RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Jumaat, 1 Ogos 2008

Alamak! Arziril ke Ariel!? 5

BAB 5

Ariel mendekati Dania ketika gadis itu sedang leka mencari bahan bagi menyiapkan assignment yang diberi Cik Laila

“Dania… rajin kau, ye?” puji Ariel. Dania mencebik.

“Thanks for your compliment. Sorry la aku takde duit nak belanja kau!” perli Dania. Dia begitu khusyuk mencatit point-point penting dalam kertas. Ariel hanya tersengih. Lama benar dia tidak lepak bersama Dania. Maklumlah, dia agak busy dengan latihan tarian dan vokalnya. Dia memandang sahaja Dania.

“Takpelah. Aku puji ikhlas, tu. Dari hati aku untuk kau…” kata Ariel sambil menepuk-nepuk dadanya. Dania mengangkat kening. Eee… tolong la budak lurus bendul, ni. Tak kuasa aku nak melayan!

“Eh, kau ni takde kerja ke? Assignment yang Cik Laila bagi tu dah siap!?” tanya Dania. Ariel menggaru kepala.

“Aku tak tahu nak ambil tajuk apa, la. Otak tengah blur, ni? Kau buat tajuk apa?” Ariel meninggikan sedikit kepalanya untuk melihat apa yang ditulis oleh Dania. Dania mengangkat kepalanya dan segera menutup kertas yang ditulisnya. Dahinya berkerut.

“Jangan kacaulah! Nyebok aje!” bentak Dania lalu mencapai buku rujukan yang lain untuk dirujuk. Dia perlu dapatkan banyak bahan sebelum pulang. Selebihnya akan disiapkan sahaja di rumah. Maklumlah… rumahnya takde internet. Jadi bahan dan segala kemudahan dalam perpustakaan ni perlu digunakan sebaik-baiknya.

Ariel memuncungkan mulutnya. Dia merasa bosan. Malas betul nak mencari bahan. Dia tidak secerdik Dania. Dania mengambil jurusan Diploma in Graphic Design manakala Ariel mengambil Diploma in Electric & Electronic di PTPL, Ampang. Walaupun berlainan kos, kadang-kadang mereka satu kelas bagi subjek yang sama.

Mata Ariel tertancap ke arah diari Dania di atas meja. Mula la datang idea nakalnya. Dia cuba mencapai dairi tersebut tetapi sempat disedari oleh Dania. Gadis itu melarikan diari tersebut dari dicapai oleh Ariel.

“Ariel!! Sekali lagi kau kacau aku, aku jerit!!!” marah Dania dan spontan bangun dari tempat duduknya. Tangannya ditunjuk ke arah Ariel sebagai tanda amaran. Semua mata-mata yang berada di dalam perpustakaan itu memandang ke arahnya.

“Tak payah… kau dah jerit pun. Hehehe…” ejek Ariel. Dia ketawa nakal. Dania memandang sekeliling. Kemudian dia tersengih malu. Dia kembali duduk. Nasib baik dia masih ada rasa malu, kalau tak dah lama si Ariel ni diterajang keluar… Matanya memandang tajam ke arah Ariel yang tak henti-henti mengetawakannya. Dia mendengus… “Ala Dania… lama aku tak kacau kau, kan? Rindu la…” tambah Ariel lagi.

“Ariel… Aku takde masa la nak layan rindu-rindu kau tu, tau! Banyak lagi kerja lain yang boleh aku buat dari layan kau!” bentak Dania lantas bangun dan mengemas buku-buku di atas mejanya.

“Eh, dah habis ke kerja kau?” tanya dia kehairanan. Dania diam. Mukanya masam. Ariel tahu gadis itu marahkan dia. “Ok sori…sori… aku cuma nak hiburkan hati kau, je!” jelas Ariel menggelabah.

“Hiburkan hati aku ke, hiburkan hati kau!?” perli Dania. Dia memasukkan diari dan alat tulis ke dalam begnya. Buku-buku rujukan yang digunakan dijinjing untuk dibawa pulang. Kakinya melangkah ke kaunter peminjaman. Ariel mengikut jejak langkah Dania.

Selesai membuat pinjaman, Dania segera keluar dari perpustakaan. Ariel cuba mengejar dan memujuknya namun Dania buat selamba dek je… Dia dah malas nak melayan kerenah Ariel yang agak kebudak-budakkan dan tak matang itu. Ariel berhenti di hadapan Dania untuk menghalang gadis itu dari meneruskan langkahnya. Dania mendengus.

“Ka.. kalau kau jalan lagi, a.. aku… aku peluk kau!” cabar Ariel takut-takut. Dania berhenti. Dia memandang tajam ke arah Ariel. Sakit betul hati dia. “Kenapa kau marah sangat dengan aku, Dania?” tanya Ariel sayu. Sumpah! Tiada niat di hati untuk membuatkan gadis ini marah. Niatnya cuma ingin mendapat sedikit perhatian dari Dania. Tidakkah gadis itu rindukan dia sejak hampir dua bulan mereka tidak duduk melepak bersama? Demi Allah, dia rindukan gadis itu setiap saat. Acapkali dia menari, menyanyi dan apa sahaja yang dilakukan, gadis ini yang sering bermain di fikiran. Dia sayangkan gadis ini sejak dari kecil lagi. Kenapa Dania tidak pernah menyedarinya?

