RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Sabtu, 2 Ogos 2008

Alamak! Arziril ke Ariel!? 17

BAB 17

“Who’s this??” tanya Farisya setelah dia mendengar suara seorang perempuan di corong telefon bimbit Arziril. Ketika itu, Arziril ke tandas dan terlupa untuk membawa sekali telefon bimbitnya.

Klik! Telefon diletak.
“Stupid!” sumpah Farisya. Dia segera meletakkan handphone itu di atas meja. Matanya masih lagi mencari kelibat Arziril. Jam di tangan dibelek. ‘Mana dia ni? Pergi tandas ke buat tandas?’ rungut hatinya.

“Hai, Miss Farisya.. did you have made an order?” tanya pelayan Med@Marche Mediterranean Restaurant yang terletak di dalam Hotel Renaissance, Kuala Lumpur. Hotel Renaissance merupakan salah sebuah hotel lima bintang yang terkenal dimana ia menyediakan pelbagai kemudahan yang mewah dan selesa untuk pelanggannya. Hotel ini terkenal di kalangan golongan korporat dan ahli perniagaan kerana tempat ini sesuai untuk membincangkan perniagaan mereka di situ.

“Eh, you tak nampak ke my friend takde, ni? Nanti dia datang I panggil la! Sibuk sangat nak ambil order!” marah Farisya. Pelayan itu mengangguk.

“Sorry..” kata pelayan tersebut lantas meninggalkan mejanya. Farisya mendengus. Petang tadi sengaja dia mengajak Arziril keluar setelah hampir beberapa bulan mereka tidak berjumpa. Memang nasibnya baik kerana Arziril free malam itu dan bersetuju untuk dinner bersama.

“Hmm.. Eisya! Sorry lambat.. Tadi diorang tengah clean up tandas..” jelas Arziril lalu menarik kerusi untuk duduk. Sengaja Farisya mengambil couple set-table malam itu. Senang mereka berbincang berdua-duaan seolah-olah pasangan kekasih yang bermadu asmara. Hahaha..

“It’s ok! No big deal..” jawab Farisya lantas mempamerkan senyuman menggoda kepada Arziril. Arziril hanya membalas senyumannya. Di saat dia mencapai menu di atas meja, dia ternampak handphonenya..

“Oh, kat sini rupanya handphone I. Puas cari tadi. Ingatkan hilang..” Handphone dicapai dan disimpan di dalam poket.

“You forgot to bring it. By the way, you have got some call. I’m not sure from whom..” kata Farisya lantas tangannya melambai-lambai ke arah pelayan. Arziril terkejut lalu mengeluarkan kembali handphonenya. Dia melihat kepada call delivery untuk melihat siapakah gerangan yang menelefonnya. Dania?

“So, what do you want to eat?” tanya Farisya. Pelayan di sebelah sudah bersedia untuk mencatit menu.

“Err.. “ Arziril membelek-belek menu di tangan. “Bagi saya chocolate shake, ye?”

“Is that all, sir?”

“Yes..” Arziril menutup menu dan kembali memandang ke skrin handphonennya.

“How about you miss?”

“You tak nak makan, ke?” tanya Farisya apabila Arziril hanya memesan coklat shake sahaja.

“Nope.. I dah kenyang.. Kalau you nak makan, you order la. It’s ok I bayar..”

“Hmm.. Please give me one set of chicken chop with salad and fresh orange”

“What kind of flavor do you like, Miss Farisya? Tomato sauce or black pepper sauce?”

“Black pepper sauce”

“Thank you. You will receive your meal as soon as possible” jelas pelayan itu tersenyum lantas meninggalkan mereka berdua. Mereka hanya mengangguk.

“Busy nampak you kebelakangan ni?” Farisya kembali memulakan perbualan. Arziril ketawa.

“Biasalah. Rezeki kan.. Takkan nak tolak” jawab Arziril.

“Yelah.. busy-busy jugak! Tapi jangan la sampai tak datang masa birthday I” rungut Farisya manja.

“I’m so sorry, Eisya. I always busy. Bukan tak nak tapi my schedule is too pack! I tak tahu bila I free..”

“Wartawan semua tanya kenapa you tak datang masa harijadi I. I tak tahu nak jawab apa..”

“Katakan je la I busy”

“That’s not the good reason sayang.. Mereka akan cakap I hanya bagi alasan..” kata Farisya. Dia mencapai tangan Arziril. Lelaki itu tersentak lantas dia mengelak.

“Banyak mata memandang, Eisya. I tak nak kena gossip lagi” kata Arziril membuatkan Farisya mengeluh.

“You tak sayangkan I ke, Arziril? I sayang giler pada you. My mom and dad always talk about us. Diorang restu perhubungan kita”

“Eisya.. we just friends, right? Lagipun, kalau kita couple.. I takde masa untuk you. You dengan dunia you and I dengan dunia I. Please understand me?”

“Habis selama ni you langsung tak pernah cintakan I? Tapi kenapa? You tahu tak begitu ramai lelaki yang ingin mendampingi I tapi I just love you. Only you, sayang..!” kata Farisya dengan penuh bangga. Arziril hanya menggigit bibirnya. jelik pula bila mendengar kemegahan Farisya.

“I tak pernah janjikan apa-apa pada you. You jangan salah faham, Eisya!”

