RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Jumaat, 1 Ogos 2008

Alamak! Arziril ke Ariel!? 6

BAB 6

Dania cuba mendial nombor Ariel sejak dari tadi tapi tiada jawapan. ‘Hish! Mana pula si Ariel, ni!!?, getus hati Dania. Sekali lagi dia mendail nombor namun masih belum berjawab. ‘Tidur apa!!’. Danis mendengus. Dia mesti pergi ke rumah sewa Ariel petang ini…

***************
“Arielll…!!!!” jerit Dania dari luar pagar. Namun rumah itu seolah-olah kosong dan tidak berpenghuni. Dania mengeluh. “Mana dia, ni? Panggil tak jawab, call tak angkat!” rungut Dania kecewa. Tiba-tiba handphonennya berbunyi… Dania melihat ke skrin… Ariel!!

“Helo, Ariel! Kau kat mana!!? Aku call kau kenapa tak jawab????” marah Dania bertalu-talu. Kedengaran suara Ariel bercakap di corong telefonnya. “Aku kat depan rumah kau sekarang, ni! Kau kat mana? Aku nak jumpa. Ada hal!!”., “Ok jumpa kat sana”. Dania segera berlari meninggalkan rumah sewa Ariel. Dia perlu ke tempat yang dijanjikan.

*****************
Dania melihat jam di tangan. Sudah pukul 5 petang namun batang hidung Ariel langsung tak nampak.. Tadi janji nak jumpa dekat Sogo. Ni dah dekat 15 minit tunggu, bisik hatinya. Tiba-tiba…

“Dania!!” Dania segera mengalihkan perhatiannya ke arah Ariel yang sedang berlari mendapatkannya. “Sorry… sorry… aku ada hal, tadi!” jawab dia memberi alasan.

“Kau kemana?” tanya Dania menguji.

“Err… aku ke… aku ke…” Ariel cuba mencari alasan agar Dania tidak menyangkal lebih-lebih. “Aku ke kedai buku tadi.” tipu dia. Sebenarnya ketika Dania call, dia sedang sibuk menjalankan ‘photo shoot’ untuk cover majalah URTV bersama pelakon terkenal, Syarifah Amani. Dia memang tidak sedar bunyi handphonenya. Ketika dia ingin membuat panggilan, ada 20 misscalled semuanya dari Dania dan dua nombor yang tak dikenali. Dania melihat wajah Ariel nampak berbeza dari sebelumnya. Kalau dilihat lebih terperinci wajah itu seakan-akan…

“Arziril?” tiba-tiba nama itu terlepas dari mulutnya. Ariel terkejut. Lantas dia pura-pura tak faham…

“Apa kau cakap Dania? Aku tak faham…”

“Err… kenapa muka kau nampak lain? Kau baru lepas makeover, ke?” tanya Dania lantas tangannya segera menyentuh wajah Ariel. Ariel terkedu, segera dia beralih dari perhatian Dania.

“Err… mana ada. Aku macam biasa, je!” jawab Ariel menggelabah. Kenapa la dia boleh lupa nak ubah ke wajah asalnye? Dia belum bersedia untuk memberitahu Dania siapa dia. Dania memerhatikan penampilan Ariel. Kenapa dia seakan-akan Arziril Ryan? Ah! Mustahil! Fikiran aku je, tu!, Dania menggelengkan kepala menyangkal.

“Aku ada benda nak tanya kau, ni!” ujar Dania…

“Apa dia?” tanya Ariel risau. Mintak-mintak bukan pasal Arziril…

“Err… kau kat…” belum pun Dania habis bertanya tiba-tiba…

“Eh, Arziril!!” jerit seorang gadis memandang Ariel. Semua orang yang lalu-lalang segera mengalihkan perhatian ke arah Dania dan Ariel. Ariel gugup. Gadis itu dan kawan-kawannya mendekati mereka. “Awak Arziril, kan???” tanya gadis itu.

Ariel mengetap bibir. Dania terpinga-pinga. “Eh, bukan! Awak salah orang…” jelas Ariel menidakkan.

