RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Jumaat, 1 Ogos 2008

Alamak! Arziril ke Ariel!? 7

BAB 7

Dania betul-betul terkejut apabila mendengar berita mengatakan yang Ariel telah berhenti belajar dari mulut Miss Laila. Memang dia betul-betul tidak menyangka. Lelaki itu langsung tidak berjumpa dengannya apatah lagi memberitahu mengenai masalahnya kepada Dania.

Walaupun kadang-kadang dia jelik dengan perangai Ariel namun dia masih menganggap Ariel sebagai teman baik dan saudaranya sendiri. Mereka membesar bersama. Sama-sama susah sama-sama senang. Tetapi kenapa Ariel buat begitu? Hmm…

“Mesti kau gembira kan, Dania? Sebab budak lurus bendul tu betul-betul dah jauhkan diri dari kau. Kira doa kau tu dah termakbul la!” kata Yasmin ketika mereka mencari bahan di perpustakaan.

“Yelah! Selama ni kau berharap sangat budak lurus bendul tu hilang dari hidup kau!” Lily pula menambah. Dania hanya diam. Memang dari dulu itu yang dia mahu tapi kenapa dia rasa serba salah? Kenapa dia rasa macam serba kekurangan? Dia masih tidak puas hati lagi sekiranya dia tidak mengetahui apa masalah Ariel yang sebenarnya sehinggakan lelaki itu tekad berhenti belajar. Mereka hanya tinggal tiga semester sahaja lagi sebelum tamat diploma selama tiga tahun. Sayang…

“Lupakan aje la cerita pasal budak, tu! Ni, ha… duit kau dah cukup ke nak beli tiket konsert Arziril?” tanya Yasmin kepada Dania.
“Min… aku pinjam duit kau dulu, kan?” sampuk Lily.

“Yelah! Kan aku dah beritahu hari tu…” jawab Yasmin. Lily tersengih. Dia menadah tangan bersyukur. “Hah! Macam mana kau, Dania? Dah cukup ke duit tabung kau?” tanya Yasmin sekali lagi apabila soalan pertamanya tidak berjawab.

Dania tunduk. “Belum la. Masih tinggal RM100 lagi,” jawab Dania sayu. Dia mengeluh. Sudah hampir dua minggu dia menyimpan namun masih belum cukup. Yasmin dan Lily saling berpandangan.

“Kau pinjam duit aku dulu la, macam mana?” Yasmin memberi idea. Dania tahu Yasmin anak orang berada. Walaupun dia anak Dato’ namun Yasmin seorang kawan yang baik. Sepanjang dia mengenali gadis ini, dia tidak pernah lokek dalam membantu kawan-kawannya terutama sekali soal duit.

“Takpelah! Aku tak suka berhutang! Nanti aku try la tanya ibu aku macammana…” ujar Dania mengeluh. Dia tak tahu apa reaksi ibunya sekiranya dia meminta sedikit wang hanya untuk kegunaan peribadinya. Takkan dia nak susahkan ibu pula? Orang tua itu dah banyak berkorban membesarkan dia dan adik-adik yang lain. Hmm…

“Wah! Dania… kau dah popular, sekarang!! Tak sangka!!” tiba-tiba seseorang menyapa mereka. Dania, Yasmin dan Lily saling berpandangan.

“Popular? Apa maksud kau, Yazid?” tanya Dania tidak memahami kepada lelaki dikenali sebagai Yazid itu.

“Yelah… popular pasal apa?” sampuk Yasmin. Yazid dan kawan-kawannya tersengih.

“Ni, muka kau masuk paper Metro! Main page lagi, beb! Giler ah!” kata Yazid sambil menunjukkan surat khabar Metro yang dipegangnya kepada mereka.

“Bak sini kitorang tengok!!” balas Lily lantas merampas surat khabar Metro tersebut dari tangan Yazid. Mereka bertiga menatap akhbar itu betul-betul. Sah! Memang muka Dania dan…

“Arziril!!???” Lily dan Yasmin berkata serentak. Mereka berdua memandang Dania. Dania mengerut dahi.

