RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Sabtu, 2 Ogos 2008

Alamak! Arziril ke Ariel!? 10

BAB 10

Arziril membaca mesej yang dihantar oleh Dania. Dia mengeluh. Sumpah! Dia rindukan gadis itu. Kalau diikutkan hati, mahu sahaja dia menjawab panggilan atau membalas mesej Dania tapi… dia tidak boleh. Dia sudah tidak larat untuk membawa dua peranan dalam satu masa. Takpelah Dania, satu hari nanti bila aku dah bersedia, aku akan beritahu kau siapa aku tapi buat masa ini, aku perlu kejar kerjaya aku dan soal cinta aku perlu tolak ke tepi, bisiknya dalam hati.

Hmm… adakah gadis itu telah menerima tiket konsert darinya? Tiga hari lepas, dia telah meminta pertolongan Marzuki untuk menghantar suratnya…

“Ki, kau dah poskan surat yang aku bagi hari tu?!” tanya Arziril apabila melihat Marzuki masuk ke dalam biliknya

“Surat apa, ni?” tanya lelaki itu hairan.

“Surat yang aku bagi hari tu…” jelas Arziril…

“Ooo… surat, tu! Aku dah hantar, dah!” jawab Marzuki tersenyum. “Kenapa? Penting ke surat, tu?” tanya dia menguji.

“Takdelah!” Arziril menidakkan. Malam itu, mereka tinggal di Hotel Istana untuk seminggu. Arziril sudah tidak lagi tinggal di rumah sewanya yang lama. Atas nasihat Marzuki, dia telahpun membeli sebuah kereta Honda Sivic untuk memudahkan perjalanannya dan kondominium di Bangsar. Kini, dia bukan Ariel yang dulu… dia sudah menjadi Arziril Ryan sepenuhnya. Tiada lagi lakonan, kesengsaraan dan cinta dalam hidupnya kini. Di dalam otaknya hanyalah mengejar kekayaan dan karier.

“Zi, next week dah start konsert. Everything already prepared. Kau macam mana? Dah ingat semua step?” tanya Marzuki mendapatkan kepastian.

“Beres je, bro. Aku kan professional. Semua step dalam kepala otak aku ni, ha!” jawab Arziril lantas jarinya menunjuk ke arah otaknya. Marzuki ketawa.

“Hopefully la. Jangan kau terkujat kat atas pentas nanti sudah, la!” perli Marzuki lantas meninggalkannya. Arziril mengangkat kening. Kemudian dia tersenyum. Hopefully la jangan!

*******************
Masa yang ditunggu telah tiba… Konsert yang dinantikan oleh semua peminat-peminat fanatik Arziril Ryan akhirnya berlangsung. Dania dan keluarganya turun dari teksi. Dia hanya memakai jeans dan t-shirt biasa sahaja. Matanya melilau mencari kelibat Yasmin dan Lily.

“Dania…!!” Dania memandang ke arah suara yang memanggilnya. Kelihatan Yasmin dan Lily melambai-lambaikan tangan ke arahnya sambil tersenyum. Dania membalas lambaiannya.

“Ibu, jom!” ajak Dania sambil menarik tangan dua orang adiknya mendekati Yasmin dan Lily. Orang ramai berpusu-pusu masuk ke dalam stadium.

“Lambatnya kau! Lima minit lagi konsert nak mula…” kata Yasmin.

“Sorry, la! Aku tertinggal beg tadi…” jawab Dania. Suaranya tidak kedengaran kerana ditenggelami suara orang ramai.

“Jomlah masuk!” ajak Lily tidak sabar. Mereka mengangguk dan bergerak ke pintu masuk stadium.

Mereka memasuki stadium setelah memberi tiket kepada pekerja yang berdiri di pintu masuk. Pergerakan menjadi tersekat kerana dipenuhi orang ramai yang berpusu-pusu mencari tempat masing-masing.

“Kat situ ada tempat kosong!” jerit Lily memberi petunjuk. Mereka segera ke kerusi yang ditunjuk oleh Lily. Mujur masih belum ada yang duduk. Lebih menguntungkan lagi apabila tempat duduk mereka betul-betul berdekatan dengan pentas. “Bolehlah nampak muka Arziril dengan jelas! Hehehehe…” kata Lily excited. Mereka yang lain tersenyum. Masing-masing tidak sabar untuk menunggu konsert bermula.

Acara pembukaan dimulakan dengan gimik hiphop dance dari backup dancer. Walaubagaimanapun, tarian tersebut betul-betul memikat hati penonton. Namun selang beberapa minit kemudian, pentas kembali sunyi. Hanya disinari oleh lampu sportlight. Tiba-tiba, letupan bunga api di atas pentas membuatkan semua orang mula excited. Lagu mulai berkumandang. Seperti yang ditunggu-tunggu, Arziril Ryan keluar dari belakang pentas dan melambai ke arah peminatnya sambil menyanyi. Suaranya betul-betul memukau. Jeritan peminat semakin kuat kedengaran. Ada yang melompat-lompat, ada yang terkinja-kinja, ada yang bersiul dan ada pula yang duduk diam macam orang takde perasaan. Hahahaha…

Penampilan Arziril Ryan diawal pembukaan konsertnya cuma simple. Dengan hanya memakai hood jacket, berseluar baggy short dan kasut jenama ‘Converse’ membolehkan beliau menari ‘breakdance’ dengan selesa. Dania hanya tersenyum, wajah Arziril Ryan betul-betul seiras wajah Ariel. Dari senyumnya, ketawanya… Ah! Kenapa baru sekarang dia sedar? Dia mula merindui lelaki itu. Konsert berlangsung dengan penuh gimik, kejutan dan happening. Segala pergerakan dalam tarian hiphop seperti kramping, clown walk, snap dance, gangsta walking, heel toe, harlem shake dan sebagainya dilakukan dengan penuh cemerlang. Tidak hairan la sekiranya Arziril Ryan digelar “Power of Dancer”. Mereka betul-betul puas hati dengan konsert Arziril Ryan kali ini.

0 orang beri kritikan::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...