RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Jumaat, 31 Oktober 2008

ANTARA CINTA, KASIH & SAYANG 7

BAB 7

BAB 7

Besoknya, Wati bangun dengan harapan yang baru. Takpelah. Banyak lagi lelaki kat dunia ni. Aku pasti akan jumpa seseorang satu hari nanti. Wati, Chayok! Gambatte kudasai! Aja aja! Mulakan hidup baru!
Wati berjalan ke fakulti tiba-tiba… “Wati!” Wati menoleh. Fazrul? Apa dia buat kat fakulti aku, ni? Fazrul mendekati Wati sambil tercungap-cungap.
“Apesal ko berlari-lari,ni?” tanya Wati. Nak ketawa dia melihat muka Fazrul yang kemerahan menahan penat. Fazrul melepaskan kepenatannya. Wati menghulurkan air mineral kepada Fazrul. Fazrul lantas mengambil dan meneguknya. Fuh! Baru lega. Wati menggelengkan kepalanya. Macam-macam hal budak mamat ni. “Apesal ni?” tanya Wati lagi.
“Aku ada satu benda nak bagitau ko!” kata Fazrul. Wati hairan. Pekehalnya?
“Benda apa? Penting sangat ke?” tanya Wati mendapat kepastian.
“Mestilah penting! Ini hal hidup dan mati.” jelas Fazrul beria-ia. Wati makin hairan.
“Apa dia?” Sedang Wati menunggu jawapan dari Fazrul, Fazrul melihat kawasan sekelilingnya. Dia perlu berhati-hati. Wati semakin hairan. Nape plak ngan budak ni. Pening sungguh aku. “Apa mende yang ko nak cakap kan ni, Arul? Apa yang ko cari, tu?” Jerit Wati. Fazrul meletakkan jari telunjuknya dibibir menyuruh Wati diam. Wati semakin tidak faham apa yang tak kena dengan Fazrul.
“Shhh…Jangan cakap kuat2. Gila ko kalo ada kawan2 Adrina kat sini. Mati aku!” jawab Fazrul berbisik. Wati terkejut. Adrina? Kenapa ngan minah tu?
“Apa yang ko nak cakapkan sebenarnya, ni?” tanya Wati acuh tak acuh. Dah naik muak dia dengan persoalan yang sama.
“Aku ade benda nak kasik tau ko!” Wati mengeluh.
“Yelah!Pebendenya!!!??” marah Wati.
“Err…Mulai dari hari ini, aku ngan ko dah tak leh berjumpa lagik!” jawab Fazrul. Wati terkejut. Kenapa plak ni?
“Kenapa?”
“Sebab Adrina dah cabar aku. Kalo aku sayangkan dia, aku kena putus hubungan dengan ko!” jawab Fazrul bersungguh-sungguh. Dia masih lagik memandang sekeliling. Wati terdiam.
“Kalo dah macam tu, kita putus ajelah!” balas Wati selamba. Fazrul terkejut. Dia hampir tidak percaya dengan kata-kata Wati terhadapnya.
“Apa maksud ko, Wati? Begitu senang ko nak putus kawan? Kita dah kawan hampir 7 tahun ko tau tak?!” bentak Fazrul tak puas hati.
Wati mengeluh. “Kalo ko rase ko lebih sayangkan Adrina dan ini cara untuk penyelesaiannya, aku tak kisah. Lagipun aku dah biasa.” jawab Adrina. Ya Allah. Apa dugaan yang Kau bagi ni Ya Allah. Lepas satu, satu… Di saat aku perlukan Fazrul, Kau bg dugaan ini padaku. Fazrul tersenyum sinis.
“Sudah aku jangkakan. Ko semakin mementingkan diri sendiri. Mentang-mentanglah dah jumpa abang kesayangan ko. Aku ko buang macam sampah. Memang kacang yang lupakan kulit betul ko ni!” marah Fazrul. Wati mengeluh. Kalau ikutkan hati mahu saja dia menjerit kesedihan. Mahu saja dia menangis sepuas-puasnya. Tapi dia kena tabah.
“Suka ati ko la apa yang ko nak cakapkan pasal aku, Arul. Aku dah tak peduli semua tu. Pergi la pada Adrina. Dia lebih memerlukan ko dari aku!” jelas Wati sedih. Fazrul senyum sinis. Dia bengang yang teramat sangat.
“Memang dia lebih perlukan aku. Mulai dari hari ini kita putus kawan. Aku doakan ko bahagia dengan abang kesayangan ko! Jangan ko telefon aku lagik!” Fazrul bentak lantas meninggalkan Wati yang pedih menahan perasaan. Tanpa dapat ditahan-tahan dia menangis di situ. Ya Allah! Aku telah kehilangan sahabat karib.Ya Allah! Apa perlu aku lakukan. Ko kuatkanlah imanku Ya Allah! Wati menangis semahu-mahunya.