“What?” Dania pura-pura tak faham.

“Kau jumpa Arziril semalam???” tanya Lily.. Yasmin mengangguk tidak percaya.

“Bukan Arziril, la! Orang surat khabar ni salah faham!” jelas Dania sambil menenyeh-nenyeh gambar tersebut.

“Habis? Kalau bukan Arziril, siapa lelaki ni!? Dah terpampang tulisan besar ‘Arziril Ryan rahsiakan hubungan’. And gambar perempuan ni, gambar kau! Siap berkejar-kejaran bersama dia lagi!! So, siapa nak jawab, tu!” Yasmin pula menyampuk tidak puas hati.

“Itu Ariel la… bukan Arziril!” kata Dania mengeluh.

“Ariel!!???” Yasmin, Lily, Yazid dan kawan-kawannya terkejut. Mereka tidak percaya.

“Aku tak percaya!” balas Yasmin.

“Betul! Aku pun!!” sampuk Lily pula.

“Wes… Ariel tu budak bendul! Budak loser macam dia tu… mana boleh jadi Arziril” ejek Yazid kasar. Dia dan kawan-kawannya ketawa. Dania memandang tajam ke arahnya. Rasa sakit hati pula bila Ariel diperkotak-katikkan.

“Weh… Yang kau ejek dia loser tu kenapa!? Dia ada kacau kau, ke?” bentak Dania. Yazid tersenyum sinis.

“Hai… marah nampak? Ooopss… lupa pula… Kau kan aweks budak loser, tu!!! So sama-sama loser la! Hahahahah!!!” sekali lagi mereka ketawakan Dania. Dania dah hilang sabar lantas dihentaknya meja membuatkan semua yang ada di situ terkejut. Suasana diam seketika. Muka Dania merah menahan marah. Lily dan Yasmin cuba menenangkannya.

“Dah la, Dania. Malu orang tengok” Yasmin menyabarkannya.

“Diamlah!!” bentak Dania membuatkan Yasmin tercengang. Dania mengangkat jari telunjuknya ke arah Yazid sebagai amaran. “Sekali lagi kau sebut perkataan loser! Aku sepak mulut kau!” cabar Dania. Yazid dan kawan-kawannya kecut.

“E’eleh… rilekslah! Gurau aje…” jawab Yazid takut-takut. “Dah la jom kita blah! Kang singa betina ni mengamuk naya, je!” Yazid segera meninggalkan mereka.

“Kau panggil aku apa!? Kalau kau anak jantan, datang sini lawan la!! Tengok siapa yang loser sekarang!!!” Dania melantangkan suaranya. Hilang sudah sifat keperempuanannya. Yazid dan kawan-kawannya langsung tidak menghiraukan pertanyaannya. Mereka semakin menjauhi mereka bertiga. Lily menarik Dania supaya duduk.

“Dah la tu, Dania!” marah Lily. Dania menghela nafas dan terus duduk. Rasa amarahnya masih belum hilang. Lily dan Yasmin betul-betul terkejut. Tidak pernah Dania marah sampai macam tu sekali. Dania menyapu mukanya berulangkali. Dia perlu tenang…

“Kau ok, ke?” tanya Yasmin. Dania mengangguk.

“Astaghfirullahalazim…” ucap dia menarik nafas. Yasmin dan Lily menyuruhnya bertenang.

“Kenapa kau marah sangat bila diorang ejek Ariel macam tu?” tanya Yasmin apabila melihat marah Dania kembali reda.

“Yelah… sebelum ni kau biasa, je.” kata Lily bersetuju. Dania diam. Dia sendiri tak tahu kenapa dia boleh marah sampai begitu sekali. Dania memandang mereka berdua.

“Itu Ariel sebenarnya... Samada korang nak percaya atau tidak, terpulanglah!” ujar Dania membetulkan keadaan. Yasmin dan Lily masing-masing mengerut dahi. Mereka tidak tahu samada nak percaya atau tidak kerana bukti telah terserlah.

0 orang beri kritikan::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...