RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Rabu, 24 September 2008

Cerpen: Menanti kasih di perantauan

Aku berjalan mengelilingi KLCC. Entah apa yang aku nak cari. Tiba-tiba aku teringat akan kekasihku, Alan. Di sinilah kami sentiasa berpimpin tangan. Ketawa bersama-sama..bersenda gurauan dan macam-macam lagi. Terlalu banyak memori manisku bersama Alan. Tapi sudah hampir tiga tahun kami tidak bersama. Entah bagaimana hidupnya sekarang?

Aku meneruskan perjalananku ke sebuah kedai buku MPH yang ternama di situ. Alan suka baca buku. Setiap kali kalau singgah ke sini mesti sampai 5 buah buku novel dan majalah yang akan dibelinya. Bukan itu saja, kalau boleh dia sanggup menghabiskan beratus-ratus ringgit semata-mata untuk membeli buku kesayangannya. Ah! Itu aku tak ambil tahu sangat. Dah nama pun kaki buku.. Aku tersenyum sendirian.

Aku bergerak lagi. Aku hanya mengekori sahaja langkah kakiku. Akhirnya sampai di KFC. Aku terdiam. Masih teringat di saat-saat aku dengan dia. Alan menyuapkan secubit daging ayam ke mulutku. Lepas itu aku pulak. Kami melakukannya berulang kali. Dan akhirnya kami ketawa melihat kelakuan masing-masing. Orang di sekeliling hanya tersenyum melihat gelagat kami. Ala..orang KL. Kalau la kat kampung mahunya satu kampung jadi buah mulut orang ramai.

Aku beratur dan membeli makanan kegemaran kami. Ayam goreng dan kentang goreng. Selepas itu aku mencari tempat yang baik untuk melayan perasaan ku. Setiap kali aku melihat ayam goreng aku sentiasa teringatkan Alan. Bagaimana dia sekarang? Sihatkah dia? Adakah dia masih teringatkan aku di sini? Tanpa aku sedari air mataku jatuh mengalir ke pipi. Aku segera mengesat. Tak nak orang nampak. Selepas itu aku tersenyum kembali. Menghiburkan hati tatkala diri ini dirundung rasa rindu.

Sejak Alan menyambung pelajarannya ke U.K, kami cuma dapat berhubung melalui email sahaja. Kalau tidak, kami chatting bersama di channel yang kami cipta sendir iaitu “SETIA”. Tapi sejak setahun yang lalu, kami seperti telah terputus hubungan. Setiap email yang aku hantar tidak berbalas. Setiap malam aku setia menunggunya di channel “SETIA”. Tapi amat mendukacitakan. Apakah Alan sudah melupakan aku? Entah-entah dia dah jumpa yang baru di sana.

Aku segera pulang ke rumah. Biarlah, andai kata jodohku dengannya tidak berpanjangan aku pasrah dan redha.

**************

Sebaik sahaja sampai, aku masuk ke rumah dan terus baring di atas sofa. Letih sebenarnya setelah seharian berjalan.

“Ha..! Dah puas berjalan Cik Azlin kita?”

Aku terkejut lantas bangun dari pembaringan. Maria rupanya. Maria ni housemate merangkap classmate aku di UiTM. Dialah salah satu kawan yang memahami aku. Setiap masalah aku dialah yang menjadi pendengar setia. Aku tersenyum.

“Puas Kak Ya ku sayang!!” Kami ketawa. Maria duduk di sebelahku. Dia tersenyum memandangku. Aku menjadi hairan.

“Kenapa,ni?”aku bertanya.

“Kalau aku cerita kau tentu terkejut” Aku diam. Maria seolah-olah main tarik tali dengan aku.

“Maksud kau?”aku inginkan kepastian.

“Cubalah teka!” Senyumannya semakin memanjang. Kalau dipanjangkan lagi boleh jadi joker minah sorang ni. Hehehe..

“Malaslah! Aku penat ni. Malas nak fikir!” Aku terus sambung baring. Mataku tertutup. Masih kedengaran Maria mengeluh. Tentu kecewa dengan perangaiku yang tidak bersungguh-sungguh.

