RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Selasa, 11 November 2008

Bus stand; destinasi cinta kita 12

BAB 12

“Macam tu la ceritanya.” Aku menyudahkan cerita. Fazrul masih diam sambil menyedut air minumannya. Aku menunggu penuh dengan kesabaran balasan dari Fazrul. Koman-koman dia boleh bagi sikit idea untuk aku. Hehehe..

Lima minit berlalu, masih tiada jawapan. Fazrul masih kusyuk menyedut air minumannya. “Fazrul! Apa pendapat kau tentang hal yang aku bagitau kau tadi?” tanya aku sekali lagi. Tapi Fazrul masih buat bodoh je. “Fazrul!!” bentak aku sambil menarik strawnye.

Fazrul memandang aku. “Oit… aku tengah syok minum air ni!” marah Fazrul.

“Aku cerita kat kau tadi kau dengar ke tak?” tanya aku.

“Aku dengar….” balas Fazrul pendek.

“Habis tu? Aku cerita kau buat bodo je.”

“Aku tengah fikir la ni. Kau tak nampak aku tengah kusyuk memikir tadi.”

“Kau fikir ke kau mengelamun?” marah aku. Konon la fikir tapi sampai ke sudah juga takde apa-apa keputusan. Satu hari keluar dengan Fazrul dari makan sampai menonton wayang, takde langsung kata putus dari dia. Geram betul aku! Ingat boleh la minta dia tolong uraikan segala yang berserabut dalam kepala otak aku ni. Rupa-rupanya mamat tu memang hampeh. Huhuhu…

**************

Aku berjalan ke kantin. Tiba-tiba aku terdengar seorang bercakap di belakang lobi sekolah. “Aku yang sukakan kau, Fir! Lama sangat! Aku la orangnya yang selalu bagi surat cinta tu. Aku, Fir! Akuuu…!!” Aku menyorok di belakang dinding sambil mencari arah mana datangnya suara itu. Sungguh mengejutkan apabila ku melihat Mimi sedang berdepan dengan Firdaus sambil meratap kesedihan. Betulkah Mimi sekarang sedang cuba mengaku dia la penulis surat itu?

Aku melihat reaksi Firdaus. Lelaki itu hanya tersenyum. “Aku dah lama tahu kau la orangnya, Mimi.” jawab Firdaus. Dalam masa yang sama kami berdua terkejut dengan jawapan yang diberikan. Firdaus dah tahu??? Tapi dari siapa?

Mimi seakan-akan gugup. “Ma… ma.. mana kau tahu aku la orangnya, Fir?”

“Dari tulisan kau aku dah tahu. So no wonder la bagi aku.” Apa maksud dia no wonder??? Aku masih tak boleh tangkap jawapan Firdaus.

“So… kalau kau dah tahu, kenapa kau tak bagitau aku?” Tanya Mimi senyum mengharap.

“Buat apa!?” balas Firdaus tegas.

Aku betul-betul terkejut dengan reaksi Firdaus. Kenapa dia cakap macam tu? Firdaus kali ini lain dari yang aku sangkakan.

“Buat apa? Sekurang-kurangnya kau bagitau samada kau suka aku atau pun tidak.” Secara spontan aku juga mengangguk bersetuju dengan kata-kata Mimi. Dia patut berterus-terang dengan Mimi sekiranya dia tahu gadis yang selama ini menulis surat padanya itu adalah Mimi.

“Huh!! Takde maknanya kalau aku berterus-terang dengan kau. Lagipun, you are not my taste!” ringkas dan pedas! Aku betul-betul kecewa dengan jawapan yang diberikan oleh Firdaus. Belum sempat Firdaus melangkahkan kakinya tiba-tiba…

“Jadi kau sukakan Wani!!? Macam tu!?? Kau sukakan Wani, bukan??”bentak Mimi. Aku terkejut sekali lagi dengan soalan Mimi itu. Kenapa dia perlu memberi soalan sedemikian?

Firdaus tersenyum sinis. “Wani? Kenapa? Kau cemburu?” Lantas dia ketawa di hadapan Mimi.

“Jadi memang betul la kau sukakan dia?” jawab Mimi perlahan. Aku tahu dia kecewa. Tapi…

“Memang! Memang aku sukakan dia. Tapi itu takde kena-mengena dengan kau!” bentak Firdaus. Kali ini aku terkejut. Mimi melangkah setapak ke belakang. Dia menekup telinganya.

“Tidak.. tidak… aku tak percaya!” balas Mimi sambil dia melangkah ke belakang selangkah demi selangkah. Dia masih menekup telinganya. Firdaus hanya ketawa terbahak-bahak…

“Tak payah la kau cari aku. Aku sukakan Wani… Kau berambussss…!!!”

“Tidaaaaaaaaaaakkkkkkkk!!” jerit Mimi lantas berlari meninggalkan Firdaus. “Aku bunuh kau Wani!! Aku bunuh kau!! Kau perampas!! Kau perampas hak aku!!!”

0 orang beri kritikan::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...