RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Ahad, 10 Ogos 2008

Alamak! Arziril ke Ariel!? 20

BAB 20

Ariel menyelongkar almari bajunya untuk mengambil baju kemeja. Dia sudah berjanji untuk bertemu dengan Farisya malam itu. Sedang asyik mencari, tiba-tiba dia terlanggar sesuatu. Bingkai kaca tersebut jatuh dan pecah berderai di atas lantai. Hatinya terusik apabila melihat gambar dia bersama arwah mama dan papanya di zoo negara 13 tahun yang dulu... Bingkai gambar itu diambil dan ditatap. Dia tersenyum sendirian. Alangkah bahagianya saat itu..

"Maa.. Abang dah berjaya.. Abang dah jadi anak yang baik, ma.. Abang tak susahkan Cik Ani.. Abang pegang pesan mama dan papa..." dia bermonolog..

"Tapi Abang marah dengan ma dan pa. Kenapa ma dan pa tipu Abang? Ma dan pa cakap nak tinggalkan Abang untuk seminggu je.. tapi rupa-rupanya ma dan pa tinggalkan Abang untuk selama-lamanya. Abang rindukan ma dan pa. Abang sayang ma dan pa. Sampai sekarang Abang tak pernah lupa nak sedekahkan Al-Fatihah untuk ma dan pa. Abang nak jadi anak yang soleh, ma..pa.. Abang nak masuk syurga. Abang nak hidup selama-lamanya di sana dengan ma dan pa.. Ma dan pa tunggu abang, ye?"

"Ma.. pa.. Abang akan sentiasa ingat kenangan kita bersama.. Abang takkan lupa.. Walaupun ma dan pa dah tiada, ma dan pa tetap dalam fikiran abang. Ma dan pa seolah-olah wujud dalam dunia abang sekarang.. Abang rindu maa.. paa.. Rindu sangaat.."

Ariel mengesat air matanya. Umurnya sekarang dah genap 20 tahun. Dia semakin meningkat dewasa dan pengalaman mematangkannya. Kenangan lama kembali terjah..

******************
Tahun 1997..

Ariel hanya melihat sahaja papanya mengeluarkan beg dari dalam bonet kereta. Dia menangis. Sedih sangat bila ibu bapanya ingin berangkat pergi meninggalkannya. Sekilas mamanya yang sarat mengandung memeluknya.

"Abang jaga diri baik-baik, ye? Duduk dengan Cik Ani jangan nakal-nakal. Mama dan papa pergi tak lama. Seminggu je..." pujuk ibunya.

"Abang nak ikut mama dan papa.. Boleh la mama..papa.." pinta Ariel. Dia masih lagi tersengguk-sengguk menahan tangis. Ibunya hanya tersenyum.

"Abang.. papa dan mama pergi tak lama. Seminggu je. Lagipun abang tak boleh ikut. Abang kan kena pergi sekolah? Papa dan mama nak pergi Indonesia. Nanti bila cuti sekolah kita pergi bercuti, ye?" balas papanya pula. Ibunya mencium Ariel.

"Akak jaga Ariel ye, kak?" pinta ibunya.

"Kamu jangan risau Maria. Ariel ni akak dah anggap macam anak akak sendiri. Lagipun, Dania ada. Boleh jadi kawan dia nanti.." kata Puan Mahani. Dania mencebik. Dia tak suka Ariel duduk di rumah mereka. Ariel sombong. Dia mana suka berkawan dengan Dania. Mereka orang susah. Tak setaraf untuk berkawan dengan anak orang kaya seperti dia. Pernah suatu ketika dulu Dania cuba untuk berkawan baik dengan Ariel tapi Ariel langsung tidak memandangnya. Malah, lelaki itu selalu membulinya sewaktu mereka di tadika.

Ibu dan ayah Ariel mengangguk. Sekali lagi Puan Maria mencium pipi anak sulungnya.

"Abang jangan nakal-nakal, tau.. Ingat pesan mama. Jangan susahkan Cik Ani" pesan ibunya. Ariel hanya mengangguk. Dia memeluk ibunya. Kemudian dia beralih kepada ayahnya pula.

"Nanti papa dan mama jangan lupa beli ole-ole untuk abang, ye?"

"Insya'allah... Abang belajar rajin-rajin, tau.. Jangan nakal-nakal" sempat pula ayahnya berpesan.

"Kau jangan risau Farid.. Ariel ni budak yang baik.. Dia tak susahkan kitorang, pun." balas ayah Dania. Dania mencebik lagi. Menyampah pun ada.

Mereka melambaikan tangan di saat kereta mereka keluar dari perkarangan rumah. Puan Mahani memegang bahu Ariel. Dania meluat. Segera dia masuk ke dalam rumah.

"Dania.. mari tunjukkan Ariel bilik dia" arah Puan Mahani kepada anak tunggalnya. Dania yang sedang leka menonton tv mendengus.

