RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Jumaat, 31 Oktober 2008

Antara cinta, kasih dan sayang 5

BAB 5

Dalam kelas..

“Ok, kelas. Jumpa minggu depan. Assignment pastikan siap minggu depan. Saya nak tengok. Ok, kelas bersurai.” Puan Hairani menamatkan kelas. Fazrul mengemas bukunya dan meletakkan ke dalam beg. Pelajar-pelajar lain telahpun meninggalkan kelas. Hari ni dia takde semangat. Adrina yang perasan dengan perubahan Fazrul segera mendekatinya.

“Sayang!” Fazrul menoleh. Dia tersenyum tawar. “What’s wrong with you? Did you have a problem? Jom! Kita pergi lunch.” Fazrul menggelengkan kepala.

“Nope, sayang. I’ve something to do. I’ve got to go. Sorry!”

Dia segera keluar meninggalkan Adrina. Panggilan Adrina tak diambil peduli. Hari ni dia takde mood nak berborak dengan sesiapa. Malam semalam buat dia rasa sakit hati. Panggilan Firdaus meninggalkan kesan yang amat mendalam. Fazrul takut. Takut kehilangan Wati satu hari nanti. Tiba-tiba mesej hansetnya berbunyi. Fazrul membaca.

What’s wrong with you, sayang? I've tried to help u but you do this to me!
I bengang dengan you. Blah macam tu je. I have a pride you know. Sudahlah!
I malas nak layan you. Bye!


Fazrul mengeluh. Merajuk lagi. Sorry, sayang. I takde mood nak layan sesiapa sekarang ni. Fazrul segera bergegas ke motor RXZ kesayangannya. Dia perlu berjumpa dengan Wati di PTAR 1. Pasal Adrina tu bila-bila dia boleh setelkan.

***************

Di PTAR 1…
Fazrul meletakkan helmetnya di loker. Dia segera ke tingkat satu. Kelihatan Wati sedang busy membaca buku. Fazrul mendekatinya lantas duduk di hadapan Wati.

“Uiks! Awal kau hari ni? Selalunya lambat setengah jam.” perli Wati sambil tersenyum sinis.

“Dah la. Tak payah nak perli aku pulak.” Fazrul mengeluh kepenatan. Wati menutup bukunya. Dia memandang muka Fazrul yang nampak kepenatan.

“Kau berlari, ke?” tanya dia hairan. Fazrul mengangguk lemah. Wati hanya menggeleng. Terus dia bangun. Fazrul hairan. Apesal pulak ni??

“Jom!” ajak Wati sambil menghulurkan tangan. Fazrul hairan.

“Nak kemana?”

“Ke Café la. Kesian aku tengok kau ni. Penat semacam je.”

“Kata nak study sama-sama.”

“Sat gi la. Kita pi lunch dulu.” Wati meninggalkan Fazrul. Fazrul mendengus lantas mengekori Wati.

Mereka duduk di hujung kedai makan. Selepas order masing-masing melayan perasaan. Wati memandang Fazrul yang sibuk membaca sms. Dia senyum. Mesej abang Firdaus semalam betul-betul buat hatinya berbunga-bunga.

Good nite. Sweet dream. 

“Wati! Esok kita pi KL sat.” ajak Fazrul tapi Wati sibuk melayan perasaannya. Dia mengeluh. Minah ni melayan perasaan betul.

“Wati!!” panggil Fazrul sekali lagi. Kali ni dia meninggikan sedikit suaranya agar Wati sedar. Wati terkejut.

“Kau ni! Tak boleh panggil nama aku perlahan sikit, ke? Buat sakit jantung je!” marah Wati. Dia menutup mesejnya. Tiba-tiba nak tengking aku. Hilang mood btol.

“Aku panggil kau, bukan kau dengar. So aku tinggikan la suara aku. Sibuk melayan perasaan!” Fazrul mendengus. Wati menjeling. Sakit hati dia.

“Apesal?”

Fazrul memandang Wati. Dia serba salah. “Aku minta maaf, ok. Aku nak ajak kau keluar pergi KL esok. Jomlah!” Wati diam. Lama dia berfikir. Fazrul semakin serba salah. “Kau marah aku, ke? Sorry la!”

“Aku malaslah. Aku nak setelkan assignment esok. So aku malas nak keluar. Kay ajak la orang lain. Adrina? Diakan awek kau. Lebih prefer dia yang temankan kau pergi.” Wati hanya memandang gelasnya diletakkan oleh pelayan di hadapan mereka.

Setelah pelayan pergi Fazrul menyambung semula. “Aku nak ajak kau bukan dia. Lagipun dah lama kita tak keluar bersama pergi KL.” Wati menyedut perlahan air milo aisnya. Dia masih lagi diam. Fazrul mengambil gelas fresh orennya lantas disedut. Hilang rasa hausnya sejak tadi.

“Tengoklah macam mana. Aku tak janji. Lagipun abang Firdaus kata nak ajak aku keluar hujung minggu ni. So aku nak jimat duit. Kau tahu la. Aku bukan dari keluarga kaya macam kau. Habis duit boleh minta kat mama papa kau” ujar Wati. Fazrul mendengus.

