RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Sabtu, 2 Ogos 2008

Alamak! Arziril ke Ariel!? 16

BAB 16

Semasa dalam perjalanan pulang, Arziril memandang ke luar tingkap kereta. Sejak dua menjak ini dia agak malas untuk memandu, terpaksa mengupah pemandu peribadi untuk membawa dia ke sana ke mari.

Kereta berhenti di lampu isyarat. Matanya masih lagi tertancap ke luar. Malam nanti dia agak free. Tak tahu apa yang perlu dia buat malam ini. Esok pula, dia ada sesi penggambaran bersama Farid Kamil, Fahrin Ahmad dan Zed Zaidi dalam Majalah Maskulin. Arziril mengeluh.. dia penat sebenarnya. Aktivitinya terlalu sibuk. Kadang-kadang dia rindukan saat menjadi orang biasa. Tiba-tiba.. TRUUTT..

“Helo?”

“Zi, aku ni, Ki!” Arziril mengeluh..

“Ye, Ki. Apa prob bro?”

“Kita dapat projek baru. Kau dapat offer dari ASTRO untuk menjadi pengacara bagi ‘Penjelajahan Arziril Ryan di Sydney, Australia!’” ujar Marzuki excited.

“Wow! Sounds great!! Bila?” Arziril betul-betul tak sangka dia dapat offer yang begitu lumayan baginya. Tempatnya pula bukan calang-calang tempat.. Best betul!!!

“Maybe next two months. Diorang akan arrange all the plans in term of your schedule, script and places yang akan kita visit. But the most important is, they will cover all the expenses during vacation. So, kalau kau nak shopping ke apa ke dorang support!”

“Wah!! Best la kalau macam tu... Kira aku pergi bawa badan je laa… heheheh..”

“Yups! One more thing, only one of your fans are allowed to join your vacation”

“Meaning?” Arziril masih belum faham apa yang dimaksudkan Marzuki..
“Diorang akan buat kuiz untuk memilih seorang sahaja dari peminat kau untuk join kau ke sana.”

“La.. sikitnya?”

“That’s the trick la beb. Business tricked! Ada la sebab kenapa kali ini diorang pilih seorang sahaja”

“Kau pergi ke?”

“Of course I will. Aku kan manager kau!”

“Macam mana nak pilih?”

“They will cooperate with Hot FM radio la. Kuiz tu akan diberi melalui siaran radio. Pemilihan adalah strict.. maybe bukan calang-calang peminat yang akan terpilih. Your truly fans of course will be selected”

“Hmm.. ok la tu..”

“Kau kat mana sekarang?”

“On the way back home”

“I’ll see you tomorrow to discuss more about this project, ok. Chow!”

“Ok, bro! Chow!”

Punat merah ditekan. Arziril kembali bersandar. Dia seronok apabila mendapat berita tersebut. Hmm.. siapa peminat yang akan terpilih untuk menemani dia ye, nanti? ‘Kalau la Dania yang terpilih, kan best!’ ngomel hatinya. Arziril kembali tersenyum.. Alangkah bahagianya kalau Dania ikut sekali..

***************************
Dania membuka majalah peribadi Arziril Ryan. Majalah itu telah lama dibeli. Harganya pula mahal sedikit. Maklumlah... jarang artis Malaysia ni buat majalah sendiri untuk tatapan peminat. Lagipun status Arziril dah ditahap status bintang Hollywood. Dia pernah membuat konsert di Royal Albert Hall, London selepas Siti Nurhaliza dan Raihan. Persembahan dia betul-betul memikat peminat di sana. KRU pun boleh kalah. Walaupun pembabitan Arziril masih terlalu muda, banyak peluang menanti dia. Rezeki dia tidak pernah putus.

Setiap muka surat dilihat dan dihayati. Arziril Ryan memang handsome. Dia mempunyai perwatakan dan asset yang sempurna. Tapi, mustahil dia tidak mempunyai teman hidup. Dania mengeluh.. Selama ini dia banyak berangan. Orang seperti Arziril mustahil akan sukakan perempuan seperti dia.

