RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Jumaat, 1 Ogos 2008

Alamak! Arziril ke Ariel!? 4

BAB 4

Dania memecah tabung simpanannya. Satu persatu syiling dan duit kertas yang bertaburan di atas katil dikira. Satu… dua… seratus… seratus lima puluh… Dania mengeluh. Masih tak cukup lagi untuk genapkan ke tiga ratus. Mana nak cari lagi, ni?, getus hati Dania. Dia memang teringin sangat nak menyaksikan konsert life Arziril Ryan nanti. Dulu, dia tak berkesempatan untuk pergi kerana mempunyai masalah kewangan. Kehidupan bersama ibu dan dua orang adiknya yang masih kecil memang memerlukan perbelanjaan yang banyak. Dulu semasa arwah ayahnya ada, mereka hidup dengan gembira. Tetapi sekarang, ibunya sahaja yang bekerja. Gajinya sebagai kerani biasa tidaklah seberapa. Tetapi ibunya tidak pernah merintih mengenai soal duit. Dania memasukkan kembali duit simpanannya ke dalam tabung. Lantas dia keluar dari bilik.

Dia duduk di ruang tamu. Dua orang adiknya sibuk bermain di luar rumah. Mujurlah hari ini kelas batal, jadi boleh la dia melepakkan diri sahaja di rumah. Nak keluar, duit tak cukup. Dia kena berjimat sekiranya ingin ke konsert artis pujaannya itu. Ibunya pula dari pagi tadi dah ke tempat kerja. Dania baring di atas sofa sambil menonton televisyen… Tiba-tiba dia terasa mengantuk… semakin lama semakin berat mata untuk dikawal dan… Kroooh..krooh..zzzzz… Ahirnya dia tertidur dan sempat pula dia berdengkur. Memang buruk perangai…

***************
“Dania…” Arziril melambaikan tangan ke arah Dania… Dania tersenyum lebar lantas berlari ke arah Arziril, lelaki pujaannya.

“Arziril…..!!!!!” jerit dia. Dengan gaya manja dia berlari. Matanya bersinar-sinar penuh harapan. Tak sabar-sabar nak peluk jejaka itu. Belum pun sempat nak peluk, kakinya tersadung dan jatuh menyembah bumi. Spoil betul! Dania cepat-cepat bangun. Rambutnya dilepaskan dan dibiarkan mengerbang ditiup angin petang. Konon nak cover apa yang dah berlaku tadi… huhuhu…

Arziril mendekatinya lantas memegang kedua-dua tangannya. Mata mereka bertaut. Wah! Macam cerita Romeo and Juliet pula. “Saya cintakan awak!” ucap Arziril dengan penuh gentlemen. Dania ternganga. Rasa terharu apabila akhirnya Arziril memilih dia dari dua orang lagi rakannya, Mimi dan Yasmin.

“Saya juga!!” balas dia excited. Wajah mereka semakin dekat… bibir mereka semakin hampir… Wah! Adegan bercium bakal berlaku sebentar lagi. Romantiknyaa… Matanya dipejamkan. Konon nak ambil feel… Semakin lama semakin dekat dannnn…

“Dania!!!!” Dania berhenti dan spontan matanya terbuka. Siapa pula yang mengacau ni? Dia menoleh… kelihatan Mimi dan Yasmin memandang ke arahnya dengan muka bengkek. Masing-masing membawa parang dan kapak untuk berperang…

“Seraaaaaaaannnggggg…..” jerit Yasmin dan Mimi sambil menghayunkan kapak dan parang ke langit. Dania ternganga… Ah! Sudaahh… Dia tak nak mati lagi… Tolooooonggg…

******************
Dania terjatuh dari sofa. Dia tersedar… Ceh! Mimpi rupanya… Kedengaran lagu ‘Toyol’ nyanyian Aznil Nawawi memecah kesunyian. Hish! Siapa pula yang call aku tengahari buta, ni?, dengus Dania lantas mengambil handphone di sisinya…

“Haluuu…” sapa dia…

“Dania!!” Jeng… jeng… jeng… Dania terpaku… “Oii, Dania…aku la Yasmin!!” ujar Yasmin dengan suara yang lantang. Sepuluh batu boleh dengar suaranya dari corong handphone.

“Kau ni cakap perlahan boleh, tak? Menggelegak taik telinga aku dengar kau jerit! Silap-silap hari bulan aku pula yang pekak!” marah Dania bengang.

“Ooppss… sorry. Hehehe… Aku nak bagitau kau, ni… Konsert Arziril akan berlangsung pertengahan bulan depan. Dah keluar dekat tv 7 sekarang ni. Pergi la tengok iklan dia!” kata Yasmin excited.

“Yek? Sat aku buka!” Dania mencapai remote control lantas ditukar ke channel 7. Kelihatan Arziril Ryan menari dengan penuh professional di atas pentas. Wajahnya yang berpeluh betul-betul memikat hati dan perasaannya. Ni mesti adegan konsert sebelumnya… Hensemnyaaa…. Arziril melambaikan tangan ke arah peminat lantas menyambung kembali tariannya yang memukau setiap pandangan.

“Serius… Hensem kan! Terror giler dia menari!!!” kata Yasmin disebalik corong handphonenya. Dania tidak membalas. Dia leka dengan tarian Arziril. Teringat sewaktu dia di sekolah dulu. Kalau la dia tidak ditimpa kemalangan dulu, mesti dia dah jadi penari sekarang. Mana la tahu, boleh jadi backup dancer Arziril, ke… Hehehe… Tapi semuanya dah pun berlaku, dia tak boleh lasak seperti dulu lagi. Semuanya salah Ariel! Eh, bukan… salah dia sendiri!! Kalau tak kerana dia asyik membebel dan mengganggu perhatian Ariel memandu dulu, tentu semuanya takkan berlaku. Ya! Salah dia…!!

“Dania…!” panggil Yasmin. Dania tersedar dari lamunan.

“Ya?” balas Dania. Matanya masih tertancap di kaca televisyen.

“Keluar yok petang, ni?” ajak Yasmin. Dania mengeluh.

“Sorry la, beb! Aku takde duit la. Duit yang ada sekarang ni, aku nak simpan untuk beli tiket konsert Arziril tu nanti” jelas Dania sayu.

“Yek? Erm… takpelah! Kalau macam tu aku pun malas nak keluar. Nak simpan duit gak!” ujar Yasmin bergurau. Dania ketawa. “Ok, la! Jumpa kat kelas esok! Tata…”

“Ok… Thanks inform aku! Roger and out!” balas Dania lantas ditekan punat merah. Dia kembali melihat iklan yang mengambil masa sepuluh minit itu. Alangkah bestnya kalau Arziril jadi pakwe aku… Oh! Indahnya dunia!! Dania kembali dengan angannya tak sudahnya. Hehehe…

0 orang beri kritikan::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...