RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Ahad, 9 November 2008

Bus stand; destinasi cinta kita 10

BAB 10

Seperti biasa, pulang dari sekolah port utama aku adalah stesen bas. Hari ini aku pulang bersama dengan Mimi. Kami berbual sambil mata meliar memandang arah jalan. Tiba-tiba kedengaran budak perempuan yang baru sahaja duduk di sebelahku berbisik mengenai seseorang. Dah la aku kenal budak tu. Siapa lagi kalau taaakkk....

”Tadi aku nampak Abang Fazrul main gitar kat belakang dewan sana tu.” kata budak perempuan itu.

”Aik... datang balik ke penyakit dia?” balas kawannya.

Aku hairan. Penyakit? Fazrul ade penyakit, ke?

”Pelik kan orang macam tu. Tapi memang aku respek la kat dia.” kali ini telinga aku panjang mendengar celoteh budak-budak itu. Kenapa dengan Fazrul? Apa yg diorang respek sangat tu?

Kawan sebelahnya segera mengangguk. Belum sempat budak perempuan itu menyambung semula kata-kata, bas datang. Cerita pasal Fazrul mati di situ sahaja. Aku memandang Mimi. Dia hanya tersenyum sahaja. Mimi tahu ke sejarah mengenai Fazrul?

Aku hanya melihat bas yang dinaiki dua orang budak perempuan itu berlalu pergi. Aku masih tidak puas hati. Kenapa dengan budak tiga suku tu sebenarnya? Masalah dengan keluarga lagi ke sampai kecewa guling-guling macam tu?

”Mimi...” sapa aku setelah lama kami berdiam diri.

”Yups!” Mimi memandang aku.

”Kau dengar ke apa yang diceritakan oleh budak perempuan sebelah aku tu tadi?” tanya aku. Mimi mengerut dahi.

”Yang mana? Aku tak dengar apa-apa, pun?” balas Mimi.

”Takpelah.” aku malas nak panjang-panjangkan cerita. Biarlah aku korek rahsia budak tiga suku tu. Satu hari nanti aku akan tahu juga.

Hatiku merasa tidak sedap. Aku perlu tahu apa punca masalah si budak tiga suku tu. Aku memandang Mimi di sebelah. Bas semakin laju bergerak. Baik aku tanya minah ni.
”Err... Mimi...” aku masih segan silu untuk meneruskan niatku.

”Yups!!??” Mimi memandangku tersenyum...

”Er... Fazrul ada awek ke sebelum ni?”

”Kenapa kau tiba-tiba tanya aku soalan macam tu?” tanya Mimi dengan reaksi hairan.

”Err... takde la. Tadi aku dengar budak2 perempuan berbual pasal dia kat stesen bas. Lagi satu aku terdengar dia main gitar kat belakang dewan pagi tadi. Sedih je dengar. Macam lelaki yang kecewa dalam bercinta je bunyinya. So aku nak tahu la apa puncanya.”

Mimi tersenyum sinis. ”Hai, caring betul kau ni dengan dua adik-beradik tu?”

”Aku serius ni. Kenapa dengan dia?” beria-ia aku memujuk Mimi untuk bercerita.

Mimi menghela nafas. ”Kalau kau nak tahu, Fazrul tu pernah suka kat seseorang. Suka yang teramat sangat. Tapi sayangnya budak perempuan tu dah ada boy. Tapi kau faham2 la kan... Fazrul tu keras kepala and degil. Mana nak ambil port sangat. Macam dah takde perempuan lain dalam dunia ni. Dulu, dia tu tak macam tu. Ceria je orangnya. Lebih2 lagi bila budak perempuan tu dah clash dengan boy dia. So dia masuk line. Tapi tak sampai 5 bulan couple, perempuan tu kembali balik kat boy lama dia. Tu yang dia frust giler babeng. Dia jadi semakin pendiam bila ditambah pula dengan krisis keluarga dia sekarang.” jelas Mimi panjang lebar. Oh! Begitu rupanya cerita budak tiga suku tu. Kesian pulak bila aku dengar. Patut la dia tu jadi macam ’S.E.W.E.L’ sikit. Hehehe...

