RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Jumaat, 31 Oktober 2008

Antara cinta, kasih dan sayang 4

BAB 4

Tahun 2003..
“Ooo…kisah demam la sekarang ni!!?” Zaki ketawa.

“Kisah demam?” Fazrul menggaru kepala tidak faham.

“Yelah..sebab demam korang jadi kawan baik sampai sekarang. Hahaha… Siapa yang demam? Kau ke dia?” Zaki cuba membuka rahsia.

“Banyaklah kau nak tahu! Dah la..aku nak main PS2. Jom!!” Lebih-lebih pulak mamat ni. Kang aku cepuk kang.

“Hahaa…jangan lepas ni kau demam cinta sudah la. Hahahha..!!” Zaki meninggalkan Fazrul dengan seribu pertanyaan. Demam cinta? Fazrul mendiamkan diri. Aku dengan Wati? Aaahhh!! Merepek betul budak Zaki ni!

*****************

Wati mengemaskan barangnya. Hmm..pukul 12 nanti aku dah janji dengan Fazrul tunggu dekat stesen bas. Cuti midterm baru je habis. Esok dah mula kuliah. Aduh…malas betul nak balik. Tiba-tiba pintu bilik diketuk…Tuk!Tuk!Tuk!

“Masuk!” kelibat ibunya dari celah pintu.

“Wati dah habis kemas?” ibunya mendekati Wati sambil menghulurkan dua bekas tupperware. “Ni untuk kamu dengan Fazrul.”

Wati menyambut huluran dan membelek tupperware tersebut. “Mak masak apa ni?”

“Mak buat kuih keria kesukaan kamu dengan Fazrul la. Tu bawak untuk makan dalam perjalanan nanti. Takdelah korang kelaparan.” Ibunya duduk bersimpuh di hadapannya. Wati tersenyum.

“Terima kasih la, mak. Susah je mak buat kuih ni untuk cek.” Wati memasukkan bekas plastik itu ke dalam beg kertasnya. Dia kembali melipat baju.

“Alah..mana dok susahnya. Kamu kan anak kesayangan mak. Ayah kamu sat gi balik la. Nanti dia hantar kamu kat bas stop hujung kampung tu ha. Sampai kat stesen bas Butterworth, kirim salam kat Fazrul na?”

“Insya’allah, mak”

***************

Di stesen bas Butterworth…
Fazrul membelek jam tangannya. Mana pulak si minah nih. Dah nak dekat kul 12.30 dah ni. Kang bas jalan naya je. Fazrul susah hati. Dia masih lagi mencari kelibat Wati. Zaki datang sambil membawa secawan air yang dibeli di gerai kecil hujung stesen.

“Nah!” Zaki menghulurkan secawan air tebu kepada Fazrul. Fazrul mengambil. Hatinya keresahan. “Mana awek kau ni Rul? Dari tadi aku tak nampak batang hidung dia?” Zaki mencari kelibat Wati di sebalik orang ramai.

“Awek? Awek aku kat KL la. Entah-entah tengah tidur sekarang!” jawab Fazrul selamba. Zaki meluku kepala Fazrul. Fazrul menjerit kecil. Dia menggosok kepalanya yang sakit.

“Bukan awek kau si Adrina tu. Si Wati tu, ha! Bodoh betul!” perli Zaki sambil menggigit straw.

“Cakaplah Wati. Hampeh betul kau ni. Tak pasal-pasal luku kepala aku. Sakit tau tak!” marah Fazrul. Zaki ketawa.

“Padan muka kau! Mana Wati!?”

“Entah!? Manala aku tahu! Aku pun hairan gak. Selama ni tak pernah pulak dia lambat. 12.40 bas dah nak bertolak dah ni.” Fazrul berulang-alik. Disamping tu sempat juga dia melihat jam. Sudah hampir pukul 12.40. Bayang Wati masih lagik tak nampak. Minah ni spoiled la!

10saat selepas itu.

“Woit!!!!” Wati menepuk bahu Fazrul. Mereka berdua terkejut. Wati tersengih lantas dia segera meletakkan beg pakaiannya ke dalam tempat letak beg. Fazrul pucat. Dia mencekak pinggang.

“Ko kemana..”

