RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Isnin, 10 November 2008

Bus stand; destinasi cinta kita 11

BAB 11

“Saya sukakan awak!” kali ini aku tercengang dengan statement yang keluar dari mulut Firdaus. Sukakan aku? Aku memandang tepat ke matanya. Riak matanya meminta kepastian. “Saya sukakan awak, Wani.” Aku masih lagi kaku. Tidak tahu apa yang perlu diperkatakan lagi. Perlukah aku menyambut cintanya atau….

“Fir… aku… aku…” aku tergagap-gagap untuk mengatakan sesuatu. Firdaus hanya tersenyum.

“Takpe. Take your time. Saya boleh tunggu,” jawab Firdaus.

“Tapi kenapa aku?” aku tak tahu soalan apa yang harus ditanya. Tak sangka kali ini Firdaus betul-betul serius sukakan aku. Mamat romeo sekolah kini dilamun cinta.

“Kan saya dah cakap kat awak. Saya sukakan awak sejak kali pertama kita berjumpa lagi. Perlukah saya berterus-terang kenapa saya sukakan awak? Tiada jawapan. Mungkin perasaan itu lahir dari hati saya, awak. Ikhlas dari hati saya,” jelas Firdaus jujur lantas tangannya menekap ke dada. Dari raut wajahnya aku tahu dia betul-betul ikhlas sukakan aku. Tapi kenapa hati ini seakan-akan tidak merestui?

“Tapi… aku… aku hanya sukakan kau…. Fir… aku….” Masih lagi tidak terluah apa yang tersirat di hati ini. Perlukah aku berterus-terang? Atau aku perlu mengambil masa untuk memikirkannya?

Sedang aku cuba mencari kepastian, tiba-tiba aku terdengar seseorang berlari meninggalkan tempat kami berada. Aku menoleh. Siapa tu? Adakah dia dengar semuanya? Oh, tidak!

**************
Aku masih memikirkan apa yang telah terjadi. Kenapa aku tak merasa gembira? Sepatutnya aku gembira. Bukan senang untuk memikat hati lelaki bernama Firdaus. Lelaki itu 100% memang jenis lelaki yang aku suka. He’s my type! Tapi…. Kakiku masih lagi berjalan menuju ke library. Fikiranku pula masih menerawang. Aku tak tahu apa yang perlu dilakukan. Tidak sangka, Firdaus memanggilku hanya untuk berterus-terang perasaannya pada aku.

“Mimi…” aku mendekati Mimi yang sedang tunduk membisu. Mimi tersentak. Dia agak terkejut apabila terdengar suaraku memanggil namanya. Aku nampak… aku nampak dia mengesat air matanya.

“Mimi are you ok?” tanya aku. Adakah Mimi yang dengar semua ini tadi? Mimi pura-pura tersenyum.

“Ok. I’m ok!” dia ketawa. Jelas ketara riak wajahnya dibuat-buat. Dia sedaya-upaya membuang air matanya dari mengalir ke pipi.
“Please Mimi. Kau menangis. Apa yang menyebabkan kau menangis?” aku masih lagi tidak berpuas hati.

“Takde apa-apa la, Wani. Mata aku masuk habuk tadi.” Mimi cuba menyembunyikan perasaannya. Tapi aku tahu dia telah dengar semuanya.

“Kau dengar perbualan kitorang?” aku cuba dapatkan kepastian. Mimi memandang aku. Bekas air matanya masih lagi jelas kelihatan.

“Eh.. dengar apa?” Mimi pura-pura tidak tahu.

“Come on, Mimi. Just tell me the truth! Kau dah tahu, kan?”

“So… kalau aku dah tahu, kenapa!!??” tiba-tiba Mimi meninggikan suaranya padaku. Aku terkejut. Semua pelajar di dalam perpustakaan memandang ke arah kami.

“Mimi, please…perlahan sikit. Orang dengar!” tegur aku. Mimi tersenyum sinis.

“Tentu kau bahagia, kan? Sebab dapat rampas Firdaus dari aku!” tuduh Mimi. Aku terkejut. Rampas!???? Oh no! Rampas-merampas ni bukan kerja aku.