Tepat pukul 2.30 petang. Aku turun dari bas dan menuju ke kawasan rumahku. Sedang aku leka diulit perasaan, aku ternampak kelibat Fazrul berjalan laju menuju ke padang. Dia masih menjinjit beg sandang dan gitarnya bersama. Kakiku bergerak pantas untuk mengejarnya. Cerita mengenai Fazrul ni betul-betul macam cerita misteri. Penuh dengan tanda tanya. Tapi best gak. Seolah-olah aku ni private investigator la pulak. Hahaha...

Langkahku terhenti ketika melihat Fazrul bersama-sama seorang lelaki. Kelihatan dua atau tiga orang lelaki lain menghampiri mereka. Kemungkinan member lelaki itu. Riak wajah lelaki itu agak bengis. Fazrul sedang bercakap dengan lelaki itu. Aku tak dengar apakah topik perbualan mereka. Entah macam mana tiba-tiba lelaki itu menolak Fazrul ke belakang dengan kasar. Aku terkejut. Fazrul jatuh. Beg gitar yang dijinjitnya juga jatuh terhempas. Fazrul bangun dan cuba untuk membalas balik. Kali ini dia ditumbuk bertubi-tubi oleh mereka. Fazrul cuba untuk mempertahankan diri namun dia semakin tidak terdaya. Mana tidaknya, seorang lawan 4 orang. Aku semakin gelisah. Aku perlu lakukan sesuatu.

“Polis!!!! Polis!!!” jerit aku. Mereka yang sibuk memukul Fazrul terkejut. Masing-masing mencicit lari. Tinggallah lelaki itu. Dengan nada tidak puas hati aku terdengar dia berkata ”Kau kacau dia, siap kau lepas ni!” Lelaki itu meludah dan terus meninggalkan Fazrul yang sedang mengerang kesakitan.

Aku segera berlari mendapatkan Fazrul. ”Kau tak apa-apa, Fazrul?” Aku memegang lengan Fazrul untuk membantunya berdiri. Fazrul menepis tanganku.

”Pergilah! Jangan kacau aku!” bentak dia.

”Siapa pulak yang kacau kau? Aku cuma nak tolong je. Kau luka macam ni takkan nak biarkan?” balas aku balik.

”Tak payah nak tunjuk baiklah dengan aku! Kau pun sama macam dia! Betina sundal!” Tanpa dapat dikawal, tanganku dengan mudah menampar pipi lelaki itu. Hatiku berasa remuk dan pedih bila dituduh sebegitu rupa.

Fazrul memegang pipinya. Mukanya merah! Aku tak tahu la merah menahan marah ke atau merah menahan rasa malu. Tetapi aku puas sebab dapat menempeleng mamat yang tak sayang mulut di hadapan aku sekarang ni.

”Kau kenapa tampar aku?!!!” bentak dia.

”Sebab kau kurang ajar!” balas aku. Dia terdiam. ”Aku boleh tahan kalau kau nak halau aku tapi jangan sesekali kau menuduh aku yang bukan2! Jangan kerana seorang perempuan yang dah lukakan kau, kau nak samakan aku dengan dia!!! Come on la kawan!! Berlambak perempuan yang baik kat dunia ni, tak payah la kau kejar perempuan macam tu!!” jelas aku berang. Rasa masa tu aku memang betul2 nak luahkan apa yang aku pendam selama ini.

”Tak payah kau nak buat baik dengan aku! Aku tak perlukan bantuan sesiapa!” jelas dia dengan nada perlahan.

”See...? Masih lagi ego! Sampai bila kau nak macam ni, Fazrul? Sampai nak bagi semua orang benci dengan kau!?” Dia terdiam. Aku menyambung kembali ayat aku. ”Kau harus tahu, mungkin ada hikmah benda ni berlaku. Patah tumbuh hilang berganti. Pergi sorang 10 mari! Kau harus ingat, disebalik kekecewaan kau, ada orang yang betul-betul sayangkan kau!”