‘Apa!!?? Ko dah putus kawan dengan Fazrul? Tapi kenapa? Kerana Adrina!!?’ tanya Halimah bertubi-tubi. Dia tak puas hati dengan keputusan yang dibuat oleh Wati.
‘Hanya itu yang bleh aku lakukan. Dia sayangkan Adrina. Dia perlu pilih antara aku dengan Adrina. So, aku tak nak peningkan kepala. Aku terus bg dia keputusan begitu. Aku tak tau apa yang harus aku lakukan, Ima.’ Wati menaip semahu-mahunya. Sudah hampir setengah jam dia bermain ym dengan Halimah. Halimah sekarang menyambung pelajaran dalam bidang perubatan di Ireland selama 3 tahun. Selepas itu dia akan pulang ke Malaysia untuk praktikal selama 2 tahun. Sudah hampir 1 tahun mereka tidak bersua muka sejak Halimah pergi ke Ireland setahun yang lepas. Nasib baik ada YM. Di YM inilah tempat dia meluahkan perasaan kepada sepupu kesayangannya itu.
‘Hmm.. habis apa yang ko nak buat lepas, ni? Ko tak nak jumpa dia? Bincang cara baik?’ Halimah bertanya. Wati mengeluh.
‘Dah terlambat. Aku try kol dia tadi langsung dia tak jawab. Aku rasa dia memang marah pada aku. Memang dia dah putuskan hubungan kami.’
‘Ko tak try cuba lagi, ke?’
‘Aku dah tak larat. Lagipun aku ada pride, Ima. Takpelah, mungkin ini dugaan aku kot. Aku kena sabar.’
‘Ermm…lupakan je la si Fazrul tu. Wat sakit ati je kalo pikir. Ha! Camne dengan abang Firdaus? Dia sihat? Lama tak dengar cite dia.’
‘Ko mesti terkejut dengar khabar ni.’
‘Terkejut? Haih!! Asyik berita yang mengejutkan je malam ni. Kenapa? Dia dah kahwin ke? Hehehe…’ teka Halimah.
Wati tersenyum. ‘Dia belom kawin tapi bakal kahwin tak lama lagik.’ Tanpa disedari air mata jatuh mengalir ke pipi. Wati tak bleh menahan kesedihannya itu.
‘Ha!? Dengan sape? Berita ni betul2 buat aku sakit jantung la plak!’
‘Aku tak tahu selama ni dia dah bertunang. Hampir 3 tahun. Hujung tahun ni dia akan kahwin. Dia soh aku ajak ko. Ko bila nak balik? Aku rindu sangat kat ko.’
‘Erm…aku tak tahu bila bleh balik. Kat sini melambak assignment aku nak kena setel. Kalo hujung tahun mesti time Krismas. So aku tak leh janji. Mungkin aku balik raya tahun depan kot.’ Wati mengeluh. Rindunya pada Halimah semakin membara. Kalau ko ada kat sini Ima, maunya aku peluk ko kuat2. Aku nak nangis sepuas-puasnya dibahu ko. Aku tak bleh nak tanggung masalah ni sorang2. Malam itu mereka berdua berbual2 sampai ke pagi. Wati dapat melupakan masalahnya bila berborak dengan Halimah. Dia gembira sangat bertukar idea dengan Halimah.

