RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Jumaat, 31 Oktober 2008

Antara cinta, kasih dan sayang 3

BAB 3

Tahun 1997..
Fazrul memandu motosikal RXZnya ke dalam sekolah. Huh! Anak YB, sesuka hati dia je nak buat apa. Fazrul mengunci motosikalnya. Dia bergerak ke kelas. Sedang dia khusyuk bersiul2 sambil berjalan tiba-tiba. KEDUMMMM!! Buku di tangan jatuh ke lantai. Fazrul memegang bahunya yang sakit. Adusss…

“Woi! Buta ke!!? Tak nampak jalan!?” marah Fazrul. Gadis itu berdiam diri lantas mengutip buku di lantai. Fazrul bengang. Budak perempuan ni memang nak kena dengan aku. Tiba-tiba dia mendapat satu idea. Lantas dia mengambil satu buku dan terus di ketuknya kepala gadis itu.

“Aww!!!” gadis itu menjerit lantas memegang kepalanya yang kesakitan. Dia memandang muka Fazrul marah. Fazrul buat dono je. “Kenapa dengan awak ni? Main-main pukul kepala orang???” marah gadis itu. Fazrul selamba buat-buat tak faham.

“Wati!!” gadis itu menoleh ke arah kawannya. Ooo.. Wati nama dia. Nama sedap, muka pun comel tapi perangai hancur! Hahahaha… Halimah mendekati mereka. “Fazrul, kenapa kau pukul kepala sepupu aku!?” Halimah mencekak pinggang. Fazrul pura-pura takut.

“Ooo..sepupu kau! Huh. Aku peduli apa!! Kau jangan ingat kau pengawas, kau boleh marah aku sesuka hati!! Jaga sikit sepupu kau ni! Jangan senang-senang nak langgar aku tanpa minta maaf!” Fazrul dengan bongkaknya meninggalkan mereka. Halimah menahan marah. Fazrul ketawa terbahak-bahak. Tiba-tiba…KETUK!!!!! Aduh!! Fazrul menghentikan langkahnya. Terasa sakit di kepala. Belum sempat dia menoleh, dua gadis itu telahpun hilang dari pandangan. Uiks..cepat betul dorang ni lesap! Bodoh betul. Sakit kepala otak aku. Berani betul dorang baling batu kat kepala aku. Takpe..hari ni hari korang. Datang hari aku, siaplah korang. Sekolah ni tak luas mana pun. Mana-mana pun aku boleh jumpa korang. Hahahaah…

Di sebalik dinding tidak jauh dari tempat kejadian, Halimah menjenguk. Kelihatan Fazrul hilang dari pandangan. Terus dia melepaskan nafas lega. Wati di sebelah mendiamkan diri. Halimah memandang muka Wati. “Apasal kau baling batu dekat dia? Kau dah gila apa?” Halimah memarahi Wati. Wati selamba.

“Dah dia kurang ajar sangat. Memang patut kena baling batu!!” Wati selamba berkata-kata. Puas hati aku. Itu baru sikit. Kalau ikut hati nak aje aku baling dengan saiz yang lebih besar lagi. Biar pecah kepala otak budak tu. Nasib baik Halimah tarik tangan aku, kalau tak, tak pasal-pasal heboh seorang pelajar lelaki masuk hospital kejap lagi. Wati tersenyum sinis.

“Memang la. Tapi, dia tu anak YB tau. Bapak dia bukan calang-calang orang. Tak pasal-pasal kau kena saman. Bahaya baling-baling batu ni!” Halimah membebel. Minah ni kalau dah start membebel for sure lambat nak habis. Wati terus meninggalkan Halimah dengan bebelannya. “Wei, aku tak habis cakap lagik ni!!” Halimah menjerit.

“Lain kali je la aku dengar kau cakap!” Wati terus menuju ke kelas. Halimah mendengus. Macam-macam hal budak Wati ni. Macam mana abang Firdaus bleh jinakkan dia?