”Siapa? Takde seorang pun yang sayangkan aku!”

”Kau masih ada family. Kau masih ada abang, makcik dan papa kau!” Fazrul memandang aku sedalam-dalamnya. Tiba-tiba aku rasa malu. Aku tersenyum.

”Dah lah! Mari aku hantar kau pulang!” aku memapah Fazrul. Ya Allah! Bila diangkat, berat badannya macam 10 tan. Huhuhuhu...

”Wani...” Ini kali pertama Fazrul menyebut namaku. Aku ingat dia tak tahu nama aku. Aku memandangnya. Dia tersenyum. ”Thanks....” Aku membalas senyumannya. Inilah senyuman paling ikhlas yang Fazrul berikan pada aku. Tiada lagi senyuman sinis dan kata-kata perli.

Esoknya satu sekolah riuh apabila melihat perubahan pada Fazrul. Di dalam kelas dia dah semakin lincah dan ceria. Dia juga tidak lagi ponteng kelas. Cikgu-cikgu kelas kitorang pun terkejut dengan perubahannya. Fazrul semakin rajin dan memberi sepenuh perhatian kepada pelajaran. Dia juga sudah berbaik semula dengan abang dan papanya. Aku gembira apabila melihat keceriaan di wajah mamat tiga suku itu.

Kriiiinnnggg.... bunyi loceng kedengaran menandakan waktu kelas telah tamat. Semua pelajar semakin kurang. Masing-masing tidak sabar-sabar untuk pulang ke rumah. Aku mengemaskan bukuku di atas meja.

”Wani, aku nak pergi library. Kau nak join?” ajak Mimi.

”Erm... tak kot. Aku rasa penat la hari ni. Aku study kat rumah je.” jelas aku.

”Kalau macam tu aku pergi dulu, ye? Bye!” Mimi meninggalkan aku dan menuju ke perpustakaan sekolah. Aku kembali mengemas barangku.

”Wani!” kedengaran suara memanggil namaku di belakang. Aku menoleh ke arah suara itu. Fazrul melambai-lambaikan tangannya ke arahku. ”Kita balik sama?” ajak dia. Aku mengangguk senyum.

Kami berjalan beriringan. Aku tahu, ramai mata memandang kami. Ada yang berbisik, ada yang menjeling. Aku malas nak ambil port. Hak diorang nak cakap apa pun. Aku peduli apa! Hehehe...

Fazrul tersipu-sipu memandang aku. Aku mengerutkan dahi hairan. Dah buang tebiat ke budak tiga suku, ni?

”Errr... aku nak tanya satu perkara dengan kau.” tanya Fazrul.

”Perkara apa?”

”Err... kau dengan Firdaus ada apa-apa ke sebelum ni?” Soalan itu betul-betul buat aku rasa terkejut. Kenapa dia perlu bertanya dengan aku sebegitu rupa? Apa aku terlalu mesra ke dengan budak tu?

”Kenapa kau tanya macam tu?” aku bertanya kembali. Bagiku, persoalan antara hubungan aku dengan Firdaus adalah tidak lebih dari seorang kawan. Lagipun aku bukannya selalu keluar dengan dia. Sejak dua menjak ni pun kami dah jarang bertemu.

Belum pun sempat Fazrul membalas pertanyaanku, tiba-tiba...
”Wei, korang!!!” kami berdua menoleh ke arah suara tersebut. Kelihatan Firdaus berlari anak sambil melambaikan tangan ke arah kami. ”Nak balik, ye?” tanya dia kembali apabila dia menghampiri kami.

”A’ah. Jom balik sama!” ajak aku. Fazrul pula hanya tersenyum. Kami memulakan perjalanan kembali dan menuju ke stesen bas. Port biasa.

Sementara menunggu kehadiran bas, kami berbual-bual kosong. Aku seronok melihat kemesraan antara Firdaus dan Fazrul. Mereka tidak lagi seperti dulu. Kini mereka bertambah rapat. I guest.

0 orang beri kritikan::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...