“Shhh…!!!” Wati meletakkan jari telunjuk ke bibirnya. “Kita dah lambat. Kau nak membebel kat atas ye? Jom, kang marah pakcik drebar bas nih!Ok, chow Zaki. Kirim salam kat Mimi, ye? Tak sempat nak borak panjang dengan kau. Sorry. Aku naik dulu, ye.Bye..”

Setelah bersalam dengan Zaki, Wati segera naik ke atas. Zaki hanya menggeleng tersenyum. Fazrul bengang.

“Aku blah dulu la. Kirim salam kat mak kau and Mimi ye?” Fazrul menghulurkan tangan untuk bersalam.

“Yelah. Take care. Jaga awek kau tuh! Hehehe..” Mereka berpelukan. Fazrul segera naik ke atas.

“Sebelum tu..Wati bukan awek aku ye!!? You better watch out!!” Fazrul memberi amaran lantas menaiki tangga bas. Zaki ketawa. Bas mula berjalan. Mereka melambaikan tangan selamat tinggal kepada Zaki.

****************

Dalam perjalanan..mereka berdua mendiamkan diri. Masing-masing melayan perasaan. Fazrul memandang Wati yang sibuk mendengar walkmannya. Dia mengeluh. Terasa bosan. “Wati!!” Fazrul menggoncangkan tangan Wati. Wati terkejut lantas memandang ke arah Fazrul. Dia menanggalkan handfree walkmannya di sebelah kanan.

“Apehal?” Wati memandang tepat ke mata Fazrul. Fazrul mengeluh.

“Aku bosan la. Borak la dengan aku. Asyik dengar walkman je kau ni. Dari butterworth sampai dah masuk highway kau langsung tak cakap dengan aku. Apesal?” Wati ketawa.

“Kau nak aku buat apa lagi? Nak bermanja-manja dengan kau? Baik kau tidur je. Hilang bosan kau tu. Aku tengah syok dengar lagu ni!” Wati menyambung semula mendengar lagu.

“Kau dengar lagu apa? Aku tak ngantuk lagi arr…”

“Era rentak muzik terkini. Sekarang ni lagu jujur. Best siot!” Wati menunjukkan ibu jari ke arah Fazrul. Fazrul mendengus.

“Borak la dengan aku. Aku bosan sangat-sangat ni!!” Wati buat dono. Masih sibuk mendengar lagu. Kadang-kadang tu terdengar dia menyanyi sendirian. Fazrul kecewa. Dia cuba untuk menutup mata tapi tak boleh. Dia masih belum terasa mengantuk. Fazrul memandang ke arah Wati yang sibuk melayan perasaan. “Bak sini sebelah handfree ko. Aku nak join dengar gak!!” Fazrul menarik handfree Wati.

“Ish! Kau ni…kacau la!” Mereka mendengar bersama-sama… Tiba-tiba.. truuuuuuut… Fazrul mencari hansetnya di dalam poket seluar. “Erm…Adrina call la tu!” Wati menyambung mendengar walkman. Malas dia nak mendengar adegan manja antara Fazrul dengan Adrina.

“Hello, sayang.”

“Sayang ada kat mana?” tanya Adrina manja.

“I kat Penang lagi. Bas gerak 12.40 tadi.” jawab Fazrul. Sekilas matanya mengerling ke arah Wati. Wati di sebelah dah menjeling tajam. Menyampah dia tengok.

**************

3 jam selepas itu…bas express berhenti di perhentian Sungai Perak. Mereka berdua berjalan ke arah kedai makan.

Di kedai makan..Wati melihat lauk. Semuanya membuka selera dia.

“Wah! Nampak macam sedap giler lauk-lauk ni. Tak tau nak pilih yang mana. Rambang mata aku ni!” Wati segera mengambil nasi yang dihulurkan pelayan.

“Kalau dah kebulur tu… ambil je la semua lauk kat sini. Habis cerita.” Fazrul sengaja memerli. Wati menyiku Fazrul.

“Giler kau! Mahu bankrupt aku nak bayar!” ngomel Wati. Fazrul ketawa.

Mereka memilih tempat yang hujung berhampiran dengan sinki.

Selesai makan… “Rul, kau tau semalam aku mimpi siapa?” Wati mulakan perbualan setelah kekenyangan. Fazrul masih lagi menghabiskan sisa makanan yang terakhir.

“Kau mimpi siapa?” Fazrul selamba bertanya. Entah siapa pulak yang dia mimpikan ni. Dasar gatal betul. Nasib baik kau ni comel.

