasi cinta kita 13

BAB 13

Aku terjaga dari tidur. Ya Allah… apa yang telah terjadi? Kat mana aku, ni? Aku memandang sekeliling. Jelas kelihatan sedikit demi sedikit kipas siling yang berputar perlahan dan lampu yang masih menyala. Astaghfirullahalazim… aku bermimpi rupanya. Aku meraup mukaku yang berkeringat. Kebimbanganku dengan reaksi Mimi tengahari tadi betul-betul bawa sampai ke tidur. Ya Allah… jangan la mimpi ni jadi kenyataan.

***************
Adakah Mimi sambut bunuh aku sebab Firdaus? Ish! Mengucap banyak-banyak. Mimpi je tu. Aku menggelengkan kepala. Mimpi je… jangan risau… mimpi je….

“Oit!” Aku terkejut apabila tiba-tiba tangan menyapa bahuku. Aku menoleh ke belakang. Fazrul memandangku sambil tersengih.

“Bengong! Terkejut aku! Kau ni memang jahat la Fazrul!” marah aku sambil mengurut dada. Fazrul kehairanan.

“Aku baru je sapa kau. Dah kau terkejut. Dari tadi aku panggil, kau buat dono je. Berangan apa!” kata Fazrul lantas melontar bola keranjangnya ke tanah. Aku mengeluh lantas menjeling ke arahnya.

“Ha! Kau buat apa kat taman petang-petang, ni? Tak pernah aku tengok kau kat sini time-time macam ni,” tanya Fazrul. Dia duduk di sebelahku sambil menyelongkar beg sandangnya.

“Kau baru balik latihan, ke?” tanya aku. Soalannya tadi sengaja tidak kubalas. Tak penting pun.

“Yelah. Macam biasa la rutin seharian aku. Bukan macam kau. Balik sekolah membesarkan badan je. Badan tu dah macam tong!” ejek Fazrul dengan muka selamba. E’eh budak ni. Mulut takde insurans betul. Aku sepak kang baru kau tahu!

“Eleh! Tong-tong pun muka cute. Itu yang penting!” balas aku lantas membuat muka dengannya. Fazrul hanya mencebik.

“Errmm…Fazrul. Kau percaya tak dengan pepatah melayu “Cinta itu buta”?” tanya aku kembali setelah melihat Fazrul khusyuk mengelap tangannya dengan tuala. Fazrul mengerling ke arahku dengan kerutan di dahi. Lantas dia menekap tangannya ke dahiku.

“Nak kata demam, dahi kau ni sejuk je,” gurau dia. Giler betul la budak ni.

“Fazrul, aku serius ni! Bukan main-main!” jawab aku serius.

“Hahaha… ye la. Kau memang tengah serius. Kenapa tiba-tiba kau tanya soalan macam tu? Kau dah jatuh cinta dengan sesiapa, ke?” tanya dia sesudah puas gelakkan aku.

“Takde la. Aku saje je tanya. Kau kan pernah jatuh cinta dan putus cinta sebelum ni. So mesti kau dah expert dengan pepatah tu. Hehehe..”gurau aku balik. Tapi kali ini Fazrul pula buat muka serius dengan aku. Oooppss… lupa pula mamat ni pantang kalau kita cerita balik sejarah lama dia. Fazrul hanya mendiamkan diri.

“Fazrul…sorry…aku gurau je.” Pujuk aku lantas menggoncangkan lengannya. Fazrul masih lagi diam. Alahai… mamat ni marah lagi ke? Apa aku nak buat ni? Fazrul membelakangi aku. Tiba-tiba aku mendapat satu idea…. Teng teneeengg…

Aku berlari ke arah pakcik penjual aiskrim. “Pakcik, bagi aiskrim perisa coklat dua” pesan aku. Aku tersenyum dari jauh melihat Fazrul kehairanan. Mungkin aiskrim ni boleh sejukkan hati dia.

