RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Jumaat, 1 Ogos 2008

Alamak! Arziril ke Ariel!? 3

BAB 3

Ariel keluar dari teksi apabila sampai ke destinasi yang dituju. Setelah membayar tambang, dia memandang ke bangunan Akademi Seni Tarian di Jalan Ampang. Dia membuka cermin matanya dan disimpan di dalam beg. Kakinya melangkah masuk ke dalam.

“Selamat petang, Encik Arziril!” tegur pak guard yang sedang menjalankan tugas ketika Ariel menghampiri pondok keselamatan.

“Selamat petang, Pak Mat” balas Ariel sambil tersenyum lebar.

“Lambat encik training menari hari, ni?” tanya pak guard yang bernama Pak Mat itu meramahkan diri.

“Ada kelas tadi, Pak Mat. Maklumla… glamor… glamor jugak… Tapi belajar tu kena ambil berat,” seloroh Ariel sambil menyandarkan dirinya ke dinding pondok tersebut. Dia menghela nafas.
“Betul… Pakcik bangga dengan kamu ni. Jarang artis remaja sekarang ni yang titik beratkan pelajaran mereka. Semuanya sanggup tak nak sambung belajar sebab nak kejar populariti. Hidup dalam dunia hiburan ni tak kemana sebenarnya,” nasihat Pak Mat.

“Ya betul… Takpelah, Pak Mat. Saya masuk dulu la. Nanti mengamuk pula si Encik Ki, tu!” kata Ariel lantas segera bersalam dengan lelaki itu.

“Ha… pergi la! Karang mengamuk susah pulak!” balas Pak Mat.

Ariel bergerak menuju ke lift. Sebaik sahaja pintu lif terbuka lantas dia memboloskan diri ke dalam dan segera menekan punat bernombor lima. Kelas tariannya di tingkat 5. Pintu lif kembali tertutup dan bergerak ke atas. Sedang leka menunggu lif sampai ke tingkat 5, sempat lagi Ariel bersiul menggembirakan hati.

Pintu lif terbuka setelah tiba ke tingkat 5. Ariel keluar dari lif dan terkejut apabila melihat En Marzuki yang sedang menunggunya sambil mencekak pinggang. Dia hanya membuat muka selamba. Dah tahu apa yang akan berlaku selepas ini…

“Kau kemana Zi?? Lambat sangat! Tahu tak kita dah hilang masa sejam untuk berlatih!?” marah Marzuki kepadanya. Selama lelaki itu menjadi pengurusnya, Ariel sudah kenal benar dengan sikapnya. Marzuki jenis seorang yang tegas dan komited dengan kerjayanya. Walaupun kadang-kadang dia kuat membebel mengalahkan mak nenek namun dia seorang yang baik hati dan penyayang. Sebab itu dia bertahan dengan kerenah Marzuki. Semuanya demi kepentingan popularitinya. Walaupun Ariel popular, namun masih ramai lagi yang samar-samar dengan kehidupan peribadinya. Dia tidak suka hal peribadinya diambil tahu oleh sesetengah pihak terutama sekali wartawan. Biarlah dia hidup seperti orang biasa. Di pentas, dia adalah Arziril Ryan… seorang artis popular dan hak peminat-peminatnya… tetapi di luar, dia tetap Ariel yang dulu. Seorang yang lurus bendul dan periang.

“Sorry la, Ki… Aku baru habis kelas tadi!” jelas Ariel. Dia segera masuk ke dalam bilik persalinan tarian. Sempat juga dia mengintai koreographernya yang bernama Simon dan rakan-rakan tariannya yang lain berlatih. Marzuki mengikut Ariel ke bilik persalinan.

“Kan dari dulu lagi aku dah suruh kau datang je dengan kereta. Nak kata tak mampu, duit kau tu dah beriban dalam bank. Anak dara orang pun kau dah boleh pinang. Ini tak…nak juga naik bas dan teksi. Kau kena sedar, Zi… Kau tu bukan orang biasa. Kau tu artis popular. Masa itu duit, tahu!” bebel Marzuki. Ariel mengeluh… Malas betul dia nak mendengar mamat ni pot…pet…pot…pet… Leka dia menyalin pakaian.