“Tadi ada lelaki telefon rumah. Dia nak cakap dengan kau!” Tiba-tiba mataku terbuka secara automatik. Lelaki!? Alan!? Aku bangun.

“Siapa? Alan,ke?” Aku memandang Maria dengan penuh harapan. Maria mengangguk senyum. Masa tu aku dapat rasakan hidupku kembali berbunga.

“Bila dia telefon? Dia nak jumpa aku,tak? Dia kat Malaysia ke sekarang?” soalanku bertubi-tubi membuatkan Maria pening.

“Eh? Apa banyak sangat soalan kau ni? Tadi bukan ke kau malas nak fikir. So tak payahlah aku cerita. Ko kan penat?” Maria segera bangun meninggalkan aku. Aku tercengang. Lepas itu aku berlari mendapatkan Maria. Kami berkejaran macam budak kecil.

***************

Malam tu aku tersenyum memanjang. Sampai siap kena perli dengan housemate aku yang lain. Maklumlah nak jumpa buah hati esok.. Aku sekadar tersenyum apabila Eline housemate aku memerliku. Ala..diorang tu cemburu. Hehehe..

Tak sangka Alan masih ingat pada aku. Tapi kenapa hampir setahun dia langsung tak balas emailku? Aaah!! Mesti dia sibuk. Aku baring sambil mengingatkan kembali memori kami. Dan akhirnya aku tertidur.

Pagi itu aku bangun awal. Tak sabar rasanya untuk bertemu jejaka kesayanganku yang sudah tiga tahun tidak bertemu. Hampir seluruh badan aku sembur minyak wangi. Mukaku aku touch up ala kadar. Biar nampak natural. Alan suka melihat mukaku yang asli berbanding mukaku yang penuh dengan tempekkan make-up. Pernah sekali dia memerli apabila aku berjumpa dengannya dengan wajah bersolek. Katanya macam opera cina. Hehehe.. Baginya aku lebih lawa tanpa apa-apa solekan. Ye ke?

Aku melihat ke arah cermin. Aku tersenyum. 'Betul la kot kata Alan. Lawa jugak aku ni ye?' selorohku dalam hati. Lantas aku menyikat rambutku dan terus memakai tudung. Tudung biru pemberian Alan semasa hari lahirku yang ke 17. Cukuplah hanya berbaju blaus biru dan berseluar jeans hitam. Aku segera turun.

Maria dan housemate aku yang lain sibuk menyediakan sarapan. Hari ni hari Ahad. Masing-masing takde kelas. Maria memandangku sambil tersenyum.

“Tak nak makan dulu ke Cik Alan kita?” perli Maria.

Aku yang sedang sibuk menyarung kasut ke kakiku terpinga-pinga. Setelah itu aku tersenyum.

“Aku dah lambat ni korang makan la dulu,ye?” Aku segera bergerak ke pintu pagar. Lantas aku membuka pintu kereta kancilku. Aku melihat jam di dashboard. Ah! Baru pukul 11.00. Janji pukul 12.00. Ah, takpelah!! Aku menghidupkan enjin dan terus memandu keluar.

“Tak sabar-sabar si Lin tu nak jumpa si jantung hati dia tu,kan?” kata Eline. Gadis cina yang kecil molek.

“Iyelah, Maria,” Fauziah mengangguk.

Maria hanya tersenyum. Semoga kau bahagia Lin.

***************

Di Coffee House..
Aku menunggu dengan sabar. 10 minit lagi dia akan datang. Aku segera mengambil cermin untuk melihat mukaku. Tudung ok! Bedak pun ok! Aku segera menyimpannya kembali ke dalam beg. Dan dari jauh aku ternampak bayang seseorang. Lelaki yang berkumis, bercermin mata hitam, memakai baju kemeja dan berseluar slack hitam mendekatiku.

“Hai, Azlin. Kenal, tak?" tanya lelaki itu.

“Alan?” aku membalas. Sudah lepas segala seksaanku selama ini setelah melihat jejaka kesayanganku pulang ke sisi.

Alan memandangku sambil tersenyum. “Awak makin cantik,Lin?”