Dania memeluk erat buku rujukannya. Budak ni dah giler agaknya!, marah dia dalam hati. Dania malas nak membalas. Kakinya segera memulakan langkah kembali. Ariel ditolak ke tepi.
Ariel terpinga-pinga. “Dania, kau nak ke mana!!?” jerit Ariel. Gadis itu buat tak layan dengan jeritan Ariel. “Dania, aku sa….” Langkah Dania semakin laju meninggalkan Ariel jauh ke belakang. Aku sayangkan, kau!, jerit Ariel dalam hati. Dia mengeluh dan kecewa. Dania semakin jauh dengannya.

Dania turun dengan wajah mencuka. Dalam hatinya menyumpah lelaki itu. Entah bila dia boleh melarikan diri dari Ariel?? Dia rimas dengan perangai Ariel yang bodoh-bodoh alang itu. Kalau la Ariel tu Arziril, seorang yang gentlemen dan romantic… kan bagus! Tapi dia tidak sedar, Arziril itu la Ariel sebenarnya.

*******************
Ariel merehatkan dirinya setelah penat berlatih tarian dengan backup dancer yang lain. Dia mengelamun sebentar mengenai kejadian semalam. Kenapa Dania begitu emosional semalam? Adakah gadis itu betul-betul bencikan dia?

“Zi!!” sapa Marzuki dengan suara yang agak lantang. Ariel tersedar. Dia memandang Marzuki dengan muka blur… “Aku panggil nama kau banyak kali kau tak dengar, berangan je kerja kau! Kenapa? Bergaduh dengan awek, ke?” perli Marzuki. Ariel mengeluh.

“Apehal kau panggil aku?” tanya dia tanpa menjawab pertanyaan si Marzuki. Marzuki menghulurkan buku nota kecil ke arah Ariel.

“Jadual kau untuk beberapa hari, ni. Petang ni kau kena berlatih vocal dengan Cikgu Adnan. Esok pula ada press conference kat Hotel Swiss. Semuanya untuk preparation pasal konsert kau tu nanti…” jelas Marzuki panjang lebar. Ariel membaca setiap jadual yang telah dirancang untuknya. Dia mengeluh. Dia rasa penat sejak dua menjak ini. Kalau ikutkan hati, mahu sahaja dia berhenti dari belajar dan tumpu perhatian sepenuhnya dengan kariernya sebagai artis. Kalau nak diikutkan situasi sekarang, dia mampu untuk mengumpul wang yang banyak. Dalam bank pun dah beratus-ratus ribu malah meningkat ke juta duitnya. Itu semua hasil titik peluhnya selama tiga tahun ini.

“Ki, apa pendapat kau kalau aku berhenti belajar?” tanya Ariel meminta pandangan. Marzuki tersenyum ke arahnya.

“Zi, pelajaran tu penting. Kalau takde pelajaran, susah hidup kau di kemudian hari. Jadi artis popular ni tak lama. Ada jatuh dan bangun. Kenapa tiba-tiba kau fikir macam tu?” tanya Marzuki hairan.

Ariel mengeluh. “Aku penatlah, Ki. Terkejar sana terkejar sini. Dua-dua aku nak capai dalam masa yang sama. Aku rasa aku nak hold study aku dulu la. Masa nama aku tengah naik ni, better aku concentrate dengan karier aku. Nanti bila dah kurang sikit show, baru aku akan fikirkan balik pasal study” jelas Ariel lantas melunjurkan kakinya yang lenguh. Dia membuat senaman untuk mengurangkan lenguh di kaki. Marzuki mengangguk.

“Up to you la, Zi. Kalau itu yang kau rasa baik dan tidak membebankan kau, kau teruskan la niat kau itu. Aku support kau dari belakang aje,” ujar Marzuki menepuk bahunya. Ariel mengangguk. Dia tekad…

***************
“Betul kamu nak berhenti belajar, Ariel?” tanya Puan Manisah, pengetua Kolej PTPL tersebut sewaktu Ariel menghulurkan surat berhenti kepadanya. Matanya tajam memandang Ariel. Ariel mengangguk berkali-kali. Dia agak gelabah apabila pertama kali berdepan dengan pengetua yang dikatakan agak garang dan bengis oleh senior mereka sebelum ini. “Kenapa? Bagi reason yang munasabah,” tanya Puan Manisah sekali lagi. Ariel gugup.

“Err… saya… saya nak kerja, puan!” jawab Ariel. Rasanya jawapan itu dah cukup munasabah, kot?

“Kenapa? Kamu ada masalah kewangan, ke?” Puan Manisah sekali lagi tidak puas hati. Dia memandang Ariel yang kelihatan gugup menjawab.

“Err… ye!” tipu Ariel. Bukan itu masalahnya, dia sebenarnya dah tak larat nak hipokrit. Dia tidak suka belajar. Dia masuk ke Kolej PTPL itu hanya semata-mata untuk mendekatkan diri dengan Dania. Tetapi gadis itu kini semakin jauh dengannya. So, apa gunanya berada lama di tempat ini kalau gadis itu sudah tidak sukakannya lagi.

