RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Jumaat, 31 Oktober 2008

Antara cinta, kasih dan sayang 6

BAB 6

Habis kelas Wati segera ke pondok telefon. Call daripada abang Firdaus tak dapat diangkat sebab masih lagi di dalam kelas. Takut tak pasal-pasal kena marah dengan Pn Habibah. Naya je. Wati menekan nombor telefon Firdaus.

“Hello?” kedengaran suara Firdaus dari corong sana.

“Hello, abang. Ni Wati” balas Wati.

“Wati! Wati kat mana?” tanya Firdaus.

“Wati kat kampus lagi. Kenapa abang kol Wati tadi?”
Kedengaran Firdaus mengeluh. Wati bimbang. Kenapa dengan dia?

“I need you, Wati. Boleh tak temankan abang sekarang? Ada benda yang abang nak cakap”
Wati terkejut. Teman? Ada benda nak cakap? Benda apa? Sekarang ke? Tapi pukul 2 nanti aku ada kelas akaun. Macam mana ni? Nak pergi ke tak? Nak pergi tak nak. Nak pergi tak nak. Tak payahlah!

“Ok! Nak jumpa kat mana?” Aik? Lain hati aku cakap lain pulak mulut aku jawab. Adus Wati.. Kenapa la dengan kau ni?

“Thanks sayang. Kejap lagi abang ambil Wati kat fakulti Wati, ok?” Firdaus gembira.

“Ok. Wati tunggu kat depan lobi. Bye.” Setelah meletakkan gagang Wati mengeluh. Aku ada kelas petang nanti. Takkan aku nak ponteng? Akaun pula tu. Takpe Wati. Abang Firdaus perlukan aku. Sekali ni je aku ponteng. Nanti pandai la aku mintak excuse dengan Pn. Shakira. Wati mendapat idea. Dia terus berlalu.

*****************************

Di Plaza Alam Sentral…
Firdaus diam membisu sambil menyedut air minumannya. Wati hanya memandang Fidaus hairan. Hai…dah setengah jam kat sini diam pulak mamat ni. Tadi nak sangat cakap sesuatu pada aku. Apa problem dia sebenarnya? Buat aku tertanya-tanya pulak.

“Err…tadi abang cakap nak beritahu sesuatu pada Wati. Apa dia?” tanya Wati memulakan perbualan. Firdaus hanya tersenyum tawar. Dia tunduk. Hai, tunduk pulak. Kenapa dengan abang kesayangan aku ni? “Err…abang ada problem, ke?” Wati masih lagi bertanya.

“Abang sedih la Wati” Firdaus tunduk lantas tangannya memicit-micit straw. Wati terkejut. Patutla muka dia takde semangat je. Apa masalahnya dia ni?

“Abang ada masalah apa? Kalau abang ada masalah, share la dengan Wati. Mana tau, kalau Wati mampu, Wati boleh tolong abang” ujar Wati kasihan. Tiba-tiba Wati kedengaran Firdaus tersedu-sedu. Dia menangis. First time dia melihat lelaki menangis di hadapannya. Wati gelabah. Lantas dia mengambil tisu di dalam begnya.

“Abang…abang…” Firdaus tidak dapat berkata apa-apa. Tangisnya melebihi dari apa yang ingin dicakapkan. Wati menghulurkan tisu kepada Firdaus. Firdaus mengambil lantas dikesatnya hidung.

“Apa masalah abang sebenarnya?” Wati masih lagi menunggu.

“Abang baru putus tunang Wati!” Wati terkejut. Kata-kata Firdaus betul-betul memeranjatkannya. Abang putus tunang? Abang Firdaus dah bertunang? Kenapa aku tak tahu? Kenapa abang Firdaus tak bagitau aku? Wati terdiam. “Abang sayangkan dia, Wati. Abang tak boleh hidup tanpa dia. Dia la satu-satunya gadis impian abang. Dia first love abang, Wati. Abang sayangkan dia!” kata Firdaus bertalu-talu buat Wati tergamam. First love? Kiranya selama ini abang Firdaus tak pernah menyintai aku? Kiranya selama ini dia anggap aku siapa? Adik? Ya Allah, apa dugaan yang Kau berikan ini Ya Allah?

