RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Jumaat, 1 Ogos 2008

Alamak! Arziril ke Ariel!? 2

BAB 2

“Dania…Lily tengok poster, ni!” ujar Yasmin sambil menghulurkan poster tersebut kepada Dania dan Lily. Yasmin dan Lily merupakan sahabat baik Dania sejak dari bangku sekolah lagi. Kerana mempunyai keinginan dan minat yang sama, hubungan mereka semakin akrad. Segala cerita suka dan duka dikongsi bersama. Termasuklah cerita tentang Arziril Ryan…

“Waahhh… konsert dia, la! Bestnye… aku nak tengoklah!” ujar Lily bersemangat.

“Aku dengar tiket untuk konsert kali ni mahal sikit la!” kata Yasmin..

“Berapa?” tanya Dania dan Lily serentak. Kemudian masing-masing memandang. Gopoh betul! Yasmin ketawa melihat keletah kawan-kawannya. Kalau bercerita pasal Arziril, memang masing-masing tak nak mengaku kalah.

“Kalau nak duduk bahagian depan, harganya RM250…kat tengah, RM 190, paling murah pun RM70. Itupun dapat tengok lampu je la. Hehehehe…” seloroh Yasmin. Dania dan Lily mengeluh. Mahal betul!

“Mahalnya… mana nak cari duit banyak tu?” ngomel Lily sayu. Dia menongkat dagu memikirkan cara untuk mendapatkan duit lebih. Duit yang ada dalam bank pun tinggal berapa je. Takkan nak minta dekat mak dan abahnya lagi? Abahnya baru je masukkan RM300 dalam bank dia awal bulan ni. Tupun rasa tak cukup. Maklumlah, perbelanjaan di kolej memakan belanja yang banyak. Makan lagi, hal-hal personal lagi. Hm…

“Kau ni, Lily… simpanlah duit tu! Ini tidak… ada duit je, beli makanan! Kalau sikit takpelah. Ini kadang-kadang sampai berpuluh-puluh ringgit sehari. Makanan pulak yang mahal je. Sedar-sedar la badan kau tu dah macam tong tahu, tak!” tegur Dania geram. Mana taknya, kalau diorang lepak dekat KLCC, tempat feveret dia mesti Burger King. Kalau tak Burger King, Kenny Rogers. Nak makan tu tempat-tempat yang exclusive je. Takat KFC, McD tu… pandang sebelah mata, je…. Huhuhu

“Alaa… aku tak boleh hidup tanpa makanan la Dania…” ujar Lily tersengih, menampakkan giginya yang putih dan tersusun rapi. Dania mencebik.

“Kalau macam tu, kau hidup la dengan makanan kau, tu!” perli Dania. Yasmin menggelengkan kepala.

“Macam ni, la… Apa kata kalau aku bayarkan dulu duit konsert tu untuk kau. Nanti bila abah kesayangan kau tu masukkan duit, kau bayar la balik. Amacam?” kata Yasmin memberi idea. Lily angguk setuju. Nasib baik ada Yasmin kalau tak… tak dapat la dia merasa jumpa Arziril Ryan secara life. Selama ni tengok kat tv, je…

Selang beberapa minit kemudian, Miss Laila masuk dan mereka memulakan pembelajaran. Sedang yang lain khusyuk mendengar celoteh Miss Laila di hadapan, Dania merasakan kelas itu ada satu kekurangan. Dia memandang ke belakang, tempat duduk Ariel kosong. Dia hairan. ‘Takkan budak lurus bendul ni ponteng kelas, kot? Ish! Tak pernah dia buat macam ni!’ getusnya dalam hati.

