RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Jumaat, 31 Oktober 2008

Antara cinta, kasih dan sayang 2

BAB 2

Wati memandang bola kristal pemberian Fazrul. Dia mengeluh. Fazrul terlampau baik dengan aku. Dia sentiasa ingat tarikh lahir aku. Macam-macam hadiah dia berikan padaku. Anak patung Teddy Bear ni pun dia yang hadiahkan sempena birthday aku yang ke 17. Inilah hadiah yang paling aku suka. Betul ke dia sukakan aku? Tapi, kalau betul dia sukakan aku..kenapa dia tak pernah mengaku? Huh! Wati mengeluh lagi.

**********

“Apa!!? Aku sukakan dia? Merepeklah kau!!” Fazrul tiba-tiba bangun. Seolah-olah memprotes kata-kata Zaki. Zaki menggelengkan kepala.

“Kalau bukan kau sukakan dia, kenapa kau beria-ia sangat bagi dia hadiah? Ingat hari jadi dia? Selalunya yang buat macam ni kalau orang tu sukakan seseorang”. Fazrul tiba-tiba ketawa. Zaki hairan. Lawak ke aku cakap? Pelik betul budak ni!

“Diakan kawan baik aku. Mestilah aku kena ingat tarikh lahir dia. Kata kawan. Kau pun aku bagi hadiah jugakkan!? Lagipun…aku dah ada Adrina! Takkan aku nak pasang dua, beb!” Fazrul mengambil remote tv lantas menekan button channel. Zaki duduk di sebelahnya.

“Memanglah. Adrina tu lain hal. Sebabnya sekarang aku ni kan kawan baik kau sejak kecil lagi! No point la kalau kau kasik aku hadiah. Tapi dengan si Wati tu, kau baru je rapat dengan dia. Tak sampai 5 tahun. Aku tengok macam-macam jugak hadiah yang kau kasik kat dia. Eh? Bukan ke dia musuh ketat kau mase form 1 dulu?”

'Bodoh betul la mamat ni!', desis hati Fazrul. Benda dah lepas lupakan je la. Tiba-tiba Fazrul teringat kenangan dia dengan Wati sejak mula-mula mereka bertemu muka.

2 orang beri kritikan::

misz nana berkata...

sape lak hero citer ni wani? fazrul gak eh? pape pun, keep it up..

Nur Shazwani berkata...

a'ah fazrul gak.. kihkihkih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...