“Aku mimpi abang Firdaus la!!”. Tersedak Fazrul bila mendengar kata-kata Wati. Dia terbatuk kecil. Wati menggelabah lantas menghulurkan tisu kepada Fazrul. “Kau ok ke tak, ni?” Fazrul mengambil lantas dikesatnya mulut.

“Ok..ok! Aku ok!” Fazrul terbatuk kecil.

“Tu la. Makan tu bersopan la sikit. Ni aku tengok mengalahkan aku je!” Wati gelak kecil memandang gelagat Fazrul. Fazrul mengurut dadanya.

“Dah kau yang buat aku tersedak! Teruk betul kau ni.” Dia masih lagi mengesat mulutnya. Wati ketawa.

“Sorry, ok!”

“Kenapa tiba-tiba kau termimpi abang kesayangan kau tu? Lama juga kau tak cerita pasal dia.” Fazrul menyedut air orennya hingga habis. Wati diam. Dia tunduk membisu. Sekilas itu kedengaran dia mengeluh kecil.

“Entah la. Aku rasa aku dah kembali rindukan dia, kot. Dah 7 tahun tak jumpa dia. Entah macam mana dia sekarang,kan?” Wati menguis-nguis tulang ikan dengan garpu.

“Entah-entah dah kahwin. Dah ada anak dah pun.” Fazrul meneka. Wati terkejut. Kahwin? Tak mungkin. Kalau dia dah kahwin… kenapa dia tak cuba beritahu aku? Dengar khabarnya pun dah takde. Adakah abang Firdaus telah lupakan aku terus?

Fazrul memandang muka Wati yang kehampaan. “Dah la. Tak guna kau ingat abang kau tu. Kalau betul dia sayangkan kau, dia takkan buat kau tertunggu-tunggu. Hantar khabar pun tak. Nampak sangat dia dah lupakan kau.” Fazrul bangun untuk membasuh tangan. Wati diam membisu. Betul ke dia dah lupakan aku? Tidak! Fazrul mendekatinya lantas mengambil sehelai tisu di atas meja. “Dah, jom blah. Kang kena tinggal bas pulak!” Fazrul bergerak untuk membayar. Wati hanya mengikut gerak Fazrul. Fikirannya masih lagi memikirkan kata-kata Fazrul. Dia kecewa.

Sedang dalam perjalanan ke bas…tiba-tiba dia terpandang kelibat seseorang. Wati memerhatikan betul-betul lelaki itu. Macam abang Firdaus. Lelaki itu sedang membayar wang untuk buahnya. Belum sempat Wati nak ke arah lelaki itu tiba-tiba. “Wati! Cepatlah!! Bas dah nak jalan dah tu!” Fazrul menjerit lantas menarik tangannya. Wati tiada pilihan. Terpaksa dia mengekori jejak Fazrul. Mereka berlari ke arah bas.

****************

Dalam bas, Wati diam. Fazrul mendengar walkmannya.
“Wah, best lagu Heart nih! Kau tak nak dengar ke, Wati?” Fazrul menghulurkan handfree ke arah Wati.

Wati menggeleng. “Kau dengar la. Aku takde mood.” Dia memandang ke luar tingkap. Wati mengeluh. Betulkah apa yang aku nampak tadi? Betul! Aku yakin lelaki yang aku nampak tadi abang Firdaus. Hati aku tak tipu. Dia dah lain sekarang. Dah semakin hensem. Dan sekarang dia nampak semakin matang dan bercermin mata. Badan dia pun agak berisi sedikit berbanding dulu. Di mana dia sekarang? Fazrul hairan melihat Wati. Dia menutup walkman Wati lantas diberikan kepadanya.

“Kenapa dengan kau ni? Macam tak bersemangat je?” Wati mengambil walkmannya lantas dimasukkan ke dalam beg. Dia tersenyum. Tiba-tiba bas membrek mengejut. Hampir kesemua penumpang menjerit. Wati hampir tersembam ke depan. Nasib baik dia segera memeluk Fazrul. Fazrul terpana. Lama jugak Wati memeluknya. Bau harum Lavender kepunyaan Wati menusuk ke hidungnya. Jantung Fazrul berdegup kencang. Wati sedar lantas segera meleraikan pelukannya. “Sorry, beb! Aku terkejut”. Wati malu. Pipinya kemerahan. Fazrul juga malu.