Tiba-tiba kedengaran bunyi orang menjerit. Pintu kelas bergegar. Pelajar-pelajar termasuk Miss Laila terkejut. Terhenti seketika celotehnya. Mata masing-masing memandang ke pintu. Tiba-tiba tombol pintu terbuka, Ariel masuk dengan nafas yang tercungap-cungap. Tangan kanannya menggosok kepala yang sakit manakala tangan kirinya membetulkan cermin mata yang hampir terlucut. Keadaan kelas kembali gamat dengan ketawa. Ariel hanya tersengih kerang. Dania menepuk dahi. Malu sungguh bila melihat adegan bengong si Ariel.

“Maafkan saya, Miss Laila!” ujar Ariel lantas menutup pintu.

Miss Laila mencekak pinggang. Dia mengetap bibir. “Kamu kemana, Ariel? Kenapa lambat datang ke kelas hari ini?” soal dia dengan suara yang agak lantang. Pantang baginya kalau pelajar datang lewat ke kelasnya. Bukan masalah lewat yang diambil berat tetapi dia tak suka sekiranya pengajarannya terganggu. Ariel menelan liur. Kakinya masih lagi kaku di pintu kelas. Kalau nak lari, sempat juga ni!, getus hatinya.

“Err… saya bangun lewat, miss… Lepas tu ketinggalan bas. Puas saya jerit dan kejar bas tu tapi bas tu tak nak berhenti,” jawab Ariel panjang berjela. Begitu jujur dan lurus bunyinya. Kali ini kedengaran bunyi ketawa semakin jelas. Lily dan Yasmin ketawa sampai tak ingat dunia. Dania pulak dah menutup separuh kepalanya dengan buku. Malu dapat kawan yang agak-agak bengong macam Pak Pandir seperti Ariel.

“Sudah! Pergi duduk tempat kamu…” arah Miss Laila lantas bergerak ke mejanya.

“Terima kasih, miss…” ucap Ariel lalu membuka langkah. Tiba-tiba dia berhenti dan menggaru kepala. Miss Laila mengerut dahi.

“Hah! Apesal pulak, tu?” tanya dia bila melihat Ariel terpinga-pinga mencari sesuatu.

“Err… beg saya, miss. Tertinggal dekat luar, kot?” Ariel masih lagi tersengih sambil tangannya menunjuk ke arah pintu.

Kot???? Apesal la bodoh sangat budak lurus bendol, ni! Kenapa la aku boleh kenal dengan budak ni!, seloroh Dania dalam hati. Miss Laila menyuruh Ariel mengambil begnya dan terus memulakan pengajarannya yang tergendala sebentar tadi.

Semasa Ariel berjalan menuju ke tempat duduknya, sempat pula dia mengenyit mata ke arah Dania. Dania mencebik. Rasa nak muntah pulak bila tengok perangai tak senonoh Ariel. Yasmin dan Lily pulak sibuk mengusiknya. Eee… geram betul. Pembelajaran mereka diteruskan tanpa apa-apa gangguan. Namun dalam hati Dania, dia betul-betul sakit hati dengan usikan kawan-kawannya. Mana taknya, kawan-kawan yang lain tahu Ariel dan Dania berkawan rapat sejak kecil. Dan mereka sering dikenen-kenenkan sebagai pasangan kekasih yang paling cocok. Kalaulah bukan kerana ibu, dah lama dia buat rancangan untuk larikan diri dari Ariel.

******************
Setelah kelas tamat, mereka segera bergerak ke Café.
“Petang ni kita nak ke mana?” tanya Yasmin untuk mengetahui agenda mereka seterusnya.

“Kita pergi main boling, yok!” ujar Lily memberi idea.

“Tak nak lah. Asyik main boling, je. Bosan!” bantah Dania.

“Habis tu kita nak buat apa?” tanya Lily tak puas hati apabila ideanya ditolak.

“Oit, Dania! Tunggu!”. Mereka bertiga menoleh apabila mendengar seseorang memanggil nama Dania. Ariel berlari sambil melambaikan tangan ke arah mereka. Dania menjeling lalu membuka langkahnya semula.

“Dania, pakwe kau panggil, tu!” ejek Lily. Yasmin pula dah mula ketawakannya.