“Kenapa kau cakap macam tu?” aku memarahinya namun suaraku masih lagi perlahan.

“Sudahlah, Wani. Aku memang dah agak. Sejak dari kau datang ke sekolah ni, Firdaus tu memang sukakan kau. Tapi hati aku menafikan semua ni. Aku hanya anggap korang berdua macam kawan baik je walaupun aku tahu kebenarannya. Sekarang… segalanya dah terserlah. Korang memang ada hubungan.”

“Mimi…..”

“Sudahlah. Aku banyak kerja ni. Please… tinggalkan aku sorang-sorang. Aku perlukan ketenangan.” Aku hanya melihat Mimi mengambil buku teksnya lantas pura-pura khusyuk mentelaah. Aku diam. Biarlah kuberikannya waktu untuk bertenang namun aku perlu berterus-terang. Walaupun Firdaus sukakan aku, tidak bermakna aku juga sukakan dia. Tidak, Mimi. Aku takkan rampas bakal pakwe kawan baik aku sendiri. Kau terlebih dahulu menyayangi dia.

*************
Sebelum pulang, seperti biasa aku ke dewan untuk berjumpa Fazrul. Hanya lelaki itu yang boleh memberikan ketenangan padaku. Sejak kes itu, aku dan Fazrul semakin rapat. Dan sekarang aku memerlukan sokongan dari dia. Aku hanya melihat Fazrul berlatih. Dia begitu bersemangat bermain bola keranjang. Selain bermain gitar dan futsal, bola keranjang juga salah satu aktiviti yang paling dia gemari.

Aku melambaikan tangan kea rah Fazrul. Fazrul hanya mengangkat mukanya dan tersenyum. Kemudian dia segera bermain. Lima belas minit menunggu, akhirnya sesi latihan tamat. Fazrul mengambil beg sandang dan tualanya sebelum berjalan ke arahku. Dia segera duduk menghilangkan penat di sebelahku. Tangannya masih menyapu peluh dileher dan muka. Aku cuma tersenyum melihat gelagat Fazrul. Lelaki itu punya daya tarikan tersendiri.

Fazrul berhenti mengelap peluh apabila menyedari dirinya diperhatikan. Dia memandang aku. “Kenapa kau pandang aku macam tu?”

Aku tersenyum malu. “Takde apa-apa, la.” jawab aku menafikan.

“Kau dah makan?” soal Fazrul sambil tangannya menyeluk ke dalam beg sandang. Dia mengeluarkan sebotol air mineral lanas meneguknya rakus.

“Belum… Aku ingat nak ajak kau keluar.”

Fazrul memandangku sekali lagi. “Ke mana?” Dia mendekatkan mukanya ke arahku. Bau peluh ketara menusuk hidung.

“Komtar. Aku nak kau temankan aku satu hari, ni.” jelas aku bersungguh-sungguh. Tiba-tiba Fazrul ketawa. Aku hairan. “Kenapa kau ketawa?”

“Kau ni macam bersungguh-sungguh je nak ajak aku keluar. Macam la aku pernah tolak ajakan kau tu.” Jawab dia jujur. Aku senyum. Memang Fazrul tak pernah menolak sekiranya aku meminta pertolongannya.

“Jadi kau setuju?”

“Ya, cik adik yang comel!” jawab dia lantas mencuit hidungku. Aku ketawa.

“Jom.” Aku bangun lantas menarik tangannya.

“Kemana?”

“Komtar!”

“Kot iye, pun…. Bagilah aku balik rumah dulu. Mandi. Takkan nak keluar dengan bau badan macam ala-ala kambing ni!” gurau dia.

Aku ketawa. “Ooopsss… terlupa plak. Patutla bau busuk semacam je. Hehehe…” Kami berjalan keluar dari dewan. Aku rasa gembira sangat setiap kali berjumpa dengan Fazrul. Dia betul-betul kawan baik aku. Hehehe…

0 orang beri kritikan::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...