“It’s ok”

Semua penumpang bangun dan bergerak turun untuk melihat apa yang telah terjadi. Wati dan Fazrul pun ikut serta.

“Kenapa ni?” kedengaran salah seorang penumpang bertanya.

“Tayar bas tiba-tiba meletup. Terlanggar besi kat tengah jalan tadi.” jawab salah seorang penumpang. Wati dan Fazrul mendiamkan diri.

“Lama ke nak tunggu ni?” tanya penumpang bas yang lain kepada driver.

“Takpe. Dalam setengah jam. Kamu semua sabarlah. Saya baru call Plus minta bantuan” kata driver. Semua penumpang mengangguk dan menunggu di tepi jalan.

Wati duduk di sebelah Fazrul. Fazrul tiba-tiba rasa lain. “Erm..lambat lagi la kita nak sampai kampus.” Fazrul diam melayan perasaan. Wati memandang Fazrul. Hish! Orang tengah cakap dengan dia, sibuk melayan perasaan pulak. Wati mengeluh. Tiba-tiba sebuah kereta satria GTI berhenti di tepi jalan. Wati melihat kelibat lelaki yang keluar dari kereta itu. Dia terpana.

Lelaki itu mendekati mereka. “Awat ni?” tnya dia kepada salah seorang penumpang.

“Tayar bas pancit. Berlanggar dengan besi,” jawab salah seorang penumpang.

Wati masih lagi memandang lelaki itu yang bergerak ke arah driver bas. Fazrul pulak sibuk melayan perasaan. “Fazrul! Abang Firdaus!” Wati berkata ke arah Fazrul. Tapi kawannya itu sibuk melayan perasaan. Wati mendengus. Lantas dia segera meninggalkan Fazrul dan ke arah lelaki yang dikatakan Firdaus itu.

Disebalik orang ramai…
“Saya dah call Plus. Dalam 10 minit lagi depa datang la,” kata lelaki itu kepada driver. Mereka semua mengangguk lega.

“Terima kasih ye, encik…” kata-kata terhenti oleh driver..

“Firdaus. Panggil saya Firdaus” kata lelaki itu tersenyum. Sah! Dia abang Firdaus. Firdaus bergerak ke arah keretanya setelah bersalam dengan driver bas. Wati mengejarnya ke kereta.

“Abang Firdaus!” Wati memanggil. Firdaus menghentikan langkah dan menoleh. Wati mendekati lelaki itu. Memang tak syak lagi. Dia memang abang Firdaus. Firdaus memandang Wati kehairanan. Macam pernah jumpa dengan gadis ini tapi dimana? Wati tersenyum memandang Firdaus. Matanya berkaca.

“Abang tak ingat Wati lagi?” Firdaus memandang gadis itu. Wati?

“Wati? Awak Wati? Haswati Hamdani?” teka Firdaus. Wati mengangguk. Dia gembira lantas memeluk Firdaus. Lelaki itu terkejut. Semua orang memandang ke arah mereka. Fazrul yang tadinya melamun tersedar lantas memandang ke arah mereka berdua. Dia terkejut.

Eh? Siapa yang Wati peluk tu? Fazrul segera ke arah mereka. Wati meleraikan pelukannya. Dia termalu sendirian. Bodoh betul aku ni. Tak kawal diri langsung! Firdaus tersenyum.

Wati dan Fazrul mengekori Firdaus pulang ke Kuala Lumpur dengan menaiki keretanya.
“Wati apa khabar? Lama tak dengar cerita?” Firdaus memulakan perbualan setelah lama mereka mendiamkan diri. Fazrul yang berada di belakang hanya mendiamkan diri. Hatinya tiba-tiba rasa cemburu.

Wati senyum. “Wati sihat. Abang pulak?”

“Alhamdulillah!” jawab Firdaus ringkas.

“Mana abang pergi selama ni? 7 tahun tak dengar khabar berita?” Wati memandang Firdaus. Firdaus senyum. Dia memandang ke cermin pandang belakang. Kelihatan Fazrul bermasam muka.

“Abang tak kemana-mana”

“Kenapa abang tak tulis surat dekat Wati. Sejak abang habis SPM, abang terus hilangkan diri. Balik kampung pun tidak. Abang tak rindu kat Wati ke?” tanya Wati berjela. Dia masih sayangkan lelaki itu. Rindu dia pada Firdaus teramat sangat. Firdaus hanya tergelak kecil.

