RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Sabtu, 2 Ogos 2008

Alamak! Arziril ke Ariel!? 13

BAB 13

Esoknya Dania ke sekolah seperti biasa. Sampai sahaja di dalam kelas, semua mata memandang ke arahnya. Dia tahu, berita mengenai dia dan helmi dah tersebar satu kelas. Helmi pula hanya tersengih-sengih memandang Dania. Begitu juga kawan-kawannya.

“Geng... tak sangka, kan… minah brutal ni masih ada hati nak datang sekolah!” perli Helmi di hadapan kawan-kawannya.

“Ye la! Rasanya dia ni memang peremp.. eh silap-silap… ‘dak brutal’ yang takde perasaan malu, kot? Hahahahaha...” balas salah seorang dari kawannya. Mereka ketawa terbahak-bahak. Dania hanya diam menahan marah. Kalau dilayan perangai mereka sampai besok pun tak habis.

Tiba-tiba seseorang menghentak meja. Semua mata mengalih perhatian ke arah budak itu termasuk Dania. Ariel bangun menghampiri Helmi dan rakan-rakannya.

“Kau kenapa cakap macam tu dengan Dania!?” tanya dia dengan suara yang agak lantang. Penumbuknya dikepal.

“Kau apehal nak masuk campur!? Aku ada cakap pasal Dania, ke? Dia tak terasa yang kau lebih-lebih kenapa? Kalau takat duduk satu rumah dengan Dania, jangan nak tunjuk hero la! Jaga diri kau tu yang takde mak bapak! Dasar anak pungut tu buat cara anak pungut!” herdik Helmi. Ariel mengetap bibir. Sial! Ariel cuba untuk menumbuk Helmi namun kawan-kawan yang lain membantu membelasah Ariel. Kelas menjadi hingar-bingar. Dania pula hanya diam. Takde niat untuk dia membantu Ariel yang dalam kesusahan. Siapa suruh budak tu cari masalah? Dia tak mahu di’cop’ perempuan bermasalah kalau terjebak sekali.

****************
Puan Mahani menyapu lengan Ariel yang luka dan lebam dengan iodin. Sesekali Ariel mengerang menahan kesakitan. Dania pula sibuk menonton televisyen bersama ayahnya. Malas dia nak layan perangai Ariel yang agak kebudak-budakan.

“Kenapa Ariel bergaduh tadi? Sampai luka-luka macam ni? Tak pasal-pasal makcik dan pakcik kena pergi sekolah jumpa guru besar!” tegur Puan Mahani.

“Maafkan Ariel, makcik. Ariel bersalah! Ariel ikut kata hati tadi…” jawab Ariel bersalah. Dia masih lagi menahan kesakitan.

“Orang nak tunjuk hero, bu… macam tu lah! Tak sedar, diri tu lembik! Dah kena belasah baru ternganga!” sampuk Dania. Matanya masih lagi menonton tv. Ariel hanya diam. Puan Mahani menggelengkan kepalanya. Dari dulu lagi Dania tidak sukakan Ariel. Dia tahu Dania bencikan Ariel sejak budak lelaki itu tinggal bersama mereka.

“Kenapa budak-budak tu pukul Ariel?” tanya Encik Ahmad, ayah Dania pula.

“Ariel yang salah, pakcik. Takde benda yang penting sangat pun. Cuma Ariel terlampau mengikut perasaan tadi! Ariel janji Ariel takkan buat lagi!” ujar Ariel tak sudah-sudah menyalahkan dirinya. Puan Mahani tahu Ariel menyembunyikan perkara sebenar. Budak ni takkan pukul orang tanpa sebab. Dia kesian melihat Ariel. Budak lelaki ini dah banyak menderita sejak kehilangan kedua orang tuanya.

********************

Tuk! Tuk! Tuk!
“Masuk!” jerit Dania dari dalam. Ariel membuka pintu lantas berdiri di luar bilik. Dania yang ketika itu sibuk membaca novel di atas katil memandang ke arahnya.

“Ha… apehal!?” tanya Dania lantang. Menyampah dia tengok muka Ariel.

“Aku... aku nak minta maaf pasal pagi tadi” jawab Ariel. Dania diam. Matanya masih lagi tertancap ke arah novel kegemarannya bertajuk ‘Pergilah Sepi’. Masuk kali ini sudah lima kali dia membaca novel tersebut namun dia tidak pernah merasa bosan. Jalan cerita yang dimainkan seolah-olah ada kaitan dengan dirinya walaupun di situasi yang berbeza.

“Dania, kalau kau tak suka aku…kau cakap la. Sejak aku datang ke rumah ni, kau tak pernah nak cakap dengan aku. Aku tahu, kau bencikan aku!” ujar Ariel berterus-terang. Dania masih lagi diam. Ariel mengeluh.

“Aku tahu kau marah sebab aku dah kacau hidup kau. Aku dah ambil sedikit kasih sayang ibu dan ayah kau. Tapi percayalah... tiada niat di hati nak rampas kasih sayang mereka. Aku cuma nak menumpang kasih je. Aku seronok tinggal dekat sini. Tiga tahun aku duduk dekat sini... aku dah sayangkan keluarga ni. Kau untung, Dania… sebab kau masih ada ibu ayah yang boleh bergantung harap. Boleh berkongsi masalah bersama, boleh gelak ketawa bersama… tapi aku…??” Ariel tidak dapat meneruskan kata-katanya. Dia sebak.

“Kalau kau tak suka aku tinggal dekat sini, aku terima. Kau jangan risau. Aku dah packing barang-barang aku. Lusa hari minggu, aku akan minta tolong pakcik hantar aku balik semula ke Rumah Anak-anak Yatim Mardhiah. Aku janji, aku takkan kacau hidup kau lagi.” Ariel mengakhiri ayat-ayatnya lantas dia segera menutup pintu. Dania tetap diam. Penghayatannya terganggu dengan kata-kata Ariel. Dia mengeluh. Rasa serba salah mula menguasai diri.

****************
Besoknya mereka bersarapan bersama... tiada perbualan antara mereka.

“Ayah mana, bu?” tanya Dania memecah kesunyian. Ibunya yang sedang menyedok nasi goreng ke pinggan tersentak.

“Ayah dah pergi kerja. Pagi-pagi dah keluar. Takut ‘jem’ katanya” jawab Puan Mahani. Dania mengangguk. Kemudian matanya mengerling ke arah Ariel yang diam membisu.

“Ariel… Nanti kita pergi sekolah sama-sama, ye?” ajak Dania.

Ariel terkejut. ‘Serius, ke?’, bisiknya dalam hati. Dania tersenyum. Ariel segera mengangguk. Puan Mahani juga turut terkejut dengan perubahan Dania. Namun dia bersyukur kerana Dania akhirnya menerima Ariel sebagai salah seorang ahli keluarga mereka. Dia menyapu perut yang semakin membesar. Tak lama lagi bertambah ahli keluarganya pula. Tak sabar-sabar nak menunggu saat melahirkan anaknya yang kedua.

0 orang beri kritikan::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...