“Ye, penampilan awak betul-betul macam Arziril. Wajah awak pun sama!!” beria-ia gadis itu mengiyakan. Orang semakin ramai berkumpul. Dania semakin rimas. Hanya satu cara sahaja…

“Eh, Siti Nurhaliza!” ujar Dania sambil menunjukkan jarinya ke arah bertentangan. Semua orang menoleh. Tertipu dengan kata-kata Dania. Apa lagi… Dania menarik tangan Ariel untuk berlari meninggalkan tempat itu. Orang ramai yang berkumpul tadi tersedar dan mula mengejar mereka. Mungkin mereka peminat fanatic Arziril Ryan.

Dania dan Ariel lari dengan penuh semangat. Orang ramai masih lagi mengejar. Menyusahkan betul diorang ni!, desis hati Dania. Tangannya masih lagi kuat menggenggam tangan Ariel. Sampai sahaja di depan Bangunan Mara, mereka menyembunyikan diri di bawah tangga. Orang ramai yang mengejar mencari-cari kelibat mereka.

“Mungkin mereka dah lari ke sana, kot?” beritahu salah seorang dari peminat Arziril. Semua orang mengikut dia mengejar bayang… hahaha… Keadaan kembali tenang semula. Dania menghela nafas. Dadanya turun naik. Sudah lama dia tidak berlari seperti ini. Dania memandang Ariel. Lelaki itu menundukkan wajahnya. Dia pun kelihatan nampak penat.

“Ariel!” sapa Dania. Ariel mengangkat muka. Mukanya merah… “Kau, ok?” tanya dia. Ariel mengangguk. Dania merasakan ada sesuatu yang pelik. Dia memandang ke bawah. Terkejut dia apabila melihat tangannya menggenggam kemas tangan Ariel. Lantas dia melepaskannya dengan spontan. Dia mengalihkan pandangan. Mukanya pula kembali merah menahan malu. “Errr… aku rasa dah ok, kot? Jom la kita balik!” ajak dia lantas segera keluar dari bawah tangga. Ariel hanya mengikut sahaja tanpa kata apa-apa.

Mereka berdiri. “Nanti dulu!” Dania memandang Ariel. Dia segera mengacau-bilaukan rambut Ariel yang kelihatan kemas tadi. “Tak nak ada orang salah faham!” jawab dia apabila Ariel mengerut dahi. Ariel tersenyum dan mengangguk. Mereka berjalan pulang bersama.

*****************
Sampai sahaja di hadapan rumah Dania…
“Ermm… thanks hantar aku pulang” ucap Dania.

“It’s ok! Lagipun aku dah lama tak hantar kau pulang, kan?” ujar Ariel. Dania tersenyum. Mereka saling berpandangan. “Takpelah! Aku pulang dulu… thanks sebab tolong selamatkan aku tadi!” Ariel mematikan pandangan antara mereka. Kalau lebih-lebih karang, takut Dania tersedar.

“Alaa… dorang tu salah orang la! Tiba-tiba nak kejar kita buat apa, kan?” balas Dania.

“Betul… betul…!! Err… aku balik dulu… Babai…” Ariel meminta diri. Dia berjalan berundur. Masih malu-malu dengan Dania. Tiba-tiba dia terlanggar batu besar. Dia tergelincir dan terjatuh. Dania ketawa…

“Ariel, Ariel… kau ni masih lagi macam dulu la! Gelojoh!!” tegur Dania sambil ketawa. Ariel tersengih. Dia bahagia tengok Dania ketawa. Lama sangat dia tidak melihat gadis itu ketawa. Ariel angguk cover lantas berlari meninggalkannya. Dania menggelengkan kepala. Kemudian dia segera bergerak ke pintu pagar. Tiba-tiba dia berhenti… macam ada sesuatu yang dia terlupa.

Dania menepuk dahi… dia terlupa tujuan asalnya berjumpa dengan Ariel! Hish! Semuanya pasal salah faham tadi! Takpelah.. esok hari kan ada? Dia akan cari Ariel di kolej esok.

0 orang beri kritikan::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...