Aku tersipu malu. “Jangan la puji saya macam tu. Alan pun apa kurangnya.” Segera Alan mengambil tanganku lantas dikucupnya. Aku terpinga-pinga. Tak pernah Alan mencium tanganku sepanjang perkenalan kami. Aah! Mungkin akibat kesan rindu dia padaku, kot?

Alan menggenggam tanganku erat. Seolah-olah tak nak dilepaskan. Aku tersenyum. “I miss u.. I love u!” Dua baris ayat itu mengejutkan aku. Aku tersenyum lagi. Aku lagi rindukan kau, Alan. Selama tiga tahun aku terseksa bila kau tiada di sisi aku. Selama tiga tahun juga aku terseksa menunggu kau. Namun cintaku pada kau tak pernah pudar.

“Macam mana kehidupan Alan kat sana? Ok?” aku memulakan perbualan. Alan mengerling ke arahku.

“Ok je. Banyak kerja sikit. Kadang-kadang tak sempat nak makan.” Aku diam. Patutla badannya semakin kurus. Mukanya agak cengkung. Tapi ketampanannya tetap menyerlah seperti dulu. Teringat aku ketika zaman sekolah dulu. Alan memang ramai peminat. Bukan itu sahaja dia juga seorang ketua pengawas yang berkaliber. Setiap saat dan masa ada sahaja suara peminat-peminatnya bercerita tentangnya. Ada pulak yang perasan mengaku Alan tu pakwe diorang. Aku tersenyum.

Tiba-tiba aku terkejut. Ada tangan yang merayap di pipiku. Alan mengusap pipiku lembut. Matanya tajam memandangku. “Lin tak rindu kat Alan?” tanya dia. Aku diam. Mestilah rindu.

“Jom kita pergi ke KLCC?” ajak aku. Alan tercengang.

“Nak buat apa?” aku terdiam. Sudah lupakah memori kami di situ? Ah! Mustahil dia tak ingat.

“Alan tak ingat? KLCC kan tempat kita? Dulu kita selalu lepak kat sana.” Aku berterus terang. Alan mengerut dahi. Dia seolah-olah mengingati sesuatu.

“Oh! Lupa..Maklumlah dah lama tak balik!” dia tersenyum. Aku membalasnya walaupun timbul syak wasangka di hatiku. Apa yang dah berlaku ni Alan? “Jom?” Alan menggenggam tanganku. Aku hanya melihat perilakunya. Sungguh berbeza sekali. Adakah ini Alan? Ish! Apa yang aku merepekkan,ni?

*****************

Di rumah…
Aku terdiam memikirkan hal petang tadi. Sepanjang di KLCC Alan mendiamkan diri. Tak seperti sebelum ni. Alan banyak bercakap. Dia suka bercerita. Bila aku ajak ke kedai buku yang dia minati dia tak ambik port. Malah dia beralih ke arah kedai muzik. Dia mengambil gitar dan bermain. Selepas itu dia cuba pula bermain piano di situ. Aku hanya melihat tauke kedai itu memujinya. Aku terkejut. Setahu aku Alan tak pandai main alat muzik.. Jangankan gitar, rekoder pun dia tak pandai guna. Teringat masa darjah lima dulu. Alan dimarahi cikgu sebab meniup rekoder dengan sumbang. Apa ni? Bila ditanya pasal buku novel kesukaannya, Alan kata dia tak minat membaca buku novel. Aku terdiam. Inikah Alan?

“Woi,minah!!” aku terkejut. Maria tersengih.

“Kau ni Maria. Terkejut aku” aku mengurut dada.

“Macammana dengan date kau? Ok?” Maria duduk di sebelah aku. Dia menongkat dagu. Menunggu cerita dariku. Aku senyum.

“Entahlah. Aku tengok dia tu lain la. Tak macam Alan yang dulu,” ujar aku berterus-terang.

“Maksud kau?” tanya Maria lagi mendapatkan kepastian.

“Aku rasa Alan yang aku jumpa tu lain. Bukan Alan aku” Maria terkejut. Namun dia bijak menyembunyikan perubahan mukanya itu.

“Kenapa kau kata begitu? Apa yang lainnya?”

