RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Jumaat, 31 Oktober 2008

ANTARA CINTA, KASIH & SAYANG 9

BAB 9

Malam itu, Wati menyiapkan assignmentnya. Walaupun kepalanya penat tapi dia mesti selesaikan kerjanya. Jam menunjukkan pukul 2.14 pg. Wati menguap. Kali ni kali yang ke 13 dia menguap. Wati bangun lantas mengambil pemanas air. Dia perlu membuat air untuk menghilangkan ngantuknya. Housematenya semua dah tidur. Tinggal dia seorang yang masih berjaga.

Selesai menekan suis pemanas air, Wati menyambung semula kerjanya. Tiba-tiba dia teringat kejadian tadi. Dia tersenyum sendirian. Siapa Ariel tu sebenarnya? Sikapnya betul2 buat aku rasa geli hati. Sanggup dia kejar aku? Hehehe..bukan kejar aku… kejar bas UiTM. Hahaha… lawak betul. Tuk! Kedengaran air telah masak. Wati segera bangun untuk membancuh milo. Dia masih lagi berangan. Dia tersenyum sendirian. Dan masa itu jugaklah dia teringatkan Abang Firdaus. Dia mengeluh. Sudah lama dia tidak berjumpa dengan Abang Firdaus. Entah apa ceritanya dengan kak Farah? Dia tersenyum tawar. Semakin dia ingat Firdaus semakin hatinya runsing. Sukar untuk dia lupakan lelaki itu. Lelaki pertama yang mengetuk pintu hatinya. Dia mengeluh lagi. Fazrul pula masih lagik merajuk dengannya. Merajuk ke? Aku rasa dia dah buang aku jauh2 dalam hidupnya. Setiap mesej dan call aku sume tidak dilayannya. Aku rase seolah-olah macam aku yang terhegeh2 kat dia. Tapi… aku tetap sayangkan dia. Aku tahu aku salah tapi tak bolehkah dia maafkan aku?
‘Ko semakin mementingkan diri sendiri. Mentang-mentanglah dah jumpa abang kesayangan ko. Aku ko buang macam sampah. Memang kacang yang lupakan kulit betul ko ni!’ Masih dia ingat kata-kata itu. Kata-kata yang buat hatinya terluka. Belum pernah Fazrul berkata begitu pada aku. Fazrul, andainya aku bersalah, maafkanlah aku.

2 orang beri kritikan::

cik zana berkata...

cik waniey,
bile nk ada sambungannye?
xsabar nk tggu nih...
hehe..

Ayu berkata...

menarik la citer nih..
erm...xde smbungan lg ker??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...