Esoknya Wati ke PKNS seorang diri. Dia perlu memberi barang keperluan. Tanpa disengaja dia terserempak Fazrul dengan Adrina. Mereka berjalan sambil berpimpin tangan. Wati memanggil Fazrul.
“Arul!!” Wati berlari kearah mereka. Fazrul dan Adrina menoleh. Fazrul memandang tajam kearah Wati. Adrina hanya tersenyum sinis.
“Ko nak apa!?” tnya Fazrul acuh tak acuh.
Wati hanya tersenyum walaupun dia tahu senyumannya itu pastinya tidak akan mendapat balasan. “Korang buat apa kat sini?”
“Cuci baju! Kenapa?” Adrina menjawab. Sengaja dia memeluk erat Fazrul. Huh! Nak kasik aku cemburu la tuh! Wati menjeling.
“Ko nak apa? Kalo takde pape nak cakap, kitorang nak blah.” jawab Fazrul tegas. Dia langsung tak pandang muka Wati. Rasa benci yang teramat sangat menyelinap disegenap pelosok hatinya.
“Ko masih marahkan aku, ke?” Wati mendapat kepastian.
Adrina menyampah tengok Wati. “Sayang, I tiba-tiba rasa panaslah! Jom la kita pergi.” ajak Adrina manja. Meluat Wati tengok. Fazrul hanya mengangguk lantas meninggalkan Wati terpinga-pinga. Dia dah malas nak berborak lama dengan Wati. Semoga ko bahagia Wati. Wati diam. Tanpa dapat ditahan air mata mengalir ke pipi. Ya Allah, tabahkanlah hatiku.

Wati hanya duduk termenung. Sementara menunggu hujan berhenti di luar PAS dia duduk menunggu di dalam. Dia tak tahu hendak ke mana lagi. Hatinya rasa sedih yang teramat sangat. Kalaulah aku ada kuasa, mau aje aku rombak balik masa. Aku nak tarik balik kata-kata aku. Fazrul, baru aku tahu…aku tak bleh hidup tanpa ko.
Wati bangun dan tanpa disedari dia terlanggar seseorang.
“Sorry!” kata lelaki itu gelabah. Wati hanya tersenyum tawar. Lelaki itu memandang Wati. Eh? Macam kenal budak ni. Comel orangnya. “Err…awak tak pape?” dia bertanya lagik.
Wati menggeleng. “Tak. Saya tak pape.” Wati membetulkan tudungnya.
Lelaki itu tersenyum mengangguk. “Nama saya Ariel. Awak sape nama?” budak lelaki itu menghulurkan tangan untuk bersalam. Wati hanya tersenyum lantas meninggalkan lelaki itu.
Ariel tidak putus asa. Diekori Wati sampai ke pintu utama PAS. Hujan masih turun lebat. “Saya pelajar UiTM jugak. Amik kos civil engineering. Rasa macam pernah jumpa awak. Tapi saya tak ingat lah!” kata Ariel peramah.
Wati memandang lelaki itu. Muka hensem. Macam Zed Zaidi. “Kalo tak ingat, takpelah! Saya ada hal. Sori, ok!” balas Wati tegas lantas berlari mengharungi hujan. Lelaki itu tersenyum. Susah jugak nak tekel budak ni. Hmm…cabaran baru nih!
“Woit, Ariel! Sape budak pompuan, tu?” Azam bertanya.
“Entah? Tapi aku rasa macam aku pernah jumpa dia.” jawab Ariel mengingati sesuatu. Saper dia, ye? Kat mana aku pernah jumpa dia?

0 orang beri kritikan::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...