“Abang busy sayang. Abang teringin nak hantar surat pada Wati dan pulang ke kampung. Tapi abang tak berkesempatan” Firdaus menukar gear. Memandu kereta pada kelajuan yang sederhana.

“Abang tak rindu pada Wati?” soalan itu masih lagi ditanya. Wati ingin tahu sejauh mana rindu Firdaus terhadapnya. Adakah sama dengan rindu dia pada Firdaus? Fazrul mengeluh. Tak sanggup dia mendengar cerekarama di hadapannya. Dia cuba memejam mata. Cepatlah sampai Shah Alam.

“Of course la abang rindu. Wati dah lain sekarang. Dah makin lawa dan matang. Dulu Wati kecik je. Sekarang dah tinggi. Hehehe..”

“Mesti la. Waktu tu Wati baru sekolah rendah. Sekarang ni Wati dah berumur 19 tahun” jawab Wati malu. Firdaus ketawa. Begitu juga Wati. Fazrul di belakang hanya memendam rasa.

**********************

Sampai di Shah Alam…
Firdaus menghantar sampai di Pangsapuri Baiduri. Mereka berdua turun. Begitu juga Firdaus. “Bila mula kuliah?” tanya Firdaus sambil mengeluarkan beg pakaian Wati dari dalam bonet kereta.

“Esok, bang.” Wati mengambil beg pakaiannya yang dihulurkan oleh Firdaus.

“Jangan lupa call abang, ye? Nanti ada masa abang ajak Wati keluar, ok?” Wati angguk senyum. Hatinya berbunga-bunga. “Oklah Wati, Fazrul. Abang kejar masa sebenarnya ni. See you again. Bye” Firdaus melambaikan tangan dan segera masuk ke dalam kereta. Kereta mula bergerak dan meninggalkan perkarangan pangsapuri Baiduri. Wati tersenyum. Dia gembira sangat hari ni. Ehem! Fazrul berdehem.

Wati tersedar dari lamunan lantas memandang Fazrul.

“Gembira dapat jumpa abang?”

“Mimpi aku jadi kenyataan la Rul. Akhirnya aku dapat jumpa abang Firdaus” jelas Wati gembira. Beg pakaian ditarik. Mereka berjalan beriringan.

“Hensem juga abang kesayangan kau tu!”

“Hensem kan? Sebab tu aku tak boleh lupakan dia. Dia first love aku!” Fazrul tersenyum sinis. “Aku gembira sangat hari ni.” Wati tersenyum gembira. Tidak disangka doanya termakbul.

“Erm.. Esok nak pergi kelas pukul berapa? Aku hantar kau sekali?” pelawa Fazrul.

“Tak payah la. Aku boleh naik bas UiTM. Nanti kalau aku naik dengan kau, mahunya sedepa muncung si Adrina menahan jealous.” Fazrul terdiam. “Takpelah! Kita jumpa malam ni. Makan kat seksyen 2, ok?” ajak Wati.

“Kau nak aku ambil kau, ke?”

“Takpe. Aku tunggu kau kat sana pukul 8.30, ok. Aku chow dulu. Bye.” Wati meninggalkan Fazrul termangu sorang-sorang. Hai…apa la nasib aku. Kenapa aku rasa cemburu bila tengok kemesraan mereka berdua tadi? Aku dah jatuh cinta dengan dia, ke?? Tidak! Tak mungkin aku sukakan Wati. Dia bukan taste aku. Dan aku cuma anggap dia kawan saja. Ya Allah! Apa masalah hambamu ini?

****************

Wati menekan butang lif. Sebaik sahaja pintu terbuka seorang lelaki keluar dari lif dan melanggar Wati.

“Ouch!” buah limau yang dipegang Wati bertaburan di lantai.

“Ooopss!! Sorry!!” jawab lelaki itu. Dia segera meninggalkan tempat kejadian seolah-olah tergesa-gesa mengejar sesuatu. Wati hanya menggelengkan kepala. Macam-macam hal la orang-orang kat sini. Wati segera mengutip buah limau yang bertaburan di lantai. Butang lif terpaksa ditekan semula.

***************

0 orang beri kritikan::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...