“Nah!” aku menghulurkan aiskrim coklat kepadanya. Fazrul masih mengerut dahi memandang aku.

“Kau ingat boleh pujuk aku dengan aiskrim, ke? Macam budak-budak, je” jawab dia serius. Aku mengeluh lantas duduk di sebelahnya semula. Kecewa dengan sikap Fazrul. Aku memandang sepi pada kedua-dua belah tanganku yang menggengam aiskrim.

‘Sekurang-kurangnya aku baik hati nak ambil hati kau semula’ rintihku dalam hati. Aku terkejut apabila Fazrul mengambil aiskrim tersebut dari tanganku. Dia tersenyum.

“Thanks!” jawab dia pendek. Aku kembali senyum. Dia dah tak marah dah. “Tapi setakat aiskrim ni tetap tak boleh pujuk aku sepenuhnya.”

“Habis, kau nak aku buat apa lagi?” tanya aku. Mamat ni lebih-lebih pula. Nasib badan… kawan punya pasal. Berkorban je la labu…. Fazrul hanya tersengih lantas jari telunjuknya tertumpu ke arah pipinya. Aku masih tak dapat tangkap maksudnya. “Apa, tu?”

Fazrul mengeluh lantas ditonyoh-tonyoh pipinya berkali-kali. Aku mengerut dahi. Terus-terang aje la, kan senang.

“Kau nak aku buat apa ni, Fazrul?”

“Aku nak kau CIUM pipi aku baru aku tak marah kau lagi.”gurau Fazrul dengan muka gatal. Aku terkejut dengan permintaan dia. Giler apa?? Aku membuntangkan mataku.

“Giler!” marah aku lantas bangun meninggalkan dia. Fazrul ketawa. Dia mengejar aku.

“Aku gurau je, la. Thanks belanja aiskrim ni. Lain kali aku nak makanan yang lagi mahal dari ini, ok?” kata Fazrul sambil menjilat aiskrim yang sedang meleleh. Aku tersenyum. Kami berjalan pulang bersama. Soalan yang aku tanya sampai sekarang tidak berjawab. Fazrul, budak tu memang suka buat aku pening kepala. Nama pun tiga suku! Tiga suku?? Dah lama aku tak sebut perkataan tu. Budak tiga suku ni juga akhirnya jadi kawan aku. Hahaha…

*****************

“Mi..mimi…” sapa aku tersangkut-sangkut. Mimi memandangku tajam.

“Kau nak apa lagi, Wani?” tanya dia malas. Dia membuka buku teks lantas di baca. Aku tahu dia cuba mengelakkan diri dari memandangku. Aku mengeluh lalu duduk di hadapannya.

“Kau marahkan aku lagi, ke?” soalan yang diberikan tidak ku jawab malah aku pula yang bertanya kepadanya. Mimi diam. “Mimi, please la. Jangan kerana lelaki kau nak putuskan persahabatan kita.”

Mimi memandang tajam ke arahku. Aku tahu dia masih marahkan aku. “Kau ingat aku bodoh sangat ke sebab si Firdaus tu aku nak putuskan persahabatan kita?”jawab Mimi selamba. Kali ini aku betul-betul terkejut.

“Jadi kau dah tak marah pada aku?” tanya aku sekali lagi meminta kepastian.

Mimi tersenyum sinis. “Aku tak marah kau la, Wani. Cuma aku kecewa sangat hari tu. Kau tahu kan aku betul-betul sukakan Firdaus.”

“Kau terus-terang la dengan dia. Pasal surat tu.” Aku memberi idea.

“Kalau dia tahu pun, dia takkan terima aku. Aku ni kan hodoh. Muka nerd. Aku ni memang tak layak dengan lelaki segak macam dia. Lain la kau. Kau lawa. Comel pula tu. Memang korang berdua sepadan.” Ayat puji-pujian dari mulut Mimi betul-betul buat aku rasa kembang sedikit. Hehehe… alhamdulillah dia dah tak marahkan aku lagi. Memang betul cakap dia, untuk apa kita bergaduh sebab lelaki? Cinta bukan boleh dipaksa.