“Aku belanja la kau. Semua tambang bas, LRT, makan dan lain-lain aku belanja. Kau cuma teman aku keluar je. Please” pinta Firdaus berharap. Wati hanya tersenyum. Mamat ni kenapa lain macam je? Selama ni aku tolak dia no hal je. Kata nak ajak Adrina. Sah! Mesti dia bergaduh dengan Adrina ni. Entah apa-apa la depa dua orang ni. Bergaduh merajuk cari aku. Adusss…

***************

Besoknya seperti biasa Wati mengikut Fazrul ke Plaza Low Yat. Macam-macam yang Fazrul beli. External Hardisk, ram 516mb dan tv card. Tak larat minah tu nak ikut bontot si Fazrul.

“Kita pergi kedai tu kejap” ajak Fazrul sambil menarik tangan Wati. Wati mengeluh. Dia rasa penat sangat. Fazrul melihat bermacam-macam jenis speaker, mouse dan barang-barang komputer yang lain. Wati menggelengkan kepala. Shopping mengalahkan perempuan.

“Banyaknya kau nak beli, Arul! Aku dah penat dah ni. Kita berehat sekejap” keluh Wati lantas sengaja direnggang-renggangkan tangannya. Fazrul ketawa.

“Tula. Tak nak exercise. Baru jalan sikit dah penat. Tengok cam aku. Tiap-tiap petang main bola sepak, tau tak” perli Fazrul. Wati menjeling. Dia malas nak bergaduh dengan Fazrul. Sepatah dia kata sepuluh patah Fazrul membalas. Wati hanya mendiamkan diri dan ikut sahaja kemana Fazrul pergi. Kadang-kadang naik bosan pulak dia. Sedang Fazrul asyik membelek barang computer, Wati mendekati Fazrul.

“Aku nak pergi call kejap” ujar Wati meminta izin. Fazrul syak mesti dia nak call Firdaus. Dia diam.

“Alah. Nanti-nanti la. Aku belek tak lama ni” balas Fazrul menentang. Wati membulatkan matanya.

“Nak call pun tak boleh? Dah la. Kau tunggu sini. Aku nak ke public phone. Sat gi aku datang” Wati meninggalkan Fazrul yang terpinga-pinga. Fazrul mengeluh. Kenapa la aku ni. Nak kongkong dia pulak. Dia bukan awek aku. Fazrul…Fazrul…Kenapa dengan kau ni?

Tiba-tiba…truuuuuuuttt.. Fazrul melihat hansetnya. Adrina?

"Helo"

“Helo, sayang. What are you doing right now?” kedengaran suara manja Adrina. Fazrul mengeluh.

“I kat Low Yat la. Beli hardware.” Jawab Fazrul acuh tak acuh.

“What? Kenapa tak ajak I?”

“I terlupa. Lagipun I keluar dengan Wati. Dia pun nak beli barang juga. That’s why I ajak dia sekali” bohong Fazrul. Adrina diam.

“Erm..ok. See you tomorrow. Send my regard to Wati, ok. Bye. Muuuaaahh!!” Wati segera menamatkan talian. Fazrul mengeluh. Merajuk lagi la si Adrina ni. Aduss…

“Adrina call, ke?Hehe..” Fazrul terkejut. Gadis itu datang secara tiba-tiba. Wati ni!!!

“A’ah. Dia kirim salam” jawab Fazrul pendek.

“Waalaikumsalam. Nampaknya cemburu lagi la dia” perli Wati. Fazrul memandang tajam ke arah Wati. Lantas dia segera meninggalkan Wati dan ke kaunter bayaran. Wati senyum sinis.

***************

Malam tu Fazrul mengajak Adrina keluar. Gadis tu berdiam diri. Fazrul mengeluh lantas menggengam tangannya. Adrina tidak membalas.

“What’s wrong with you girl? Are you still mad at me?” pujuk Fazrul. Adrina menjeling. Kesan marahnya kepada Fazrul masih tidak hilang dari petang tadi. “Ok. I’m so sorry. I forgot to tell you about that. I’m so sorry ok? Ok I promise. After this, I will tell you everything that I'm going to do!” Fazrul berjanji sambil mengangkat tangan bersumpah.

Adrina memandang Fazrul. “You promise?” Fazrul mengangguk. Adrina tersenyum gembira.

“Ok. Your apology accepted but with one condition.” What? Syarat apa pulak.

“Apa dia?”

“You must avoid Wati. I don’t want you to close with her again. Will you?” Fazrul terkejut. Dia terdiam.

Macam mana ni? Adakah aku perlu ikut kata-kata Adrina? Tapi aku sayangkan dia dan aku tak boleh lepaskan Wati. Aku rasa aku mula sayangkan Wati juga tapi…aaaahhhhh… Apa yang aku fikirkan ni? Apa perlu aku buat? Wati or Adrina? Ya Allah tolonglah hambamu ini.

0 orang beri kritikan::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...