“Kalau kamu ada masalah kewangan, kami boleh bantu. Saya lihat result kamu sebelum ini agak cemerlang. Sayang kalau kamu berhenti macam itu aje. Saya boleh bantu kamu untuk dapatkan scholarship, Ariel” jelas Puan Manisah. Ariel tersenyum…

“Takpelah, puan. Saya dah tekad. Saya tetap nak berhenti,” jawab Ariel bersungguh-sungguh. Puan Manisah mengeluh.

“Baiklah. Kalau dah itu keputusan kamu, saya tak boleh nak paksa. Kamu ada harapan untuk pergi jauh, Ariel. But maybe this is your final decision, so you have to follow your instinct. I just wanna say, ‘good luck’ for your future” jelas Puan Manisah tersenyum. Ariel mengangguk.

Ariel keluar dari bilik pengetua. Dia menghela nafas. Ceh! Mati-mati aku ingat Puan Manisah ni garang. Takde la garang sangat. Baik, je! Rupa-rupanya senior sebelum ni saje nak takut-takutkan kitorang, hmmm…, ngomel Ariel dalam hati. Dia berjalan keluar dari pejabat dan menuju ke balkoni. Ketika itu dia tidak menyedari kelibat Lily yang memerhatikannya sejak dia keluar dari bilik pengetua. Lily hairan lantas berpatah balik ke Cafe untuk bertemu dengan Dania dan Yasmin. Niatnya untuk ke tandas terbantut.

*****************
Lily berlari mendapatkan Dania dan Yasmin yang sibuk berbual.
“Dania! Dania!” jerit Lily dengan nafas tercungap-cungap. Dania dan Yasmin terkejut.

“Kau kenapa, Lily? Macam kena kejar hantu, je?” perli Dania. Yasmin mengangguk.

“Betul… betul… Hantu jerangkung mana yang minat kat kau, ni?” balas Yasmin pula. Lily menarik nafas dahulu sebelum memulakan perbicaraan. Dia betul-betul penat. Seolah-olah baru lepas berlari 1000 meter. Sedangkan jarak antara Café dengan ofis hanya 50 meter sahaja.

“Air… air…” pinta Lily.

“Nah, minum air ni, dulu! Hish! Macam-macam hal la kau, ni!” Dania menghulurkan airnya kepada Lily. Lily mengambil lantas diteguknya rakus…

“Tu… la… suruh exercise, tak mahu! Badan tu dah macam anak gajah, dah!” ejek Yasmin pula.

“Tak kisah, la apa korang nak cakap! Anak gajah ke, anak dinosor, ke… aku tak peduli! Ni ada benda penting yang aku nak bagitau korang berdua especially kau Dania!” ujar Lily lantas menarik kerusi duduk. Dania terkejut.

“Aku? Apa sangkut-pautnya dengan aku?” tanya Dania tidak memahami apa yang dikatakan oleh Lily.

“Tadi… tadi masa aku on the way nak pergi toilet, aku nampak Ariel…” jelas Lily setelah penatnya beransur hilang.

“So?” tanya Dania dan Yasmin serentak. Masing-masing tersenyum.

“Aku nampak dia keluar dari bilik pengetua. Aku rasa dia ada buat kesalahan disiplin, kot?” teka Lily. Dania dan Yasmin terkejut apabila mendengar berita itu dari Lily.

“Ish! Takkan, kot?” ujar Yasmin tidak percaya.

“Yelah, Ariel tu sikit punya baik selama aku kenal dia. Jarang aku Nampak dia buat benda-benda yang dilarang dalam kolej ni. Dia tu kan lurus bendul!” bantah Dania tegas. Ariel yang dia kenal tidak pernah buat jahat. Lelaki itu sebaik-baik manusia.

“Betul…aku nampak dengan mata kepala aku sendiri dia keluar dari bilik pengetua tadi. Jarang tau kalau pelajar kolej ni masuk bilik pengetua except kalau dia ada buat kesalahan!” kata Lily meneguhkan alasannya.

Dania terdiam. Yasmin setujukan aje kata-kata Lily walaupun dia masih tidak percaya. Dania mengeluh. Dia perlu tanya Ariel. Mungkin lelaki itu dalam susah sekarang. Ariel tidak punya sesiapa dalam dunia ini. Kecuali dia dan familynya. Walaupun selurus mana Ariel itu, dia tetap kawan baiknya sejak kecil. Ariel tinggal bersamanya sejak kematian kedua ibu bapanya akibat kemalangan, 12 tahun yang lalu. Namun setelah arwah ayahnya pula pergi sewaktu umur mereka 17 tahun, Ariel tekad untuk tinggal berasingan dengan mereka dan hidup sendiri di luar. Walaupun pada mulanya ibunya membantah tapi akhirnya ibunya melepaskan Ariel dalam terpaksa. Atas alasan apa, tidak diketahui sehingga sekarang.

0 orang beri kritikan::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...