Aku mengeluh lagi. “Perangai Alan dah berubah. Berbeza dengan Alan yang aku kenal sejak kecil. Dia macam… macam… macam stranger bagi aku” Maria pula mengeluh. Dia menggelengkan kepala.

“Aku rasa better kau jumpa dia and slow talk dengan dia. Tanya dia. Manalah tahu sepanjang korang terputus hubungan tu ada benda yang terjadi pada dia. Kau tak boleh terus-menerus buat anggapan sendiri.” nasihat Maria. Aku hanya mengangguk.. Betul juga apa yang dikatakan oleh Maria. Aku mesti tanya dia esok.

*******************

Di KFC,KLCC..
Aku memberikan ayam goreng kepada Alan. Alan tersenyum. Dia makan dengan lahap. Aku hanya melihat sahaja gelagatnya. Macam budak kecil. Selepas itu Alan mencubit secebis ayam goreng dan disua ke mulutku. Aku membuka mulut dan mengunyah ayam itu perlahan. Teringat kembali memori kami. Aku masih lagi diam. Mataku masih tertancap ke arah Alan. Berbeza benar cara dia makan.

“Alan..” Alan memandang ke arahku. “Alan ingat lagi tak memori kita kat sini?” Alan diam. Hilang sudah senyumannya. Adakah aku salah cakap?

“Boleh tak jangan ingat benda yang dah lepas? Lupakan aje semua tu!!” marah Alan. Aku terkejut. First time Alan menengking aku. Tanpa dapat ditahan air mata bergenang di kelopak mataku. Alan diam. Kemudian tersenyum kembali.

Dia menggenggam tanganku erat. “I’m sorry. I’m so sorry..sayang”

Aku diam dan menundukkan mukaku. “It’s ok”. Dalam hatiku hanya Tuhan sahaja yang tahu. Alan benar-benar dah berubah.

*******************

Malam tu Maria mengajakku ke rumah sepupunya yang baru pulang dari U.K. Dalam keadaan terpaksa aku ikut sahaja walaupun berat hatiku untuk keluar rumah malam tu.

Sebaik sampai di rumah sepupunya, Maria memperkenalkannya kepada aku..

“Kenalkan ini housemate and kawan baik I, Azlin. Azlin, ini sepupu aku Marina.” Aku tersenyum lantas menghulurkan tangan untuk bersalam.

“Hai, Azlin... nice to meet you. I Marina. Jemputlah masuk” ajak Marina. Kami membuka kasut dan masuk ke dalam.

“Dah lama ke you belajar dekat U.K?” aku bertanya sewaktu Marina sibuk menuangkan air ke dalam gelas.

“Adalah dalam 3 tahun. I tengah cuti sekarang ni. Sebab tu I pulang ke Malaysia” jelas Marina. Kami mengangguk.

“Tentu you kenal Mohd Azlan Yazid,kan? Dia pun belajar dekat U.K jugak” tanya aku lagi.

“Oh, you mean Alan?” tanya Marina mendapatkan kepastian. Aku mengangguk. “Oh..he’s my coursemate. Good guy. Smart. Happy go lucky. Oh yeah, dia baru kahwin dengan minah saleh kat sana. Sarah namanya. They fall in love at the first sight. Katanya la. Hehehe.. Mereka bakal dapat first baby tak lama lagi. They are loving couple you know. Kalau you all tengok sure jelous. Sekarang ni dia ada kat sana because his wife pregnant. Suppose diorang balik tapi his wife tak boleh naik flight. So they postpone. Tak tau bila dia nak balik. Dia tu cousin u,ke?”.

Cerita Marina yang panjang berjela itu membuatkan kami berdua terkejut. Maria memandang ke arahku. Tiba-tiba hatiku rasa sebak. Jadi siapa lelaki yang bersama aku selama ni?

******************

Kami berjalan sepanjang taman KLCC. Alan dan aku lebih banyak mendiamkan diri. Aku hanya melihat genggaman tangan kami. Siapakah lelaki ini? Wajahnya seiras wajah Alan. Tiada perbezaan antara mereka dari segi fizikal.

