RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Sabtu, 2 Ogos 2008

Alamak! Arziril ke Ariel!? 8

BAB 8

Malam itu Dania cuba untuk menghubungi Ariel berkaitan berita yang memaparkan wajah mereka semalam. Berulangkali didial namun masih tetap masuk ke voice mail. Dania mendengus lantas dilemparkan handphone itu ke katil. Dia tidak keruan. Ke hulu ke hilir dia melangkah. Namun fikiran dia masih belum tenang.

“Dania… Cepat! Mari tengok berita ni!!” jerit ibunya dari bawah. Dania berlari keluar dari bilik.

“Ada apa, bu?” tanya dia setelah kakinya menjejaki ruang tamu.

“Tengok, tu!” ujar ibunya lantas menunjuk ke arah televisyen. Dania bergerak menghampiri tv. Arziril sedang ditemuramah oleh para wartawan berkaitan kontroversi dalam Akhbar Harian Metro hari ini.

“Terus-terang saya katakan, itu bukan saya!” jelas Arziril tenang. Dia masih lagi tersenyum menjawab.

“Tapi video klip ini dah menunjukkan bahawa itu adalah anda! Peminat takkan salah nampak, Arziril!” sangkal salah seorang wartawan.

Bodoh! Dah orang cakap bukan tu bukan, la!!, bentak Dania dalam hati. Matanya masih lagi tertancap ke wajah Arziril.

“Saya tak nak komen apa-apa. Cuma saya boleh cakap itu bukan saya! Kemungkinan pelanduk dua serupa! Saya langsung tidak mengenali gadis itu!”

“Dalam video klip dan gambar jelas menunjukkan bahawa wajah lelaki itu seiras wajah anda. Bagaimana Arziril? Apa komen anda?”

Arziril tersenyum. “ Kamu semua sudah maklum bahawa saya bakal mengadakan konsert tidak lama lagi. Tentulah pada masa ini saya agak bz dengan latihan saya. Masa yang terhad tidak mengizinkan saya untuk keluar dating dengan mana-mana perempuan? Lagipun, dalam dunia ni ada 7 manusia berwajah seiras… tak mustahil sekiranya peminat menjumpai lelaki yang seiras saya!”

“Jadi, awak masih single?”

“Ya! Saya masih lagi single! Any question?” Berita mengakhiri temuramah itu apabila Arziril memberi pengakuan. Dania mengeluh…

Puan Mahani memandang anak sulungnya itu. Dia faham gadis itu betul-betul tertekan dengan berita tersebut. Walaupun dia tahu siapa Ariel yang sebenarnya, namun dia tak boleh memecahkan rahsia ini. Masih dia ingat ketika Ariel membuat keputusan untuk tinggal berasingan. Saat itu Ariel berterus-terang bahawa dia adalah Arziril Ryan. Nak percaya atau tidak itu lah kenyataannya. Walaupun Ariel sudah menjadi terkenal, namun dia tetap Ariel yang dulu. Seorang lelaki yang jujur dan baik hati. Ariel tidak pernah melupakan pengorbanannya membesarkan dia sejak kematian kedua ibu bapanya. Setiap bulan Ariel akan menghulurkan wang belanja untuk kegunaan mereka sekeluarga. Kalau tak kerana Ariel, tentu dia sukar untuk membesarkan anak-anaknya lebih-lebih lagi setelah kematian suami tercinta. Takpelah, Dania… satu hari nanti ibu yakin kau akan tahu juga siapa Ariel yang sebenarnya, bisik Puan Mahani di dalam hati.

Ariel menutup televisyen. Dia mengeluh. Rahsianya hampir-hampir terbongkar. Masih panjang lagi masa depannya. Malam ini sengaja dia menutup handphonenya. Dia tak mahu diganggu walaupun dia tahu Dania tentu akan menghubunginya. Dia tidak mahu hal peribadinya diambil tahu. Dan dia juga belum bersedia untuk memberitahu Dania. Kalaulah gadis itu sedar siapa dia sebenarnya, kiranya Dania bukan menerima dia sebagai Ariel tetapi sebagai Arziril. Dia tak mahu gadis itu hipokrit menyayanginya. Kalau boleh, biarlah Dania benar-benar menyayangi Ariel, seorang lelaki yang lurus bendul dan tidak punya apa-apa dari menyayangi Arziril yang popular, kaya dan perfect segalanya. Dia adalah dia dan Arziril hanyalah watak sampingan untuk mengaburi mata Dania.

‘Hmm… aku perlu matikan watak Ariel untuk seketika sehingga perkara ni kembali reda.’ bisik Ariel dalam hati.

0 orang beri kritikan::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...