RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Sabtu, 2 Ogos 2008

Alamak! Arziril ke Ariel!? 14

BAB 14

2009,
Dania sibuk menghadap laptopnya sejak dari petang tadi. Assignment Miss Laila perlu disiapkan. Due datenya minggu depan. Dania berhenti menaip. Matanya semakin letih. Dia melihat jam di skrin computer, sudah pukul 5.30 petang.

“Erm… cukuplah takat ni. Esok sambung pulak!” ujar Dania lantas ditutupnya buku rujukan dan nota-nota yang lain. Mujur esok hari ahad, boleh la dia lepak di rumah sahaja. Dia segera bergerak ke katil. Tangannya mencapai frame gambar dia bersama dengan Arziril yang baru dicuci minggu lalu. Dia tersenyum sendirian. Frame gambar tersebut dipeluk dan dia mula terlelap selepas itu.

Tiba-tiba lagu ‘Toyol’ berdendangan menunjukkan handphonenya berbunyi. ‘Siapa pulak yang call, ni!!?’ getus hati Dania. Tangannya mencapai handphone di meja sisi.

“Hello?” sapa dia.

“Dania…” Dania segera membuka matanya lantas bangun dari pembaringan.

“Ariel?”

*******************
Dania membuka pintu pagar rumahnya. Kelihatan Ariel tersengih-sengih memandang ke arahnya. “Dania…” jerit Ariel perlahan lantas tangannya didepangkan konon-konon ingin memeluk gadis itu. Tapi… Dush!

Ariel mengerang kesakitan apabila bibirnya pecah ditumbuk Dania. Ganas betul minah, ni!!

“Mana kau pergi, ha!? Aku call tak nak angkat, aku mesej tak nak jawab!?” marah Dania sambil mencekak pinggang. Ariel mengelap bibirnya yang berdarah dengan lengan bajunya. Dania tersedar dari rasa marahnya. Dia segera mendekati Ariel.

“Kau tak apa-apa, ke?” tanya Dania serba salah. Ariel mengangguk. “Sakit sangat, ke? Sori... sori... aku marah sangat dengan kau tadi sampai tak sedar aku tertumbuk! Hehehe…” jelas dia lantas menyentuh luka di bibir Ariel.

“Takpe… aku dah biasa kena belasah dengan kau..” gurau Ariel. Dania mencebik.

“Ha! Kau kemana selama, ni? Dah la berhenti belajar tak bagitau aku!” Dania kembali menyambung marahnya tadi. Ariel tersengih…

“Kira take care jugak kau dengan aku, ek?” Ariel bergurau lagi. Suka dia melihat Dania marah tapi sampai ke tahap menumbuk tu dah kira marah benar gadis ini.

“Takde masa aku nak take care kau! Cuma aku marah sebab kau dah sia-siakan pelajaran kau selama satu setengah tahun ni! Kenapa kau berhenti? Dah tak mampu biaya pelajaran sendiri, ke?” perli Dania. Ariel menggeleng. “Habis tu?” dia masih lagi tak puas hati.

“Ala, Dania. Aku datang ni sebab rindu sangat dengan kau, makcik, daniel dan danny… Tapi kau bukan nak jemput aku masuk, ke... Dari tadi aku tunggu kau ajak aku masuk! Pleaseee..” ngomel Ariel manja membuatkan Dania meluat. Dia malas nak menjawab pertanyaan Dania. Biarlah dia je yang tahu kenapa.

“Masuklah! Mengada-ngada…!” jemput Dania tak ikhlas. Ariel segera masuk ke dalam rumahnya.

“Abang Ariel!!!” jerit Danny dan Daniel berkejaran mendekati Ariel… mereka berpelukan. Ariel mencium pipi kedua-dua adik Dania yang comel itu. Kemudian didokongnya dua-dua sekali.
“Rindu kat abang, tak?” tanya Ariel kepada dua beradik tersebut.

“Rindu la! Abang pergi mana?” tanya Danny.

