RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Jumaat, 31 Oktober 2008

ANTARA CINTA, KASIH & SAYANG 8

BAB 8

Malam itu Ariel tiba-tiba mengejutkan Azam yang hampir nak tido. “Azam! Bangunlah! Aku rasa aku dah tau kat mana aku terserempak dengan budak pompuan tu!” Ariel menggoncangkan tubuh Azam. Azam malas hendak bangun. Rasa mengantuk melebihi segala-galanya.
“Apanye ko ni!” jawab Azam malas.
“Puas aku berfikir. Aku dah tahu kat mana aku jumpa budak tuh! Bangunlah sat!” kejut Ariel semahu-mahunya. Azam bangun malas. Dia menguap dan menggeliat.
“Hmm…kat mana ko jumpa dia?” tanya Azam. Dia menggosok matanya.
“Kat bawah!”
Azam terkejut. “Bawah?”
Ariel dapat menyangkakan Azam berfikiran lain. Dia cuba membetulkan jawapannya. “Aku terlanggar dia masa turun dari lif. Time tu aku tak sempat tolong dia sebab aku kejar masa. En. Nizam tiba-tiba kol aku soh aku datang ke fakulti. Katanya ada hal mustahak. Time tu aku perasan muka dia, je.”
Azam mengangguk sambil menguap. Dia pura-pura faham. Rasa mengantuk yang teramat sangat. “Kalau macam tu, setel la masalah ko. Dah la! Aku nak tido nih!” Azam menarik selimutnya dan mula berdengkur. Kejutan Ariel tidak dipedulikannya. Ariel mendengus. Hmm…aku pasti cari budak pompuan tu. Dia tak jauh dari aku. Pasti satu bangunan ni jugak! Ariel tersenyum sendirian.

Esoknya Ariel dan Azam turun untuk ke kelas. Sampai di tingkat dua, beberapa orang gadis masuk. Azam membisik ke telinga Ariel. “Awek cun, siot!” Ariel tergelak kecil. Sampai ditingkat yang paling bawah, semua orang dari lif tu turun. Ariel dan Azam segera ke tempat letak motor. Semasa hendak start motor tiba-tiba…
“Wati! Cepat sikit. Bas dah datang dah!” jerit salah seorang pelajar perempuan di situ. Mereka berlari mengejar bas. Wati berlari mengekori mereka. Ariel memandang Wati dan dia terkejut. Wati tidak menyedari Ariel. Dia sibuk membelek begnya sambil berlari. Azam dah lama meninggalkannya. Ariel melihat sahaja Wati menaiki bas. Dia segera start enjin 125Znya lantas mengejar bas tersebut. Sampai di Kolej Seroja, Wati turun dari bas. Ariel juga memberhentikan motornya di tepi stesen bas. Dia memanggil Wati. Wati memandang kea rah Ariel.
“Awak ingat saya lagi tak?” Wati memandang Ariel kehairanan. Dia cuba mengingati sesuatu.
“Wati!” kawan-kawannya memanggil.
“Korang pergi dulu. Nanti aku pergi. Copkan tempat aku, ye?” Kawan-kawannya mengangguk lantas meninggalkan mereka berdua. Ariel tersenyum memandang Wati.
“Awak sape?” tanya Wati. Ariel mengeluh.
“Masuk kali ni dah 3 kali kita berjumpa. Mungkin awak tak perasan. Saya Ariel.” Ariel segera menghulurkan tangannya untuk bersalam. Wati hanya membisu. Dia rasa dia pernah jumpa. Ya! Budak yang muka dia macam Zed Zaidi. Tapi rasenye hari itu kali pertama aku jumpa dia. “Awak ingat?”
“Err…ingat la jugak. Awak fakulti ni jugak, ke?” tanya Wati. Ariel gelak kecil. Dia menggeleng.
“Saya dari Fakulti Kejuruteraan. Amik civil engineering. Awak?”
“Saya dari Fakulti Bisness. Amik Accounting.” jelas Wati senyum. Ariel hanya mengangguk faham. “Tapi apa awak buat kat sini? Bukan fakulti awak dah lepas?” Pelik betul la dia ni.
“Hehe…saya kejar awak. Sebab tu sampai ke sini.” gurau Ariel. Wati terkejut.
“Kejar saya?” dia masih terpinga-pinga tidak faham.
“Saya nampak awak dari awak berlari kejar bas lagik. That’s why saya ikut bontot bas tgk kat mana awak berhenti.” Ariel jawab sambil tersenyum.
“Ooo…” Wati mengangguk.

Pada masa itu jugak Fazrul yang sedang menunggang motor RXZnya sambil membawa Adrina ternampak Wati dan Ariel. Dia hampir eksiden bila melihat Wati sedang berborak dengan seorang lelaki.
“Sayang! What are u looking at? Cuba bawak betul2! It’s dangerous u know!?” marah Adrina.
“I’m so sorry!” ujar Fazrul lantas meninggalkan fakulti Wati menuju ke Fakulti Kejuruteraan. Sape lelaki tu? Firdaus, ke?
“Nama saya Mohd Azril. Kawan-kawan panggil Ariel. Awak sape nama?” tanya Ariel lagik. Selagi dia tidak dapat tahu nama gadis itu dia tidak puas hati.
“Saya Haswati. Panggil je Wati.” Mereka bersalaman.
“Ooo…comel nama awak. Secomel orangnya.” puji Ariel. Wati hanya tersenyum malu. Ariel melihat jam tangannya. Dia dah lambat. “Err…I got to go. Kelas nak mula dah ni. Bila kita bleh jumpa lagi? Ada no hanset tak?”
“Takpelah! Kalau ada jodoh kita bleh jumpa lagik, kan?” jelas Wati. Ariel hanya mengeluh. It’s ok. No problem!
“Ok…hopefully kita dapat jumpa lagik. Saya pergi dulu. Bye!” Ariel start motornya dan berlalu pergi. Dia melambai tangannya kearah Wati. Wati membalas. Setelah Ariel jauh dari pandangan dia segera berlari ke fakultinya. Dia dah lewat.

Habis kelas Ariel mengajak Azam, Hadi dan Din pergi lunch. Mereka makan di seksyen 2. Mereka berborak sambil makan.
“Budak tu sombong sikit la. Susah nak dekat. Berbeza ngan awek2 yang aku kenal.” jelas Ariel kecewa.
“Memangla! Ko tu cepat sangat mintak no phone. Perlahan-lahan la beb.” ujar Azam.
“Aku bukan apa…dia tu comel sangat la. Aku suka tgk muka dia yang mix macam anak mami tu. Hidung plak mancung. Kening lebat. Takkan aku nak lepaskan begitu je kot??”
Azam mengeluh. Macam2 kawan aku ni.
“Alaa…ko kan mat bunga2. Senang nak tekel awek. Budak macam tu for sure senang nak pikat. I know u la Ariel.” Hadi berseloroh. Kembang hidung Ariel apabila dipuji sebegitu.
“Tapi aku rasa kali ni susah sket. Tapi aku rase syok la plak. Cabaran baru nih. Hahaha..” Mereka ketawa.
“Apa kata kitorang cabar ko pikat budak tu?” tiba-tiba Din menyampuk. Mereka semua memandang Ariel.
“Berapa korang nak bagi?” Mereka semua tersenyum sinis…

0 orang beri kritikan::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...