“Jom duduk dekat depan tasik tu, nak?” ajak Alan. Aku hanya mengangguk. Alan langsung tidak melepaskan genggaman tangan kami. Pegangannya semakin kejap. Sebaik kami duduk di hadapan tasik, masa itu barulah Alan meleraikan genggamannya. Aku diam. Alan membaling batu ke dalam tasik. Kemudian dia ketawa sendirian. Aku hanya melihat sahaja gelagatnya.

“Kenapa diam,ni? Ada yang tak kena,ke?” Alan bertanya. Dia memandang ke arah aku lantas kembali mencapai tanganku. “Tangan awak lembut. Saya suka pegang” ujar dia tersenyum. Kemudian dia mengucup tanganku lagi. Aku memejamkan mata.

“Siapa awak sebenarnya?” tiba-tiba soalan itu terkeluar spontan dari mulutku. Alan terpaku. Genggamannya terlerai. Aku memandang tepat ke arah mukanya untuk dapatkan kepastian. Alan cuba lari dari pandangan mataku.

“Eh…apa yang Lin merepekkan,ni? Alan ni kan Alan? Your loving partner. Mohd Azlan Yazid?” Alan cuba berterus terang. Tapi bagiku semuanya bohong. Aku menggelengkan kepala. Alan mengerut dahi.

“Tak mungkin awak Alan saya. Awak pembohong! Awak bukan Alan. Dia ada kat U.K sekarang. Bersama isteri dan bakal anaknya. Siapa awak!!!?” aku meninggikan suara. Dadaku semakin bergelora. Alan tercengang lantas dia tunduk diam.

“Jadi kiranya awak dah tahu semuanya?” balas Alan.

Aku mengangguk. “Siapa awak sebenarnya? Kenapa awak menyamar jadi dia? Apa yang dah saya buat pada awak sampai awak sanggup menipu saya?” Air mataku tidak dapat ditahan lagi. Jatuh mengalir membasahi pipi.

“Bagaimana awak tahu tentang Alan? Siapa yang ceritakan semua ini pada awak?” Alan..opss..bukan Alan, stranger disebelahku masih lagi tidak puas hati. Aku tersenyum sinis lantas mengesat air mataku.

“Marina. Awak tak kenal. But she knows everything about Alan”

“Marina?” Lelaki itu terkejut.

“Kenapa? Awak kenal dia?” tanya aku hairan.

Lelaki itu tersenyum sinis. “She’s my coursemate”. Aku terkejut. Jadi kiranya Marina juga mengenali dia? Tapi kenapa Marina……… Aku semakin keliru.

Lelaki itu mengeluh. “Baiklah. Dah tiba masanya untuk saya berterus-terang dengan awak” lelaki itu memandangku. Aku hanya tunduk. Perasaan marah masih menyelubungi diri. Rasa macam nak blah je. Tapi aku perlu mendapatkan kepastian. Sabar Azlin… “Sebenarnya dah lama saya simpan rahsia ni dari pengetahuan awak.”

Lelaki itu kembali diam. Aku mengesat air mata pipiku. Semakin kutahan semakin deras pula air mata ini mengalir. “Betul.. saya bukan Alan tapi Aman” Kenyataan lelaki itu betul-betul mengejutkan aku. Aku memandangnya. Lelaki itu tersenyum. “Nama sebenar saya Mohd Riezman Yazid. Saya adik kembar dia. Tapi saya tinggal di U.K bersama dengan keluarga angkat saya. Kami terpisah sejak kecil. Disebabkan kerana ingin membalas budi bekas majikan, ayah saya menyerahkan saya kepada majikannya manakala Alan dibela oleh mereka. Mama saya tidak boleh melahirkan anak. That’s why ayah saya serahkan saya kepada papa dan mama. Walaupun kami terpisah tapi kami sering berhubung. Saya rasa gembira sangat bila Alan mengatakan yang dia nak further study ke U.K. Akhirnya dapat juga saya berjumpa dengannya setelah 18 tahun berpisah. Kebetulan kami belajar di universiti yang sama. Kami punya minat yang berbeza. Dia minat membaca tapi saya lebih cenderung ke arah muzik”

“Macam mana awak boleh kenal saya? Dan bagaimana awak boleh tahu yang saya ni kekasih dia?” tanya aku lagi. Kali ini suaraku agak mendatar. Aman kembali tersenyum.