“Wati!” Firdaus menggengam tangan Wati. Air matanya masih lagi mengalir membasahi pipi. Wati terkedu. Begitu peritnya abang Firdaus lalui semua ini. Tapi aku… “Abang rasa macam tak nak hidup je. Abang dah kehilangan segala-galanya, Wati. Abang dah kehilangan dia! Apa abang perlu buat?” tangannya semakin erat menggengam tangan Wati. Wati masih lagi terdiam. Dia tak boleh terima kenyataan.

************************

Malam itu Wati menangis sepuas-puasnya. Hatinya terluka. 7 tahun penantiannya selama ini sia-sia. Rupa-rupanya selama ini dia hanya bertepuk sebelah tangan. Orang yang disayanginya mencintai orang lain. Dan dia…dia…ahhhh… Wati menjerit sepuas hati dalam biliknya sambil ditekup dengan bantal. Dia tak sanggup menanggung derita. Lelaki yang disayanginya bukan milik dia lagi.

************************

Besoknya Wati bertemu dengan Farah bekas tunang Firdaus. Dia mesti menyelesaikan masalah mereka berdua. Walaupun Firdaus tidak menyintainya tetapi dia perlu berkorban demi orang yang dia sayangi.

Wati menunggu Farah di sebuah restoran makanan Thai. Sedang dia mengelamun..
“Awak Wati, ke?” Wati terkejut lantas memandang gadis itu. Orangnya cantik. Ramping. Berambut panjang paras bahu. Berkemeja merah jambu dan berskirt labuh. Menyerlahkan keayuan dan kesopanannya. Wati bangun dan tersenyum. Dia menghulurkan tangan untuk bersalam. Farah tersenyum lantas membalas huluran tangan. Wati menjemputnya duduk. Farah duduk di hadapannya.

“Akak nak minum apa?” pelawa Wati. Farah tersenyum.

“Fresh orange je la.” Selesai sahaja membuat pesanan, Wati memandang semula ke arah Farah. Farah memang lawa orangnya. Patut la abang Firdaus begitu menyayangi gadis ini. Berkulit kuning langsat. Jauh bezanya dengan dia yang hitam manis. Mereka berdua memang sama padan.

“Erm…ada apehal Wati ajak akak keluar ni?” tanya Farah kehairanan. Pertama kali dia berjumpa gadis ini. Gadis yang bergelar Wati. Orangnya comel dan manis. Berbulu mata dan kening yang lebat dan hidung yang mancung. Farah tersenyum.

“Akak bekas tunang abang Firdaus, kan?” tanya Wati mendapat kepastian. Farah terkejut. Jadi…dia adalah Haswati? Adik kesayangan Firdaus?

“Adik ni Haswati? Adik kesayangan Firdaus yang telah putus hubungan sejak 7 tahun yang lalu?” tanya Farah tanpa menjawab pertanyaan Wati terlebih dahulu. Wati terkejut. Kiranya abang Firdaus ingat aku sampai sekarang? Dia hanya menganguk. Farah mengeluh. “Dia selalu cerita pasal Wati.” Cerita pasal aku?

“Kenapa kakak putus hubungan dengan abang Firdaus?” Wati cuba ubah topik. Farah tersenyum tawar. Dia tunduk.

“Takde jodoh” jawab Farah pendek.

“Kenapa? Hampir 3 tahun akak dengan abang Firdaus bertunang. Kenapa perlu putus? Tak ke akak rasa sayang?” Wati cuba mempertikaikan.