"Malaslah! Ibu suruh je dia cari bilik dia sendiri. Rumah kita ni bukan besar sangat macam rumah dia..!" perli Dania. Tangannya ralit menekan punat remote control.

"Kenapa Dania cakap macam, tu? Tak baik layan tetamu macam tu.." tegur ibunya.

"Yelah.. Dania je yang jahat. Ariel je yang baik.. " bentak Dania lantas bangun untuk ke biliknya. Pintu dihempas kuat. Ariel mengetap bibir. Rasa marah pun ada dengan layanan Dania. Ibu dan ayahnya hanya menggelengkan kepala.

"Mari makcik tunjukkan bilik Ariel, ye?" Ariel hanya mengangguk..

*****************

Pagi esoknya mereka bersarapan bersama. Puan Mahani menghulurkan sepinggan nasi goreng kepada Ariel.

"Makan la, Ariel.." Dania yang berada bertentangan dengan Ariel menjeling. Benci betul dia melihat Ariel. Budak lelaki di hadapannya hanya tersenyum sahaja. Harapkan muka je handsome tapi perangai hampeh.

"Dania nanti pergi sekolah dengan Ariel, ye?" pinta ibunya.

"Tak nak la!! Dia kan anak orang kaya. Dia naik la kereta mercedes papa dia, tu!" balas Dania.

"Dania.. kenapa cakap macam tu? Nak kena pukul? Mulut tu jangan kurang ajar sangat! Ayah dan ibu tak pernah ajar Dania jadi budak yang kurang ajar, kan?" tegur ayahnya. Dania diam. Matanya memandang tajam ke arah Ariel. Sakit hatinya meluap-luap.

***************

"Wes, tunggu la aku!" Dania bergerak pantas meninggalkan Ariel. Lelaki itu hanya termengah-mengah mengejar Dania.

"Kau ni tak faham bahasa, ke?" tegur Ariel lagi lantas menarik tangannya.

"Kau nak apa? Tak cukup nak menyusahkan aku?" bentak Dania.

"Kau ingat aku suka nak pergi sekolah jalan kaki dengan kau?"

"Habis, tu? Kalau kau tak suka, kenapa kau ikut? Pergi la naik kereta mercedes papa kau tu!"

"Kalau sebab papa aku takde, jangan harap aku nak jalan kaki tahu tak.."

"Yelah.. apa standard jalan kaki dengan aku, kan? Aku kan miskin.. tak setaraf dengan kau yang kaya.. Anak arkitek! Ayah aku tu kerani cabuk, je!" Dania membalas paku buah keras..

"Memang pun..! Nasib kau sedar.." Ariel selamba berkata membuatkan Dania semakin geram. Lelaki itu meninggalkannya.

'Hish! Rasa nak cekik-cekik je dia!' Dania menyumpah dalam hati.

***********************

Malam itu Dania mengulangkaji pelajarannya di dalam bilik. Kedengaran pintu diketuk.

"Masuk!" arah Dania. Ariel membuka pintu.. Dania terkejut..

"Weih.. aku nak minta tolong kau kejap" pinta Ariel.

"Tolong apa?"

"Tolong aku kira matematik ni, la.." Ariel duduk di sebelahnya dan meletakkan buku nota berwarna coklat di atas meja studynya.

"Kau buat sendiri la..!"

"Kau kan pandai.. ajar la aku..."

"Hello.. aku ni bukan kuli kau ye nak kena ikut apa yang kau suruh...!" Dania bangun dari tempat duduknya dan segera ke katil. Buku nota diletakkan di sebelah kiri. Dia perlu menyiapkan soalan matematik yang diberikan cikgunya petang tadi sebelum tidur.

Ariel mengeluh. "Ok.. aku tahu aku dengan kau tak ngam sebelum ni. Tapi kali ni aje aku nak minta pertolongan kau.. Aku betul-betul tak tahu nak jawab soalan darab ni.. Sifir 4 pun aku tak pass lagi! Dalam kelas kau paling pandai.. Pleassseee" rayu Ariel. Dania diam..

"Yelah.. yelah.. Kali ni aje! Lepas ni kau buat sendiri!"

"Thank you.. ni yang membuatkan aku sayang sangat dengan kau..." puji Ariel..tiba-tiba..

"Ariel.." ibu Dania tiba-tiba menjengah.. Mereka berdua memandangnya.. Wanita itu berkeringat dan pucat..

"Kenapa, bu?" tanya Dania..

"Mama dan papa Ariel..."

"Kenapa dengan diorang?" Ariel menggigil..

******************

Ariel melihat sahaja Dania.. Gadis itu sehingga kini masih tidak boleh menerima dia dalam keluarga mereka. Ariel sedih. Dia kehilangan kasih sayang..

"Maa.. papaa.. kenapa mama dan papa pergi tinggalkan Ariel?" sekilas air matanya mengalir ke pipi. Dia masih tidak boleh lupa di saat dia melihat wajah arwah mama dan papanya untuk kali yang terakhir. Dia sebak. Dicium mama, papa dan bakal adik perempuannya sebelum kain kapan menutup muka mereka. Dia kehilangan segala-galanya.