‘Aku kasar! Tak lawa..! Takde ciri-ciri perempuan melayu terakhir pun!’ rungut hatinya.

Dia membelek lagi. Kali ini matanya berhenti apabila melihat gambar Arziril Ryan bersama seorang pelakon remaja terkenal, Farisya Antasya. Mereka pernah digosipkan bersama dulu. Konon-kononnya hubungan mereka seperti ‘teman tapi mesra’. Macam hubungan Fahrin Ahmad dengan Linda Onn tu? Hahaha.. Tapi tu yang dimaksudkan Farisya la. Bukan Arziril. Dia hanya menyangkalkan sahaja. Dia cuma menganggap Farisya Antasya seperti adik sahaja. Hmm.. betul, ke? Farisya Antasya ni lawa dan cantik. Seiras wajah Diana Danielle. Alis matanya, senyumannya betul-betul memikat. Kulitnya gebu dan putih bersih. Takkan Arziril langsung tak pernah meminati gadis itu? Kalau nak dikenenkan memang pasangan secocok la..

Tapi dah lama gossip tu berlalu bila Arziril menyangkalkan perkara tersebut. Tentu malu Farisya tu sebab sebelum ni dia yang lebih-lebih mengatakan mereka ‘teman tapi mesra’. Tapi gadis itu pandai pula cover semasa ditemuramah oleh Melodi. Hahaha.. Dania membaca lagi.. dia melihat biografi Arziril Ryan. Nama sebenar.. Arziril Ryan. Yeke? Bagus betul mak bapak dia ni bagi nama dia. Sedap! Tapi kenapa dia tak letak nama bapak dia, kan? Hmm.. Umur.. 20 tahun. Sebaya dengan aku.. Tarikh lahir, 9 May 19xx.. main rahsia lak.. hehehe.. Sama tarikh dengan hari lahir Ariel. Masih aku ingat lagi sewaktu mereka kecil, Ariel selalu mengingatkan aku tentang tarikh lahir dia. Tapi aku buat dono je. Tak penting pun! Tapi.. lelaki itu tak pernah lupa untuk wish birthday aku. Every year. Kadang-kadang kalau ada duit lebih, dia pasti akan beri hadiah. Dania memandang gelang tangan silver yang pernah dihadiahkan Ariel 5 tahun yang dulu.. katanya gaji pertama dia. Hmm.. setahu aku, tidak pernah pula dia itu bekerja sebelum ni. Tapi Ariel selalu juga hilang dan balik lewat malam. Kadang-kadang dia ada juga ponteng sekolah. Tapi dia pelajar yang cemerlang di sekolah. Hmm.. lelaki itu terlampau banyak rahsianya. Sebab aku tak pernah ambil tahu hal Ariel.. cerita mengenai lelaki itu dibiarkan sahaja.. Dimana dia sekarang??

Majalah dibelek lagi. Jika diimbas lagi, wajah Ariel betul-betul iras wajah Arziril. Tarikh lahir mereka pun sama. Adakah mereka kembar? Tak mungkin! Sepanjang aku kenal dia, Ariel anak tunggal.. Tapi.. tak mustahil..

Dania mencapai telefon bimbitnya. Dia perlu menelefon Ariel.. Punat ditekan mencari list name Ariel.. kemudian terdengar suara seseorang mengangkat..

“Assalamualaikum, Ariel!!?” sapa Dania..

“Helo?” kedengaran suara perempuan yang membalas sapaannya.. Perempuan?

“Er.. Ariel?” Dania masih lagi keliru. Kenapa perempuan lain yang jawab pangilannya?

“Who’s this???” tanya perempuan itu lantang.. Dania terkejut. Siapa perempuan ni?? Kenapa dia tinggikan suara??

0 orang beri kritikan::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...