“Jangan la cakap macam tu, Mimi. Setiap orang ada keistimewaan dia. Aku ni bukannya lawa sangat pun. Badan aku gemuk. Badan kau ramping. Lagi lawa dari aku” ujar aku merendah diri. Yelah, berat badan aku sekarang pun dah mencecah 59kg… wawawa… teringat si budak tiga suku tu ejek aku semalam…

“Mana ada gemuk. Kalau kau gemuk takdenya si Firdaus tu sukakan kau. Kau cuma berisi sikit je. Tapi tu tak penting, yang penting kau lawa dari aku.” Si minah ni masih lagi nak mengutuk diri sendiri. Aku ni bukannya lawa sangat pun. Sepanjang hidup aku, tak pernah lagi ada lelaki yang sukakan aku sangat-sangat macam Firdaus tu. Dia la lelaki pertama yang berani berterus-terang dengan aku.
**********
“Fazrul, kau rasa aku ni lawa, ke?” tanya aku petang itu semasa kami berdua melepak di taman perumahan kami. Fazrul yang sedang minum air tersedak. Aku terkejut lantas membantu mengurut dadanya perlahan. Mamat tu terbatuk-batuk. “Tu laa… minum tak baca bismillah;” tegur aku.

“Kau tanya apa tadi?” tanya Fazrul semula setelah batuknya berkurangan.

“Aku tanya, kau rasa aku ni lawa ke tak?”

Tiba-tiba Fazrul ketawa. Lucu sangat ke? Geramnyee…. Menyesal pula aku tanya. Dasar tiga suku tu tiga suku juga.

“Kenapa dengan kau ni, Wani? Sejak dua menjak ni kau suka tanya aku benda yang bukan-bukan” jawab dia dengan sisa-sisa ketawa yang masih belum hilang.

Aku mencebik. “Dah aku rasa keliru, aku tanya la. Kalau aku tahu takdenye aku tanya. Kalau kau tak nak jawab macam hari-hari sebelum ni tak payah la jawab. Aku dah biasa dengan pertanyaan tanpa jawapan” jawab aku sinis. Firdaus tersengih.

“Kali ni kau nak sogok aku apa?” What??? Sogok!!?? Dengan spontan aku mencubit lengannya. Fazrul menjerit kecil.

“Sakitlah!”

“Tahu pun sakit! Aku serius kau main-main pula!” marah aku.

“Jari macam ketam” ejek dia sambil menyapu lembut lengannya yang sakit. Aku menjeling. “Yela, aku serius la ni. Kau ni bagi aku biasa je. Takde la lawa sangat macam model tu. Tapi muka kau tu manis” terang Fazrul.

“Comel ada, tak?” gurau aku.

“Hahaha… masuk bakul angkat sendiri nampak? Kenapa kau tanya yang bukan-bukan, ni? Hari tu kau tanya pasal “cinta itu buta”, sekarang kau tanya pasal wajah fizikal kau. Kau ni dah buat tebiat ke apa?” matanya tertumpu ke arah aku.

“Ini semua abang kau punya pasal la!” jelas aku.

“Abang aku?” Fazrul membuat muka terpinga-pinga. “Kenapa dengan dia?”

“Pasal hal yang aku cerita kat kau hari tu.” Fazrul diam memikirkan apa yang aku maksudkan.

“Laa… pasal itu ke sampai kau jadi angau macam ni? Kenapa, kau serius ke dengan abang aku, tu?”

“Takdelah serius, tapi permintaan abang kau tu buat aku pening kepala” jawab aku lantas berjalan menuju ke buaian. Aku menghayunkan diri. Fazrul mendekatiku.

“Sebut pasal Firdaus, semalam dia datang bilik aku tanya pasal kau.” Aku terkejut.

“Tanya pasal aku? Pasal apa!??”

0 orang beri kritikan::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...