Semasa Puan Mahani memberitahu berita mengenai kemalangan yang menimpa mama dan papanya di Indonesia, jantungnya seperti berhenti sebentar. Dia tidak percaya. Malam itu juga mereka bergegas ke hospital untuk mengecam mayat yang telah dibawa pulang ke Malaysia.

Sudah dua bulan berlalu.. namun Ariel masih tidak boleh menerima berita yang dia telah kehilangan kedua orang tuanya. Dia masih muda dan baru berumur 8 tahun. Di saat dia memerlukan sepenuh perhatian dari ibu bapa, mereka pergi meninggalkannya.

****************

"Dania tak suka dia duduk dengan kita, bu!!!" jerit Dania petang itu.

"Kenapa Dania cakap macam tu? Dania tak kesian ke dengan Ariel? Dia baru je kehilangan orang tuanya." tegur ibunya.

"Biar la!Padan dengan muka dia! Dulu bangga sangat dia tu ada macam-macam. Sekarang, baru dia tahu.." tiba-tiba satu tamparan hinggap di pipinya. Dania terkejut. Ayahnya memandang tajam ke arahnya. Sampai hati ayah..

"Ayah tak suka Dania cakap macam tu! Papa dan mama dia baru je meninggal. Sanggup Dania kata begitu dekat dia..!?" bentak ayahnya. Mata Dania merah menahan malu dan marah. Dia sedih. Segera dia berlari ke bilik dan sekali lagi pintu dihempas. Seminggu dia tidak bercakap dengan ayahnya sejak kejadian itu.

*******************
Tahun 2009

Dania ralit membaca novel di atas buaian. Karya Aisya Sofea menjadi kegemarannya sejak dibangku sekolah menengah lagi. Setiap helaian muka surat dibuka dan dibaca. Kadang-kadang dia ketawa, kadang-kadang dia serius dan kadang-kadang juga dia sebak. Begitu khusyuk sekali.

Adik-adiknya sibuk bermain diluar rumah. Kedengaran bunyi gelak ketawa selang-seli. Dania hanya menggelengkan kepalanya. Danny menggenggam segugus kunci dan bergerak ke pintu pagar rumahnya. Dania segera bangun..

"Ei korang jangan gatal-gatal nak main kat luar, ye! Ibu tak bagi!" tegur Dania. Danny hanya mencebik.

"Ala.. bosan la akak ni.. Kitorang nak main kat depan tu, je" jawab Danny.

"Betul.. betul.. betul.. Tak best la main kat dalam" balas Danial pula.

"Akak kata jangan tu jangan la! Tak faham bahasa, ke!!??" marah Dania. Adik-adiknya terdiam.

Tiba-tiba..

"Assalamualaikum" sapa seseorang. Mata masing-masing memandang ke arah suara tersebut.

"Kau?" Dania terkejut.. Lelaki itu tersenyum..

**********************

15 orang beri kritikan::

in_an berkata...

cite ni best..x sabar nak tgu n3 br die..jgn lme2 tau..

~_^NAsHw@ NAt@ShA^_~ berkata...

pendeknyaa...huhuhu...

in_an berkata...

lmbt lg ke n3 cite ni waniey?

Cik Waniey berkata...

cerita ni wani hold dulu,
xde idea la nak smbung..
nanti klo ade wani akan tulis..
don worry..
begitu sukar nk dpt idea.. hehe..

fArAh berkata...

mesti laki tu helmi kan??
best la cita nie!
sambung lagi plz!!!

ecah hamzah berkata...

salam....
sye ske bace cte nieh....
br je ikot blog kak waniey nieh....
hehe
kalo kak waniey ade mase bleh plak jenguk blog sye...
http://ecahyourbestfriend4eva.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

hai kak waniey...best la citer ni.nak mintak tlong sikit bleh tak zoomkan gambar alamak! arziril ke ariel!? tu?nak tengok sangat gambar dier...
terima kasih
:)Alisa

Tanpa Nama berkata...

bla nak msuk n3 bru.. lme lg ke??

Tanpa Nama berkata...

besh..... msti helmi yang kasi bear kat dania... next en3 pliz kak waniey.... hop dania sdar yang dye 2 skakan ariel... not arziril..

aku_ke?? berkata...

ish... bncinyer kat farisya 2... x sdar ke yg ariel 2 x skekan dye... mntak sgt2 ariel ngan dania..

sofy la berkata...

bes la cpt smbg taw

Tanpa Nama berkata...

copat la wahai cik waniey abeskan cite nie..sy baca sekali imbas da menarik da...

i deals berkata...

Xkn lh smpai sni je citer..hurmm
Dri 2009 smpai 2015 cite still trgantung lgi

i deals berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
i deals berkata...

"Dri 2009 smpai 2016 cite still trgantung" bile nk smbung lgi..dh tgh2 syok tetibe trsangkut lak kat bab20 je..hurm

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...