Esoknya Fazrul menunggang RXZ masuk ke persekitaran sekolah. Setiap pelajar perempuan di sekolahnya meminati Fazrul. Ada yang menulis surat untuk berkenalan dan ada pula yang berani mengajaknya keluar. Dengan perangainya yang playboy tu, semua perempuan dia sapu. Wati duduk di sebuah kerusi panjang di court bola keranjang. Sekolah Tengku Mahmood adalah satu-satunya sekolah yang mempunyai court bola keranjang. Sekolah elit itu memang popular di Penang. Hampir 90% pelajar sekolah itu merupakan anak-anak kenamaan dan loaded. Bukan calang-calang pelajar yang boleh masuk ke sekolah itu. Wati merupakan seorang pelajar yang pintar. Dengan bantuan biasiswa, peluang untuk dia belajar di sekolah tersebut tidak akan dilepaskan. Bukan senang anak nelayan sepertinya dapat peluang belajar di sekolah elit. Kalau tak kerana biasiswa dan harapan kedua ibu bapanya, Wati tak sanggup belajar di sekolah itu. Dia sanggup ke sekolah biasa asalkan tidak menyusahkan ibu bapanya. Ini semua nasib dan pasti ada hikmahnya. Halimah pula memang berasal dari anak orang kaya. Papanya seorang jurutera manakala mamanya seorang bisnes woman yang berjaya. Walaupun hidup kedua-dua sepupu ini jauh berbeza, tetapi mereka rapat sejak kecil. Halimah anak kepada adik ibu Wati. Kerana hidup susah, ibunya sanggup berhenti sekolah dan membiayai pembelajaran ibu Halimah sehingga berjaya belajar ke luar negara. Untuk membalas jasa kakaknya, ibu Halimah sanggup membantu mereka sekeluarga dari segi kewangan.

Halimah memandang Wati yang sedang khusyuk membaca buku. Dia mengeluh. “Wati!” Wati memandang Halimah.

“Apa?”

“Err..petang ni kita shopping?”

“Tak naklah! Aku takde duit”

“Alah..aku belanja. Bolehlah!” Halimah memujuk. Wati menutup bukunya. Dia mengeluh.

“Dah banyak aku hutang kau. Aku tak nak menambahkan lagi hutang aku dengan kau”

“Ini bukan hutang la. Ini belanja! Lagipun mama aku suruh ajak kau pergi shopping.
Please!” belum sempat Wati membalas tiba-tiba…

"ATTENTION!!" Ketua kelas memberi pengumuman. Masing-masing memandang ke arahnya. “Anak YB nak datang ke kelas kita. Dia kata nak jumpa dengan Halimah dan Wati.”

“What!!!!???” Halimah bangun. Mukanya pucat. “Dia nak apa?”

“Dia kata nak bagi hukuman sebab korang berdua cederakan dia!” kata ketua kelas selamber.

“Apa!? Matilah kita, Wati!” Halimah menggoyangkan bahu Wati. Wati diam.

“Hai, kau kan pengawas. Kenapa kau nak takut? Lagipun aku yang buat pasal dengan dia sorang. So, biar je la aku yang tanggung!” Wati bermuka selamba. Halimah duduk sambil mengurut dada. Janganlah ada perang dunia ketiga kejap lagi! Sejak dari hari itu, Wati dan Fazrul bermusuhan. Masing-masing dengan ego masing-masing. Tidak mengaku kalah sehinggalah mereka diletakkan dalam kelas yang sama semasa tingkatan 4. Mereka baik hanya kerana ‘demam’.

3 orang beri kritikan::

misz nana berkata...

baik hanya kerana demam? hmm.. x sabar nak tau.. xde new n3 g ke wani?

mia amie berkata...

citer pasal per ni erk??mlas la nk baca..ader saper2 leh simpulkan citer ni n story kat mia x?

Nur Shazwani berkata...

wani dah add..
hope terhibur.. hehehe

mia, u baca la dulu..
baru leh tahu jalan citenye..
hohoho

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...