“Then.. why are you being my date tonight?”

“Because you are my friends”

“Kalau perempuan lain ajak, you go on juga, ke?”

“Yes.. As a friends. It is not the matter, right?”

“Well.. if you said so.. It’s ok..” Farisya hanya menundukkan kepalanya. Dia seolah-olah merajuk. Arziril hanya mengeluh. Malas benar dia nak memujuk perempuan ni.

“Err.. I nak tanya, yang call I tadi ada cakap apa-apa, tak?” tanya Arziril apabila mereka lama mendiamkan diri.

Farisya hanya mengeluh. lelaki ni memang takde perasaan langsung. bukan nak pujuk aku!

“Nothing. Why?” jawab Farisya acuh tak acuh.

“You ada cakap apa-apa?”

“I tak sempat cakap apa-apa dia dah letak. Why? Is she your girlfriend?” Farisya meneka. Arziril melepaskan nafas lega. Dia menggelengkan kepala.

“Arziril.. I love you..” kata-kata terakhir Farisya betul-betul membuatkan Arziril Ryan menjadi serba salah. Perlukan dia menerima cinta gadis itu? Mereka sudah berkawan hampir dua tahun namun sumpah, tiada perasaan dalam hatinya untuk Farisya. Walaupun gadis di hadapannya ini secantik bidadari namun dia tetap tak boleh menerima. Hatinya tetap memilih Dania. Dania.. gadia itu cuma simple. Nak kata lawa.. maybe kurang banyak dari Farisya. Tapi.. ada sesuatu yang istimewa tentang gadis itu yang membuatkan Arziril sayangkannya. Entahlah.. dia sendiri tak tahu apa. Farisya pula.. kadang-kadang perangai gadis ini agak jelik baginya. Terlalu manja dan kuat merajuk. Mungkin kerana lifestyle gadis ini yang sudah biasa dibesarkan dengan wang dan kekayaan, dia jadi begitu megah dan sosial.

“Berikan I masa, Eisya..” itulah jawapan yang boleh Arziril simpulkan. Dia tidak berani untuk menjanjikan apa-apa.

“Ok.. I’ll wait for that!”

***********************

“Kau dekat mana tadi? Aku call perempuan yang jawab! Kau keluar dating, ek?” tanya Dania ketika Ariel menelefonnya di rumah. Dia tidak sempat menukar pakaian kerana perasaan rindunya pada Dania kian menebal. Sehari tidak berjumpa bagaikan setahun.

“Err.. “ Ariel memikirkan jawapan yang bernas untuk Dania.

“Ooo.. dah ada awek tak beritahu aku. Kau ni memang jahat la, Ariel! Kau jumpa aku.. siap kau aku belasah!” ugut Dania. Ariel hanya ketawa.

“Kenapa? Kau jealous, ke?” uji Ariel.

“Jealous? Of course not! Takde masa la aku nak jealous. Aku cuma kesian dengan perempuan tu, je!” perli Dania. Ariel terkejut.

“Why?”

“Sebab dapat pakwe dungu macam kau. Hahaha..” kedengaran kuat suara ketawa Dania di corong telefon bimbitnya. Kadang-kadang gurauan Dania sering menyakitkan hatinya.

“Hello.. aku bukan Ariel yang dulu lagi, tau!!” marah Ariel.

“So kau Ariel yang macam mana, sekarang? Yang handsome.. yang macho and gentleman? Macam tu?” perli Dania lagi.

“Aku boleh jadi Arziril Ryan kalau kau cabar aku!” balas Ariel. Dania terdiam..

“Really?” tanya Dania menguji.

“Of course I am..”

“Then prove it. Aku nak tengok..”

Ariel menepuk dahinya. Terlebih pula dia kali ni. Kalau betul-betul dia suruh aku menjadi Arziril macam mana? Terbongkar la rahsia dia selama ini..

“Err.. aku gurau je la! Serius betul kau, ni!” kata Ariel serba salah.

“Hahaha.. I know you la! Impossible you can be as Arziril. He’s hot you know!!” ketawa Dania semakin kuat. Lantak kau la, Dania!! “So.. bila nak datang rumah aku lagi?”

“Kenapa? Kau rindu ke?”

“Ye.. aku rindu. Lama juga kau tak datang sini. Si Lily dan Yasmin pun ada tanya pasal kau..” Eh? Bila masa pula aku jumpa Lily dan Yasmin? Hahaha.. gasaklah. Karang perasan pula mamat ni kalau aku tak babitkan minah berdua tu.

“Tengok la.. Aku busy sekarang. Akupun rindu dekat kau. Rindu sangattt..!! Nanti kita jumpa, ye? Ok la.. aku nak mandi. Baru balik kerja. Nanti aku call kita sambung berbual, ek?” tipu Ariel. Dania hanya mengiakan dan perbualan mereka ditamatkan.

Ariel melemparkan handphonenya di atas katil. Dia membuka bajunya dan segera baring. Kepalanya hanya memikirkan dua gadis yang wujud di dalam hidupnya. Either Farisya or Dania. Which one is suitable for me??

1 orang beri kritikan::

Tanpa Nama berkata...

Only DA.NI.A ok! DA.NI.A ! I Hate that Farisya ! GEDIK ! HUH!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...