RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Jumaat, 31 Oktober 2008

Antara cinta, kasih dan sayang 1

BAB 1

Sudah 7 tahun berlalu, aku masih lagi begini. Entah bagaimana dengan abang Firdaus. Sudah lama tidak menemuinya. Sejak dia meninggalkan kampung ini tujuh tahun yang lalu, aku tidak menemuinya lagi. Khabar beritanya pun aku tak tahu. Sihatkah dia? Masihkah dia mengingati aku? Sudahkah dia berpunya?

Huh..aku mengeluh sendirian. Suara kanak-kanak bermain ombak mengalih perhatianku. Masihku ingat saat aku dan abang Firdaus berjalan bersama-sama, berkejar-kejaran dan bergelak ketawa di sekitar pantai. Saat itu aku masih berumur 12 tahun dan abang Firdaus berumur 17 tahun. Jarak umur antara kami tidak membataskan kami untuk saling rapat. Walaupun abang Firdaus tidak pernah mengatakan cintanya padaku tetapi aku tahu dia juga punyai perasaan terhadap aku. Di pantai inilah menjadi saksi cinta aku dan dia. Kami berjalan sambil berpimpin tangan. Dan di sini jugalah berputiknya cinta aku terhadap dia. Ye! Cinta pertama aku.

“Wati!” Wati terkejut. Dia mengalih dan melihat Fazrul melambaikan tangannya ke arah nya. Wati tersenyum lantas membalas lambaian. Fazrul berlari anak ke arahnya.

“Ko buat apa kat sini?”, tanya Fazrul tercungap-cungap.

“Buat apa?” Wati bertanya balik tidak faham. Fazrul duduk di sebelahnya sambil melepaskan lelah. Wati menggelengkan kepala. Macam-macam hal mamat ni. Kacau aku melayan perasaan betul. Fazrul, anak YB kampung ini. Dia sebaya dengan aku. Orangnya agak kacak juga. Tapi bagi aku abang Firdaus lagi kacak dari dia. Kami kenal sejak aku form 1 lagi. Tapi dia mula rapat dengan aku sejak kami masuk form 4. Tu pun sebab kami satu kelas. Dengar kata Halimah, Fazrul sukakan aku. Tapi aku tidak percaya. Anak loaded macam dia takkan sukakan aku. Bukannya orang macam dia high taste? Cari pun mesti yang sama taraf dengan dia? Nak ke dia dengan budak otai macam aku ni? Anak nelayan pulak tu. Tapikan, dia dah ada Adrina. Gadis tu sama taraf dengan dia. Rambut panjang paras pinggang. Lawa lagi. Muka mix. Takkan nak pilih aku juga? Tapi aku tak dapat menafikan bahawa Fazrul sangat baik dengan aku. Dekat UiTM pun kami still rapat. Dia sanggup buat apa saja untuk aku. Sudah banyak aku terhutang budi padanya. Huh..

Fazrul menghulurkan sesuatu pada Wati. “Nah!”

Wati melihat hadiah yang dihulurkan hairan. “Hadiah? Untuk siapa?” Wati bertanya lagi kurang faham.

“Untuk kaulah! Habis yang aku hulurkan kat kau ni untuk siapa? Takkan untuk kucing kat umah kau kot?” jawab Fazrul sambil tersengih menampakkan giginya yang putih tersusun rapi. Hensem jugak mamat ni.

“For what?”

“Laa..ape ke bengapnya kau ni? Takkan kau tak tahu hari ni hari apa?” Fazrul masih lagi berteka-teki dengan Wati. Hari ni? Nak kata birthday aku…lambat lagi. Hari ni hari apa? Hari Rabu? Ada apa dengan hari Rabu? Birhday dia? Hmm..apa ke bodohnya aku ni? Kalau birthday dia kenapa dia nak bagi aku hadiah? Aduss..pening aku fikir!

“Lamanya kau fikir? Kau memang tak ingat langsung ke hari ni hari apa?” Wati menggelengkan kepalanya.

Huh..Fazrul mengeluh. Seolah-olah melepaskan kekecewaan terhadap Wati. Dia menguis-nguis pasir dengan jari telunjuknya.

“Hari ni hari apa?” Wati bertanya kembali setelah lama menunggu Fazrul menjawab.

Fazrul mengeluh kembali. “Masuk kali ni dah tiga kali kau lupa! Rasanya aku sorang je la yang ingat” Fazrul mengeluh lagi. Wati terdiam. Ya Allah! Aku lupa. Hari ni friendship day! Wati menepuk dahi..

“Sorry, Rul! Aku betul-betul lupa. Aku..aku tak sengaja!” Wati melihat Fazrul tersenyum tawar. Dia menjadi serba-salah. Dia ni merajuk dengan aku ke?

“It’s ok. Happy friendship day. So, where’s my present?” Fazrul tersenyum memandang Wati. Dia hanya tersenyum sumbing. Tangan sengaja ditadahkan..

2 orang beri kritikan::

misz nana berkata...

hai wani.. cam familiar je ngan nama fazrul n firdaus ni.. hehehe..

Nur Shazwani berkata...

hahaha..
biasa la nana..
dua watak yang paling wani suka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...