“Alan banyak cerita pasal awak. Pernah sekali dia tunjukkan gambar awak pada saya. Dan dalam masa yang sama saya telah jatuh cinta sejak melihat gambar awak buat kali pertama. Dalam diam saya curi salah satu gambar awak dan simpan dalam dompet saya. Huh! Kelakar, kan? Kami mempunyai minat yang berlainan tapi bab awek, kami mencintai gadis yang sama. Saya tak berniat nak merampas tapi saya betul-betul sukakan awak. Saya tak tahu kenapa? Saya tak pernah jatuh cinta sebelum ni. Awaklah cinta pertama saya. Lebih menyakitkan hati saya bila saya melihat Alan buat 'date' dengan Sarah di sana. You know who is Sarah, right? Semakin lama mereka semakin rapat dan dia terus melamar gadis itu. Masa tu saya simpati dengan awak. Saya kasihankan awak.”

“Saya tak perlu dikasihani!” aku menyampuk. Aman senyum.

“Saya minta maaf. Saya datang ke Malaysia sebab saya nak sangat jumpa awak. Saya terpaksa menyamar sebagai Alan sebab saya nak kenal awak lebih dekat. Saya tahu saya salah. But I have to. Saya cintakan awak. Awak gadis yang baik, Lin. Untung Alan sebab mempunyai kekasih seperti awak. Tapi sayang dia tak pandai menghargai. Saya bahagia sepanjang bersama awak selama ini walaupun bahagia itu hanya seketika”.

Aku terdiam sejenak. “Kenapa awak tidak berterus-terang sahaja dari awal pertemuan kita?”

Aman memandangku dengan pandangan bersalah. “Saya takut awak tak boleh terima saya sebab kasih awak hanya pada Alan.. bukan saya..” terang Aman. Aku tersenyum sinis.

“Dan sekarang awak dah tahu jawapannya, kan?” Aman terkedu dan terpinga-pinga. Aku bangun dari tempat dudukku. “Lepas ni jangan jumpa saya lagi!” kata aku memberi amaran lantas berlari meninggalkannya. Panggilan Aman tidak dipedulikan. Cukuplah dengan penjelasan itu. Sakit hatiku apabila dipermainkan dua jejaka yang serupa paras muka dan mempunyai pertalian darah yang sama.

********************

Malam tu aku menangis lagi. Housemateku semuanya sudah tahu perkara sebenar. Cintaku musnah. Hatiku tercarik. Begitu sukar untukku melupakan Alan. Patutlah setahun dia tidak balas emailku. Rupa-rupanya dia dah jumpa yang baru di sana. Aku di sini menanggung seksa, dia di sana bermadu asmara. Apa gurauan yang kau lakukan ni Alan? Kenapa kau seksa hatiku? Kenapa kau permainkan cintaku?

Maria masuk dan duduk di sebelahku. “Lin.. sabarlah! Kumbang bukan seekor.”

“Kau tak faham isi hatiku Maria. Aku malu! Malu pada Aman..malu pada kau! Malu pada semua orang. Aku tak tahu mana nak letak mukaku.” Aku menekup mukaku.

“Tak usah kau nak malu. Bukan kau yang salah. Alan yang salah. Dia mainkan cinta kau. Kau harus tahu kau still ada Aman”

Aman? Spontan aku mengangkat muka. “Tapi aku tak cintakan dia” ujarku pada Maria.

“Kau kena cuba. Satu hari nanti hati kau akan berpaling ke arah dia juga. Sepupu aku cakap dia baik orangnya. Pendiam. Berbeza dengan Alan. Dia minta maaf sebab beritahu perkara yang sebenar. Kalau dia tahu kau ada hubungan dengan Alan, dia takkan cerita” pujuk Maria.

“Dia tak salah, Maria. Dia dah tolong aku sebenarnya. Kalau dia tak cerita, tentu sampai sekarang aku tak tahu mengenai perkara ni” jawab aku. Aku mengesat air mataku.