“Ye, aku tahu. Tapi aku tak suka la hidup macam ni. Aku nak hidup macam orang biasa!” ujar Ariel lantas mengenakan baju T-Shirt tak berlengan yang menampakkan otot-otot badannya. Badan Ariel tegap dan bidang. Selain menari, dia gemar ke gym untuk melatih otot dan pernafasannya agar tidak semput ketika membuat persembahan. Walaupun di hadapan rakan-rakan yang lain Ariel nampak lemah dan selalu termengah-mengah, namun itu adalah satu lakonan semata-mata bagi menutup peribadi sebenarnya.

“Kalau nak hidup macam orang biasa kenapa kau jadi artis?” tanya Marzuki. Ariel diam. Ada sebab kenapa dia tekad untuk menjadi artis popular. Semuanya adalah kerana DANIA!

Pernah suatu ketika dulu Dania mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang penari yang terkenal. Dania banyak menyertai persembahan tarian sewaktu di sekolah dulu. Tetapi disebabkan kemalangan sewaktu dia dan Dania menunggang motor ke kelas mengaji telah menyebabkan Dania terlantar di hospital selama sebulan. Motor yang dipandu Ariel berlanggar dengan akar pokok lantas jatuh menghempap kaki Dania. Sungguhpun dia telah sembuh namun dia tidak boleh menari lasak seperti dulu. Sampai sekarang Ariel menyalahkan dirinya. Dan kerana itu, dia menjadi artis demi menyempurnakan hajat Dania yang tidak kesampaian.

Ariel minat R&B dan hiphop sejak kecil. Pada mulanya dia tidaklah pandai menari, tetapi disebabkan semangatnya demi Dania, dia berusaha keras dalam diam. Semasa umurnya 14 tahun, Ariel mencuba nasib memasuki uji bakat tarian dan memukau Encik Azman Rahim yang ketika itu menjadi juri. Encik Azman Rahim merupakan seorang koreografer terkenal. Dia percaya Ariel boleh pergi jauh lantas mengambil Ariel sebagai anak didikannya. Nama Ariel ditukar kepada Arziril dan Ryan (Rashidi + Yanzer) diambil sempena nama dia dan bapanya. Walaubagaimanapun, personaliti sebenar Ariel sengaja dirahsiakan atas permintaannya kerana dia tidak mahu peminat-peminat especially Dania tahu mengenai dirinya. Biarlah Dania kenal dia sebagai Ariel Rashidi Yanzer dan bukan Arziril Ryan. Encik Azman bersetuju kerana baginya nama tak penting, hanya bakat mengubah nasib.

Bakat Ariel diketengahkan apabila umurnya mencecah 16 tahun, dia menjadi backup dancer untuk persembahan KRU di Dataran Merdeka. Pujian demi pujian diterima dan akhirnya pihak rakaman EMI Music mengambil Ariel sebagai artis rakaman. Album pertamanya bertajuk ‘Power of Dancer’ dengan single terbaru ‘Budak Maniac’ berjaya menarik perhatian peminat-peminat yang ketika itu fanatic dengan lagu berentak R&B dan Hiphop. Jualan albumnya meningkat ke 10,000 unit dalam masa dua minggu. Memang betul-betul membanggakan bagi artis baru seperti dia. Encik Azman pula diiktiraf sebagai koreographer terbaik kerana melahirkan seorang anak muda berbakat besar seperti Ariel. Namun ketika namanya semakin meningkat naik, En Azman mengalami kemalangan jalan raya dan meninggal dunia. Semangat Ariel luntur saat itu kerana kehilangan orang kuat dan tulang belakangnya. Namun demi Dania, dia perlu meneruskan perjuangan. Dan kini dia berjaya di atas kakinya sendiri. Di sana sini namanya disebut-sebut. Kiranya boleh kalahkan nama Siti Nurhaliza la. Walaupun sudah tiga tahun berlalu sejak namanya melonjak naik, rahsia Ariel masih belum terbongkar. Semua orang hanya kenal dia sebagai Arziril Ryan tetapi tiada siapa yang tahu siapa Arziril Ryan yang sebenarnya.

“Arziril… dah siap, ke? Semua orang dah tunggu…” tanya Simon ketika Ariel memakai pembalut kaki. Marzuki pula sedang sibuk menjawab telefon dari wartawan yang bertanyakan mengenai konsert barunya yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

“Ok siap! I’m coming!” jerit Ariel lantas berlari ke dewan tarian. Dia mesti berusaha keras agar konsert keduanya ini bakal memukau peminat-peminatnya sekali lagi. Ya! Itulah harapannya sejak dulu…!

0 orang beri kritikan::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...