“Tak sangkakan… ada jugak manusia species pelik macam Ariel tu kat Malaysia, ni..” gurau Yasmin pula. Dania mengetap bibirnya.

“Korang berdua boleh diam, tak!? Buat bodo dah la!” marah Dania apabila kawan-kawannya mengetawakan Ariel.

“Dania…” panggil Ariel lalu menarik tangan Dania. Dania menepis.

“Eh, apa ni pegang-pegang!? Aku tak suka, tau!” bentak Dania kepada Ariel. Ariel masih lagi melepaskan lelahnya setelah penat mengejar mereka.

“Sorry… sorry… aku tarik tangan kau supaya suruh kau berhenti. Kau tak dengar ke aku panggil kau, tadi?”

“Eh, suka hati aku la nak berhenti ke tak nak. Penting sangat ke panggilan kau, tu?” perli Dania dengan jelingan tajam. Ariel terdiam.
“Takdelah… aku ingatkan nak ikut korang pergi makan” jawab Ariel lemah. Dia tahu mereka bertiga tak suka dengannya.

“Eh, Ariel.. Kitorang tak ingin la nak makan dengan budak lurus bendul macam kau!” bentak Yasmin.

“Betul… betul…” kata Lily pula setuju.

“Itu korang… tapi aku bukan nak makan dengan korang. Aku nak makan dengan Dania! Kan Dania, kan?” ujar Ariel pula lantas mendekati Dania. Lily dan yasmin saling berpandangan. Dania mengeluh. Nak tak nak dia kena setuju. Dia dah janji dengan ibunya untuk jaga Ariel di kolej itu.

“Dah la… jom!” ajak Dania. Ariel melonjak gembira. Lily dan Yasmin mencebik. Mereka bergerak ke Café. Sedang dalam perjalanan, tiba-tiba telefon bimbit Ariel berbunyi… Masing-masing memandang Ariel…

“Err… korang pergi makan dulu, la! Nanti aku datang…” ujar Ariel. Dania mengangguk lantas menarik tangan kedua-dua kawannya ke Café. Ariel bergerak mencari tempat yang jauh dari orang untuk menjawab telefonnya.

“Hello…” sapa dia. Kali ini dengan suara yang garau dan macho. Bukan lagi watak takut-takut seperti tadi. Kedengaran suara pengurusnya, En Marzuki bercakap tidak henti-henti di corong telefon bimbitnya. “Ok, aku datang sekarang…” ujar Ariel lantas bergegas meninggalkan tempat itu.

Dania dan kawan-kawannya yang sedang duduk di dalam Café itu ternampak aksi Ariel yang berlari meninggalkan tempat mereka. Lelaki itu seperti terkejarkan sesuatu.

“Kenapa dengan Ariel, tu? Nampak macam ada hal penting, je” tanya Yasmin.

“Yelah… tadi beria-ia sangat nak makan dengan kita…” ujar Lily pula. Dania mengerut dahi. Dia pun hairan. Dah la tak jumpa mereka dulu, ini blah macam tu, je!

“Dah la… biarkanlah dia! Korang juga yang suka kan kalau dia tak join kita makan.” perli Dania. Dia melihat menu di tangan. Tiba-tiba perutnya terasa lapar semacam.

“Takdelah. Aku hairan. Dia tu mana ada kawan kat sini. Tapi selalu aje dapat panggilan. Dah la tu… panggilan tu nampak macam penting sangat.” jelas Yasmin.

“Betul la. Aku pun rasa macam tu, juga.” Lily bersetuju dengan kata-kata Yasmin. Dania terdiam. Adakah Ariel ada masalah? Tapi lelaki itu jarang menceritakan masalahnya pada dia. Setiap kali berjumpa dengannya, lelaki tu sering nampak gembira. Dania membiarkan sahaja pertanyaan itu berlalu apabila Yasmin mula memanggil pelayan untuk memesan makanan.

0 orang beri kritikan::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...