RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Rabu, 9 Julai 2008

Cinta Pertama 9

BAB 9

Petang itu, mereka belajar bersama-sama di perpustakaan. Hafifah mendengus. Lelaki itu serius menelaah buku rujukan di hadapan mereka. Rasa menyesal pulak dia mengajak mereka buat date di situ.
HAFIFAH : Err… Eriq?
HEZRIQ : Ye?
Hezriq memandang Hafifah.
HAFIFAH : Boleh Fifa tanya sesuatu?
HEZRIQ : Tanya la, apa dia?
Hezriq masih lagi khusyuk menulis… Dia membetulkan kedudukan cermin matanya.
HAFIFAH : Takde pape la.
Hezriq berhenti menulis.. Dia tersenyum memandang Hafifah.
HEZRIQ : Kenapa ni, sayang? Ada sesuatu yang sayang tak puas hati, ke?
HAFIFAH : Errr.. Fifa nak tahu satu perkara.
HEZRIQ : Cakap la, apa dia?
HAFIFAH : Err… Eriq tahu nama sebenar Fifa? Tarikh lahir?
Hezriq tersenyum lantas membuka cermin matanya.. dia meletakkan cermin matanya di atas meja.
HEZRIQ : Kenapa tiba-tiba Fifa tanya pasal tu?
HAFIFAH : Errr… takde la. Fifa cuma nak tahu.
HEZRIQ : Penting sangat ke benda, tu?
HAFIFAH : Mestilah! Kitakan dah couple?
HEZRIQ : Fifa, soal nama dan tarikh lahir tu tak penting. Yang penting sekarang
Eriq nak Fifa tahu yang Eriq betul2 sayangkan Fifa, ok?
Hafifah mengangguk. Ya… itu bagi Eriq, bukan bagi Fifa. Hafifah hanya tunduk membisu. Dia melihat sahaja Hezriq menyambung penulisannya tadi. Hafifah mengeluh. Dia tak mahu memaksa. Biarlah, satu hari nanti semuanya akan terbukti.

*************************

Malam itu Hafifah mengemas barang di meja studynya. Tiba-tiba dia terlanggar sebuah kotak berhampiran buku rujukannya. Kotak itu jatuh ke lantai dan terkeluar sesuatu dari dalam kotak tersebut. Hafifah mengeluh lantas dia mengambil kotak dan barang itu. Seutas kalung… Hafifah membelek kalung di tangannya.
HAFIFAH : Kalung ni…
Masih Hafifah teringat saat dia bersama kalung itu..
HAFIFAH : Ramai yang sangka aku couple dengan Hezriq kerana rupa dan
popularitinya. Tapi ramai yang tak tahu kenapa aku mencari Hezriq
selama ini. Kalau tidak kerana Hezriq yang menyelamatkan aku 5
tahun yang lalu. Tentu aku tidak akan berada di sini sekarang.

Masih Hafifah ingat 5 tahun yang dulu, dia bersama keluarganya bercuti di Cherating. Disebabkan kerana kedegilannya berenang hingga ke tengah laut, dia lemas. Pada waktu itu dia hanya berserah kepada takdir dan nyawanya hanya dihujung tanduk. Tiba-tiba dia terasa tangannya dicapai seseorang. Tanpa disedari, kalung yang dipakai lelaki itu putus sewaktu dia cuba merangkul erat leher lelaki tersebut. Kemudian dia didukung dan dibawa ke pantai. Dia separuh sedar dan wajah lelaki itu samar-samar pada mulanya. Lelaki itu menampar lembut pipinya dan sedikit demi sedikit dia dapat melihat wajah lelaki itu dengan jelas. Hezriq… dialah lelaki yang selamatkan aku. Selepas itu dia kembali pengsan sampai la dia tersedar yang dia berada di hospital dan dikelilingi keluarganya di sisi.
Hafifah masih lagi menggenggam kalung tersebut. Dia tersenyum.
HAFIFAH : Terima kasih, Eriq. Aku terhutang budi dengan kau. Dan kerana itulah,
aku mencari ko sehingga kini. Sampai la saat aku berpindah ke sini dan
bertemu dengan kau di sekolah. Saat itu, cinta pertama aku berputik
kembali. Akhirnya aku berjumpa dengan hero yang pernah selamatkan
aku dulu.
Kalung digenggamannya diberikan oleh ayah sewaktu dia cuba mengingati kejadian tersebut. Ayahnya pernah berkata sewaktu dia dibawa ke hospital, dia menggenggam erat kalung itu. Dan sekarang kalung itu akan menjadi bukti.

************************

Hafifah membuka buah kalung tersebut. Dalam buah kalung itu terdapat sepotong gambar family.
HAFIFAH : Mesti gambar Hezriq bersama ayah dan ibunya.
Dia memandang ke arah gambar bayi yang dikendong oleh seorang perempuan yang sangat cantik.
HAFIFAH : Cantik sungguh ibu Hezriq. Hezriq pun comel sangat. Tak mustahil
kalo dia pun hensem.
Hafifah tersenyum lantas kalung itu di simpan semula ke dalam kotak dan diletakkan di dalam laci.
HAFIFAH : Kalung ni akan aku tunjukkan pada dia bila tiba masa yang sesuai
nanti.

0 orang beri kritikan::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...