Farah memandang wajah Wati. “Kami takde persefahaman lagi, Wati. Lagipun akak dah tak cintakan dia.” Huh! Begitu senang kak Farah cakap macam tu. Mustahil! 3 tahun bertunang baru sekarang dia katakan dia tak cintakan abang Firdaus?

“Tapi kenapa, kak? Apa dosa abang Firdaus?”

“Sebab dia sukakan Wati!” Wati terkejut. Apa yang Kak Farah merepek ni!? “Sebab dia sukakan Watilah, akak mengambil kata putus. Akak tak nak memendam perasaan sorang-sorang” Farah mengalirkan air mata. Wati terdiam. Dia menghulurkan tisu kepada Farah. “3 tahun, dik. 3 tahun akak was-was dengan cinta dia kepada akak. Dan selama 3tahun jugak dia selalu ceritakan pasal diri Wati pada akak. Pada awalnya akak boleh terima tapi bila dah kerap sangat, akak tak sanggup lagi dik. Akak bertahan selama ni sebab akak yakin dia takkan berjumpa dengan adiknya. Tapi sejak 2 minggu yang lalu, dia katakan yang dia telah bertemu dengan Wati. Dan selama 2 minggu akak fikir. Akak perlu berkorban. Akak bukan orang yang dicintainya. Setiap kali dia ceritakan pada akak pasal Wati, akak dapat tahu dia betul-betul berharap dapat menemui adik kesayangan dia. Walaupun telah banyak kali dia katakan yang dia tak menyintai Wati tapi akak, akak tak percaya. Akak tak sanggup lagi, dik. Matanya menceritakan segalanya pada akak” jelas Farah tersedu-sedu. Wati diam. Tidak! Abang tak cintakan aku. Dia cintakan kak Farah.

“Tapi perkenalan akak dengan abang Firdaus takkan disia-siakan? Abang Firdaus tak cintakan saya, kak. Dia lebih cintakan akak. Semalam dia kurang bersemangat bila dia mengatakan yang akak nak minta putus tunang” Wati berbohong.

“Tapi Wati cintakan abang Firdaus,kan?” Wati memandang ke arah Farah. Dia terkejut. Ya! Memang aku cintakan abang Firdaus. Cinta yang teramat sangat! Wati ketawa kecil.

“Takdelah, kak. Wati dah anggap abang Firdaus macam abang kandung Wati sendiri. Memang kami sering bergurau. Tapi gurauan kami tak lebih dari seorang adik dengan abang. Lagipun…lagipun…” Wati cuba berbohong lagi…

“Lagipun apa, dik?” tanya Farah.

“Wati dah ada pakwe. Tak lama lagi kami juga akan bertunang” ujar Wati. Dia tak berani memandang wajah Farah. Aku perlu berkorban demi abang Firdaus dan kak Farah. Aku tak boleh mementingkan diri aku. Farah hanya mengeluh.

“Jadi kiranya selama ni akak dah salah faham?” Farah tunduk sambil mengesat air matanya. Dia kembali tersenyum.

“Kembalilah kepada abang Firdaus, kak. Dia lebih memerlukan akak sekarang.” rayu Wati. Dia menggenggam erat tangan Farah. Farah hanya mengangguk senyum. Wati membalas senyuman walaupun hatinya saat itu terasa perit dan pedih. Inilah pengorbanan terbesar yang perlu aku lakukan. Demi dua hati yang suci aku perlu satukan.

****************************

Malam itu Firdaus meluahkan perasaan gembira kepada Wati. Dia mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Wati. Dia juga mengatakan bahawa mereka akan berkahwin hujung tahun ini. Wati hanya ketawa. Dia juga bersyukur. Biarlah. Asalkan abang Firdaus bahagia, aku pun turut bahagia. Biarpun pedih untuk ku telan. Aku kena terima kenyataan bahawa selama ini cintaku hanya bertepuk sebelah tangan. Aku perlu memandang ke depan. Mulakan hidup baru walaupun sukar untuk kulupakan kenangan silam.

0 orang beri kritikan::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...