“Abang pergi bulan” gurau Ariel. Kedua-dua beradik itu menggaru kepala.

“Bulan? Tentang bulan ke, bang?” tanya Daniel pula tidak memahami.

“Tak lah! Tentang bulan tu cerita, ni bulan betul.” seloroh Ariel membuatkan budak-budak itu mengangguk. Entah faham ke tak budak berdua ni dia pun tak tahu… hehehehe…

Sebaik mereka jejakkan kaki ke ruang tamu, Ariel menurunkan kedua beradik itu lalu bergerak ke dapur. Puan Mahani yang sedang sibuk menggoreng keropok di dapur disergah. “Pocot kau meletup!” latah Puan Mahani. Sudip di tangan hampir terpelanting. Ariel ketawa besar. Sudah lama dia tidak mengenakan wanita itu. Puan Mahani mengerling ke arah Ariel.

“Astaghfirullahalazim… Ariel!!!” marah Puan Mahani lantas ditepuk lengan lelaki itu. Ariel menyapu lengannya. Boleh tahan juga pukulan ibu Dania! Kemudian dia sambung ketawa. Puan Mahani menggelengkan kepala. “Kalau makcik ada sakit jantung, boleh kiok kat sini tau! Bila kau sampai?”

“Baru je, makcik. Rindu tak jumpa makcik. Tu yang Ariel datang ziarah” jawab Ariel. Cermin matanya diperbetulkan kedudukannya. Ariel membantu Puan Mahani menggoreng keropok walaupun telah berapa kali ditegah. Lelaki itu memang rajin menolongnya di dapur sewaktu dia duduk bersama mereka. Sampai sekarang pun dia tetap rajin. Kalau nak harapkan anak perempuan dia yang sorang tu, jangankan masak… basuh pinggan pun jarang. Bila kena tegur baru nak buat. Itupun muncung panjang sedepa memprotes tak puas hati!

Dania dan adik-adiknya bergerak ke meja makan apabila Puan Mahani memanggil mereka. Keropok diambil dan dikunyah satu persatu. Ariel menatang dulang berisi air teh lalu diletakkan di atas meja.
“Rasa la air teh buatan aku! Mesti terangkat!” gurau Ariel. Dania mencebik.

“Eleh, entah-entah mak aku yang buat! Mengaku diri sendiri yang bancuh!” sangkal Dania. Keropok yang digoreng dikunyah perlahan. Petang-petang macam ni betul-betul membuatkan perutnya lapar.

“Apa pulak! Cuba kau tanya makcik siapa yang bancuh teh ni!?” Air dalam teko dituang ke cawan.

‘Hmmm… bukan main rajin budak bendul neh! Bagus gak, lama tak buli dia! Sesekali tolong aku buat kerja perempuan best gak! Hehehe…’, bisik hati Dania nakal.

“Air yang Ariel buat memang sedap. Kalah air yang Dania buat! So, lepas ni Dania kena belajar cara buat air dengan Ariel la” gurau Puan Mahani. Danik mencebik.

“Kalau macam tu, suruh aje la si Ariel ni yang buat air. Kalau tak, jadi je ‘bibik’ kat rumah kita!” bentak Dania seolah-olah merajuk.

“Akak, bibik tu bukan untuk perempuan, ke?” tanya Danny sambil menggaru kepala.

‘Hish ni lagi sorang! Bendol-bendol pun kadang-kadang bijak juga kau, ye!?’, getus Dania dalam hati sekali lagi.

“Yelah! Kalau bukan ‘bibik’, Abang Ariel kau ni jadi ‘bubuk’ la! Heehehehe” seloroh Dania. Daniel dan Danny mengerut dahi tak faham. Masing-masing saling berpandangan antara satu sama lain. Dania kembali berhenti dari ketawa. Tak lawak, ke? Dia berdehem… “Dah, lah! Makan je la keropok, tu!” arah dia membuang rasa malu. Ibunya dan Ariel dah menahan perut dari ketawa. Padan muka!

0 orang beri kritikan::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...