“Pergilah jumpa Aman. Aku tahu dia betul-betul cintakan kau!” nasihat Maria. Aku diam.

“Aku tak nak jumpa dia” tegas aku.

“Kau jangan ikut kata hati, Lin. Benda di depan mata jangan diabaikan. Nanti kau akan menyesal. Bukan senang nak cari lelaki yang setia macam Aman”

“Huh! Semua lelaki sama je. Belum dapat bolehlah kata setia. Cuba kalau dah dapat? Perbuatan Alan dah beri pengajaran pada aku, Maria”

“Tapi aku tak rasakan yang Aman pun begitu.” Aku diam. “Fikirlah sebaik-baiknya.”sambung Maria sebelum keluar dari bilikku. Betulkah Aman bukan seperti Alan? Perlukah aku berjumpa dengan dia?

*****************

Esoknya aku bangun awal.. Aku pergi ke rumah Aman tapi pintunya berkunci. Seolah-olah tiada berpenghuni. Aku cuba call Aman tapi tak dapat. Setengah jam mencuba akhirnya...

“Helo?” kedengaran suara Aman di corong telefon bimbitku..

“Aman? Ni Lin” Aman diam. “Aman kat mana?” kedengaran bunyi dia mengeluh.

“Lin... Aman minta maaf sebab mainkan perasaan Lin. Aman nak pulang ke U.K semula. Aman tahu susah nak memenangi hati seorang gadis yang baru putus cinta. Aman faham perasaan Lin. Aman minta maaf sekali lagi sekiranya kedatangan Aman dalam hidup Lin benar-benar menyeksa jiwa raga Lin. Aman janji Aman takkan kacau hidup Lin lagi. Jagalah diri Lin baik-baik. Selamat tinggal!!” Klik!!

“Aman? Aman?” aku cuba mendail sekali lagi tapi hanya voice mail yang kedengaran. Aku terjelepok di hadapan rumahnya. Maafkan Lin, Aman. Awak pergi di saat saya memerlukan awak! Maafkan saya… Aku menangis.. Tak guna menangis dan kecewa. Semuanya dah terlambat.

*****************

Di dalam kapal terbang.. Aman memandang keluar tingkap. Lin, Aman cintakan Lin. Aman mengeluh. Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. Lantas dia membuka beg dompetnya dan mengeluarkan sekeping gambar.. Dia menatap gambar gadis yang telah membuka pintu hatinya dulu. Senyuman kau betul-betul menarik perhatianku, Lin. Aman tersenyum lantas dia mengeluarkan telefon bimbitnya dan menaip mesej..

*****************

Aku termenung di dalam kereta. Mataku bengkak. Sudah kering air mata untukku tangiskan lagi. Tiba-tiba..tut tut tut.. Aku mengambil telefon bimbitku.

‘1 message received’

Aku membuka mesej dan membaca.. Aman?

'Memang sukar untuk melupakan orang yang disayangi.. tapi tak sukar untuk belajar menyayangi orang lain. Andai pintu hati sudah terbuka, biarlah aku yang pertama membolosinya. Lupakanlah Alan dan ingatlah Aman. Semoga di saat Aman kembali ke Malaysia, Lin sudah boleh menerima Aman sepenuhnya. I love you, sayang.. Always.. till the last breath.. I'll wait for that time..'

'Thanks Aman. Saya akan belajar menyayangi awak. Berilah saya masa untuk melupakan Alan' desis hatiku. Aku tersenyum sendirian. Hatiku berbunga kembali. Aku sanggup menanti Alan selama tiga tahun dan tentunya tak sukar untukku menanti Aman walau seribu tahun sekalipun. Penantian itu satu penyeksaan tetapi demi kasih aku sanggup berkorban.

Mataku kembali memandang ke luar tingkap kereta.. Hujan turun mencurah-curah.. Seolah-olah turut menangis kegembiraan bersamaku..

TAMAT

1 orang beri kritikan::

Tanpa Nama berkata...

sedihnya bila kena tipu.lepas tu tak explain apa2..
tapi mungkin bukan jodoh..
apa2 pun..simple story but best!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...